Categories
Berita Semasa

Netanyahu adalah Pelampau !

Rabu, 31/03/2010 – Ahli Parlimen Dr Mustafa Barghouthi, Setiausaha Agong Palestinian National Initiative, berkata Netanyahu dan kerajaannyalah yang seharusnya disifatkan sebagai PELAMPAU dan bukan rakyat Pelastin. Namun Netanyahu menuduh bahawa rakyat Pelestin apa yang ia buat, dan ia lupa bahawa dia adalah ketua kepada penceroboh.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ismail

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis membuka persimpangan Abu Salem.

Rabu, 31/03/2010 –Para pegawai Israel hari ini membuka persimpangan Karem Abu Salem untuk membenarkan kemasukan bantuan bahan bakar yang terhad ke kawasan Semenanjung Gaza, sementara simpang Al-Montar masih ditutup.

Para pegawai Israel akan membenarkan kemasukan van sebanyak 113-123 yang penuh dengan muatan barang-barang bantuan untuk kedua-dua sektor pertanian dan industri.” kata Raed Fatouh, pegawai perhubungan Palestin kepada agensi berita Safa. Beliau menambah bahawa mereka akan menghadkan jumlah pam gas untuk memasak dan bahan bakar yang diperlukan untuk menjalankan penjanaan kuasa di Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  nurul

Categories
Berita Semasa

Hasil sidang kemuncak Liga Negara Arab tidak memuaskan

Rabu, 31/03/2010 – HAMAS mengatakan hasil Sidang Kemuncak Liga Negara Arab di Libya yang berakhir pada hari Ahad (28/3) tidak berjaya mencapai dan memenuhi harapan dan wawasan majoriti bangsa Arab. Ini kerana hasilnya tidak memberikan jawapan yang dikehendaki terhadap cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bangsa Arab, terutamanya kebejatan kerajaan haram Zionis yang berterusan menjajah dan menduduki tanah suci bangsa Arab dan usaha mereka untuk mengyahudikannya dengan meruntuhkan Masjid al-Aqsa.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Biro Medianya yang diterima oleh Pusat Media Palestin pada petang Ahad, HAMAS menganggap bahawa resolusi sidang kemuncak tersebut yang terus mahu berpegang dengan proses rundingan sebagai opsyen strategik tanpa berfikir mencari opsyen alternatif lain terutamanya opsyen meneruskan perjuangan, akan menyebabkan kerajaan haram Zionis akan terus bermaharajalela. Cadangan untuk menghubungkan ‘memulakan rundingan tidak langsung’ dengan ‘pemberhentian pembinaan penempatan haram’ telah pun dicuba dan kerajaan haram Zionis membalasnya dengan mereka menambah projek pembinaan penempatan haram di tengah-tengah bandar al-Quds sendiri.

Kenyataan itu juga menambah: “Rakyat Palestin dan bersama mereka bangsa Arab lainnya, amat mengharapkan agar kajian semula dibuat untuk melihat opsyen-opsyen politik yang ada, iaitu dengan bersatu mengguna pakai satu strategi baru yang berdasarkan kesatuan saf Arab dalam menyokong dan mendokong pihak perjuangan yang sudah membuktikan kemampuannya untuk menundukkan regim Zionis tanpa sebarang syarat sebagaimana berlaku di selatan Lubnan dan Gaza.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Barhum: Kenyataan Pemimpin Israel membuktikan Israel negara pengganas.

Selasa, 30/03/2010 – Jurucakap Hamas, Fauzi Barhum menegaskan, pernyataan menteri kewangan Zionis, Yuval Steinitz, mencerminkan niat pemerintah penjajah Zionis dalam tindakan keganasan negara untuk bangsa Palestin.

Pernyataan ini menambah catatan kejahatan perang Zionis dari sisi kemanusiaan, katanya. Dalam pernyataan akhbarnya, Ahad (28/3) Barhum mengatakan, pernyataan tersebut menuntut sikap tegas dan keputusan segera daripada pemerintah-pemerintah di Asia Barat mahupun antarabangsa untuk menyekat Israel daripada perhubungan antarabangsa serta menyeretnya ke mahkamah antarabangsa, demi menghentikan semua kezalimannya.

Barhum menegaskan, pembicaraan apapun tentang perundingan dengan Zionis, apapun bentuknya merupakan perlindungan terhadap semua kejahatan Zionis selama ini, yang akan mendorongnya tambah ganas dan meningkatnya kejahatan dan kekejaman terhadap rakyat Palestina.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Syaikh Tamimi : Masjid Aqsa dalam bahaya sekarang !

Selasa, 30/03/2010 – Tayseer Rajab Syaikh Tamimi, Ketua Majlis Keadilan Palestin dan Presiden Pembelaan Islam-Kristian Baitulmuqaddis dan tempat-tempat suci lain, meminta semua rakyat Palestin di seluruh tempat, terutama Baitulmuqaaddis agar hadir di Masjid Al Masjid Aqsa bagi menghalang serangan tentera rejim Israel.

Seruannya dibuat sebagai tindakbalas terhadap Perisytiharan kumpulan-kumpulan ekstremis Yahudi yang berniat untuk menyerbu Masjid Aqsa pada hari Isnin ini untuk meraikan perayaan yang dipanggil “Jangkauan Yahudi” di antara Kubah Batu dan Kubah Al-Selselah, serta pengisytiharan “Gerakan Pengawal Kuil” dalam laman web mereka bagi mengadakan himpunan Yahudi di Masjid Al-Aqsa pada 1 April untuk merobohkan masjid dan membina kuil di atasnya.

beliau juga meminta masyarakat antarabangsa agar segera campur tangan bagi menghentikan pencerobohan Israel terhadap bandar dan tempat suci Islam dan Kristian itu serta menetapkan menghentikan kejahatan dan pelanggaran resolusi Majlis Keselamatan untuk melaksanakan Bab VII daripada Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mahu Israel menghentikan semua kejahatan yang mengancam keamanan dan keselamatan antarabangsa

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Zionis tangkap 3 penduduk Palestin di Hebron.

Selasa, 30/03/2010 – Pada Khamis lalu, askar rejim Zionis telah menangkap seorang penduduk Kampung Dura di barat daya Hebron, Tebing Barat. Sementara 2 orang lagi telah ditangkap pada malam Rabu lepas berdekatan Al-Hram Al-Ibrahimi.

Sumber keselamatan memaklumkan agensi berita SAFA bahawa rejim Zionis menangkap Hassan Mohammed Nasr, 39 dalam satu serbuan di rumahnya di Dura. Manakala Fouad Fares Al-Qasrawi, 23 dan Saif Mohammad Al-Qasrawi, 18 ditangkap berhampiran Al-Hram Al-Ibrahimi di Hebron.

Dalam kejadian lain, Basil Faisal Al-Drabia, 16 telah dikejarkan ke hospital kerajaan di Hebron selepas dibelasah oleh IOF yang menahannya semalam. Remaja tersebut dibelasah dengan teruk sebelum dilepaskan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Al Mezan kecam serangan berterusan Israel ke atas Gaza.

Selasa, 30/03/2010 – Askar rejim Zionis terus memperhebatkan kekejaman dan serangan udara ke atas bahagiaan utara dan timur Semenanjung Gaza, berdekatan dengan kawasan sempadan. Lebih kurang jam 9.30 pagi Selasa lalu, 10 kereta kebal dan jentolak rejim Zionis telah mara sejauh 200 meter ke kawasan perindustrian yang terletak di timur Beit Hanoun, utara Gaza. Beberapa orang penduduk Palestin yang sedang membersihkan sisa-sisa runtuhan bangunan segera meninggalkan kerja mereka dan lari menyelamatkan diri ke arah selatan. Jentolak rejim Zionis menggali lubang-lubang yang dalam dan meninggikan sisa-sisa runtuhan yang sedia ada. Askar rejim Zionis masih lagi berada di kawasan yang dimaksudkan semasa artikel ini dikeluarkan. Tiada sebarang kecederaan ataupun korban nyawa yang dilaporkan.

Dalam kejadian yang lain, jet pejuang rejim Zionis telah mensasarkan peluru berpandu ke atas tanah pertanian milik Usama Zimo. Tanah pertanian tersebut terletak di Jalan Al-Nakhil, di kawasan kejiranan At-Tuffah, di timur Bandar Gaza. Serangan itu mengakibatkan 4 bilik yang berbumbung simen, sebuah perigi dan pamnya musnah. 10 buah rumah dan Sekolah UNRWA Ash-Shija’iya yang terletak berdekatan turut mengalami beberapa kemusnahan. Serpihan kaca yang berterbangan daripada tingkap yang pecah telah mencederakan 8 orang penduduk. Dua daripada mereka merupakan adik-beradik. Al-Mezan mengenalpasti mangsa yang terbabit adalah seperti berikut :

Khawla Jehad Al-Kahlout, 28;

Alaa Sa’ed Kareem, 16;

Ruba Sa’eed Kareem, 12;

Yasser Naeem Hijazi, 25;

Akram Al Faiomi, 21;

Nahedh Khalil Abu Amsha, 45;

Mohammed Nahedh Abu Amsha, 19 dan

Abed Anis Marzouq, 62.

