Categories
Berita Semasa

Rakaman pengakuan dalam keadaan terdesak akan disiarkan oleh Fatah

Isnin , 27/11/2010 – Dalam tindakan maklum balas terhadap pengumuman pihak berkuasa Fatah kepada media bahawa pergerakan itu akan menyiarkan di kaca televisyen rakaman pengakuan para penyokong pergerakan Hamas di Tebing Barat, jawatankuasa ahli keluarga tahanan penjara di Tebing Barat menjelaskan bahawa sekiranya benar terdapat pengakuan seperti yang didakwa Fatah itu, maka ia tentunya dilakukan dalam keadaan paksaan.

“Sejarah telah merekodkan bahawa pihak keselamatan di Tebing Barat terkenal dengan membuat rakaman palsu.”

Jawatankuasa itu merujuk kepada skandal yang berlaku selepas mahkamah milik Fatah mendapati Moayyad Bani Awda tidak bersalah selepas dia membuat pengakuan terlebih dahulu di atas beberapa pertuduhan. Awda kemudiannya ditahan semula oleh pihak militia sejurus selepas dibebaskan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis bergerak ke utara Gaza lakukan pengeboman intensif

Isnin , 27/11/2010 – Tentera Zionis Israel (IOF) maju ke utara Semenanjung Gaza dan melakukan pengeboman pada pagi Khamis lalu, menurut saksi yang melaporkan. Mereka berkata tentera IOF dengan sepuluh kenderaan tentera dan tank tiba-tiba memasuki utara bandar Beit Hanun . Tentera mensasarkan pekerja Palestin yang mengumpul kerikil di daerah tersebut namun tidak ada korban yang dilaporkan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Netanyahu rancang bangunkan penjara besar di sempadan Mesir

Isnin , 27/11/2010 – PM Israel Benyamin Netanyahu mengumumkan cadangan untuk membina sebuah pusat tahanan mega di sempadan Israel-Mesir. Tujuannya adalah untuk mengurang tahanan masuk ketika berada dalam tahanan menunggu untuk di hantar pulang. Parlimen Knesset telah mempersetujui rancangan pembinaan ini. Zionis-Israel juga telah memulakan kerja pemasangan pagar elektrik di sempadan.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Erdogan Ancam Israel Jika Serang Gaza atau Lebanon

Isnin , 27/11/2010 – PM Turki Receb Tayyeb Erdogan menegaskan bahawa negaranya tidak akan berdiam diri jika Israel menyerang Lebanon atau semenanjung Gaza.

Dalam pernyataanya, Khamis (25/11) di pertemuan tahunan persatuan bank Arab di Lebanon, Erdogan menegaskan, “Apakah Israel akan memasuki kawasan Lebanon dengan pesawat tempur dan kereta kebal tercanggihnya dan membunuh anak-anak dan wanita, menghancurkan sekolah-sekolah dan hospital, kemudian setelah itu mereka minta kami berdiam diri?”

Di depan para hadirin di antaranya PM Lebanon Sa’d Hariri, beliau menambah, “Apakah Israel akan menggunakan senjata tercanggihnya, bom fosfor, bom cluster dan membunuhi anak-anak di Gaza yang sedang bermain di padang, kemudian mereka minta kami berdiam diri?”

Erdogan turut menegaskan sepanjang kunjungannya di Lebanon bahawa Turki akan terus mendukung dan membela Al-Quds dan kembali meminta Israel minta maaf atas kejahatannya terhadap sukarelawan Turki di kapal Mavi Marmara dan kejahatan Israel yang lainnya di kawasannya. Beliau menegaskan jika terjadi perang di kawasan yang rugi bukan negara kawasan sahaja namun Israel juga akan rugi.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Konvoi “Hope” sedang masuki Gaza melalui Rafah

Isnin , 27/11/2010 – Pihak berkuasa Mesir, pada hari Khamis (25 November), telah membenarkan konvoi “Hope” anjuran Eropah untuk memasuki Gaza melalui sempadan Rafah. Konvoi ini membawa bantuan kemanusiaan yang disumbang oleh beberapa badan dan organisasi kemasyarakatan dari Eropah dan Arab, juga memuatkan puluhan sukarelawan dari negara-negara tersebut.

Menurut wakil kami, konvoi ini turut membawa bantuan perubatan dan kesihatan serta bahan pembinaan dan alatan asasi untuk penduduk Gaza yang telah menderita 5 tahun berturut-turut.

Konvoi Hope ini telah memulakan perjalanannya dari Libya yang kemudian tiba pada waktu subuh hari Selasa lepas di Pelabuhan El-Arish. Kapal konvoi ini memuatkan 95 tan bantuan, dan tambahan 30 buah kereta yang menyimpan bahan-bahan bantuan ini, serta puluhan aktivis dari negara Eropah dan Arab. Satu sumber telah mengumumkan di atas kapal bahawa pihak berkuasa Mesir tidak membenarkan 9 orang daripada aktivis untuk memasuki Mesir.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Kesihatan Profesor Salibi Semakin Serius di penjara Israel

Isnin , 27/11/2010 – Pusat Kajian Tahanan dan Hak Asasi Manusia, Ahrar, mengatakan bahawa keadaan kesihatan Profesor Mohamed Al-Salibi, 62 semakin buruk dan penjara Israel telah memindahkan beliau ke hospital.

Profesor Salibi sedang dalam penahanan pentadbiran setelah diculik oleh tentera Zionis pada tarikh 12 Disember 2009. Pengarah Pusat tersebut Fuad Al-Khafsh mengatakan bahawa Profesor dalam keadaan kesihatan yang sangat kritikal dan diberikan 10 suntikan tanpa persetujuannya setelah dia digari di Hospital Afula.

Anak perempuannya mengatakan bahawa bahawa wajah ayahnya pucat dan kurus setelah melawat ayahnya di hospital, dan ayahnya tidak mampu berdiri. Dia menyatakan kebimbangan atas nyawa ayahnya dan meminta kepada pertubuhan hak asasi manusia untuk campur tangan untuk membebaskan ayahnya dari penjara Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi menembak secara rawak di Kampung Qalaqalia

Isnin , 27/11/2010 – Sekumpulan pendatang Yahudi melepaskan tembakan di kediaman warga Palestin pada Rabu di Kampung Kafr Qadoum, timur Qalalia, di Tebing Barat.

Apabila para pendatang tersebut mendekati kediaman penduduk kampung, mereka melepaskan tembakan secara rawak ke arah kediaman dengan niat untuk menakutkan penduduk tempatan, demikian menurut penduduk kampung.

Tiada yang tercedera di dalam kejadian itu kerana ia berlaku pada waktu malam ketika penduduk kampung sedang tidur, sumber tersebut menambah.

Pendatang Yahudi di kawasan itu memang dikenali kerana jenayah terhadap warga Palestin. Tindakan mereka dilindungi oleh tentera Israel yang membantu menghilangkan sebarang bukti dan jejak selepas setiap kejadian serangan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Mahkamah rejim Zionis tangguh perbicaraan kes anggota Parlimen, Abu Tir

Khamis , 25/11/2010 – Mahkamah Majisteret rejim Zionis di Jerusalem memutuskan pada malam Isnin lalu untuk menangguhkan perbicaraan kes anggota Parlimen Jerusalem, Mohamed Abu Tir kepada 8 Disember bagi menunggu maklum balas daripada Menteri Hal Ehwal Dalam Negara rejim Zionis.

Osama al-Saadi, peguam kepada anggota Parlimen tersebut memohon mahkamah melepaskan Abu Tir. Mahkamah pula meletakkan syarat bahawa Abu Tir tidak boleh memasuki Jerusalem kecuali dengan keizinan Menteri Hal Ehwal Dalam Negara rejim Zionis. Beliau menyifatkan syarat itu sebagai penganiayaan politik dan kuasa menteri dalam negara itu tidak diiktiraf.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Syria menyebut keputusan pungutan suara Israel sebagai mengabaikan undang-undang antarabangsa

Khamis , 25/11/2010 – Seorang pegawai Syria mengatakan undang-undang Knesset Israel melewati Selasa memerlukan pungutan suara awam untuk setiap penarikan tentera di wilayah Tanah Tinggi Syria Golan dan Baitulmuqaddis. Ia membuktikan Israel mengabaikan undang-undang antarabangsa dan perkhidmatan keamanan.

“Tindakan ini benar-benar tidak boleh diterima,” kata pegawai itu, berbicara atas nama Kementerian luar negeri Syria. “Hal ini mengabaikan undang-undang antarabangsa dan kedudukan dan kehendak masyarakat antarabangsa, yang masih mengakui Jerusalem timur dan Golan di Syria sebagai wilayah yang diduduki Arab.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Kerajaan Palestin percaya Fattah melambatkan proses pembaikan negara dan seruan untuk bebaskan tahanan.

Khamis , 25/11/2010 – Kerajaan Palestin menyeru supaya “kekejaman terang-terangan” yang berlaku terhadap barisan pertahanan Palestin di Tebing Barat agar dihentikan, para tahanan dari pelbagai latar belakang faksi pertahanan harus dibebaskan dan segala kerjasama dan pakatan keamanan bersama musuh (Zionis) mesti diputuskan.

Kerajaan Palestin memberi kenyataan tegas dalam mesyuarat mingguan petang Selasa (23 November) lalu terhadap usaha rekonsiliasi Palestin sebagai, “ia adalah pilihan terbaik Palestin untuk mencapai kekuatan dalaman bagi negara ini”, tetapi Fattah adalah pihak yang bertanggungjawab terhadap kelembapan proses rekonsiliasi ini kerana mereka menarik diri daripada persepakatan yang telah dicapai semasa sidang di Damsyiq, 24 September lepas.

Kerajaan menegaskan lagi bahawa sebarang usaha damai (dengan Zionis) memang nyata akan mencapai kegagalan, manakala konsensus nasional pula akan dibentuk untuk membincangkan prioriti negara dan isu pengembalian hak tanah dan kerakyatan warga Palestin. Kerejaan menekankan pada waktu yang sama bahawa saranan Amerika Syarikat terhadap Zionis untuk kembali ke meja rundingan hanya akan membawa kepada suatu penipuan dalam pentadbiran seperti yang telah dilakukan Zionis pada rundingan-rundingan lepas.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Penduduk Haram Merampas Bangunan Palestin di Kawasan Silwan, Menyesarkan Keluarga Qara’ein

Khamis , 25/11/2010 – Penduduk Melampau Yahudi merampas bangunan milik Palestin di bawah kawalan tentera di kejiranan al-Farouq di Gunung al-Makhbar menghadap daerah Silwan, selatan bandar lama Jurusalam.

Smber tempatan berkata bahawa Polis Israel membantu penduduk haram itu untuk mengambil bangunan tiga tingkat milik keluarga penduduk Palestin yang telah maut, Ali Qara’ein di kejiranan itu, dan menambah bahawa 20 ahli keluarga Ali tinggal di bangunan itu termasuk kanak-kanak.

Ahli Majlis Mempertahan Rumah di Silwan, Fakhri Abu Diyab menyatakan bahawa keluarga itu tinggal di bangunan itu menerima arahan pindah daripada rejim Israel tiga bulan lalu dengan menyatakan bahawa penduduk haram itu membeli bangunan itu daripada Ali Qara’ein. Keluarga itu menafikan kenyataan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Kumpulan pertama jemaah haji tiba di Gaza

Khamis , 25/11/2010 – Kementerian Wakaf Palestin melaporkan kumpulan pertama haji dari Palestin telah tiba di Gaza. Jemaah haji dari Palestin merupakan undangan Raja Saudi. Mereka terdiri daripada waris keluarga syuhada dan tawanan. Kerajaan Palestin mengucapkan selamat tiba dan semoga mendapat haji mabrur kepada meraka yang baru sampai.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Tentera Marin Israel Tangkap Nelayan Palestin

Khamis , 25/11/2010 – Tentera Israel menangkap dua nelayan Palestin di tepi pantai Utara Gaza dan membawa mereka ke tempat rahsia.

Sumber yang diterima menjelaskan bahawa pasukan marin Israel menahan perahu yang dinaiki dua orang nelayan Palestin dan mencerca keduanya. Kemudian menyuruh kedua-dua untuk menanggalkan pakaian dan berenang menuju salah sebuah kapal Israel.

Saksi menyebutkan bahawa anak kapal Israel memprovokasi dua nelayan tersebut dan menyerang mereka dengan tembakan namun tidak mengenainya. Kemudian kedua-dua mereka dibawa ke tempat rahsia.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Kapal bantuan “Harapan” dari Eropah tiba di El-Arish

Khamis , 25/11/2010 – Kapal “Harapan”, konvoi bantuan dari Eropah dijangka dapat sampai ke pelabuhan El-Arish Mesir pada Isnin malam dalam perjalanan ke Semenanjung Gaza, menurut sumber bantuan Mesir.

Dipetik dari surat khabar laman web Al-Youm Al-Sabe, Hisham Al-Ganayni, pengarah pelabuhan El-Arish, mengatakan bahawa kapal yang dijadualkan untuk masuk ke kawasan perairan pada Isnin malam adalah dari Libya. Dia mengatakan bahawa kapal akan berlabuh di pelabuhan pada hari Rabu selepas selesai segala prosedur dan evakuasi dermaga pelabuhan itu.

Pengarah itu mengatakan bahawa kapal itu membawa bersama 30 kenderaan ambulans disamping penghantaran lain seberat 95 tan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Keluarga tahanan ingin saman beberapa negara Eropah kerana menyokong rejim Abbas

Khamis , 25/11/2010 – Keluarga tahanan Palestin di penjara Tebing Barat berkata mereka sedang menimbangkan untuk memfailkan saman menerusi mahkamah antarabangsa kepada negara-negara Eropah kerana menyokong Presiden Mahmoud Abbas dan pasukan keselamatannya yang menahan ahli keluarga mereka.

Dalam satu kenyataan akhbar, keluarga-keluarga tersebut menambah, kekejaman dan penderaan terhadap anak-anak mereka berlaku kerana sokongan kewangan yang diberikan oleh negara-negara Eropah terbabit kepada pemerintahan Abbas.

Mereka menyatakan bahawa kes-kes penderaan tidak boleh diabaikan begitu sahaja dan mereka berhak untuk mendakwa di mahkamah antarabangsa mana-mana individu atau negara yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati