Categories
Berita Semasa

Anggota Parlimen Hamas: Kesediaan Abbas ketepikan hak-hak rakyat Palestin satu penghinaan

Khamis ,21/10/2010 – Para penggubal undang-undang Hamas mengutuk kenyataan yang dibuat oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas tentang kesediaannya mengetepikan hak-hak sejarah rakyat Palestin serta menyifatkannya sebagai suatu yang memalukan dan tidak bertanggungjawab. Mereka turut menegaskan bahawa hak-hak negara dan kepentingannya adalah suatu yang bukannya asing serta menjadi milik semua rakyat Palestin.

Dalam satu kenyataan yang dibuat pada hari Selasa, para penggubal undang-undang tersebut menyifatkan kenyataan Abbas itu adalah sebahagian daripada polisi berkomprominya dan membebankan rakyat Palestin.

Tegas mereka lagi, Abbas tidak berhak ke atas semua sejarah rakyat Palestin dan satu-satunya cara untuk mengakhiri konflik rakyat Palestin dengan rejim Zionis adalah melalui penentangan tanpa kompromi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Assad: Israel tidak mampu, tidak bersedia untuk mencapai keamanan

Khamis ,21/10/2010 – Presiden Syria Bashar Al-Assad telah menuduh bahawa Israel tidak bersedia dan tidak mampu mencapai keamanan. Dia menambah bahawa hanya keadilan dan kedamaian yang menyeluruh mampu memberi keselamatan dan kestabilan di kawasan tersebut.

Assad telah memberi amaran terhadap “kesan serius” undang-undang Israel yang berbau perkauman. Ia ditetapkan terutamanya pada sumpah kesetiaan kepada negara demokrasi Yahudi dan Israel.

Assad bercakap selepas bertemu dengan delegasi dari Global Elders, sebuah organisasi bebas yang berfungsi untuk menamatkan konflik dunia. Ia terdiri daripada bekas presiden Ireland Mary Robinson, bekas presiden Amerika, Jimmy Carter, dan tokoh-tokoh terkenal yang lain.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Inilah sebab penangguhan perbincangan.

Khamis ,21/10/2010 – Pengumuman penangguhan tarikh perbincangan antara Hamas dan Fattah yang pada asalnya dijadualkan pada hari Rabu (20 Oktober) bertempat di Damsyiq, Syria mewujudkan persoalan dari pihak media dan politik terhadap sebab-sebab penangguhan dibuat, terutamanya apabila pihak media sedia maklum akan tarikh pertemuan ini setelah disepakati kedua-dua Hamas dan Fattah dalam pertemuan pertama yang juga berjalan di Damsyiq tempoh hari.

Menteri Perhubungan Luar Hamas, Usamah Hamdan, ketika diminta media Selasa (19 Oktober) lalu untuk memberi komen terhadap sebab kegagalan Fattah turun ke Damsyiq menjawab, “tanyalah Fattah”, kerana pihak Fattah masih gagal memberi sebarang respon ke atas isu ini.

Hamas menganggap bahawa kegagalan Fattah untuk menghadiri mesyuarat, seperti yang dilaporkan oleh sumber media, mungkin disebabkan oleh ketidaksepakatan yang berlaku antara wakil Syria dan wakil Palestin daru pihak Fattah dalam Sidang Arab di Sirte, di mana Presiden Fattah, Mahmoud Abbas mendapat pesanan daripada Menteri Syira, Bashar El-Assad untuk meletakkan keutamaan kepada perbincangan pembaikan negara lebih tinggi daripada rundingan bersama penjajah Zionis. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan laporan oleh Azzam El-Ahmad dalam akhabar tempatan Jordan tempoh hari.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Lifeline 5 melalui jalan laut dan relawan lain menaiki penerbangan

Khamis ,21/10/2010 – Konvoi bantuan “Lifeline 5” hari ini berangkat ke pelabuhan el Arish, Mesir, bagi memasuki Gaza. Mereka telah memutuskan kontena yang membawa bekalan dan kenderaaan Lifeline 5 mengambil jalan laut manakala serama 300 relawan menaiki penerbangan ke al-Arish. Seramai 30 relawan akan menaiki kapal dari Greece.

Sehingga ini, pihak konvoi masih menunggu keputusan kerajaan Mesir untuk membenarkan para relawan untuk masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah. Di katakan seramai 17 relawan yang mempunyai masalah untuk didaftarkan oleh pihak Mesir.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Erdogan Ancam Tidak Hadir ke Persidangan Athen Jika Netanyahu Hadir

Khamis ,21/10/2010 – PM Turki, Tayyib Erdogan mengancam tidak akan hadir ke persidangan perubahan iklim negara-negara mediteranian di ibukota Greece, Athen apabila PM penjajah Zionis Israel Benyamin Netanyahu hadir. Erdogan menegaskan tidak ada pembicaraan lagi dengannya.

Perkara itu disampaikan Erdogan sebagai bentuk kemarahan Turki atas tindakan jahat entiti Zionis, yang terakhir adalah serangan yang dilakukan angkatan laut Israel terhadap relawan Armada Kebebasan yang membawa bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza pada akhir Mei lalu, yang mengakibatkan 9 sukarelawan Turki gugur dan puluhan sukarelawan antarabangsa yang lain cedera.

Erdogan mengatakan kepada Teleyisyen Sky bahawa “perdana menteri yang bangga dengan pecerobohan militan seperti ini adalah perdana menteri yang saya tidak mahu bercakap dengannya.”

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Peneroka haram Zionis membakar ladang zaitun, melarikan seorang pemuda

Khamis ,21/10/2010 – Peneroka haram Zionis telah melarikan seorang pemuda Palestin dan membakar ladang zaitun di kampung Baitullaham Selasa lalu, lapor sumber-sumber tempatan.

Sumber perubatan mengatakan seorang guru Ra’fat Suleiman, 25 telah dilanggar seorang pemandu Israel yang memecut laju berhampiran sekolahnya di kampung Al-Deir Khirbat dan dibawa ke klinik Beit Jala di mana kecederaannya yang dialaminya dilaporkan sederhana.

Sementara itu, para peneroka dari penempatan Beitar Illit yang didirikan di sebelah barat tanah Palestin, Baitullaham telah membakar pokok-pokok zaitun di kampung Husan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Ratusan Penduduk Memenuhi Nablus, Baitul Laham untuk Melaksanakan Ritual Talmud

Khamis ,21/10/2010 – Ratusan penduduk fanatik Zionis memenuhi bandar Nablus dan Baitul Laham pada pagi Selasa untuk melakukan ritual Talmud sambil dikawal ketat oleh Pasukan Penjajah Israel (IOF).

Saksi di Nablus melaporkan bahawa lebih daripada 600 penduduk memenuhi beberapa bas dan memenuhi bandar itu daripada kawasan timur dan melakukan ritual mereka di Makan Nabi Yusuf.

Mereka juga menyatakan bahawa remaja Palestin merejam batu ke arah penduduk-penduduk itu dan kepada pengawal keselamatan Israel namun tiada kemalangan jiwa dan penahanan yang dilakukan kepada remaja Palestin walaupun tembakan bertubi-tubi daripada IOF menggunakan peluru hidup dan gas pemedih mata.

Pihak Berkuasa Penjajah Israel (IOA) bercadang untuk memasukkan makam Nabi Yusuf dalam senarai sejarah Yahudi walaupun berada dalam Bandar Nablus yang ditadbir di bawah Pentadbiran Palestin, berdasarkan Perjanjian Oslo.

Ratusan penduduk lain, pada masa yang sama membanjiri Masjid Bilal Bin Rabah, utara Baitul Laham dan melaksanakan ritual istimewa sebelum meninggalkan masjid itu sambil diiringi tentera IOF.

IOA telah mengumumkan bahawa Masjid Bilal Bin Rabah telah disenaraikan dalam senarai Sejarah Yahudi dalam satu tindakan yang disifatkan oleh warga Palestin sebagai satu rompakan sejarah dan geografi, sambil dengan niat yang jelas untuk meluaskan penjajahan ke atas semua tanah yang bersejarah di Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Radwan: Mentaliti Zionis tidak senang dengan ketenangan

Khamis ,21/10/2010 – Pemimpin Hamas, Ismail Radwan mengatakan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendakwa bahawa Gaza memperolehi peluru berpandu yang menurutnya menghalang penerbangan pesawatnya. Dakwaan itu bertujuan untuk membela tindakan perang ke atas Gaza.

Radwan memberitahu PIC pada Isnin bahawa kenyataan Netanyahu menggambarkan mentaliti Zionis terhadap perlakuan keganasan serta pembunuhan dan ketidakselesaannya dengan ketenangan di sempadan Gaza.“Biar penjajah (Zionis) tahu bahawa bukan mudah untuk menjadikan Gaza sebagai sasaran. Rakyat palestin mempunyai hak sepenuhnya untuk membela diri mereka,” beliau menambah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Abbas umukan kesediaan untuk serahkan tanah bersejarah Palestin

Khamis ,21/10/2010 – Presiden PA Fattah, Mahmoud Abbas mengumumkan kesediaannya untuk “bertolak ansur” dalam isu warisan bersejarah Palestin (tanah Palestin). Beliau menyatakan lagi bahawa segala konflik dengan Zionis akan ditamatkan, terutamanya penyelesaian isu pembahagian tanah antara kedua-dua pihak Palestin dan Zionis.

Abbas berkata, sebagai respon terhadap perutusan Menteri Luar Zionis, Avigdor Leiberman kepada PBB, yang menyatakan bahawa penolakan terhadap pengiktirafan negara Yahudi adalah dibuat oleh warga Palestin dalam negara itu sendiri, : “tuduhan Leiberman terhadap isu ini adalah tidak berasas kerana saya bersedia untuk mengumumkan pengakhiran bagi tuntutan tempat bersejarah dan menamatkan segala konflik untuk mencapai keamanan bersama”.

Tambah Abbas, presiden gerakan Fattah ini, dalam temubual TV 1 kepunyaan media Zionis malam kelmarin berkenaan keYahudian negara, “kami mengiktiraf Negara Israel, walaupun jika kamu mahu dikenali sebagai Negara Yahudi, kerana kamu bebas berbuat begitu dan kamu tidak perlu meminta kebenaran dari Mesir atau Jordan atau mana-mana negara lain sekalipun.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Keluarga Rachel Corrie bertemu pembunuhnya di mahkamah

Khamis ,21/10/2010 – Perbicaraan akan diadakan pada Khamis untuk mendengar kenyataan para saksi kematian aktivis Amerika, Rachel Corrie yang dibunuh secara kejam dengan jentolak Israel di Rafah pada tahun 2003.

Mahkamah Israel mengambil keputusan untuk mendengar keterangan pemandu jentolak yang melanggar Corrie dan komander tentera yang bertanggungjawab di atas kejadian tersebut. Keluarga Corrie mengajukan dakwaan terhadap kerajaan haram Israel di atas kesalahan membunuh.

Mahkamah dalam perbicaraan terdahulu mengambil keputusan untuk membenarkan tentera-tentera yang terlibat dalam insiden tersebut untuk disoal siasat di sebalik tabir untuk menyembunyikan identiti mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Rebut Masjid Ibrahimi dan Ibnu Rabbah

Khamis ,21/10/2010 – Zionis Israel hari ini berusaha untuk menggabungkan masjid Ibrahimi dan nasjid Bilal bin Rabbah dalam langkah menghapuskan peninggalan sejarah Islam. Tindakan Zionis itu telah melanggar hak-hak asasi rakyat Palestin dan sengaja memprovokasi umat Islam dan masyarakat Arab. Bahagian kebudayaan Palestin menolak keras cadangan dan langkah Zionis dan mendesak UNESCO dan PBB berperanan dalam melindungi tempat ibadah umat Islam dan simbul kebanggaan dan sejarah Islam

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Kumpulan hak asasi manusia: Mogok lapar terbaru akan melakar sejarah dalam gerakan tahanan

Rabu, 20/10/2010 – Penyelidik hal ehwal tahanan, Fuad Al-Khafsh mengatakan mogok lapar tahanan Palestin dalam penjara Israel merupakan tonggak penting dalam sejarah gerakan tahanan selama pengorbanan mereka lakukan untuk beberapa dekad.

Khafsh, yang mengetuai Pusat Ahrar untuk Tahanan dan Hak Asasi Manusia berkata kepada Pusat Maklumat Palestin pada Isnin lalu bahawa gerakan tahanan Palestin memutuskan untuk terlibat dalam pertempuran baru dengan Perkhidmatan Penjara Israel untuk menghentikan kesombongan terhadap penghuni penjara dan mengambil semula hak-hak para tahanan .

Keadaan di dalam penjara semakin buruk sehingga tahanan merasakan sudah tiba masanya untuk menamatkan krisis, kata Khafsh .

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

HAMAS Mengutuk Tindakan Menculik Ahli Parlimen Kafisha daripada Rumahnya

Rabu, 20/10/2010 – Pergerakan HAMAS mengutuk sekeras-keras tindakan Israel yang menculik penggubal undang-undang Hatem Qufaisha daripada rumahnya pada pagi hari Isnin, dan membawanya ke tempat yang dirahsiakan, sambil menambah bahawa tindakan itu ialah satu tindakan yang membelakangi norma dan undang-undang antarabangsa.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada Isnin, HAMAS menyatakan bahawa Israel bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal ehwal keselamatan Qufaisha dan mendesak pembebasan segera Qufaisha.

Pergerakan itu menekankan bahawa perbuatan Israel itu ialah sebahagian daripada kempen penculikan yang dilancarkan Israel dan pihak berkuasa Palestin menentang Penggubal Undang-undang Palestin. Kempen ini bertujuan untuk melemahkan peranan aktif mereka dalam mempertahan rakyat Palestin dan semangat kebangsaan mereka.

HAMAS memanggil organisasi hak asasi manusia antarabangsa untuk mendesak pembebasan segera Ahli Parliman Qufaisha daripada tahanan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Konvoi Talian Hayat 5 ke Gaza Tertunda oleh Faktor Sampingan

Rabu, 20/10/2010 – Kelewatan berlepas Konvoi Talian Hayat 5 ke Gaza disebabkan oleh pemerasan yang dilakukan oleh pembekal kapal kargo, Pusat Maklumat Palestin memberitahu.

Dijadualkan berangkat hari Isnin pagi, perjalanan itu ditunda setelah awak-awak kapal menuntut gaji yang jauh lebih tinggi berbanding sebelum ini. Sumber-sumber mengatakan kepada PIC bahawa pembekal kapal meminta USD $ 140,000,berbanding sebelumnya disepakati sebanyak USD $ 70,000.

aktivis asing dan Arab telah diarahkan untuk bersedia untuk perjalanan sejak pagi kelmarin. Mereka dijadualkan akan berangkat menuju pelabuhan Syria Latakia jam 8:00 am GMT sebelum menuju ke pelabuhan Al-Arish Mesir.

Jawatankuasa penyelaras konvoi sektor Jordan Ala Burqan menyatakan penyesalan mendalam atas keputusan Mesir untuk menyekat aktivis dari masuk ke Jalur Gaza.

“Wail Al Saqa, Ketua Konvoi Talian Hayat Jordan ke Gaza, berlepas hari ini untuk bertemu dengan delegasi lain menuju Al-Arish Mesir walaupun Mesir menyekatnya dengan harapan bahawa perundingan dengan beberapa pihak Mesir akan membolehkan dia untuk masuk,” tambah Burqan.

Burqan meminta pihak berkuasa Mesir untuk memudahkan transit untuk konvoi ini dan memberikan izin kepada semua yang telah dilarang untuk menyertai dalam misi “meneyelamatkan Gaza dan saudara mereka”.

Pihak berkuasa Mesir mengumumkan mereka telah menolak 17 orang disenaraikan dalam konvoi. Kebanyakan mereka dari Jordan, termasuk 5 aktivis UKdan 2 aktivis Turki.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Tahanan Wanita Menderita Sakit Kekurangan Immunisasi Di Penjara Israel

Rabu, 20/10/2010 – Yayasan Solidariti Hak Asasi Manusia Antarabangsa menyatakan bahawa seorang tahanan wanita Palestin, Kifah Auni Qutsy berasal kota Birah yang terperosok di penjara Israel menderita kekurangan immunisasi badan yang menyebabkan penyempitan pembuluh darah.

Ahmad Baitawi, salah seorang penyelidik yayasan tersebut menjelaskan bahawa akibat kekurangan immunisasi tahanan wanita tersebut mengalami keadaan yang mirip dengan Ghangrene, penyakit yang merontokan jari tangan disebabkan tidak sampainya darah ke jari.

Baitawi menjelaskan, Quts menderita Penyakit Alrinodz (penyempitan pembuluh darah jari) sejak 10 tahun lalu. Penyakit merebak dalam tubuhnya dari kawasan dada ke mulut dan gusi yang menyebabkan kerontokan pada gigi. Kemudian berpindah ke jari tangan yang menyebabkan kebekuan pada jari jemari. Beliau juga menderita penyakit lain seperti sesak nafas.

Baitawi menuntut pembebasan segera bagi tahanan wanita Kifah Quts kerana keadaan kesihatannya yang memerlukan rawatan segera dan serius, khususnya apabila menghampiri musim sejuk yang boleh membawa kesan lebih buruk.

Kifah ditangkap di rumahnya pada 1 Ogos 2010, kemudian dibawa ke pusat penyiasatan sebelum menjadi tahanan administratif selama 4 bulan. Beliau sudah menikah dan mempunyai seorang putera dan seorang puteri.

sumber : COMES
penterjemah : osman