Pada kira-kira jam 8 malam, 3 penduduk Palestin telah ‘mencuri-masuk’ pagar pemisah antara Semenanjung Gaza dan Israel. Tanpa berlengah, askar rejim Zionis melepaskan tembakan dan mengejar mereka sehingga ke kawasan timur Kampung As-Salqa. Mereka kemudiannya ditahan, lapor Al-Mezan. Dalam serangan itu, Salman Mahmoud Bre’im, 35 telah terkena tembakan di telinga kirinya. Ketika itu dia sudah berada berhampiran rumahnya di Kampung As-Salqa. Dia kemudiannya dimasukkan ke Hospital Al-Aqsa, Bandar Deir Al-Balah sebelum dipindahkan ke Hospital Shifa, Semenanjung Gaza. Kadar pengangguran dan kemiskinan yang tinggi telah menyebabkan ramai pemuda Palestin menggadaikan nyawa mereka untuk mencari nafkah. Menurut siasatan Al-Mezan, semasa kebangkitan kedua Intifada yang bermula pada September 2000, seramai 64 penduduk Palestin telah terkorban ketika cuba ‘mencuri-masuk’ pagar pemisah itu, semata-mata untuk mencari rezeki.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Provokasi terbaru rejim Zionis terhadap Al Aqsa.

Isnin, 29/03/2010 – Kerajaan haram Israel telah menunjukkan bahawa ia akan memberi penekanan keatas rancangan untuk meluaskan plaza kawasan ibadah Yahudi di Western Wall di Bandaraya Tua Jerusalem disebalik amaran yang akan mencetuskan risiko intifadhah ketiga.

Minggu ini pegawai2 Israel telah menolak cadangan mahkamah Jerusalem untuk mengenepikan perancangan itu setelah hakim bersetuju atas pandangan bahawa pembesaran kawasan plaza tersebut akan mengagalkan rancangan’status quo’ yang meliputi tempat tempat suci di Old City.

Kawasan yang telah mendapat perhatian pegawai Israel terletak di Mughrabi Gate, iaitu di kawasan pintu masuk mesjid yang dikenali sebagi Haram al- Sharif, iaitu kawasan yang amat sensitif dalam pertelingkahan diantara Israel dengan pihak warga Palestin. Didalam nya terdapat Mesjid Al-Aqsa dan qubah emas Dome of the Rock.

sumber : Electronic Intifada
penterjemah :  ismail

Categories
Berita Semasa

Isu air di Palestin amat kritikal.

Isnin, 29/03/2010 – Toni Morisson pernah menulis ” Semua air mempunyai memori yang sempurna dan selamannya cuba untuk kembali ke tempat asalnya.” Saya dapat merasakan perkara yang sama untuk pelarian Palestin, yang masih lagi berjuang berdekad – dekad mencari hak untuk kembali ke tempat asal. Saya telah memikirkan tentang perkaitan antara air dan perlarian semasa mesyuarat Middle East Children’s Alliance’s (MECA) Maia Project yang lepas bersama Aidan O’Leary, Timbalan Pengarah kepada agensi untuk pelarian Palestin (UNRWA) beroperasi di Gaza.

UNRWA menyediakan bantuan, perlindungan dan nasihat indang – undang kepada 4.7 juta pelarian Palestin di Tebing Barat, Semenanjung Gaza, Jordan, Lubnan dan Syria. Kami bertugas bersama UNRWA untuk memasang unit penurasan dan penulenan air buatan tempatan di sekolah – sekolah mereka. En. O’Leary menyatakan penghargaan yang besar kepada Projek MAIA dan menekankan bahawa penyediaan air minum yang bersih untuk kanak – kanak merupakan satu keperluan yang utama bagi sekolah – sekolah di Gaza. En. John Ging, Pengarah Operasi UNRWA di Gaza juga menyatakan minat terhadap Projek Maia.

Situasi di Gaza semakin bertambah teruk di bawah kawalan dan pengawasan askar tentera haram Israel. Pelarian yang amat merasai kesan dari peningkatan pengangguran dan kemiskinan. Kemampuan untuk mendapatkan air yang bersih merupakan salah satu kepentingan yang UNRWA tidak dapat penuhi. Laporan UNWRA yang terbaru menyatakan penyakit berjangkit yang biasa yang merebak di kalangan pelarian Palestin di Gaza — yang menjadikan tiga per empat dari populasi — adalah berkaitan ketidaksempurnaan bekalan air bersih, tahap kebersihan yang rendah: cirit birit, cirit birit berdarah akut dan viral hepatitis.

sumber : Electronic Intifada
penterjemah :  bob

Categories
Berita Semasa

Israel culik budak lelaki lepaskan budak perempuan.

Jumaat, 26/03/2010 – Tentera Rejim Zionis menahan seorang budak lelaki bernama Basem Faisal Al-Darbia berumur 16 tahun manakala melepaskan seorang budak perempuan Souhad Oweiwi 13 tahun selepas menahan mereka pada awal pagi Rabu di Bandar Lama Hebron.

Tentera rejim Zionis mendakwa mereka menahan budak perempuan itu selama 4 jam atas alasan Souhad membaling batu ke arah mereka. Sumber itu juga menyatakan tentera rejim Zionis telah mendirikan beberapa sekatan di laluan keluar masuk ke Hebron.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Kapal rejim Zionis menembak nelayan Gaza.

Jumaat, 26/03/2010 – Kapal rejim Israel menembak bot nelayan palestin dipersisiran pantai utara Semenanjung Gaza dan mencederakan seorang nelayan.

Hasim Juma Qzaan tercedera dan dibawa ke Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia , sektor utara, sumber Palestin melaporkan. Bot nelayan Palestin adalah sasaran harian, apabila Israel menetapkan mereka tidak boleh melebihi had 3 batu kawasan menangkap ikan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah

Categories
Berita Semasa

Rakyat Mesir tuntut usir Duta kerajaan haram Zionis.

Jumaat, 26/03/2010 – Beberapa puluh rakyat Mesir yang marah melakukan tunjuk perasaan pada hari Khamis (25/3) di hadapan bangunan Kementerian Dalam Negeri Mesir di Kaherah. Mereka menuntut agar Duta kerajaan haram Zionis diusir dan segala hubungan dengan kerajaan haram Zionis diputuskan sebagai membalas tindakan pencerobohan yang dilakukan terhadap hak rakyat Palestin dan tanah suci Islam.

Para penunjuk perasaan mengibarkan bendera Palestin, gambar Masjid al-Aqsa dan bandar Baitul Maqdis. Mereka juga melaungkan slogan yang mengutuk pendirian kerajaan Arab yang mendiamkan diri dengan tidak mengambil apa-apa langkah yang praktikal terhadap polisi-polisi kerajaan haram Zionis. Antara slogan yang dilaungkan: Hancur hancur, hancur Israel! Hancur hancur, hancur pengkhianat! Kenapa kenapa, kenapa diam! Di mana di mana, di mana maruah!

Anggota kumpulan dan para aktivis ‘Demi Mu Palestin’ yang menganjurkan tunjuk perasaan tersebut menuntut kerajaan Mesir agar melaksanakan lima tuntutan asasi mereka, iaitu mengusir duta Zionis, berundur daripada inisiatif perdamaian Arab, memberhentikan pengeksportan gas kepada kerajaan haram Zionis, memutuskan segala hubungan diplomatik dengannya dan menamatkan segala usaha memperbaiki hubungan dengannya dalam semua bidang sama ada ekonomi, politik, kebudayaan dan kemasyarakatan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Askar rejim Zionis digesa menyiasat pembunuhan mereka.

Jumaat, 26/03/2010 – Ramai rakyat Israel percaya dan kepercayaan itu sentiasa diulang-ulang di Israel, bahawa pasukan mereka adalah “tentera paling bermoral di dunia.”

Namun, selepas perang Gaza yang membunuh 1400 penduduk Palestin, sebahagian besar daripada mereka warga awam dan beberapa orang warga Israel yang lain mula mempersoalkan perkara ini.

Dalam pada itu, kesilapan menembak empat remaja Palestin dalam tempoh 24 jam sebelum hujung minggu, sangat mengundang persoalan sehingga memaksa tentera Israel menyiasat insiden itu di tengah-tengah kenyataan saling bertentangan yang dikeluarkan oleh tentera terlibat.

sumber : electronic intifada
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Ulasan PACE: Netanyahu mengumumkan lebih banyak penempatan Yahudi akan dibina di Baitul Maqdis timur.

Assalamualaikum,

Pertemuan empat mata di antara Presiden Barrack Obama dan Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu masih meninggalkan pelbagai persoalan. Namun yang pasti Netanyahu telah membuat pengumuman yang mungkin memperdalam ‘perselisihan’ di antara Amerika dan Israel, negara yang sering dipertahankan dan dilindungi oleh kuasa besar itu.

Categories
Berita Semasa

Sidang media NGO Aqsa Syarif tentang pembinaan kuil Hurva di perkarangan Masjid al-Aqsa

Jumaat , 26/03/2010 – Tindakan Israel membangunkan semula kuil Hurva di perkarangan Masjid al-Aqsa dan melakukan upacara perasmian tempat penyembahan Yahudi, Haikal 15 Mac lalu bakal mencetuskan satu lagi ledakan perjuangan besar di Palestin. Upacara yang turut dihadiri Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu itu memuncakkan ketegangan sedia ada di Baitul Maqdis timur dan Masjid al-Aqsa.