Categories
Berita Semasa

Dasar Perobohan Rumah Israel Tidak Ada Keabsahan: Hamas

Rabu, 01-02-2023 – Gerakan Hamas menegaskan, amalan dasar perobohan Israel terhadap kediaman penduduk Palestin tidak akan memberi keselamatan atau keabsahan Israel dan peneroka Yahudi.

Dalam kenyataan akhbar pada Ahad, jurucakap Hamas untuk Jerusalem, Muhammad Hamadeh berkata, amalan perkauman Israel tidak akan mematahkan azam rakyat Palestin untuk mempertahankan tanah air dan tanah suci mereka.

Gerakan itu menganggap Israel bertanggungjawab atas akibat jenayah mereka, bertegas bahawa rakyat Palestin akan terus menentang pendudukan Israel hingga mendapat semula hak dan tanah mereka.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

7 lagi warga Palestin diculik

Rabu, 01-02-2023 – Regim Zionis Israel (IOF) menculik pada pagi Ahad tujuh warga Palestin dari Baitulmaqdis dan seorang lagi dari al-Khalil.

Menurut sumber tempatan, pasukan polis Israel menculik tujuh rakyat Palestin dari rumah mereka semasa serbuan di kawasan berbeza di Baitulmaqdis yang Diduduki.Di al-Khalil, seorang warga muda telah ditawan berikutan serbuan IOF di rumahnya di bandar Beit Ummar. Pemuda yang sama telah dibebaskan dua bulan lalu selepas menjalani dua tahun di penjara Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

IOF bunuh kanak-kanak Palestin di kem Shuafat

Isnin, 30-01-2023 –Seorang kanak-kanak Palestin disahkan meninggal dunia pada petang Rabu akibat cedera ditembak tentera rejim zionis (IOF) di kem pelarian Shuafat timur Baitulmuqaddis.

Sumber tempatan dan perubatan menyatakan, Mohamed Ali yang berusia 16 tahun menderita cedera teruk akibat ditembak ketika IOF menyerbu kem Shuafat.

Rakaman yang tersebar di internet menunjukkan tentera rejim menyerang kanak-kanak itu dan mengoyakkan bajunya ketika beliau dalam keadaan berdarah sebelum penduduk tempatan berjaya memindahkan beliau ke pusat perubatan Anata.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Polis rejim Zionis Israel menyerbu kem Shuafat untuk meruntuhkan rumah pejuangan syuhada Tamimi.

Isnin, 30-01-2023 – Pekerja perobohan Zionis Israel dengan kawalan polis rejim Zionis, pada pagi Rabu  telah menyerbu kem pelarian Shuafat di kawasan Jerusalem dan merobohkan rumah syuhada  Uday at-Tamimi.

Rakaman yang tersebar di media sosial menunjukkan polis rejim Zionis Israel memasuki kem dalam angka yang besar dan menutup kawasan sekitar rumah keluarga  at-Tamimi sebelum pekerja memulakan kerja meruntuhkan dinding dalaman.Menurut media yahudi, 300 polis wataniah menyerbu kem untuk merobohkan pangsapuri kepunyaan keluarga Uday at-Tamimi.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

303 Peneroka Yahudi Cemari Masjid Aqsa 

Isnin, 30-01-2023 – Ratusan peneroka pelampau Yahudi cemari Masjid Aqsa di bawah kawalan keselamatan ketat polis pada Rabu pagi dan selepas tengah hari.

Menurut laman sesawang berita al-Qastal, sekurang-kurangnya 303 peneroka, termasuk pelajar agama dan pegawai tinggi, memasuki masjid dalam kumpulan berbeza melalui Gerbang Maghariba, dan melawat halamannya dengan pengawasan ketat polis penjaga.

Dalam sesi tersebut di tapak suci umat Islam, mereka menerima ceramah daripada para rabi tentang dakwaan gunung kuil, selain beberapa lagi melaksanakan upacara Talmud secara provokatif.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

Glick dan gerombolan peneroka yahudi mencemari Masjid al-Aqsa. 

