Categories
Berita Semasa

Delegasi Parlimen Kesatuan Eropah lawat pimpinan Al-Quds

Selasa, 02/11/2010 – Para menteri Al-Quds di Pusat Nasional Palang Merah 123 menyambut kedatangan delegasi VIP Parlimen Kesatuan Eropah yang diketuai oleh menteri Poland, Gerald Kaufman, pada hari Ahad (31 Oktober) selepas perjalanan mereka yang sukar merentasi Jambatan Al-Karamah di Jordan di mana Zionis telah menahan seorang ahli delegasi, Aiman Abu Aowad, yang mempunyai kewarganegaraan Britain, kerana beliau berasal dari Gaza.

Delegasi ini disertai oleh 3 menteri masing-masing dari Scotland, Britain dan Holand, termasuk 7 ahli parlimen lain. Mereka mengambil berat dengan mendalam terhadap Palestin dan Al-Quds secara keseluruhannya dan mereka turut gusar dengan keganasan Zionis di mana semua keganasan tersebut ternyata bertentangan sama sekali dengan undang-undang antarabangsa.
Delegasi Eropah ini terkejut dengan keseriusan tahap ancaman undang-undang Zionis terhadap warga Palestin, warga Al-Quds dan Al-Quds sendiri.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Penduduk haram Yahudi melakukan huru hara di Salfit

Selasa, 02/11/2010 – Penduduk pelampau Yahudi menyerang warga Palestin ketika mereka menuai tanaman zaitun mereka di barat Salfit. Mereka cuba merompak hasil tanaman itu menurut sumber-sumber tempatan. Saksi mengatakan bahawa dua penduduk haram Yahudi menggunakan senjata api dan memakai pakaian fanatik Yahudi cuba untuk mencuri di kebun zaitun di daerah Adas Ein. Penduduk haram Yahudi sebelumnya didapati mencuri buah zaitun yang telah dituai di desa Yasuf dan Masaha di Salfit. Sebaliknya petani Palestin dihalang dari menuai hasil tanaman mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Haaretz: Pegawai tinggi PA beri syarahan kepada pegawai dan tentera rejim Zionis di pengkalan tentera

Isnin, 01/11/2010 – Akhbar Haaretz melaporkan bahawa beberapa orang pegawai kanan pergerakan Fatah telah memberi syarahan dan pembentangan kepada pegawai-pegawai dan pelatih baru pihak keselamatan, dan perisik rejim Zionis serta ketua-ketua penempatan-penempatan haram Yahudi. Syarahan tersebut bertempat di salah-sebuah pengkalan tentera rejim Zionis (IOF) di Tebing Barat.

Menurut akhbar itu lagi, siri syarahan dan pembentangan tersebut merupakan anjuran pihak IOF dan pentadbiran awam di Tebing Barat. Penganjurannya bertujuan untuk memberi maklumat terkini kepada para peserta tentang semua perubahan dan pembangunan yang berlaku di Tebing Barat. Ia juga bertujuan untuk menjelaskan kepada IOF tentang sebarang kesukaran yang akan mereka hadapi ketika menjalankan misi mereka di kawasan yang tinggi populasi rakyat Palestin.

Haarets menganggap kerjasama dalam bidang keselamatan antara pihak berkuasa Palestin (PA) dan rejim Zionis sebagai satu perintis dan sentiasa berkembang. Ia turut mengesahkan bahawa berlaku pertukaran maklumat antara kedua-dua belah pihak dan PA telah menyerahkan kepada rejim Zionis semua senjata yang dirampasnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Penduduk kampung di Jerusalem bertempur dengan pengawal keselamatan rejim Zionis

Isnin, 01/11/2010 – Beberapa pertempuran dilaporkan berlaku pada tengahari Rabu lepas di beberapa buah kampung di Jerusalem. Pertempuran berlaku antara polis rejim Zionis dengan pemuda-pemuda yang berasal dari sekitar Jerusalem.

Sumber tempatan melaporkan bahawa polis peronda sempadan rejim Zionis telah dibaling dengan batu semasa sedang meronda 4 buah kampung di utara Jerusalem. Kata mereka lagi, polis-polis itu sengaja membuat provokasi terhadap penduduk tempatan dan melepaskan gas pemedih mata kea rah mereka. Walaubagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Menteri Kebudayaan Hargai Pemilihan Baitulmaqdis Sebagai Ibu Negara Kebudayaan Arab

Isnin, 01/11/2010 – Menteri Kebudayaan Palestin Osama Al-Issawi berkata beliau menghargai pandangan para menteri Arab yang bertemu di Doha, Qatar untuk menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu Negara kebudayaan Arab. Beliau juga memuji resolusi-resolusi untuk mempertahankan bandar suci itu yang telah dicapai semasa persidangan tersebut.

Issawai berkata dalam satu kenyataan akhbar pada Khamis bahawa usaha yang bersungguh-sungguh mesti dijalankan untuk memelihara kota suci itu daripada pengaruh keagamaan sistematik yang dirancang Israel. Beliau turut menekankan kepentingan membantu warga Palestin di Baitulmaqdis untuk memastikan kelansungan Arab di kota itu di samping mempertahankan Masjid Arab dan juga tinggalan sejarah Islam dan Kristian.

Beliau menyeru semua untuk menekan Israel agar menghentikan polisi Judaization yang bertujuan menghilangkan mercu tanda di Baitulmaqdis dan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Guru sekolah Rafah lancarkan mogok untuk memprotes kakitangan yang digantung

Isnin, 01/11/2010 – Kesatuan pekerja Arab telah mengumumkan tenaga pendidik akan melakukan separa mogok di sekolah-sekolah Rafah Khamis lalu bagi memprotes Badan Pekerja Bantuan PBB kerana menggantung pengetua sekolah dan guru yang meminta pelajar berpakaian sopan.

Bahagian kesatuan guru ini berkata telah berlaku ketidakadilan yang besar terhadap Aaliyan Ni’ma, timbalan pengetua sekolah dan serorang guru, Mervat Shebana, yang kedua-duanya menjadi korban saksi palsu.

Kesatuan menambah UNRWA akan meneruskan tindakan penggantungan yang tidak berasas dan keterlaluan, sambil menekankan tindakan tersebut tidak boleh diterima.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Pegawai Umm al-Fahm akan melancarkan mogok pada Khamis sebagai protes kepada keganasan polis

Isnin, 01/11/2010 – Majlis Pemantau Arab di kawasan jajahan 1948, dengan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan Umm al-Fahm, mengumumkan mogok satu bandar pada khams untuk membantah tindakan polis yang melampau dalam pertembungan di bandar itu sehari sebelum ini.

Puak Radikal Yahudi menganjurkan perarakan provokatif pada Rabu di Umm al-Fahm, menyeru agar Pergerakan Islam diharamkan. Pertembungan ganas berlaku apabila polis menghalang penunjuk perasaan, termasuk Ahli Knesset Arab, bersatu untuk menghalang tindakan itu.

Pengerusi Majlis Arab, Mohammed Zeidan berkata, pegawai yang menyamar telah diserapkan dalam khalayak untuk memulakan serangan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Ar-Rashaq : Mesyuarat rekonsilasi di Damsyiq beberapa hari lagi

Isnin, 01/11/2010 – Wakil Biro Politik Hamas, ‘Izzat Ar-Rashaq menyatakan bahawa mesyuarat rekonsilasi di antara Hamas dan Fattah telah mendapat persetujuan untuk diadakan di Damsyiq, ibu kota Syria.

Ar-Rashaq dalam kenyataan akhbar khas untuk Pusat Informasi Palestin hari Khamis (28 Oktober) menegaskan lagi bahawa Fattah memanjangkan tempahan untuk tempat mesyuarat setelah meminta maaf kerana kegagalannya untuk menghadirkan diri dalam mesyuarat yang pada asalanya dijadualkan pada 20 Oktober lalu.

Pimpinan Hamas telah menghubungi pihak Fattah untuk menetapkan tarikh baru mesyuarat yang dijangkakan akan diadakan dalam masa beberapa hari lagi.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Bardawil: Kami berharap dapat melihat Mesir menyokong rakyat Palestin memerangi regim Israel

Isnin, 01/11/2010 – Senior rasmi Hamas dan ahli-ahli parlimen Salah Al-Bardawil menyatakan harapannya bahawa lawatan berbayar oleh menteri luar negeri Mesir dan pengarah perisikan ke bandar Ramallah dan Jordan adalah bertujuan untuk menyokong kedudukan rakyat Palestin dalam menghadapi pendudukan haram Israel .

“Apa yang kita harapkan ialah orang-orang Arab dan Mesir khususnya akan mempunyai kedudukan menyokong seluruh rakyat Palestin.Sebab utamanya adalah kerana musuh tidak menyasarkan Palestin sahaja, tetapi juga seluruh bangsa Arab, khususnya Mesir,” kata Bardawil dalam kenyataan akhbar Quds Press pada hari Khamis.

Media rasmi outlet di Mesir melaporkan bahawa Presiden Mesir Hosni Mubarak dilantik menteri luar negeri Ahmed Abu Al-Gheit dan pengarah perisikan Omar Suleiman untuk menghantar dua buah mesej. Satu mesej adalah untuk raja Jordan dan yang lain ditujukan kepada presiden rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Israel Mula Bina Pagar Penghalang Sepanjang Sempadan Mesir Bulah Hadapan

Isnin, 01/11/2010 – PM Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan secara rasmi, pembangunan pagar penghalang sepanjang sempadannya dengan Mesir dan wilayah Palestin jajahan 1948 yang dikuasai Israel akan bermula awal November ini.

Kelmarin Rabu (27/10) Netanyahu menyampaikan arahannya kepada semua pihak berwenang di Israel untuk bekerja terus dan segera membangunkan pagar penghalang tersebut.

Netanyahu menegaskan bahawa dia sendiri akan memantau secara dekat terhadap perkembangan pembanguanan pagar tersebut. Ini kerana tindakan menceroboh melalui sempadan tersebut membahayakan dan mengancam keselamatan Israel.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Tentera Abbas tangkap lagi aktivis Hamas

Isnin, 01/11/2010 – Tentera tajaan Mahmoud Abbas terus-menerus menangkap aktivis Hamas di Hebron, Beitlehem dan Nablus. Penangkapan terus dilakukan dalam usaha mengenakan tekanan kepada Hamas. Tindakan tentera Abbas ini turut dikecam oleh majoriti rakyat Palestin.

Usaha tentera Abbas ini hanya akan mengembirakan aparat Zionis Israel dan kuncu-kuncu mereka.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Merzel mahu buang As-Syiekh Salah dari Palestin

Jumaat, 29/10/2010 – Seorang wakil Knesset Zionis, Baruch Merzel mendesak agar Wakil Hamas di kawasan yang terjajah sejak 1948, Syeikh Raed Salah dari Palestin dalam ucapannya sewaktu perhimpunan Zionis berdekatan dengan Umm El-Fahm yang berbunyi, “Raed Salah akan dibuang dari Umm El-Fahm dan “Israel” kerana dia adalah tidak disenangi.”

Warga Palestin di Umm El-Fahm dan kawasan yang berdekatan telah bersedia berjam-jam sejak subuh untuk menghadapi pendemonstrasi Zionis, yang berhimpun di hadapan rumah Syeikh Salah. Demonstrasi bergerak dalam kumpulan besar di kawasan Wadi ‘Arah, jalan yang menghala ke bandar Umm El-Fahm, yang juga diiringi dengan pesawat pejuang yang berlegar di udara bandar.

Pergaduhan teruk berlaku antara penduduk bandar dan pihak berkuasa Zionis, yang cuba untuk meleraikan kumpulan penduduk, mangakibatkan puluhan warga Palestin cedera dipukul, dan yang lain sesak nafas akibat gas pemedih mata, termasuk pimpinan kawasan 48, antaranya menteri Haneen Zaobi, Afou Ighbariyyeh dan beberapa orang wartawan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Hamas menyeru pemecatan pegawai PBB kerana memperlekehkan hak untuk kembali

Jumaat, 29/10/2010 – Gerakan Hamas di Gaza berkata, pengarah pejabat cawangan New York Agensi Bantuan Kemanusiaan PBB (UNRWA) sewajarnya dipecat kerana mempersendakan hak warga Palestin untuk pulang.

Pengarah New York UNRWA, Andrew Whitley berkata, pelarian-pelarian Palestin seharusnya keluar daripada ilusi untuk mendapatkan hak pulang ke Palestin serta menambah bahawa negara-negara Arab mesti mencari tempat bagi mereka menetap.

Jabatan Pelarian Hamas dalam satu kenyataan pada Rabu menyelar kata-kata Whitley serta menyeru tindakan tegas harus diambil ke atasnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

IPA Tawaran Rawatan Sebagai Ganjaran untuk Mengurung Sendiri

Jumaat, 29/10/2010 – Perkhidmatan Penjara Israel (IPA) telah menawarkan rawatan perubatan untuk seorang tahanan wanita Palestin di penjara Damon sebagai ganjaran untuk mengurung diri beliau seorang diri selama tiga bulan di penjara Ramle.

Ahmed Al-Beitawi, seorang penyelidik di Lembaga Solidariti Antarabangsa Tadamun mengatakan bahawa Wurud Qassem dari bandar Teira 1948 dijajah menderita sakit teruk pada gigi dan rahang sehingga beliau tidak boleh bercakap atau makan dengan betul.

Dia meminta IPA untuk rawatan tetapi dia terkejut dengan respon klinik penjara bahawa beliau harus menjalani tiga bulan di pengasingan di Ramle sebagai balasannya.

Beitawi mengatakan bahawa tahanan menolak tawaran tersebut, menambah bahawa beliau lebih suka sakit bersama teman-teman penjara dia daripada perubatan dan pemencilan.

Beitawi mengatakan bahawa IPA memanfaatkan rasa sakit tahanan untuk memeras mereka, mengingati bahawa rawatan perubatan ditawarkan kepada tahanan Palestin sebagai ganjaran atas pengakuan dosa atau buang daerah.

Mengabaikan perubatan dan kurungan seorang diri adalah fokus utama tahanan dalam mogok mereka masa lalu dan tuntutan kini, Beitawi berkata.

Qassem Wurud ditahan sejak bulan Oktober 2006 dan sedang menjalani hukuman enam tahun penjara dengan tuduhan melawan penjajahan. Dua perempuan Palestin yang lain dari tahun 1948 Palestin dijajah menjalani hukuman lain iaitu Lina Jarboni, 18 tahun, dan Khadijah Abu Ayyash, 3 tahun.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Speaker Knesset (Parlimen) Israel di Maghribi Menghadiri Persidangan Mediterranean

Jumaat, 29/10/2010 – Speaker Knesset Israel, Reuven Rivlin bergerak ke Maghribi pada rabu lepas untuk menghadiri Persidangan Ahli Parlimen Mediterranean yang diadakan di Rabat.

Radio Israel menyatakan Rivlin akan bertemu dengan ramai rakan sejawatannya semasa persidangan itu di samping akan juga bertemu dengan menteri luar Israel. Dia juga dijadualkan akan menyampaikan ucapan dan bertemu dengan wakil komuniti Yahudi di Maghribi.

Persidangan itu dihadiri oleh 22 negara Mediterranean, bertujuan untuk meningkatkan kerjasama antara negara-negara itu. Presiden Israel, Shimon Peres membatalkan penyertaannya dalam persidangan ekonomi di Maghribi minggu lepas setelah Raja Mohammed VI menolak untuk bertemu dengannya semasa lawatannya di negara itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz