Categories
Berita Semasa

Yayasan Al-Aqsa: Ektremis Zionis Hancurkan 20 Makam di Pekuburan Muslim

Khamis, 13/01/2011 – Yayasan Al-Aqsa mengutuk tindakan sekumpulan ektrimis Yahudi yang menghancurkan lebih kurang 20 makam di pekuburan muslim Al-Quds.

Dalam pernyataannya, Selasa (11/1)pihak Yayasan menyatakan, dalam lawatan yang dilakukan Fawaz Hasan-penyelia yayasan, terhadap pekuburan Ma’manillah, beliau mendapati sekumpulan ektremis Yahudi sedang menghancurkan lebih kurang 20 makam di pekuburan tersebut, sebahagian kubur dihancurkan keseluruhannya dan batu nisan di makam lainnya.

Fawaz Hasan melaporkan bahawa kubur yang dihancurkan terletak di wilayah antara kawasan Masijah. Yayasan Yahudi merancang untuk membina muzium di sana. Tindakan ini dilakukan beberapa kali dengan bantuan sejumlah orang.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Kementerian Kesihatan: Semenanjung Gaza akan Kehabisan Alatan Dialisis, Insulin

Rabu , 12/01/2011 – Kementerian Kesihatan Gaza memberi amaran pada Ahad bahawa semenanjung itu akan kehabisan stok alatan dialisis dan insulin dalam beberapa hari.

“Kekurangan ubatan telah mencapai 40 peratus dalam inventori. Terdapat 165 jenis ubat yang diperlukan tiada,” kata Direktor Jeneral Perubatan.

Kementerian kesihatan telah meletakkan tanggungjawab kepada Kementerian Kesihatan yang dikawal oleh Pihak Berkuasa Palestin (di bawah Fatah) tentang kehabisan bekalan perubatan dan menuduh mereka menahan perubatan penting.

Hanya 37 peratus daripada bekalan perubatan penting tiba di Gaza pada 2010, kata kementerian kesihatan, sambil memberi amaran bahawa bencana perubatan akan memberi kesan kepada ribuan pesakit di Gaza.

Sejak Israel menguatkan lagi sekatan ekonomi di wilayah itu empat tahun lepas, sebanyak 378 rakyat Palestin maut kerana kekurangan ubatan dan telah dihalang untuk mendapat rawatan di luar.

Dalam perkembangan lain, kementerian perubatan mengumumkan bahawa Semenanjung Gaza telah bebas daripada selesema babi, yang disebabkan oleh virus Influenza jenis H1N1.

Sebahagian penduduk direkodkan telah dijangkiti virus itu daripada kawasan berdekatan Tebing Barat, Jordan dan sebagainya. “Tiada kes virus itu mengancam kami. Kami telah bersedia untuk menangani kes itu,” kata setiausaha kementerian Dr. Hassan Khalaf kepada Quds Press. Gaza merupakan tempat terakhir di dunia yang dijangkiti virus itu.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

5 rakyat Palestin cedera parah dalam kejadian terowong meletup

Rabu , 12/01/2011 – 5 orang rakyat Palestin cedera parah apabila terowong yang sedang digali oleh mereka meletup pada malam Sabtu lalu, kata sumber Palestin. Terowong itu terletak di sempadan Mesir-Palestin
iaitu di bahagian selatan Gaza.

Menurut sumber itu lagi, kesemua mangsa yang cedera itu dikejarkan ke Hospital Gaza kerana melecur teruk manakala 3 daripadanya berada dalam keadaan kritikal. Punca kejadian masih belum diketahui. Sementara itu, pihak polis Palestin sedang melakukan siasatan berkaitan kejadian itu.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Israel melancarkan serangan udara ke atas Silwan kerana mencari sekotak bom tangan dan gas pemedih mata yang hilang

Rabu , 12/01/2011 – Satu laporan akhbar Israel mendakwa pada Ahad bahawa beberapa pemuda Palestin bertopeng merampas sekotak gas pemedih mata dalam satu serangan balas di daerah Silwan.

Pertempuran itu tercetus di sebuah kampung yang didominasi warga Arab setelah tentera Israel menyerang sebuah rumah dan menyerang wanita tua di dalamnya, demikian menurut laporan akhbar Israel Haaretz. Remaja-remaja Silwan terus menyerang kawasan ketenteraan Israel dengan batu-batu lalu menyebabkan tentera-tentera melarikan diri.

Polis Israel kemudiannya melancarkan serangan dengan helikopter ke atas Silwan apabila mendapati sekotak gas beracun hilang daripada kawasan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Iran Tangkap Penembak Curi Israel Yang Bertanggungjawab Atas Pembunuhan Pakar Nuklear

Rabu , 12/01/2011 – Televisyen Iran, Isnin (10/1) menyiarkan berita berkenaan pihak Otoriti Iran telah menangkap jaringan penembak curi Israel yang terlibat dalam pembunuhan pakar nuklear, Mas’ud Ali Muhammadi pada Januari tahun lalu.

TV Iran memetik dari Kementerian Maklumat Iran bahwa jaringan penembak curi dan ekstrimis berkait dengan badan perisikan Israel “Mosad” bertanggungjawab terhadap pembunuhan Mas’ud Ali Muhammadi.

Dalam peristiwa lainnya, dua pakar fizik Iran diserang pada Isnin, 29 November lalu yang menyebabkan salah seorang terkorban, seperti dilaporkan berita Iran “Mehr.”

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Ribuan pohon almond untuk ditanam di Gaza bulan ini

Rabu , 12/01/2011 – Menteri Pertanian Palestin Muhammad Al-Agha berkata pihaknya bercadang untuk mewujudkan 1,000 dunums (unit ukuran tanah) anak pokok almond ditanam di Semenanjung Gaza utara dan akan diedarkan kepada petani secara percuma sepanjang bulan ini.

Dalam siaran media pada hari Ahad, Agha menambah bahawa ribuan dunums lagi yang juga merangkumi seluruh tanah pertanian Gaza akan ditanam dengan anak-anak pokok dalam beberapa hari akan datang.

Selama kunjungan ke kawasan sasaran di daerah Beit Lahiya, beliau menyatakan bahawa langkah ini akan memenuhi keperluan almond bagi penduduk-penduduk di situ.

Ia juga menunjukkan rencana lain untuk menghidupkan semula pengeluaran madu melalui penngedaran 100,000 anak bunga kepada petani untuk membina semula kehidupan mereka di daerah yang kering kerana perbuatan regim Israel yang memusnahkan tanah pertanian.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri : Penutupan Al-Manthor dengan persepakatan Zionis dan Fatah buktikan kerjasama dalam tembok Gaza.

Rabu , 12/01/2011 – Dr. Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas menegaskan bahawa persetujuan yang dicapai di antara pihak Fatah di Ramallah dan para menteri Zionis untuk menutup kesemua pintu laluan masuk ke Gaza dan sekatan yang dikenakan ke atas Gerbang Karem Abu Salem (Al-Manthor), satu-satunya pintu keluar masuk ekonomi ke Gaza adalah bertujuan untuk mengetatkan lagi sekatan ke atas kawasan itu.

Dalam kenyataan bertulis oleh Abu Zuhri untuk Pusat Informasi Palestin pada hari Isnin (10 Januari) katanya, “keputusan Zionis untuk menyekat Gerbang Karem Abu Salem, satu-satunya laluan perdagangan bagi Gaza dan menutup kesemua pintu masuk ke Gaza tidak lain adalah bertujuan untuk mengetatkan sekatan dan menambah siksaan kepada penduduk Gaza.”

Beliau menjelaskan lagi bahawa janji Zionis untuk meringankan sekatan adalah bohong semata-mata, dan beliau menyeru agar kesemua badan antarabangsa supaya memberi tekanan ke atas Zionis agar menghentikan tindakannya dan membiarkan kesemua laluan masuk ke Gaza terbuka untuk membolehkan penghantaran barangan keperluan ke kawasan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Seorang Tentera Zionis Maut, Empat Cedera Berhampiran Gaza

Rabu , 12/01/2011 – Ahli penentangan Palestin pada petang Jumaat bertempur dengan sekumpulan askar Israel berhampiran Nirim, timur kem pelarian Maghazi mencederakan lima tentera dan dua daripadanya berada dalam keadaan kritikal

Media Israel menyatakan bahawa pertempuran sengit itu kedengaran sehingga ke timur kem pelarian Maghazi diikuti kemunculan jet pejuang yang meninjau kawasan kediaman dan ladang pertanian di kawasan itu.

Mereka menambah bahawa bunyi letupan kedengaran di kawasan itu, dipercayai hasil daripada bom mortar menghala ke pos tentera penjajah Israel.

Radio Israel menyatakan bahawa sekumpulan tentera diserang dengan senjata ringan dan mortar di Kisufim, sempadan Semenanjung Gaza apabila kumpulan itu tiba selepas menerima aklumat bahawa sekumpulan penentang cuba untuk memasang bahan letupan.

sumber : http://www.qassam.ps
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Membunuh Remaja 22 Tahun di Tebing Barat

Rabu , 12/01/2011 – Seorang penduduk Palestin berumur 22 tahun telah dibunuh oleh tentera rejim Israel di kawasan pemeriksaan ketenteraan al-Hamra, bandar Tubas utara Tebing Barat pada pagi Sabtu sementara penduduk Palestin yang lain ditahan paa insiden yang sama.

Sumber Palestin berkata bahawa yang terbunuh dikenali sebagai Khaldon al-Samody, 22 daripada bandar Jenin, Tebing Barat, sementara yang ditahan masih lagi tidak diketahui identitinya.

Sumber berkata tentera rejim mengumumkan bahawa kawasan itu ialah kawasan yang tidak boleh dilalui, sehinggakan ambulan dihalang daripada mengeluarkan mangsa yang kemudiannya maut dalam keadaan masih berdarah.

Sementara itu, tentera rejim menghalang wartawan menghampiri tempat kejadian dengan meletakkan halangan atas alasan sedang menyiasat tempat kejadian itu.

Beberapa hari sebelum itu, tentera rejim Israel membunug seorang remaja Palesti di tempat yang sama, sambil sumber memberitahu bahawa mangsa dibunuh dari jarak dekat iaitu 3 meter.

Organisasi hak asasi mengutuk jenayah itu dan menuduh tentera rejim melakukan jenayah terhadap penduduk Palestin setiap hari terutamanya di kawasan pemeriksaan tentera di Tebing Barat.

sumber : http://www.qassam.ps
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Wikileaks: Rejim Zionis rancang meletakkan ekonomi Gaza ke tahap hampir lumpuh

Selasa , 11/01/2011 – Laman web Wikileaks mendedahkan bahawa rejim Zionis telah memaklumkan kepada Duta Amerika Syarikat di Tel Aviv bahawa mereka mensasarkan kejatuhan ekonomi Genting Gaza ke tahap hampir lumpuh dengan cara mengetatkan sekatan ke atas penduduknya.

Beberapa maklumat dalam talian menggambarkan yang rejim Zionis sentiasa memaklumkan kepada Duta AS menerusi talian tentang tindak-tanduknya mengenakan sekatan ke atas Genting Gaza walaupun menerima tentangan daripada Negara-negara luar.

Sebagai sebahagian daripada pelan sekatan ekonomi ke atas Gaza, pegawai-pegawai rejim Zionis mengesahkan bahawa mereka merancang untuk meletakkan ekonomi Gaza ke tahap hampir lumpuh menerusi beberapa tindakan, tanpa melumpuhkan terus ekonomi Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Peguam Palestin dituduh membantu tawanan di penjara pendudukan haram Gaza

Selasa , 11/01/2011 – Mahkamah Pusat Israel di Baitulmuqaddis mengadakan sidang pada awal Rabu untuk mendengar kesaksian yang ditawarkan oleh tuntutan tentera dalam kes peguam Palestin Shirin Tariq al-Issawi dan adik-adiknya Madhat dan Raafat.

Para terdakwa tersebut telah didakwa sebelumnya dengan memindahkan wang kantin kepada para tahanan di penjara-penjara Semenanjung Gaza di kawasan pendudukan haram Israel.

Konflik kesaksian terhadap pendakwaan tampaknya telah menyokong kes mereka. Permohonan Issawi untuk dilepaskan ditolak walaupun disokang oleh bukti yang lemah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Israel culik 5 pemogok lapar yang baru beberapa jam dibebaskan dari penjara Abbas.

Selasa , 11/01/2011 – Rejim Zionis pada pagi Jumaat (7 Januari) telah menculik 5 daripada 6 orang tahanan yang baru sahaja dibebaskan daripada penjara militan Mahmoud Abbas bi bandar Al-Khalil (Hebron), sebagai operasi keselamatan dan kerjasama antara militan Abbas dan Zionis, di mana seorang penduduk awam telah dibunuh kejam kerana telah disalah sangka sebagai salah seorang tahanan tersebut.

Isteri kepada Wael Al-Baithor memberitahu Pusat Informasi Palestin bahawa sejumlah besar pegawai Zionis menceroboh masuh kawasan rumah mereka, dan pergi ke bilik bapa saudaranya, Umar Salim Al-Qawasimi dan melepaskan tembakan kejam bertalu-talu ke arah beliau yang sedang tidur di biliknya kerana disalah sangka sebagai Wael. Suaminya itu baru sahaja beberapa jam dibebaskan daripada penjara Abbas.

Beliau berkata : “mereka (zionis) bukan sahaja telah tersalah rumah dan membunuh bapa saudara saya dengan kejam, tetapi juga mereka telah menahan anak-ananknya dan memukul mereka yang kemudian dipaksa keluar ke khalayak ramai tanpa pakaian.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Yayasan Clarke Bekerja Keras Untuk Menamatkan Kepungan Gaza

Selasa , 11/01/2011 – Sara Flounders, Pengarah Hubungan Luar Yayasan Clarke, mengatakan bahawa bekas Peguam Negara AS Ramsey Clarke sedang membuat usaha-usaha besar untuk menamatkan sekatan Gaza, menyatakan pada masa yang sama memohon maaf untuk semua orang Palestin yang dibunuh oleh Israel di dalam dan luar penjara.

Flounders berkata selama pertemuan antara Clarke dengan keluarga tahanan di Gaza menyatakan rasa kesal pada sokongan kewangan dan ketenteraan yang diberikan oleh Amerika untuk Israel, yang digunakan untuk membunuh orang awam.

Dia juga memuji perempuan Palestin di Gaza kerana kemampuan mereka untuk tetap berpendirian teguh walaupun menghadapi kesulitan dan menekankan bahawa dunia belajar dari orang Gaza, bahawa yang paling penting ialah ketahanan dan kesabaran yang mereka tunjukkan dan tidak meninggalkan tanggungjawab mendidik anak-anak mereka.

Mereka mengatakan bahawa walaupun masa singkat di Gaza, namun mereka memahami mengapa dunia menghormati dan menyokong Gaza, yang sentiasa konsisten dalam perjuangan dan mempertahankan Gaza.

Mereka menekan bahawa Yayasan Clarke akan tetap berdiri bersama kerajaan Palestin yang dipilih secara demokratik oleh rakyat Palestin, membela dan menolak semua usaha untuk meminggirkan dan menundukkan kerajaan yang sah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Menteri Kesihatan: Penguasa Fatah Menahan Sumber Perubatan di Gaza

Selasa , 11/01/2011 – Menteri kesihatan Gaza memberi amaran pada Rabu bahawa menteri kesihatan Pihak Berkuasa Fatah di Ramallah menyambung tindakan mereka menahan bekalan perubatan yang diperlukan oleh pesakit Gaza.

Menteri Gaza percaya bahawa keadaan itu berpunca daripada keadaan politik, sambil memanggilnya, ‘penghinaan politik yang membabitkan pesakit Gaza yang tidak bersalah’.

170 ubat penting dan 165 bekalan perubatan kehabisan stok dalam inventori kementerian.

Menteri Gaza menyeru Ramallah untuk menghantar stok perubatan yang diperlukan ke Gaza sambil menambah bahawa hanya 37 peratus bekalan perubatan yang penting telah dihantar oleh Ramallah pada 2010.

Kementerian menyeru kumpulan hak asasi untuk memperjuang keadaan nyawa penduduk Gaza, yang terseksa dengan ketidakadilan sekatan ekonomi selama empat tahun.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

“Barak, Kamu ialah pembunuh kanak-kanak di Gaza dan seorang penipu!”

Selasa , 11/01/2011 – Seorang pemuda Palestin memotong ucapan di Universiti Tel Aviv oleh Ehud Barak sambil memanggil Menteri Perang Israel itu pembunuh kanak-kanak.

Barak sedang memberi ucapan tentang Iran dan situasi politik di Timur Tengah di hadapan pegawai akademik dan ketenteraan daripada Israel dan luar negara semasa dia diganggu dengan banyaknya oleh peserta demonstrasi menentang polisi Israel terhadap penduduk Palestin.

Peserta demonstrasi mengangkat imej penduduk Palestin yang terbunuh dan cedera pada perang Gaza yang berlangsung pada akhir 2008 sehingga 2009, dan menjerit kepada Barak: “Kamu ialah pembunuh kanak-kanak Palestin dan penipu! Kamu hanya mencuba unuk meletakkan ketakutan dalam jiwa penduduk.”

Dalam keadaan keliru, Barak mengarahkan pengawal keselamatan mengeluarkan penunjuk perasaan daripada dewan itu.

Selepas keadaan kembali tenang, Barak berkata bahawa dia tidak melihat sebarang keperluan untuk memberi maklum balas kepada tuduhan yang dilemparkan, sambil menambah tindakan mereka kebudak-budakan. “Saya ialah orang terakhir yang akan sudi memohon maaf kepada seseorang,” katanya.

sumber : http://www.qassam.ps
penterjemah : redz