Categories
Berita Semasa

Zionis tahan menteri, Khaled Abu Tous

Selasa, 02/08/2011 – Pihak Zionis pada pagi Jumaat (29 Julai), melakukan operasi penangkapan dan serangan di daerah Jenin dan Tubas, yang turut melibatkan penangkapan menteri Parti Perubahan dan Pembaharuan daerah Tubas, As-Syeikh Khaled Abu Tous, dan pemimpin senior Hamas di Jenin, As-Syeikh Mustoffa Abu ‘Arrah.

Sumber Hamas mengatakan bahawa Zionis melepaskan sepasukan tentera yang menyerang Bandar Tomun dari timur Tubas pada subuh hari itu, dan menceroboh kediaman menteri Parti Perubahan dan Pembaharuan daerah Tubas, As-Syeikh Khaled Abu Tous (50 tahun), dan menangkapnya selepas disoal siasat di rumahnya oleh ZIonis.

As-Syeikh Khaled Abu Tous bergiat aktif di daerah Tubas, dan telah berkahwin serta dikurniakan 1 anak lelaki, dan 4 anak perempuan. Beliau telah ditahan beberapa kali oleh ZIonis sebelum ini.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Ucapan khas sempena Ramadhan Mubarak oleh staf Palestinkini.

Osman
“Ahlan wa sahlan ya Ramadhan..kekasih hati..penyejuk jiwa..pembakar dosa..bulan muhasabah dan mujahadah..semoga bertambah amal, beroleh maghfirah dan meningkat roh intifadah”

Syuhada
“Ucapan saya.. Ramadhan Kareemm.. semoga semua amalan diteima Allah hendaknya…”

Ameen
“Ramadhan Kareem ! Pray More Eat Less Steadfast with Quran all the Time !”

Nur Azleen
“Marhaban ya Ramadhan. A month where the body gets weaker, but the soul gets stronger..!! Jadikan ia yang terbaik tahun ini, inshaAllah.

Redzwan
“Semoga Ramadhan kali ini diberkati dan dirahmati. Insya Allah.”

Arif Ateed
“Ramadhan Kareem! “

Nur Idawati
“Ramadhan Kareem pada semua muslimin muslimat yang dikasihi, semoga beroleh Ramadhan yang barokah pada tahun ini dan ditemukan lagi dengan Ramadhan akan datang ameen”

Categories
Berita Semasa

Pasukan IOF mara ke selatan Gaza, memusnahkan ladang

Isnin, 01/08/2011 – Tentera rejim Zionis (IOF) yang menaiki sejumlah kereta kebal dan jentolak mara ke selatan Gaza, iaitu timur Khan Younis pada Selasa lalu, kata saksi.

Menurut saksi-saksi lagi, 6 jentolak dan 3 kereta kebal yang mara ke timur Qarara telah menembak secara rambang dan memusnahkan ladang tanaman dengan menggunakan jentolak. Manakala unit yang lain masuk ke kawasan Farahin dan memusnahkan ladang tanaman di situ dengan jentolak. Kata saksi lagi, IOF sering menceroboh dan melakukan kemusnahan di kawasan terbabit.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Pihak keselamatan PA serbu rumah Dahlan

Isnin, 01/08/2011 – Pihak keselamatan PA telah menyerbu rumah milik pegawai Fatah yang kurang dihormati, Mohamed Dahlan pada Khamis lepas di Ramallah. 10 orang pengawal peribadinya telah ditahan manakala sejumlah senjata dan kenderaan disita dalam serbuan berkenaan.

Sumber yang menghubungi Pusat Informasi Palestin (PIC) memaklumkan bahawa Dahlan ada di dalam rumah ketika serbuan tetapi tidak mampu menghalangnya. Kata sumber itu lagi, pihak keselamatan memberitahu Dahlan bahawa dia tidak boleh lagi menggunakan pasukan brsenjata untuk melindunginya tetapi sebagai anggota Majlis Perundangan Palestin dia boleh memohon perlindungan rasmi daripada badan keselamatan PA.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Penjajah Israel (IOA) memberi amaran kepada penghuni bangunan

Isnin, 01/08/2011 – Majlis Perbandaran Baitulmuqaddis IOA menyerahkan amaran pemusnahan bangunan di Beit Hanina kepada para penghuninya.

Salah seorang penghuni, Mohammed Asfour berkata kakitangan perbandaran yang diiringi oleh polis Israel menyerahkan notis pengosongan bangunan sebagai persediaan memusnahkan bangunan 5 tingkat itu atas alasan ia dibina tanpa kebenaran 13 tahun lalu. Bangunan yang dihuni oleh 7 keluarga Palestin yang terdiri daripada 45 individu memiliki beberapa kedai di tingkat bawahnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Polis Israel tahan 150 pekerja Palestin

Isnin, 01/08/2011 – Polis Israel menahan 150 pekerja Palestin di kawasan ladang di Galilea, utara Palestin pada pagi Khamis lalu. Radio Israel mendakwa pekerja-pekerja itu bekerja di ladang tanpa permit. Pasukan keselamatan Israel setiap hari menyerbu kawasan di mana para pekerja biasanya bekerja. Mereka ditahan selepas dipukul serta dihalau kembali ke Tebing Barat selepas mengenakan denda yang berat ke atas mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Terowong Baru dari Silwan ke Masjid Aqsa

Jumaat, 29/07/2011 – Jawatankuasa Palestin Mempertahan Silwan mendedahkan ada terowong baru, ketujuh seumpamanya, di kawasan itu, dari dinding selatan kompaun Silwan Ein ke Masjid Aqsa.

Jawatankuasa itu menyatakan bahawa beberapa sumber Yahudi mengisytiharkan mereka menjumpai sebuah loceng emas di kawasan tersebut yang cuba untuk menjalin sejarah bandar suci Arab Jerusalem melalui menanam beberapa barangan antik di bawah tanah dan kemudian mendakwa mereka telah membuat penemuan sejarah alkitabiah.

Mereka juga menegaskan bahawa pelampau Yahudi baru-baru ini mengebumikan mayat di sekitar kejiranan Silwan.

Peneroka haram Yahudi membahagikan Silwan kepada dua bahagian, bandar untuk orang hidup di barat kejiranan Al-Bustan dan bandar untuk orang mati ke timur, menyebabkan penduduk asli Palestin dikepung oleh penempatan haram dan taman-taman Talmud di satu pihak dan kubur orang-orang Yahudi di sisi lain.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Fuqaha: Perjanjian Oslo ‘Tidak Adil Untuk Palestin’

Jumaat, 29/07/2011 – Ahli Majlis Perundangan Palestin Abdul Jabir Fuqaha berkata bahawa ancaman Israel untuk mengubah perjanjian Oslo membuktikan Israel tidak menghormati Palestin yang turut sama berbincang dan menandatangani perjanjian itu.

Fuqaha menekankan Perjanjian Oslo sebagai tidak adil serta tidak memberikan rakyat Palestin hak-hak asaso mereka malah tidak juga memberi harapan kepada Palestin untuk merdeka dan membentuk negara yang bebas serta bersempadan.

“Oleh itu kepimpinan Israel mengumumkan penamatan perjanjian itu lebih dari sekali, tetapi tidak mengotakan apa yang mereka kata kerana keselamatan Israel sangat bergantung kepada Perjanjian Oslo itu,” kata Fuqaha pada Selasa.

“Sejak daripada persetujuan itu, perjanjian Oslo dibuat untuk keselamatan dan hanya entiti Zionis merupakan pihak yang mendapat keuntungan, tetapi hanya pihak Palestin yang bekerja ke arah itu […] Tanda yang sangat jelas bahawa penerusan koordinasi keselamatan antara pihak keselamatan Palestin dan pihak Zionis,” tambah FUqaha.

ISrael sedang mempertimbang menamatkan perjanjian Oslo, sebagai tindak balas Pihak Berkuasa Palestin untuk meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berasaskan sempadan 1967.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Reshaq : Kedatangan ke mesyuarat Majlis Pusat, lebih buruk dari baiknya.

Jumaat, 29/07/2011 – Anggota Biro Politik Hamas, Ezzat Ar-Reshaq, menegaskan bahawa jemputan dari Pengerusi Majlis Kebangsaan, Saleem Az-Za’noun kepada Pengerusi Majlis Legislatif, Aziz Dweik, untuk menyertai mesyuarat Majlis Pusat bukanlah sesuatu yang wajib, tetapi yang lebih wajib adalah untuk mempercepatkan proses pembentukan kerajaan dan mengadakan pertemuan di antara para pimpinan yang berkhidmat untuk rakyat Pelstin terlebih dahulu, membebaskan para tahanan yang diculik serta menggerakkan fungsi Majlis Legislatif.

Reshaq menerangkan dalam kenyataan yang disebarkan dalam laman sosial Twitter miliknya bahawa beliau tidak meragui niat Az-Za’noun dan usahanya yang ikhlas untuk mereaslisasikan kebersamaan usaha (pembaikan Palestin), tetapi kata beliau, “kita tidak mahu mengambil jalan pintas dan mengabaikan usaha rekonsiliasi, langkah-langkah ke arah tersebut, dan fail berkenaannya yang telahpun disepakati. Masaalah sekarang adalah tumpuan sesetengah pihak terhadap usaha perdamaian yang gagal dan tidak sempurna.. Apa yang diperlukan sekarang sebenarnya adalah kehendak sebenar-benarnya, dan keputusan kebangsaan untuk mengimplementasi kesemua fail rekonsiliasi yang telah disepakati dahulu, serta menghentikan segala halangan dan sekatan yang menganggu rekonsiliasi ini.”

Tambah beliau : “Ini adalah perkara yang diwajibkan untuk diambil langkah sebenar, bukan sekadar langkah simbolik dan pura-pura, dan kehadiran ke mesyuarat Majlis Pusat tidak akan “mengenyangkan dan menghilangkan lapar”.. dan keburukannya adalah lebih banyak dari kebaikannya… dan sebagai kesimpulan apa yang saya ingin katakan adalah terjemahan keseriusan yang tinggi dan keikhlasan dalam kesatuan barisan (Palestin) adalah dalam bentuk kerjasama dan menyegerakan usaha ke arah mengimplementasi rekonsiliasi seperti yang telahpun disepakati.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Resheq: Penubuhan Sessi PNC Tidak Diperlukan

Jumaat, 29/07/2011 – Ahli biro politik Hamas, Ezzet Al-Resheq berkata bahawa jemputan kepada jurucakap Majlis Perundingan Palestin, Dr Aziz Dweik untuk menghadiri sessi jawatankuasa kebangsaan Palestin tidak perlu buat masa ini.

Beliau berkata, dalam satu kenyataannya di laman Twitter pada Selasa bahawa proses pembentukan kerajaan perpaduan, mengadakan mesyuarat pertama untuk pemerintahan sementara rakyat Palestin, pembebasan tahanan politik dan menggerakkan semula PLC merupakan langkah-langkah yang lebih utama buat masa sekarang.

Resheq berkata, beliau tidak meragui niat sebenar pengerusi PNC, Salim Al-Zanoun namun menurutnya,”Kami tidak mahu melangkaui perkara-perkara yang lebih penting dalam hal rundingan ini.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Pasukan Israel Lakukan Latihan Ketenteraan di Sempadan Hawarah Palestin

Jumaat, 29/07/2011 – Tentera Israel, Selasa (26/7) menutup perbatasan Hawarah di Selatan kota Nablus, kemudian terus melakukan latihan ketenteraan di sana, menurut beberapa orang saksi. Para saksi menyatakan, pasukan Israel melencungkan arah laluan kenderaan warga Palestin yang melintasi kota Beita menuju Awarta di Nablus, ia menyebabkan kesesakan di bandar tersebut. Disebutkan bahawa helikopter tempur Israel melakukan latihan untuk menghadapi kemungkinan perang di waktu mendatang. Latihan seperti ini sering dilakukan pasukan Israel di wilayah Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Jawatankuasa popular bagi pelarian tangguhkan protes UNRWA

Jumaat, 29/07/2011 – Mu’een Ukel, ketua jawatankuasa popular bagi pelarian di Gaza mengumumkan bahawa protes-protes polular ke atas UNRWA telah ditangguhkan buat sementara waktu kerana pihak badan dunia tersebut berjanji untuk memenuhi tuntutan-tuntutan jawatankuasa itu.

Mu’een membuat kenyataan pada Sabtu lalu bahawa beliau menerima jaminan daripada pegawai-pegawai UNRWA bahawa mereka akan mengambil tindakan segera berhubung tuntutan-tuntutan jawatankuasa popular tersebut.

Jawatankuasa popular telah melakukan beberapa siri protes terhadap UNRWA di Gaza yang berakhir pada Khamis lepas dengan menguncikan pintu utama ke premis badan dunia itu, sehingga menghalang kakitangannya pergi ke pejabat serta melakukan tugasan masing-masing.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Pendatang haram Yahudi bakar berpuluh-puluh dunum tanah Palestin

Jumaat, 29/07/2011 – Pendatang haram Yahudi telah membakar berpuluh-puluh dunum ( 1dunum=0.247 ekar ) tanah pertanian penduduk Palestin yang terletak di Kampung Surra, barat Bandar Nablus pada Isnin lalu.

Tentera rejim Zionis pula melepaskan gas pemedih mata dan membaling bom tangan ke arah para aktivis Yahudi yang datang ke tempat kejadian untuk melindungi para petani yang teraniaya, kata sumber tempatan.

Pendatang haram Yahudi telah mensasarkan banyak tanah pertanian milik penduduk Palestin sejak kebelakangan ini terutamanya di kampung-kampung yang terletak di selatan Nablus.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Ahli-ahli parlimen Eropah bertemu dengan MP Khoudary semasa lawatan ke Gaza

Rabu, 27/07/2011 – Satu delegasi berprofil tinggi yang terdiri dari 17 ahli-ahli parlimen dari pelbagai negara Eropah telah bertemu dengan penggubal undang-undang bebas Palestin, Jamal al-Khoudary semasa lawatan beberapa hari ke Semenanjung Gaza.

Dalam pertemuan tersebut, Khoudary, yang mengetuai Jawatankuasa Popular Gaza, menekankan kepentingan lawatan itu serta keperluan bagi penerusan lawatan itu untuk memperjuangankan hak-hak rakyat Palestin.

”Rakyat Palestin masih memerlukan sokongan di semua forum dalam mencapai hak-hak mereka serta permintaan kebebasan dan kemerdekaan,”kata Khoudary.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Haneyya Menyeru Parlimen Seluruh Dunia Berusaha Mengangkat Sekatan di Gaza

Rabu, 27/07/2011 – Perdana menteri Gaza, Ismail Haneyya menyeru dunia supaya berusaha mengangkat dan menghapuskan sekatan dan kekangan yang menekan Semenanjung Gaza dan menghentikan tindakan kejam Israel ke atas penduduk Palestin.

Haneyya membuat kenyataan itu pada petang Ahad ketika pertemuan dengan delegasi senior parlimen Eropah, dan menambah bahawa seruan itu khasnya untuk parlimen Eropah dan amnya kepada parlimen seluruh dunia.

Beliau juga berharap agar lawatan delegasi itu juga membantu memecahkan sekatan ke atas Gaza, sambil memberitahu bahawa kerajaan dan rakyat Palestin sangat berterima kasih atas usaha yang dilakukan sehingga ke akhirnya.

Perdana Menteri itu memuji delagasi itu kerana melawat Gaza dan menerangkan kepada mereka tentang keadaan Palestin termasuk tindakan Israel yang sentiasa menyerang rakyat Palestin yang tidak bersenjata, terutamanya di bahagian pesisir (Gaza).

Delegasi itu berjanji akan membawa mesej perdana menteri ke seluruh dunia dan menyeru majlis antarabangsa menilai kembali posisi kerajaan di Gaza dan membuka dialog dengan kerajaan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz