Categories
Berita Semasa

Kembar Siam pertama Gaza meninggal.

Rabu, 14/04/2010 – Saudara rapat mengesahkan kembar siam pertama Gaza meninggal dunia di sebuah hospital di kota Riyadh, ibukota Arab Saudi.

Sumber berita ini melaporkan bahawa Menteri Kesihatan Arab Saudi merangkap Ketua Bedah Perubatan untuk kembar siam yang tersebut , Dr Abdullah Al-Rabe’a, mengumumkan bahawa kembar siam pertama Gaza itu (Rittal dan Retag) tidak dapat dipisahkan. Rabe’a berkata, selepas melawat anak-anak di unit rawatan intensif di King Abdulaziz Medical City untuk Kawalan Kebangsaan di Riyadh terakhir, “Kami mendapati bahawa kehidupan kembar tersebut berada dalam bahaya dan kehidupan kembar tersebut ini tidak boleh diteruskan dan pasukan perubatan telah pun memaklumkan kepada ayah bayi kembar tersebut”.

Dia menambah bahawa keadaan kesihatan kembar tersebut sejak kedatangan mereka di Riyadh beberapa hari yang lalu tidak stabil membawa kepada pembentukan satu pasukan terdiri daripada pelbagai cabang perubatan untuk melakukan pemeriksaan pada bahagian yang tercantum , termasuk jantung, sistem pencernaan dan pernafasan dan hati. Dia kemudian berkata, “tapi ujian menunjukkan bahawa keadaan mereka tidak baik dan mengalami jangkitan bakteria dan peradangan akut dada, dan ada masalah besar dalam hati, kami mendapati bahawa si kembar mempunyai dua hati bekerja sebagai satu tetapi penderitaan masalah utama yang lain ialah penglibatan hati dan sistem pencernaan”.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Mesh’al bertemu Amru Musa di Damsyik.


Rabu, 14/04/2010 – Khalid Mesh’al, Ketua Biro Politik HAMAS mengadakan pertemuan dengan Amru Musa, Setiausaha Agung Liga Negara Arab hari ini di Damsyik. Pertemuan tersebut turut disertai oleh beberapa orang anggota Biro Politik itu sendiri. Pertemuan itu menyentuh beberapa perkembangan terbaru isu Palestin khususnya berkenaan usaha damai serta tindakan-tindakan yang diambil pihak Zionis akhir-akhir ini.

Pertemuan yang berlangsung selepas tengah hari Isnin (12/4) menyentuh perkembangan terkini isu Palestin, tentang usaha damai, di samping isu penempatan dan usaha mengyahudikan al-Quds serta tindakan Zionis mutakhir ini.

Berkenaan usaha damai, pertemuan itu membincangkan tentang halangan yang membantutkan pelaksanaannya. Dalam pertemuan itu juga, usaha-usaha yang dilakukan oleh negara-negara Arab bagi memajukan usaha damai turut dibentangkan sebelum sidang diadakan. Amru Musa turut mendengar pendirian HAMAS tentang usaha-usaha tersebut dan penegasan HAMAS bahawa yang membatalkan usaha tersebut ialah kuasa veto Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa luar.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Tentera Rejim Zionis mengepung sekolah di Qalqilyah

Rabu, 14/04/2010 – Tentera Rejim Zionis mengepung Sekolah Yasser Arafat yang terletak di bandar utama barat Azzun di timur Qalqilya, kereta kebal berhadapan dengan lontaran batu di jalan utama dekat bandar .

Pengarah sekolah, Majid Odwan, berkata tiga kenderaan rejim mengepung sekolah dan beberapa askar dan pegawai mengarahkan dia mengumpulkan semua pelajar diperkarangan sekolah kerana mereka membaling batu di jalan utama, dakwaan mengatakan bahawa pelajar sekolah membaling batu dinafikan oleh pengurusan sekolah.

Odwan menambah askar menegaskan bahawa mereka akan untuk terus berada di pintu masuk sekolah sehingga seorang pelajar keluar mengaku dan ditangkap.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah

Categories
Berita Semasa

Jordan kecam pengusiran rakyat Palestin di Tebing Barat.

Rabu, 14/04/2010 – Kerajaan Jordan mengecam tindakan Zionis yang mengusir ribuan rakyat Palestin di Tebing Barat. Menteri Penerangan dan Komunikasi Jordan, Nabli al-Sharif menegaskan Jordan mengecam tindakan Zionis itu dan mendesak penjelasan dari Zionis berkaitan tindakan zalim itu. Menurut Sharif, kerajaan Zionis telah menafikan tindakan itu.

Media Zionis, Haaretz telah mengeluarkan perancangan pengusiran rakyat Palestin yang bermula di Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Israel arahkan pengusiran ribuan rakyat Palestin dan antarabangsa Dari Tebing Barat.

Rabu, 14/04/2010 – Kerajaan Israel telah merangka pelaksanaan baru untuk mengusir ribuan rakyat Palestin mahupun penduduk antarabangsa yang menetap di Tebing Barat. Warga Gaza yang tinggal di Tebing Barat juga akan dianggap penduduk haram dan boleh diusir.

Perintah ini secara jelas mensasarkan penduduk Gaza yang tinggal di Tebing Barat, sebahagian besar daripada mereka telah menetap bertahun-tahun lamanya tetapi masih gagal mendapatkan kad pengenalan Tebing Barat dan permit menduduki.

Arahan ini juga turut berkuatkuasa ke atas penduduk antarabangsa, yang sebahagiannya adalah warga Arab Israel yang berkahwin dengan rakyat Palestin dan ke atas sesiapa sahaja yang tinggal di Tebing Barat tanpa mendapat keizinan dari Israel.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  rohiez

Categories
Berita Semasa

Kembar Siam Pertama Gaza – Apa Peluang Mereka?

Selasa , 13/04/2010 – Bulan lalu menyaksikan buat pertama kalinya kelahiran kembar siam di Palestin yang mana menarik perhatian media. Mereka telah di pindahkan ke Hospital Riyadh Hospital di Arab Saudi dimana doktor bedah surgeons akan cuba untuk memisahkan mereka tetapi apa nasib mereka?

Malangnya disebabkan kejadian aktiviti rejim Zionis Israel yang lalu, masadepan mereka akan suram. Seluruh semenanjung Gaza telah dicemarkan dengan senjara uranium dan ini adalah masalah besar bagi sistem kesihatan di Gaza.

Pasangan kembar Rittal dan Retag, sebagaimana anda lihat, kelihatan amat sihatdengan mata yang cantik. Sesuatu kelainan dengan kembar siam ini adalah kedua-duanya mempunyai berat yang normal yang mana jarang berlaku situasi sebegini. Bagi kembar siam yang kelihatan sihat ini, boleh juga menunjukkan masalah yang tersembunyi.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Zionis halang pasukan perubatan ke klinik.

Selasa , 13/04/2010 – Jawatankuasa Yayasan Kesihatan Pekerja mengutuk serangan pengawal sempadan kerajaan Zionis terhadap anggota yayasan itu di pintu masuk Kampung Khallet Al Nouman di Baitullaham yang sedang dalam perjalanan ke klinik mereka yang terletak di kampung itu.

Yayasan tersebut menganggap beberapa tindakan tidak masuk akal oleh tentera rejim Zionis dan serangan ke atas pasukan perubatan serta halangan-halangan ke atas penduduk Palestin adalah satu prejudis kerana mendapatkan khidmat kesihatan adalah jaminan asas yang diberi ke atas penduduk di wilayah yang dijajah Zionis.

Menurutnya lagi, ini adalah kali ketiga pasukan perubatan yayasan itu diserang dengan provokatif dan tindakan-tindakan yang menjatuhkan maruah oleh pengawal sempadan kerajaan Zionis. Justeru, yayasan itu menggesa campur tangan institusi antarabangsa dan oraganisasi hak-hak kemanusiaan untuk menghentikan ketidakadilan yang dilakukan oleh tentera rejim Zionis terhadap pasukan perubatan serta perlanggaran hak asasi penduduk Palestin untuk mendapatkan khidmat kesihatan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Askar Rejim Zionis menembak 2 warga Palestin dalam serangan di kem Deheisheh.

Selasa , 13/04/2010 –Dua pemuda mengalami kecederaan dan yang lainnya telah ditahan dalam pertengkaran antara pemuda tersebut dan pasukan pendudukan Israel awal hari ini dalam serangan di selatan Kem Deheisheh,Betlehem, yang dilakukan oleh askar rejim Zionis.

Sumber keselamatan berkata bahawa pasukan Israel menyerang bandar Doha yang bersebelahan dengan kem, di mana pergaduhan berlaku antara tentera Israel dan pemuda Palestin, askar rejim Zionis menggunakan peluru getah dan peluru tajam untuk membedil pemuda Palestin tersebut, yang mengakibatkan kecederaan lalu dibawa ke heospital di Beit Jala untuk mendapatkan rawatan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  nurul

Categories
Berita Semasa

Israel serang Timur Khan Yunis , Gaza.

Selasa , 13/04/2010 –Tentera rejim Zionis hari ini menyerbu sebahagian kecil kawasan di Al-Qrara di timur utara Younis Khan, Gaza.

Menurut agensi berita Safa, sembilan jentolak dan 18 kereta kebal menceroboh 400 meter di daerah Al-Qrara berdekatan sempadan dengan tanah Palestin yang dijajah. Jentolak tersebut yang dilindungi pesawat-pesawat tentera rejim Zionis memusnahkan kawasan pertanian.

Pasukan Israel menceroboh daerah ini berkali-kali selepas pertengkaran yang menyebabkan kematian dua warga Palestin dan Israel dua bulan lalu.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif & Ameen

Categories
Berita Semasa

Erdogan: Kami tidak akan berdiam diri jika Israel cuba membakar Gaza.

Selasa , 13/04/2010 – Recep Erdogan, Pemimpin Turki, menggesa supaya dunia patut menyokong Gaza sebagaimana yang dilakukan dengan Haiti dan Chile, Dia menambah, “Kita tidak patut kekal berdiam diri berkenaan masalah Palestin”.

Dia mengatakan bahawa Turki tidak akan berdiam diri jikalau Israel cuba membakar Gaza. Erdogan berkata sedemikian pada perasmian saluran TV Turki berbahasa arab 24 jam “El-Turkiye” pada Ahad petang, Berharap tindakan itu akan mengeratkan hubungan turki dengan Jiran Arabnya

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah

Categories
Berita Semasa

Sindiket perdagangan organ di utara Israel dibongkar.

Jumaat , 09/04/2010 – Selasa lalu polis telah menangkap enam orang yang disyaki terlibat dalam rangkaian perdagangan organ di utara Israel. Di kalangan suspek antaranya adalah IDF jeneral briged dan dua orang peguam.

Bahagian pencegahan penipuan dan penyalahgunaan di utara Israel telah melakukan siasatan dan penyamaran berikutan aduan seorang wanita berumur 50 tahun dari Nazareth yang telah menghubungi iklan dalam Bahasa Arab sambil menawarkan 100,000 dolar bagi mendapatkan buah pinggang.

Wanita itu menjalani pemeriksaan kesihatan untuk memastikan keserasian sebelum diterbangkan ke sebuah negara di Eropah Timur di mana buah pinggangnya dikeluarkan di situ. Wanita itu berkata ketika kembali ke Israel, dia tidak menerima wang yang dijanjikan. Polis mengatakan mereka telah menerima beberapa aduan lain yang serupa.

Polis juga mengatakan selama siasatan dilakukan mereka mendapati satu industri besar perdagangan organ dirancang dengan amat baik. Rangkaian termasuklah perdagangan organ, agen dan peguam.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Aktivis Barat berarak demi Gaza

Jumaat , 09/04/2010 – Pada 30 Mac yang lalu, aktivis Barat telah mengadakan demontrasi aman bagi menentang zon penampan (tanah tanpa manusia) antara Gaza d an dengan Khan Younis di mana dua orang askar rejim Zionis telah ditembak mati pada Jumaat lepas. Askar rejim Zionis kemudiannya melepaskan tembakan amaran, menurut sumber militari Zionis itu.

Sementara keadaan menjadi kurang stabil pada minggu ini disebabkan kematian askar rejim Zionis pada minggu ini, konfrantasi seperti ini biasa berlaku, terutamanya d kawasan zon penampan yang memutuskan talian hayat rakyat Palestin. Sebagai contoh, para nelayan hanya dibenarkan menangkap ikan dalam lingkungan 3 batu nautika dari persisiran pantai yang biasanya hasil tangkapan adalah sangat sikit dan sering dicemari oleh sisa buangan. Laporan yang dikeluarkan oleh AP pada bulan lepas menyatakan bahawa Gaza yang dahulunya pemacu industri perikanan, kini telah menjadi pengimport ikan disebabkan kepungan oleh Zionis. Perkara yang sama berlaku kepada para petani yang mana perniagaan mereka terjejas teruk disebabkan kepungan itu.

Salah seorang aktivis Barat yang menyertai perarakan pada 30 Mac itu adalah Vittorio Arrigoni ataupun Vic, yang melawat pangsapuri penulis selama 3 jam pada Jumaat lepas. Vic merupakan aktivis Itali berusia 35 tahun yang merupakan anggota Pergerakan Kebebesan Antarabangsa (ISM). Beliau telah menginap di Gaza secara berkala dalam tempoh 6 tahun. Beliau telah 2 kali dipenjarakan oleh rejim Zionis dan dihantar pulang oleh Pasukan Pertahanan rejim Zionis. Pada tahun 2008, Vic dihantar pulang ke Itali oleh askar rejim Zionis dengan menaiki pesawat El Al dengan memakai tanda nama “baju busuk dan tidak berkasut”. Dalam operasi ketenteraan Zionis tahun lepas yang digelar Vic sebagai penyembelihan beramai-ramai, Vic telah menumpang ambulans untuk mendokumentasikan kedahsyatan kecederaan dan kematian yang dialami penduduk awam. Beliau melaporkan bahawa 16 orang paramedik telah terkorban dalam masa 22 hari sepanjang operasi Zionis itu.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Erdogan : Israel adalah ancaman sebenar kepada keamanan Timur Tengah.

Jumaat , 09/04/2010 – Perdana Menteri Turki, Receb Tayyip Erdogan, menyatakan bahawa Israel boleh disifatkan sebagai ancaman sebenar kepada negara-negara di Timur Tengah. Beliau membuat kenyataan tersebut sewaktu memulakan rangka lawatan ke Paris.

Erogan memberitau para wartawan sebelum majlis makan malam bersama President Perancis, Nicolas Sarcozi bahawa Israel adalah ancaman kepada daerah yang aman.

Israel selalu menganggap Turki sebagai sekutunya di dalam negara Islam dan dunia Arab, akan tetapi hubungan antara dua negara tersebut bertambah buruk sejak pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza pada akhir Disember 2008 dan Januari 2009.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  rohiez

Categories
Berita Semasa

Turki kecam kenyataan Lieberman mempersoal Erdogan.

Khamis , 08/04/2010 – Kerajaan Turki hari ini mengecam kenyataan Menteri Luar Negeri Zionis Avigdor Lieberman, yang menyamakan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan dengan dua pemimpin Libya dan Venezuela, Muammar Gaddafi dan Hugo Chavez.

Kementerian Luar Negeri Turki , dalam kenyataan rasminya mengatakan, “Kami sangat kecewa dan menolak kennyataan yang tidak berasas, yang disampaikan oleh Avigdor Lieberman dan diterbitkan oleh Zionis-Israel mengenai perdana menteri kami.”

Kenyataan kerajaan Turki memuatkan bahawa Lieberman terus melanggar aturan diplomatik yang menyusun hal-hal berkaitan hubungan antarabangsa. Keraajan Turki juga menyeru agar Zionis Israel meninggalkan pendekatan yang tidak mempunyai semangat diplomasi.

Dalam satu wawancara, Menteri Lieberman mengatakan PM Turki sekarang ini sudah berubah menjadi seperti pemimpin Libya dan Presiden Venezuela.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Netanyahu tidak mahu bertemu Obama.

Khamis , 08/04/2010 – Sumber Israel melaporkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan menghadiri Sidang Kemuncak Nuklear di Amerika Syarikat tetapi tidak akan mengadakan pertemuan dengan Presiden AS, Barack Obama yang juga akan menyertai sidang kemuncak yang sama minggu depan.

Akhbar harian Israel, Haaretz melaporkan disebabkan “keterbatasan waktu”, Netanyahu dan Obama tidak akan mengadakan pertemuan.  Sementara itu, sumber Israel melaporkan Netanyahu kemungkinan akan mengelak untuk menyertai sidang kemuncak itu bagi mengelak tekanan daripada Obama yang menuntut beliau menyahut tawaran meneruskan perbincangan tidak langsung dengan Palestin.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz