Categories
Berita Semasa

Ahli politik Eropah akan lawat Jerusalem, Tebing Barat dan bertemu pegawai-pegawai Palestin

Selasa, 02/11/2010 – Delegasi berprofil tinggi yang terdiri daripada ahli-ahli politik Negara-negara Eropah dijadualkan melawat Jerusalem dan Tebing Barat pada hari Ahad untuk menyaksikan sendiri kekejaman rejim Zionis di sana serta bertemu dengan pegawai-pegawai dan rakyat Palestin.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Perhubungan Eropah-Palestin (CEPR) menyatakan bahawa delegasi yang terdiri daripada ahli-ahli politik Eropah yang diketuai oleh seorang anggota Parlimen Eropah, Gerald Kaufman akan berlepas ke Jerusalem dan Tebing Barat untuk melihat dengan lebih dekat impak negatif yang berlaku hasil daripada penjajahan rejim Zionis ke atas wilayah Palestin.

Delegasi itu juga akan melawat ibupejabat Palang Merah di Jerusalem untuk bertemu dengan para penggubal undang-undang dan pegawai Palestin yang menerima ancaman dibuang dari tanahair sendiri.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Sekumpulan Yahudi membiarkan seorang rakyat Palestin dalam keadaan kritikal selepas satu serangan kejam

Selasa, 02/11/2010 – Sekumpulan Yahudi menyerang seorang rakyat Palestin ketika beliau sedang berjalan di Hillel Street di Barat BaitulMaqdis sehingga tidak sedarkan diri. Keluarga mangsa mengatakan beliau diberikan rawatan intensif di Hospital Hadasa Ain Karim.

Mereka menambah bahawa mangsa,Fareed Kamil Al-Toubasi dibiarkan dalam keadaan cedera parah setelah beliau menerima beberapa pukulan keras ke beberapa bahagian tubuh, termasuk kepala dan dada. Beliau mampu bangun untuk beberapa saat dan kembali tidak sedarkan diri.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Laporan: 3 Terbunuh, Puluhan Lagi Tercedera Diserang Tentera Israel Pada Oktober di Semenanjung Gaza

Selasa, 02/11/2010 – Satu laporan yang dikeluarkan oleh pasukan perubatan di Semenanjung Gaza mencatatkan kematian dan kecederaan puluhan warga Palestin akibat serangan tentera rejim Israel pada bulan Oktober 2010.

Laporan yang dikeluarkan pada Ahad itu menyatakan, gerombolan tentera Israel melancarkan 3 serangan udara di kawasan-kawasan berbeza lalu menyebabkan 2 terbunuh dan 10 tercedera. Mangsa korban tersebut dikenali sebagai Mahmoud Jabir Washah, 21, dan Mohammed Hisham Zaqout, 22.

Tentera Israel melepaskan tembakan peluru meriam di beberapa lokasi di Semenanjung Gaza dengan menyasarkan ladang-ladang serta kediaman yang mana salah satunya milik Jihad Subhi Afana, 20 di timur Jibalia.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Hamdan: Idea untuk Persidangan Antarabangsa cuma Membazir Masa dan Tenaga

Selasa, 02/11/2010 – Pegawai Perhubungan Antarabangsa HAMAS, Osama Hamdan menyatakan usaha kerajaan Mesir yang terbaru untuk menyelamatkan keruntuhan proses damai antara Israel dan Pihak (Mahmoud) Abbas satu pembaziran masa dan tenaga.

Dia berkata dalam satu kenyataan media pada Ahad bahawa apa yang dikatakan proses damai itu telah gagal lama dulu, sambil menambah bahawa lebih baik untuk mengumumkan kegagalan proses itu dan seterusnya membina projek kebangsaan Palestin dalam asas memberi sokongan kepada kebebasan, pertahanan dan hak untuk kembali.

Komentarnya tentang berita bahawa satu gerak kerja baharu Kaherah untuk menganjurkan satu Persidangan Keamanan Antarabangsa, beliau berkata bahawa tiada gunanya untuk persidangan seperti itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Netanyahu di Washington minggu depan, tiada jadual pertemuan dengan Obama

Selasa, 02/11/2010 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengatakan bahawa beliau akan melawat ke Amerika Syarikat pada hari Ahad akan datang dalam rangka lawatan rasmi bagi menghadiri persidangan untuk pertubuhan Yahudi.

Dalam mesyuarat dengan menteri partinya (Likud) pada Ahad lalu beliau memberitahu akan bertemu dengan Joe Biden, wakil presiden Amerika. Beliau menambah pertemuan yang dijadualkan diadakan dengan Presiden Barack Obama dibatalkan kerana maklumat terkini menyatakan Obama mempunyai lawatan ke Asia pada masa yang sama dengan kunjungannya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Haniyah: Ancaman Israel hanya serangan psikologi

Selasa, 02/11/2010 – PM Palestin Ismail Haniyah menegaskan bahawa ancaman Zionis untuk melancarkan perang dan agresi baru ke Gaza hanyalah sekadar perang psikologi denagn tujuan untuk melemahkan semangat rakyat Palestin dan kumpulan pejuang Palestin. Ancaman itu juga menakut-nakutkan sukarelawan antarabangsa ke Gaza bagi menyampaikan bantuan.

Haneya menyatakan para pemimpin Zionis-Israel masih takut dengan bayang-bayang mereka sendiri, terutamanya laporan Goldstone dan serangan ke atas flotila Mavi Marmara. Pemimpin Zionis Israel juga tidak berani untuk ke luar negara kerana mereka akan berdepan kecaman dari pemimpin negara lain.
Dalam keadaan Zionis-Israel cuba untuk melumpuhkan segala kegiatan di Gaza, Hamas dan rakyat Palestin terus bangkit dalam meneruskan perjuangan dan pembangunan Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Politikus Yaman: Sekatan Bukti Kekalahan Politik Israel

Selasa, 02/11/2010 – Badan kerakyatan untuk perpaduan Palestin mengadakan seminar politik dan peradaban bertajuk “Hapuskan Sekatan”. Majlis ini adalah kerjasama dengan pihak Lembaga Al-Ahmar bidang kajian dan pengenalan tempat suci, Sabtu (30/10). Hadir dalam majlis tersebut, beberapa perwakilan dari gerakan pejuang Islam Hamas di Yaman, seperti, Dr. Abdul Mu’thi Zaqut dan Syaikh Muqbil, pimpinan Ikatan Ulama Palestin di Yaman. Di samping itu turut hadir, Yahya Syami, anggota badan kerakyatan untuk perpaduan Palestin dan Isu Ummah Yaman.

Dalam seminar tersebut, wakil dari Hamas, Dr. Abdul Mu’thi Zaqut mengatakan, Entiti Zionis adalah gabungan antara negara-negara barat dan gerakan Zionis antarabangsa. Ketika ini negara Barat melihat negara Arab, sebagai wilayah strategik yang kaya dengan pengalaman. Berkaitan dengan doktrin Zionis dalam menguasai wilayah Arab, Zaqut mengatakan, bagi Zionis perluasan kawasan adalah sebahagian daripada strategi utama doktrin mereka. Apatah lagi hampir semua parti Zionis sepakat dalam empat hal. Pertama, tidak boleh menyerah dalam isu wilayah. Kedua, tidak ada hak kembali kepada pelarian Palestin. Ketiga, tidak boleh menyerahkan Al-Quds. Keempat, tidak ada kedaulatan penuh bagi negara Palestin.

Dalam pada itu, Zaqut menyeru agar masalah Palestin diperjuangkan sebagai masalah bangsa Arab dan Islam sementra entiti Zionis menuju jalan kemusnahan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Delegasi Parlimen Kesatuan Eropah lawat pimpinan Al-Quds

Selasa, 02/11/2010 – Para menteri Al-Quds di Pusat Nasional Palang Merah 123 menyambut kedatangan delegasi VIP Parlimen Kesatuan Eropah yang diketuai oleh menteri Poland, Gerald Kaufman, pada hari Ahad (31 Oktober) selepas perjalanan mereka yang sukar merentasi Jambatan Al-Karamah di Jordan di mana Zionis telah menahan seorang ahli delegasi, Aiman Abu Aowad, yang mempunyai kewarganegaraan Britain, kerana beliau berasal dari Gaza.

Delegasi ini disertai oleh 3 menteri masing-masing dari Scotland, Britain dan Holand, termasuk 7 ahli parlimen lain. Mereka mengambil berat dengan mendalam terhadap Palestin dan Al-Quds secara keseluruhannya dan mereka turut gusar dengan keganasan Zionis di mana semua keganasan tersebut ternyata bertentangan sama sekali dengan undang-undang antarabangsa.
Delegasi Eropah ini terkejut dengan keseriusan tahap ancaman undang-undang Zionis terhadap warga Palestin, warga Al-Quds dan Al-Quds sendiri.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Penduduk haram Yahudi melakukan huru hara di Salfit

Selasa, 02/11/2010 – Penduduk pelampau Yahudi menyerang warga Palestin ketika mereka menuai tanaman zaitun mereka di barat Salfit. Mereka cuba merompak hasil tanaman itu menurut sumber-sumber tempatan. Saksi mengatakan bahawa dua penduduk haram Yahudi menggunakan senjata api dan memakai pakaian fanatik Yahudi cuba untuk mencuri di kebun zaitun di daerah Adas Ein. Penduduk haram Yahudi sebelumnya didapati mencuri buah zaitun yang telah dituai di desa Yasuf dan Masaha di Salfit. Sebaliknya petani Palestin dihalang dari menuai hasil tanaman mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Haaretz: Pegawai tinggi PA beri syarahan kepada pegawai dan tentera rejim Zionis di pengkalan tentera

Isnin, 01/11/2010 – Akhbar Haaretz melaporkan bahawa beberapa orang pegawai kanan pergerakan Fatah telah memberi syarahan dan pembentangan kepada pegawai-pegawai dan pelatih baru pihak keselamatan, dan perisik rejim Zionis serta ketua-ketua penempatan-penempatan haram Yahudi. Syarahan tersebut bertempat di salah-sebuah pengkalan tentera rejim Zionis (IOF) di Tebing Barat.

Menurut akhbar itu lagi, siri syarahan dan pembentangan tersebut merupakan anjuran pihak IOF dan pentadbiran awam di Tebing Barat. Penganjurannya bertujuan untuk memberi maklumat terkini kepada para peserta tentang semua perubahan dan pembangunan yang berlaku di Tebing Barat. Ia juga bertujuan untuk menjelaskan kepada IOF tentang sebarang kesukaran yang akan mereka hadapi ketika menjalankan misi mereka di kawasan yang tinggi populasi rakyat Palestin.

Haarets menganggap kerjasama dalam bidang keselamatan antara pihak berkuasa Palestin (PA) dan rejim Zionis sebagai satu perintis dan sentiasa berkembang. Ia turut mengesahkan bahawa berlaku pertukaran maklumat antara kedua-dua belah pihak dan PA telah menyerahkan kepada rejim Zionis semua senjata yang dirampasnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Penduduk kampung di Jerusalem bertempur dengan pengawal keselamatan rejim Zionis

Isnin, 01/11/2010 – Beberapa pertempuran dilaporkan berlaku pada tengahari Rabu lepas di beberapa buah kampung di Jerusalem. Pertempuran berlaku antara polis rejim Zionis dengan pemuda-pemuda yang berasal dari sekitar Jerusalem.

Sumber tempatan melaporkan bahawa polis peronda sempadan rejim Zionis telah dibaling dengan batu semasa sedang meronda 4 buah kampung di utara Jerusalem. Kata mereka lagi, polis-polis itu sengaja membuat provokasi terhadap penduduk tempatan dan melepaskan gas pemedih mata kea rah mereka. Walaubagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Menteri Kebudayaan Hargai Pemilihan Baitulmaqdis Sebagai Ibu Negara Kebudayaan Arab

Isnin, 01/11/2010 – Menteri Kebudayaan Palestin Osama Al-Issawi berkata beliau menghargai pandangan para menteri Arab yang bertemu di Doha, Qatar untuk menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu Negara kebudayaan Arab. Beliau juga memuji resolusi-resolusi untuk mempertahankan bandar suci itu yang telah dicapai semasa persidangan tersebut.

Issawai berkata dalam satu kenyataan akhbar pada Khamis bahawa usaha yang bersungguh-sungguh mesti dijalankan untuk memelihara kota suci itu daripada pengaruh keagamaan sistematik yang dirancang Israel. Beliau turut menekankan kepentingan membantu warga Palestin di Baitulmaqdis untuk memastikan kelansungan Arab di kota itu di samping mempertahankan Masjid Arab dan juga tinggalan sejarah Islam dan Kristian.

Beliau menyeru semua untuk menekan Israel agar menghentikan polisi Judaization yang bertujuan menghilangkan mercu tanda di Baitulmaqdis dan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Guru sekolah Rafah lancarkan mogok untuk memprotes kakitangan yang digantung

Isnin, 01/11/2010 – Kesatuan pekerja Arab telah mengumumkan tenaga pendidik akan melakukan separa mogok di sekolah-sekolah Rafah Khamis lalu bagi memprotes Badan Pekerja Bantuan PBB kerana menggantung pengetua sekolah dan guru yang meminta pelajar berpakaian sopan.

Bahagian kesatuan guru ini berkata telah berlaku ketidakadilan yang besar terhadap Aaliyan Ni’ma, timbalan pengetua sekolah dan serorang guru, Mervat Shebana, yang kedua-duanya menjadi korban saksi palsu.

Kesatuan menambah UNRWA akan meneruskan tindakan penggantungan yang tidak berasas dan keterlaluan, sambil menekankan tindakan tersebut tidak boleh diterima.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Pegawai Umm al-Fahm akan melancarkan mogok pada Khamis sebagai protes kepada keganasan polis

Isnin, 01/11/2010 – Majlis Pemantau Arab di kawasan jajahan 1948, dengan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan Umm al-Fahm, mengumumkan mogok satu bandar pada khams untuk membantah tindakan polis yang melampau dalam pertembungan di bandar itu sehari sebelum ini.

Puak Radikal Yahudi menganjurkan perarakan provokatif pada Rabu di Umm al-Fahm, menyeru agar Pergerakan Islam diharamkan. Pertembungan ganas berlaku apabila polis menghalang penunjuk perasaan, termasuk Ahli Knesset Arab, bersatu untuk menghalang tindakan itu.

Pengerusi Majlis Arab, Mohammed Zeidan berkata, pegawai yang menyamar telah diserapkan dalam khalayak untuk memulakan serangan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Ar-Rashaq : Mesyuarat rekonsilasi di Damsyiq beberapa hari lagi

Isnin, 01/11/2010 – Wakil Biro Politik Hamas, ‘Izzat Ar-Rashaq menyatakan bahawa mesyuarat rekonsilasi di antara Hamas dan Fattah telah mendapat persetujuan untuk diadakan di Damsyiq, ibu kota Syria.

Ar-Rashaq dalam kenyataan akhbar khas untuk Pusat Informasi Palestin hari Khamis (28 Oktober) menegaskan lagi bahawa Fattah memanjangkan tempahan untuk tempat mesyuarat setelah meminta maaf kerana kegagalannya untuk menghadirkan diri dalam mesyuarat yang pada asalanya dijadualkan pada 20 Oktober lalu.

Pimpinan Hamas telah menghubungi pihak Fattah untuk menetapkan tarikh baru mesyuarat yang dijangkakan akan diadakan dalam masa beberapa hari lagi.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen