Categories
Berita Semasa

Kempen Eropah: Penerusan kepungan Gaza membuktikan masyarakat dunia bersubahat

Selasa, 21/06/2011 – Sikap berdiam diri antarabangsa terhadap kepungan Israel di Gaza untuk tahun kelima berturut-turut menunjukkan masyarakat dunia bersubahat, menurut kenyataan kempen Eropah bagi menamatkan serangan ke atas Gaza Rabu lalu.

Dalam hal ini, mereka menegaskan konvoi kebebasan 2 seperti yang dijadualkan akan belayar menjelang akhir bulan ini bagi membawa bantuan kemanusiaan kepada Gaza sambil menambah sebarang halangan yang dihadapi oleh seorang atau lebih daripada peserta dalam kumpulan ini tidak akan menjejaskan yang lain.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Resheq: Hamas bersungguh ke arah perpaduan, gesa penahanan politik dihentikan

Jumaat, 17/06/2011 – Anggota kanan Biro Politik Hamas, Izzat al-Resheq berkata bahawa pergerakannya serius untuk mematuhi perjanjian persefahaman dengan Fatah. Walaubagaimanapun,isu tahanan penjara berunsur politik di Tebing Barat mesti dihentikan dahulu kerana ia memberi kesan negatif terhadap perjanjian persefahaman.

Kenyataan beliau dikeluarkan pada Selasa lepas, beberapa ketika sebelum pertemuan antara wakil-wakil Hamas dan Fatah diadakan di Kaherah bagi membincangkan isu tahanan politik, seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian persefahaman yang ditandatangani mereka pada awal Mei lalu. Kedua-dua parti politik itu juga akan membincangkan tentang siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri bagi kerajaan sementara selepas pilihanraya yang dijadual diadakan pada September nanti.

“Kami berharap isu ini akan diselesaikan hari ini tanpa sebarang halangan. Ketua kerajaan dan Perdana Menteri akan ditentukan dalam perjanjian tersebut dan mesti dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak,” kata Resheq.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Mesir tahan ejen Mossad kerana mengintip

Jumaat, 17/06/2011 – Mesir telah menahan seorang rakyat Israel yang disyaki mengintip dan cuba mengumpul pemuda-pemuda untuk mengambil bahagian dalam aktiviti anti-kerajaan dalam protes yang diadakan di Dataran Tahrir selepas bekas Perdana Menteri Hosni Mubarak digulingkan, kata sumber perundangan pada Ahad lepas.

Suspek berkenaan yang bernama Ilan Goren merupakan seorang pegawai di agensi perisikan Israel, Mossad. Dia menyertai protes di Dataran Tahrir itu setiap hari dan memprovok pemuda-pemuda supaya bertempur dengan pihak tentera, kata sumber dari pasukan pendakwa. Dia turut dilaporkan mengedar sejumlah wang tunai bagi mengumpulkan peserta protes.

Kesatuan Media Antarabangsa melaporkan bahawa Goren, 41, turut disyaki terlibat menyebarkan maklumat dalaman semasa berlaku revolusi pada 25 Januari lalu. Menurut agensi (media) itu lagi, seperti yang dimaklumkan oleh pihak pendakwa, ejen risikan itu berjaya dijejak di wilayah Imbaba, Kampung Sol dan beberapa tempat lain di Kaherah yang mana pertempuran berlaku.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Hamas, Fatah meneruskan rundingan di Kaherah pada Selasa depan dengan kehadiran Abbas, Mishaal

Jumaat, 17/06/2011 – Wakil dari Hamas dan Fatah menyimpulkan mesyuarat di Kaherah pada hari Selasa sebagai tiada kemajuan ketara dalam rundingan perdamaian mereka.

Mereka bersetuju untuk mengadakan mesyuarat lain pada Selasa depan di hadapan ketua PA dan pemimpin Fatah, Mahmoud Abbas dan pemimpin Hamas, Khaled Mishaal. Ezzet Al-Resheq, anggota biro politik Hamas berkata, mesyuarat hari ini adalah positif, sambil menambah bahawa isu tahanan politik telah dibincangkan. Beliau menjelaskan bahawa kedua-duanya bersetuju dengan kesimpulan itu dan menubuhkan satu mekanisme untuk memantau perkembangannya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Netanyahu-Blair bincang supaya deklarasi Palestin gagal dilaksanakan

Jumaat, 17/06/2011 – Media hari ini melaporkan bahawa pertemuan PM Israel Benjamin Netanyahu dan Tony Blair adalah berkaitan perbincangan bagaimana untuk merancang supaya deklarasi negara Palestin akan gagal dilaksanakan pada sidang umum PBB bulan September akan datang. Netanyahu begitu yakin bahawa Amerika akan menggunakan kuasa vetonya.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Menteri German lawat Gaza, puji rundingan

Jumaat, 17/06/2011 – Menteri Pembangunan German Dirk Niebel berkata perjanjian perdamaian Fatah-Hamas merupakan langkah penting dan mampu memainkan peranan utama dalam melaksanakan penyelesaian dua negeri itu.

Niebel bercakap dalam sidang akhbar di ibu pejabat UNRWA (Agensi Bantuan Keamanan PBB) di kota Gaza pada Selasa, bahawa tidak akan ada kemajuan tanpa penyelesaian politik. Beliau menambah, sewajarnya terdapat rundingan yang kekal untuk mengakhiri konflik di Gaza. Beliau menyeru Israel untuk menghentikan sekatan di Gaza agar pembangunan semula dapat dijalankan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Tindakan Menekan Semakin Meningkat Terhadap Tawanan Palestin

Jumaat, 17/06/2011 – Pihak penjara Israel secara ganas memindahkan para tawanan Palestin ke beberapa penjara tanpa diketahui sebabnya.

Fuad Khafas, Ketua Peneliti Ahrar, menyatakan bahawa pasukan khas dan terlatih Israel menyerbu segenap ruang penjara Holkdar yang terletak di Selatan Palestin dan memaksa keluar para tawanan dalam keadaan sehelai sepinggang dan kemudian menempatkan mereka di beberapa penjara.

Khafas menyebutkan, terdapat lebih kurang 120 tawanan Palestin, majoriti yang ditahan beberapa tahun dan seumur hidup. Proses pemindahan dilakukan dengan keras yang menimbulkan tentangan daripada para tawanan yang menolak pada awalnya, mereka meminta penjelasan dan meminta membawa keperluan pribadi mereka, namun pihak penjara menolak dan memindahkan mereka dengan cepat.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin dinafikan pemilikan pasport di Gaza

Rabu, 15/06/2011 – Warga Palestin di Semenanjung Gaza yang dinafikan untuk memperbaharui pasport mereka oleh pihak berkuasa di Ramallah mengadakan tunjuk perasaan pada hari Isnin di depan pejabat PBB di kota Gaza.

Mereka membawa poster-poster mencela keputusan itu yang menurut mereka, ia adalah berdasarkan pada sekutu politik. Mereka meminta PBB untuk campur tangan dan menamatkan penderitaan mereka, khususnya ketika terdapat mereka yang sakit dan perlu perjalanan untuk rawatan.

Sebuah jawatankuasa dari warga Palestin mengatakan bahawa tunjuk perasaan ini adalah sebagai sebahagian daripada siri tunjuk perasaan untuk memprotes keadaan mereka dan untuk mengesahkan hak-hak setiap warga negara untuk mendapatkan pasport.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Presiden Parlimen Eropah di Gaza

Rabu, 15/06/2011 – Presiden Parlimen Eropah Jerzy Buzek tiba di Jalur Gaza pada hari Isnin untuk melihat sendiri keadaan di sana.

Buzek dijadualkan untuk melawat masyarakat untuk orang pekak, pusat persediaan UNRWA, dan sekolah dalam pembinaan di barat bandar Gaza. Beliau juga dijadualkan untuk bertemu dengan pengusaha dan wakil masyarakat awam kemudian mengadakan pertemuan dengan pesuruhjaya UNRWA Awam,Filippo Grandi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Israel cari alternatif gas asli di luar pantai Gaza

Rabu, 15/06/2011 – Kementerian infrastruktur Israel Isnin lalu mengumumkan keputusan untuk mula terlibat dalam lapangan gas asli di luar pantai Semenanjung Gaza.

Langkah ini merupakan usaha untuk mencari alternatif sumber gas asli yang diimport dari Mesir yang terganggu berikutan beberapa siri letupan semasa revolusi yang melanda negara terbabit. Kementerian Infrastruktur telah mengarahkan syarikat Amerika, Noble Energy memulakan pembangunan lapangan gas asli di Utara Noa , dekat pantai Semenanjung Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Zionis-Israel terokai gas di pantai Gaza

Rabu, 15/06/2011 – Kementerian Infrastruktur Israel telah memutuskan untuk memulakan eksplorasi sumber gas yang baru di perairan Gaza. Ini berikutan kebimbangan Israel yang tidak akan dapat meneruskan import gas dari Mesir. , Senin (13/6) memutuskan untuk mulai mengekplorasi gas di salah satu ladang gas yang terletak di pantai Jalur Gaza. Kawasan yang dikenali sebagai Jurf Qari itu dianggarkan mempunyai sebanyak 1.2 bilion meter kubik simpanan gas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ateed

Categories
Berita Semasa

Fayyad menyatakan Fischer adalah orang terbaik untuk memimpin IMF

Rabu, 15/06/2011 – Perdana Menteri Palestin di Ramallah, Salam Fayyad menyatakan sokongannya kepada pengarah Bank Israel iaitu Stanley Fischer untuk memimpin Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Beliau mengatakan bahawa “Stanley adalah seorang manusia yang hebat dan akan menjadi pengarah urusan yang hebat” setelah Fischer mengumumkan rancangannya untuk mencalonkan diri sendiri sebagai ketua IMF. Beliau juga menyatakan bahawa “sukar untuk mencari seseorang yang lebih berkualiti daripadanya”.

Menurut sumber, Fayyad pernah bekerja bersama dengan Fischer semasa bertugas sebagai pegawai senior di IMF, di mana mereka merupakan teman rapat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Hamas: Serangan ke atas Mansour menyebabkan usaha rundingan tergugat

Rabu, 15/06/2011 – Hamas mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas ahli parlimen Palestin Mona Mansour apabila perkhidmatan keselamatan Tebing Barat menggunakan kekerasan untuk menjejaskan perjumpaan aman menentang polisi penangkapan politik.

“Tindakan ini adalah perlanggaran terhadap imuniti para ahli parlimen serta serangan kepada kebebasan berekspresi dan menyuarakan pendapat serta protes aman yang merupakan hak asasi warga Palestin,” Hamas berkata dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

Seorang pegawai Hamas mengulas insiden tersebut, “tindakan tersebut telah menjadi batu penghalang yang baru kepada rundingan damai kebangsaan yang ditandatangani di Kaherah pada bulan Mei”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis tahan gadis Palestin di sekatan jalan, 3 yang lain di Tebing Barat

Selasa, 14/06/2011 – Tentera rejim Zionis (IOF) menahan seorang gadis Palestin ketika sekatan jalan di Um al-Rihan, yang terletak di barat Bandar Jenin pada pagi Ahad lepas, kata saksi.

Menurut saksi, Kifah Emad Zeid, 20, sedang melalui sekatan itu bersama bapanya menju ke wilayah Palestin yang dijajah sejak 1948. IOF memberhentikan mereka selama 1 jam dan kemudiannya memberitahu bapa Kifah bahawa anaknya ditahan kerana kertas pengenalan dirinya adalah palsu. Walaubagaimanapun, bapanya menafikan perkara itu.

Dalam masa yang sama, beberapa anggota IOF meronda lorong-lorong di 3 buah kampung di barat Jenin. Tiada penangkapan dilaporkan di sini. Dalam kejadian yang lain, 2 orang rakyat Palestin ditahan oleh IOF di Bandar Baitullaham dan di sebuah
kampung yang terletak di timur Baitullaham. Seorang lagi pula ditahan di Beit Ummar yang terletak di utara Bandar Al-Khalil.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

UNRWA: May merekodkan angka tertinggi kanak-kanak yang menjadi pelarian dalam pemusnahanTebing Barat

Selasa, 14/06/2011 – Sebuah laporan bulanan oleh Badan PBB mengenai Pelarian Palestin (UNRWA) menunjukkan rekod tertinggi jumlah pelarian kanak-kanak semasa aktiviti pemusnahan rumah Tebing Barat.

“Penghapusan rumah melihat seramai 67 kanak-kanak menjadi pelarian di negara sendiri dipindahkan pada bulan Mei. Ini merupakan angka bulanan tertinggi sepanjang tahun ini,” kata juru bicara UNRWA, Chris Gunness. Dia menambah lagi, ia terdiri daripada 64 orang di Daerah C dan 3 orang di Jerusalem Timur.

Laporan itu mengatakan bahawa kesulitan dalam mendapatkan lesen untuk membina bangunan telah memaksa rakyat Palestin untuk membina rumah tanpa kebenaran. Undang-undang zon hanya membolehkan pribumi Palestin membina hanya satu peratus daripada kawasan C di Tebing Barat dan 13 peratus daripada Baitulmuqaddis Timur.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada