Categories
Berita Semasa

Israel Tambah Peraturan Baru Di Penjara

Ahad,  18/07/2010 – Forum Tahanan Palestin menegaskan bahawa pihak penjara Zionis Israel telah melaksanakan hukuman tambahan bagi para tahanan Palestin di penjara Israel Jalbo, dengan mencipta pelbagai alasan sebagai usaha untuk menekan para tahanan dan melemahkan ketahanan mereka.

Dalam satu pernyataan yang dikeluarkan semalam, Khamis (15/7), Forum Tahanan Palestin menjelaskan bahawa hukuman tersebut termasuk penangguhan kunjungan keluarga selama dua bulan, menempatkan sejumlah tahanan Palestin di sel terasing dan tidak dibenarkan pergi ke kantin penjara. Pihak Forum Tahanan melihat tindakan Israel ini bertentangan dengan semua penetapan dan perjanjian antarabangsa.

Pernyataan ini menyeru agar masyarakat antarabangsa membuat memo bantahan secepat mungkin untuk menghentikan tindakan rasis tidak bertamadun ini. Hampir setiap hari pihak penjara Zionis Israel melanggar hak-hak tahanan Palestin di penjara-penjara mereka.

sumber : COMES
penterjemah :  osman

Categories
Berita Semasa

Flotilla dari Libya berlabuh di pelabuhan El Arish, Mesir.

Ahad,  18/07/2010 – Kapal bantuan “Harapan” Libya telah memasuki pelabuhan El Arish Khamis pagi lepas setelah dipaksa oleh tentera Zionis Israel untuk menukar laluan daripada menuju ke Semenanjung Gaza yang dikepung itu.

Lapangan rasmi El Arish, Kapten Gamal Abdel Maksoud berkata: “Para penumpang akan memasuki Semenanjung Gaza dengan bekalan perubatan melalui Rafah, manakala makanan dan bantuan akan masuk melalui pintu lintasan sempadan Awja.  Menteri Luar Negeri Mesir Ahmed Aboul Gheit berkata: “Kaherah meluluskan permintaan kapal untuk berlabuh di pelabuhan El Arish bagi memberikan bantuan melalui darat ke Semenanjung Gaza.”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Israel menangkap warga Palestin yang didakwa memilik sebilah pisau kecil

Ahad,  18/07/2010 – Tentera Rejim Zionis telah menangkap seorang warga Paestin selepas menemui sebilah pisau semasa melakukan pemeriksaan pada kenderaannya di persimpangan perkampungan Kharsa hampir dengan bandar Dura, selatan Hebron di Tebing Barat.

Para saksi mengatakan bahawa Tentera Rejim Zionis telah menangkap Ali Hisham Rajoub (35 tahun) dengan alasan mencari pisau di dalam kenderaan nya.

Saksi juga menambah bahawa polis Israel membawa suspek ke balai polis di Kiryat Arba Timur wilayah, dengan alasan bahawa suspek adalah peniaga daging kambing dan menggunakan pisau dalam pekerjaannya dan mengatakan bahawa setiap orang menggunakan pisau samada ketika makan atau dalam beberapa pekerjaan atau memotong yang tidak membuat setiap seorang menjadi pengganas.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  bob

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Mesir melarang konvoi dari Jordan “al Ansar-1” dari memasuki wilayah mereka

Jumaat, 16/07/2010 – Kerajaan Mesir pada malam selasa yang lepas (14-7) melarang konvoi dari Jordan (Ansar 1) memasuki pelabuhan laut Mesir (Nuwaiba`) untuk menuju ke Gaza dengan alasan tidak mampu mencapai persetujuan keselamatan.

Menurut Ketua konvoi, yang juga presiden persatuan doktor-doktor haiwan, Abdel Fattah Kilani, pihak berkuasa Mesir telah melarang 138 anggota dari memasuki wilayah mereka. Kilani menjelaskan lagi dalam laporan akhbar bahawa Kementerian Luar Mesir telah berhubung dengan Kementerian Luar Jordan dan meminta mereka senarai nama-nama delegasi yang telah menyertai konvoi tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :   arif

Categories
Berita Semasa

Israel Kepung Kapal Bantuan Libya

Jumaat, 16/07/2010 – Ketua Pelaksana Yayasan Pembangunan Al-Qadafi Yusuf Ridlwan menegaskan, sebanyak 8 buah kapal perang Zionis-Israel mengepung kapal bantuan ke Gaza. Kapal bantuan ini berasal dari Libya. Sukarelawan Libya turut bersama mengikuti konvoi bantuan ke Gaza. PM Zionis-Israel telah mengarahkan agar kapal-kapal dari Libya itu berada berdekatan perairan Gaza.

Kapal dari Libya itu dipercayai mengalami kerosakan teknikal yang kecil. Kerosakan itu disebabkan gangguan pihak tentera Zionis. Seluruh relawan bertegas untuk berlabuh di pelabuhan Gaza walaupun mendapat keizinan untuk berlabuh di Pelabuah el- Arish, Mesir.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Syekh Raed Shalah Di Penjara

Jumaat, 16/07/2010 – Keputusan penjajah Israel memenjarakan Syekh Raed Shalah menyemarakkan kemarahan penduduk Palestin dan wilayah Palestin jajahan ’48, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Sebelumnya, Mahkamah Pusat Israel di Jerusalem mengeluarkan arahan hukuman penjara kepada Syekh Raed Shalah, ketua Gerakan Islam di Palestin ’48 selama lima bulan bermula 25 Julai ini dan akan dihantar ke penjara Ramlah atau Ailon.

Wakil ketua gerakan Islam di wilayah Palestin ’48, Kamal Al-Khatib menegaskan, hukuman ke atas Syekh Shalah sangat berkepentingan politik dan satu kezaliman yang bertujuan menghentikan peranan dan perjuangannya terhadap Al-Quds dan masjid Al-Aqsa.

Al-Khatib menegaskan, “terpenjaranya Syekh Raed Shalah tidak akan menghalang mereka meneruskan misi yang dibawa oleh beliau. Kami akan melanjutkan projek yang dimulakan beliau selama ini. Penjara tidak akan menghalangi mereka menunaikan kewajiban membela Al-Quds dan Al-Aqsa.”

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Israel terus membina penempatan haram.

Jumaat, 16/07/2010 – Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Israel di Baitulmuqaddis pada Selasa lalu telah bersetuju dengan rancangan untuk membina 32 unit perumahan di sekitar daerah “Pisgat Ze’ev”, utara wilayah yang diduduki itu sejak tahun 1948.

Menurut radio tentera Zionis Israel, proses pembinaan tetap dilaksanakan walaupun kerajaan AS dan pembangkang meminta unit pembangunan penempatan di Baitulmuqaddis dibekukan sebelum pelancaran rundingan antara pihak berkuasa Palestin dan kerajaan Israel berlangsung.

Seorang anggota Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Israel di Baitulmuqaddis, Elisa Peleg juga wakil parti Likud yang berkuasa ketika ini berkata: “Kerajaan Israel akan terus membina penempatan di Baitulmuqaddis yang diduduki dan tidak akan membenarkan campur tangan pihak ketiga dalam hal ini,” sambil menambah jawatankuasa itu akan menyemak pembangunan 50 unit tambahan untuk penempatan itu sendiri.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Zionis tolak keistimewaan diplomatic Zoubi

Jumaat, 16/07/2010 – Anggota-anggota Knesset Israel pada Selasa malam telah mengundi dengan kelebihan 16 undi untuk menarik balik beberapa keistimewaan selaku ahli parlimen yang diberikan kepada salah seorang anggota Knesset, Haneen Zoubi. Hal in berikutan keterlibatan Zoubi dalam armada kebebasan yang diserang tentera laut Zionis pada hujung Mei lalu.

Akbar Hebrew, Jerusalem Post, melaporkan pada hari Rabu tinjauan pendapat beberapa orang pengamal undang-undang berketurunan Arab dan Yahudi bahawa tindakan (anngota Knesset terhadap Zoubi) itu akan merosakkan sistem demokrasi di negara haram Israel.

Walaubagaimanapun, penentang-penentang tindakan Zoubi berkata penarikan balik keistimewaan itu merupakan satu hukuman terhadap mereka yang didapati boleh mengancam negara haram Israel.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Zionis rancang usir penduduk Palestin lagi

Khamis, 15/07/2010 – Jawatankuasa Pembangunan Pusat Israel telah merancang untuk mengusir rakyat Palestin di Dahmash. Bandar ini terletak antara Alad dan Ramaleh. Menurut penduduk di situ, sebanyak 43 buah rumah telah di hancurkan dan sebanyak 13 lagi dalam perancangan.  Pihak kerajaan Zionis telah memberikan kerjasama dalam kerja-kerja pengusiran itu.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Kapal bantuan milik Libya, Hope akan tiba di Gaza pada Rabu ini

Khamis, 15/07/2010 – Yayasan Gaddafi, penganjur kapal bantuan Libya, Hope, memaklumkan bahawa kapal bantuan itu sekarang ini sedang belayar menuju ke Semenanjung Gaza. Kapal itu telah memasuki perairan antarabangsa berhampiran Pulau Crete di Greek dan dijangka tiba di Gaza pada hari Rabu ini.

Yayasan tersebut menyatakan di dalam laman webnya bahawa para aktivis yang berada di dalam kapal itu mempunyai semangat yang tinggi dan mereka sedang bersedia untuk tiba ke Gaza pada Rabu ini. Kapal itu dilaporkan telah tiba kira-kira 100km daripada Pulau Crete, Greek pada tengahari dan meneruskan pelayarannya ke Gaza.

Wakil yayasan tersebut yang turut serta dalam pelayaran itu, Mashallah Zoe berkata,”Kami tidak mempunyai senjata atau sebarang benda yang mencurigakan. Kami hanya membawa bantuan makanan dan perubatan serta orang-orang muda yang cintakan keamanan.”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Israel Sedia Rampas Kapal Bantuan Libya

Khamis, 15/07/2010 – Akhbar Ibrani “Maariv” terakhir mengatakan bahawa tentera laut Israel mulai persiapan untuk menghentikan bantuan kapal Libya “Hope” yang saat ini menuju ke Gaza untuk mematahkan sekatan yang dikenakan ke atas Gaza.

Para tentera mula membuat latihan mereka sesuai dengan senario yang berbeza untuk menangani para aktivis aman, dan mencegah kapal dari sampai ke Palestin.

Mereka akan menangani kapal akan dengan cara yang sama di mana tentera berurusan dengan banyak kapal-kapal yang menuju ke Gaza sebelum ini, dan unit komando disertai dengan kapal laut bersenjata bersedia untuk merampas kapal itu.

Mereka menjelaskan bahawa langkah pertama mereka akan diambil adalah untuk berkomunikasi dengan kapal dalam usaha untuk mencegahnya dari pergi ke Gaza, dan akan mengesahkan bahawa mereka boleh sampai ke Asdod untuk memunggah keluar barangan, dan mereka akan pastikan barangan itu sampai ke Gaza.

Sumber juga menunjukkan bahawa askar zionis Israel tidak akan ragu untuk menggunakan kekerasan untuk mengawal kapal yang cuba memecah pengepungan sekiranya para kru kapal memutuskan untuk tidak mematuhi perintah askar dan menuju ke Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Pos pemeriksaan rejim Zionis yang baru di Hebron.

Khamis, 15/07/2010 – Pagi ini  rejim Zionis telah mendirikan sebuah pos pemeriksaan militan di kawasan selatan Hanina ke bandar Dura di Hebron, selatan Tebing Barat.

Para saksi berkata pasukan pendudukan Israel mendirikan pos pemeriksaan, menahan penduduk dan melakukan kekacauan di kawasan tersebut sambil menunjukkan kehadiran tiga jip militan untuk menjaga pos berkenaan dengan sejumlah tentera Israel dan penjaga sempadan.

Menurut saksi yang sama, kawasan ini telah menyaksikan kehadiran tentera Israel yang menahan penduduk dan kenderaan serta diperiksa kad pengenalan mereka.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Kapal “Harapan” Akan Tetap Menuju Gaza

Khamis, 15/07/2010 – Pihak Yayasan Qadafi, menegaskan bahawa kapal “Harapan” yang disewanya untuk menyampaikan bantuan akan tetap bergerak menuju Gaza dan tidak akan pergi ke pelabuhan el Arish di Mesir. Yayasan Qadafi menafikan berita yang disampaikan dari sumber pihak keselamatan Mesir yang sebelumnya menyatakan bahawa mereka menerima permintaan dari kapal Libya untuk berlabuh di el Arish.

Pengarah Yayasan Qadafi, Yusuf Shawan menafikan dengan tegas apa yang dinyatakan sumber keselamatan Mesir bahawa kapalnya akan tiba di pelabuhan el Arish pagi Rabu kerana telah mendapatkan izin untuk memunggah muatan ubat-ubatan dan makanan untuk Gaza.

Beliau mengatakan, “Kami tidak keluar dari Libya kecuali untuk menuju Semenanjung Gaza. Apa yang disampaikan pihak keselamatan Mesir tersebut tidak lain hanyalah harapan mereka.” Beliau menambah, “Kami akan menuju Gaza dan tidak akan pergi kecuali ke Gaza.” Shawan sebelumnya menyatakan bahawa kapal tersebut akan tetap menuju Semenanjung Gaza meskipun ada peringatan ancaman serangan dari Israel jika tidak mengubah arah tujuannya.

sumber : COMES
penterjemah :  osman

Categories
Berita Semasa

Kapal bantuan “Hope” teruskan perlayaran ke Gaza

Khamis, 15/07/2010 – Kapal bantuan milik Libya yang diberi nama Hope meneruskan pelayarannya ke Gaza setelah tiba di Pulau Crete.

Ketibaan kapal bantuan itu ke pulau berkenaan adalah mengikut jadual yang telah dirancang oleh pihak penganjur daripada Yayasan Kebajikan Gaddafi, yang dipimpin oleh Saif al-Islam, anak kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang telah mengisytiharkan sokongannya kepada penduduk Palestin dan telah mengarahkan pelayaran sebuah kapal yang memuatkan bantuan kemanusiaan dan aktivis keamanan.

Kapal tersebut membawa bantuan perubatan yang telah disenaraikan oleh Jawatankuasa Awam dan diberi kepada pihak penganjur yang bertekad untuk meneruskan pelayaran ke Gaza walaupun menerima tentangan dan ancaman daripada rejim Zionis.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Israel mendesak kapal Libya berlabuh di Mesir.

Rabu , 14/07/2010 – Menteri Luar Negeri Israel Avigdor Lieberman, menuntut rakan-rakannya Greek dan Moldova untuk mengalihkan kapal bantuan Libya “Hope” ke pelabuhan Mesir El Arish dan tidak ke Jaluran Gaza.

Sumber politik Israel berkata kepada Radio Ibrani yang pergi ke kapal bantuan Libya, yang mula berlayar ke Gaza, tiba di pelabuhan El Arish dan tidak ke Gaza.

Kapal itu ditunda pelayarannya hingga Sabtu sementara menunggu proses Greek, tidak ada komentar dibuat oleh penyelenggara perjalanan pada berita ini. Kapal ini ditaja oleh Yayasan Pembangunan Gaddafi, yang membawa ribuan tan bantuan kepada Jaluran Gaza, dan sejumlah aktivis keamanan Libya.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :   farah