Khamis, 26-01-2023 –Segerombolan peneroka haram Yahudi dengan kawalan Polis rejim Zionis berterusan mencemari Masjid al-Aqsa di kawasan kepungan Jerusalem pada pagi dan petang Khamis.

197 peneroka haram Yahudi termasuk pendita ekstrimis Yahudu Glick, memasuki kawasan Masjid al-Aqsa melalui pintu Maghriba dan mengelilingi kawasan perkarangan masjid menurut laporan media  al-Qastal.

Ketika mengelilingi kawasan suci umat Islam, peneroka yahudi menerima penerangan tentang kawasan yang dikatakan kuil yahudi dan beberapa mereka membuat provokasi dengan menjalankan ibadah yahudi di lokasi.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Tahan Lima Kanak-Kanak Palestin di Jenin

Khamis, 26-01-2023 – Beberapa warga Palestin menderita akibat terhidu gas pemedih mata akibat bedilan bom gas pemedih mata selepas Rejim Zionis menyerbu bandar Zibda, barat daya Jenin, di tengah- tengah pada petang Khamis.

Sumber setempat melaporkan bahawa rejim itu menyerbu kampung dan rumah penduduk tempatan sebelum mengubahnya menjadi berek tentera.
Sementara itu, tentera Israel menahan lima kanak-kanak Palestin, termasuk dua adik beradik di kawasan lapang di bandar Yabod di Jenin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

MSF selar rancangan Israel untuk menghalau warga Palestin

Khamis, 26-01-2023 – Médecins Sans Frontières (MSF) menyelar sekeras-kerasnya rancangan Israel untuk menghalau lebih kurang 1,000 orang warga Palestin dari rumah mereka di kawasan Masafer Yatta, Tebing Barat.

“Rancangan ini menandakan akan berlakunya pengusiran hampir keseluruhan populasi Masafer Yatta,” kata David Cantero Pérez,  ketua misi MSF. “Ke mana semua keluarga ini hendak pergi. Ini sama sekali tidak boleh diterima.

Menurut kenyataan MSF, rejim Israel telah melakukan tekanan yang sangat teruk ke atas penduduk Masafer Yatta agar meninggalkan kawasan itu. 

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

 Lebih 150 peneroka haram yahudi mencemari Masjid al-Aqsa

Jumaat, 20-01-2023 – Segerombolan peneroka haram yahudi dengan iringan pasukan polis rejim zionis mencemari Masjid al-Aqsa pada pagi dan petang Rabu. Menurut agensi berita al-Qastal, sejumlah 154 peneroka haram yahudi memasuki kawasan Masjid melalui pinya al-Maghariba dan menceroboh kawasan perkarangan dengan iringan pasukan polis rejim Zionis.

Masjid al-Aqsa terdedah kepada pencerobohan hari demi hari oleh peneroka haram yahudi serta polis rejim zionis pada pagi dan petang kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

IOF serbu bandar Tebing Barat dan melakukan penangkapan

Jumaat, 20-01-2023 – Tentera rejim zionis (IOF) menahan dua pemuda Palestin di bandar Aqaba, utara Tubas setelah dipanggil untuk soal siasat pada petang Rabu.

Dua bersaudara, termasuk seorang bekas tahanan turut ditahan setelah tentera IOF memecah masuk rumah keluarga mereka di bandar Arana di Jenin.

Di Baitulmuqaddis, dua lagi warga Palestin ditahan setelah polis rejim menyerbu dan menggeledah rumah keluarga mereka di bandar Beit Duqqu, manakal seorang pemuda ditahan di bandar al-Tur.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Peneroka Yahudi Cuba Langgar Lari Empat Kanak-Kanak Palestin

Jumaat, 20-01-2023 – Seorang peneroka Yahudi cuba melanggar empat kanak-kanak Palestin di selatan al-Khalil pada petang Rabu.

Warga tempatan Mamdouh Abu Tabikh mengesahkan bahawa seorang peneroka yang menaiki traktor meluru dengan pantas ke arah empat anaknya berusia antara 1 dan 7 tahun di kawasan Al-Ain Al-Baida, dengan cubaan untuk melanggar mereka. Walau bagaimanapun, Mamdouh sempat menolak anak-anaknya pada saat akhir.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Al-Qassam Siar Video Tahanan Tentera Israel

Khamis, 19-01-2023 – Sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam, berkongsi video yang menyiarkan tahanan askar Israel Avera Mengistu yang menyeru tentera Israel untuk membebaskannya pada petang hari
Isnin.

“Berapa lama saya akan berada di sini?” Mengistu berkata dalam video tersebut. “Saya dan rakan-rakan dalam kurungan. Di mana negara dan rakyat Israel?”

“Saya adalah Avera Mengistu yang ditawan. Sampai bila saya akan berada di sini dalam kurungan, saya dan rakan-rakan,” katanya lagi.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Lebih 100 peneroka haram mencemari Masjid al Aqsa. 

Khamis, 19-01-2023 – Segerombolan peneroka pelampau Yahudi telah mencemari Masjid Aqsa di kawasan kepungan Jerusalem pada pagi Isnin dan petang Isnin.

Menurut sumber tempatan, sekurang-kurangnya 113 peneroka telah memasuki Masjid secara berkumpulan melalui pintu Maghariba dan mencerobohi kawwsan perkarangan Masjid dibawah pengawasan polis rejim Zionis.

Ketika mencerobohi kawasan suci umat Islam, peneroka turut menerima penerangan tentang kawasan kuil yahudi dari pendeta Yahudi dan mereka melaksanakan ibadah Yahudi di kawasan timur Masjid al-Aqsa.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Unit khas tentera rejim zionis culik dua kanak-kanak Palestin

Khamis, 19-01-2023 – Tentera penyamar Israel menculik dua kanak-kanak Palestin di kejiranan Ras Al-Amud di bandar Silwan, di Baitulmuqaddis pada petang Isnin.

Perisikan Israel turut menculik tahanan Baitulmuqaddis Maher Al-Waari, 19, tidak lama setelah pembebasannya dari penjara gurun Negev, setelah ditahan selama 28 bulan.

Al-Waari dibawa ke balai polis Al-Maskubiya, barat Baitulmuqaddis di mana beliau dibebaskan dengan ikat jamin 5,000 shekel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Delegasi Hamas Bertemu Pimpinan Parlimen Yaman Di Shan’a

Khamis, 19-01-2023 – Delegasi Hamas mengunjungi Ketua Parlimen Yaman, Ustadz Mohamad Alaydrus di pejabatnya di Shan’a, Isnin (16/1).

Ketua Parlimen Yaman menyambut baik kunjungan wakil Hamas di Yaman, Ustadz Muadz Abu Shamalah dan rombongan. Beliau menyampaikan penghormatan pimpinan politik dan mengapresiasi usaha Hamas dalam perjuangan melawan penjajah zionis di Gaza dan di segenap wilayah Palestin.

Alaydrus turut menyatakan penghargaan dan penghormatan atas kegigihan dan keteguhan biro Hamas di dalam keadaan sulit yang dialami Yaman.

Selain itu, Alaydrus mengutuk pencerobohan dan serangan Zionis terhadap Masjidil Aqsha yang melanggar konvensyen antarabangsa. Yaman menyatakan sokongan politik secara rasmi terhadap persoalan Palestin dan haknya dalam berjuang melawan penjajah.

Ketua Parlimen Yaman mengecam sejumlah regim Arab yang turut serta bersama Yahudi menyerbu Masjidil Aqsha dalam rangkaian normalisasi dengan zionis, perkara tersebut adalah bentuk jenaka dan menyia-nyiakan waktu.

Alaydrus menegaskan bahawa persoalan Palestin tidak diperdebatkan dan tidak ada perbezaan pendapat. Bangsa Yaman sudah dikenali sikapnya terhadap persoalan Palestin. Menurutnya ada luka yang dalam di Palestin yang perlu ditangani oleh faksi-faksi Palestin dengan bersatu melawan pencerobohan Zionis.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman