Categories
Berita Semasa

Pegarah UNRWA di Gaza dan Tebing Barat Meletak Jawatan

Jumaat , 21/01/2011 – Kedua pengarah operasi UNRWA di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat telah meletak jawatan pada Isnan, kata jurucakap UNRWA di Gaza, Adnan Abu Hasana.

Dia menambah dalam satu kenyataan bahawa pengarah operasi UNRWA di Gaza, Jon Ging yang menyertai UNRWA pada Febuari 2006 telah meletak jawatan untuk mengisi jawatan pegawai senior di pejabat UN untuk koordinasi hal ehwal kemanusiaan di Newark.

Abu Hasana tidak menerangkan sebab pengarah UNRWA di Tebing Barat, Barbara Shenstone meletak jawatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Kremlin: HAMAS Merupakan Kuasa Politik Sebenar

Jumaat , 21/01/2011 – Pihak Berkuasa Fatah di Tebing Barat perlu mengambil berat posisi Hamas, kata pembantu presiden Sergei Prikhodko. Beliau percaya bahawa konflik timur tengah boleh diselesaikan ‘melalui dialog politik dan mengiktiraf posisi Hamas’.

“Kami fikir bahawa sangat penting untuk melihat situasi sebenar kerana Hamas merupakan kuasa politik yang benar, dan semua pihak patut menghormati mereka, sekurang-kurang atas sebab menghormati pendirian para pengundi,” kata pembantu itu dalam memberi komentar tentang lawatan presiden Russia, Dmitry Medvedev ke Pihak Berkuasa Fatah pada 18 Februari 2011.

sumber : http://www.qassam.ps
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Israel akan menyiapkan kerja pembinaan tembok pemisahan di Baitulmuqaddis pada tahun ini

Jumaat , 21/01/2011 – Tentera Israel mengumumkan pembinaan tembok sekeliling Baitulmuqaddis akan ditamatkan dalam tempoh setahun. Tembok yang digelar “sampul Baitulmuqaddis” itu akan memisahkan keseluruhan kota suci daripada negera-negara jiran Palestin.

Berdasarkan perancangan yang diluluskan oleh Timbalan Ketua Ketenteraan Yaif Naveh, kerja-keraja akan diteruskan terhadap baki struktur di perkampungan Kalandia, Shuafat Barat dan Gunung Gilo di kawasan tidak melebihi keluasan 20 km.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Setuju Bangun Penempatan Terbesar di Al-Quds

Jumaat , 21/01/2011 – Entiti Zionis, Isnin (17/1) menyetujui pembangunan 32 penempatan terbaru di Besgate Zaivi bahagian utara Al-Quds. Dengan demikian kota Al-Quds akan terpisah secara keseluruhannya dalam jangka masa satu tahun dari sekarang.

Selain itu, mereka juga masih terus meningkatkan pembangunan penempatan di tempat-tempat lain untuk mengubah demografi secepat mungkin. Rancangan pembangunan penempatan terkini mencakupi 220 unit keseluruhannya yang dilaksanakan oleh satu kontraktor utama.

Sementara itu, menurut penguasa daerah Zionis, hingga hari ini belum ada perubahan yang siginifikan dari segi pembangunan, selama 40 tahun terakhir. Menurut pihak tentera Zionis pula, pembangunan tembok perkauman yang mengelilingi kota Al-Quds yang disebut 鉄ampul Al-Quds” akan selesai dalam tempoh satu tahun lagi. Setelah itu, Al-Quds akan benar-benar terpisah dari kota-kota dan wilayah Palestin secara keseluruhannya.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Israel umum tembok pemisah siap dalam masa setahun

Jumaat , 21/01/2011 – Zionis Israel mengumumkan tembok pemisah sekeliling al-Quds akan siap dalam masa setahun lagi. Dalam pada itu, penempatan haram Yahudi terus berjalan. Ketika ini, Zionis menumpukan kerja-kerja pembangunan di kawasan yang belum siap. Pihak Zionis juga menyatakan mampu untuk menyiapkan tembok pemisah sepanjang 20km dalam masa setahun.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Zahhar: Mesir dan beberapa pihak beri amaran kemungkinan peperangan baru tercetus di Gaza

Jumaat , 21/01/2011 – Dr. Mahmoud Al-Zahhar, seorang anggota Biro Politik Hamas mengesahkan bahawa pergerakan itu ada menerima amaran daripada kerajaan Mesir dan beberapa pihak rasmi antarabangsa yang dirahsiakannya, bahawa rejim Zionis sedang merancang untuk melancarkan perang terbaru ke atas Gaza.

Zahhar memaklumkan akhbar dari Jordan, Al-Ghad, yang menyiarkan kenyataannya itu pada Ahad lalu bahawa sayap-sayap pejuangan Palestin sentiasa bersedia dan mengjangkakan sebarang keganasan yang dilakukan rejim Zionis itu.

Beliau tidak menafikan kemungkinan akan berlakunya satu lagi peperangan di Gaza berikutan tindakan Liga Arab dan pihak antarabangsa yang hanya membisu melihat kesengsaraan yang amat hebat yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Palestin di tanah air mereka yang dijajah rejim Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Penduduk Yahudi mengotori masjid Yaffa dengan najis yang pada ketika itu di bawah perlindungan polis

Selasa , 18/01/2011 – Penduduk Yahudi menodai sebuah masjid Yaffa pada malam Ahad ketika perbarisan agresif yang tampaknya diaturkan oleh polis.

Penduduk Yahudi itu mengepung dan membaling batu ke arah masjid Nuzha setelah berkeliaran di sekitar jalan-jalan kota yang diduduki secara haram oleh Israel sambil mengibarkan bendera dan berteriak “Matilah Arab”, menurut sumber-sumber dari rakyat Palestin.

Polis Israel tidak bergerak sehingga jemaah di dalam masjid mulai melawan para penyerang, tambah sumber itu. Kehadiran polis sepatutnya adalah untuk mencegah pertengkaran, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Hamas : Polisi pengasingan tahanan pemimpin di Penjara Zionis tak akan lemahkan pendirian mereka.

Selasa , 18/01/2011 – Hamas mengutuk keras pencabulan hak yang dilakukan pihak Zionis terhadap dua orang menteri yang ditahan, Jamal Abu El-Hayja dan Ahmad Sa’adat, iaitu tuntutan pentadbiran penjara yang mengasingkan mereka berseorangan dalam penjara sempit, dalam keadaan yang teruk tanpa dibekalkan hatta sekecil-kecil keperluan hidup tahanan, yang memaksa mereka untuk melakukan mogok lapar sebagai protest terhadap pencabulan hak para tahanan ini.

Hamas melalui kenyataan dari pejabat medianya kepada Pusat Informasi Palestin berkata bahawa Zionis mesti bertanggangjawab penuh ke atas keselamatan kedua-dua tahanan tersebut.

Hamas turut menyeru organisasi hak kemanusiaan supaya bertindak dengan segera menghentikan penderitaan yang dialami oleh kedua orang menteri tersebut, serta meletakkan tekanan ke atas Zionis kerana mengmalkan polisi mengasingkan para tahanan dan kekejaman Zionis sewenang-wenangnya terhadap para tahanan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel Hukum Penjara Satu Tahun Atas Remaja

Selasa , 18/01/2011 – Sebuah mahkamah Israel pada hari Ahad menghukum penjara satu tahun seorang remaja laki-laki Palestin berumur 15 tahun di Baitulmuqaddis kerana melempar batu ke arah polis penjajah Israel.

Sumber-sumber tempatan berkata bahawa Hakim Mahkamah di Maskobeh menolak permintaan peguam Motez Al-Rajabi, dari bandar Silwan di Baitulmuqaddis dijajah, untuk membebaskannya dengan jaminan. Sumber mengatakan bahawa tuduhan anak itu melempar batu ke arah polis Israel akibat gangguan terbaru di Silwan. Puluhan anak-anak Jerusalem telah dihumban ke dalam penjara Israel pada 2010 untuk sebab yang sama.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Para Rabbi menyifatkan kehadiran warga Palestin di “kawasan jajahan 1948” sebagai satu perlakuan keganasan

Selasa , 18/01/2011 – Rabbi Zalman Melamed, seorang ketua keagamaan Yahudi yang terkemuka menyifatkan kesungguhan warga Palestin untuk menetap di “bandar-bandar Yahudi” sebagai satu tindakan keganasan untuk memusnahkan impian 2000 tahun Yahudi. Zalman turut mendakwa tindakan itu akan menyerapkan pengaruh Arab di kejiranan Yahudi.

Belasan rabbi melawat utara Palestin serta mengumumkan bahawa warga Arab yang menetap di kawasan jajahan 1948 itu hanyalah tetamu. Mereka memberi amaran bahawa warga Arab di situ cuba untuk menjejaskan identiti Yahudi.

Rabbi – rabbi itu yang diiringi oleh beberapa ahli Knesset, telah menunjukkan sokongan terhadap cadangan yang melarang urusan jual-beli rumah dengan bangsa Arab di “Bandar Yahudi”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Rabi Yahudi Seru Gunakan Militan Hapuskan Warga Palestin

Selasa , 18/01/2011 – Sebuah majalah beraliran kanan Zionis menyeru pemerintahnya untuk melakukan tindakan militan untuk menghapuskan rakyat Palestin.

Akhbar Zionis Yedeot Aharonot , Sabtu (15/1) menyiarkan fatwa dari sejumlah rabi Yahudi yang menyeru pemerintahnya agar melakukan aksi militan terhadap rakyat Palestin sebagai sebahagian kewajiban agamanya dengan alasan bangsa Palestin adalah bangsa “Goyyim”. petikan kenyataan akhbar tesebut menyatakan “Tuhan memerintahkan bangsa Bani Israel untuk menyembelih anak-anak, para wanita dan orang tua bangsa Goyyim ini, bahkan hingga binatang ternak yang mereka miliki, sebelum 2000 tahun yang lalu.

Menurut mereka, Taurat mewajibkan bangsa Yahudi untuk menghapuskan bangsa ‘Goyyim” pada zaman ini. Akhbar Zionis itu juga menambah, ini adalah keyakinan bangsa Yahudi, bahkan sejumlah rabi yang tidak mahu menandatangani fatwa ini juga mendukung fatwa tersebut.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel mengepung 11 warga Palestin termasuk dua kanak-kanak

Selasa , 18/01/2011 – Tentera rejim Israel (IOF) mengepung 8 warga Palestin di kawasan berbeza-beza sekitar Tebing Barat pada subuh Khamis. 3 lagi ditahan pada Rabu termasuk 2 kanak-kanak lelaki.

Radio Israel melaporkan 8 orang tersebut dikehendaki untuk soal siasat.Sumber tempatan mengatakan tentera-tentera menyerbu bandar Ramallah dan Al-Khalil serta kampung-kampung di Bethlehem, Tulkarem dan Jericho di mana orang-orang awam tersebut ditahan.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Militia PA Menculik Suami MP Halaiqa

Selasa , 18/01/2011 – Militia keselamatan daripada pihak berkuasa Palestin (PA) menculik suami ahli parlimen Samira Halaiqa semasa dia dipanggil untuk soal siasat pada petang Selasa.

MP Halaiqa berkata bahawa pasukan keselamatan PA menculik suaminya Mohamed Halaiqa selepas suaminya pulang daripada perbicaraan mahkamah yang dibicarakan oleh rejim Israel ke atas anaknya, Anas. Ahli parlimen itu menambah bahawa pegawai daripada pasukan keselamatan PA menelefonnya dan suaminya banyak kali sebelum meminta mereka datang ke ibu pejabat di kawasan Halhul, tetapi apabila tiba di sana, dia ditahan dan dibawa ke bandar al-Khalil.

Dia merayu kepad aorganisasi hak asasi manusia supaya campur tangan dan memohon agar suaminya dan saudara-maranya dibebaskan daripada penjara milik PA di Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Hamas: Polisi pemusnahan IOA tidak akan melemahkan kecekalan rakyat Palestin

Isnin , 17/01/2011 – Hamas menegaskan dalam kenyataannya yang dikeluarkan pada Rabu lalu bahawa kepantasan pihak berkuasa rejim Zionis (IOA) memusnahkan rumah-rumah rakyat Palestin tidak sedikit pun akan melemahkan keazaman mereka mempertahankan tanah air mereka.

Pergerakan itu turut mengutuk tindakan IOA yang memusnahkan sebuah sekolah dan 16 buah rumah rakyat Palestin di timur Kampung Yatta yang termasuk dalam wilayah Al-Khalil. Menurut gerakan itu lagi, tindakan IOA itu merupakan agenda untuk mengusir penduduk asal daripada tanah milik mereka bagi membolehkan penempatan-penempatan haram Yahudi dibina.

Hamas menyeru rakyat Palestin agar terus cekal dan tidak akan terpengaruh dengan polisi IOA yang jelas sekali bersifat perkauman. Ia turut menyeru Liga Arab dan kumpulan hak-hak kemanusiaan agar segera campur tangan dan memberi tekanan kepada IOA supaya kekejaman terhadap rakyat Palestin dan tanah mereka ini dihentikan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Golongan ekstremis Maamanullah Yahudi musnahkan 20 kubur di Perkuburan

Isnin , 17/01/2011 – Golongan ekstremis Yahudi telah memusnahkan kira-kira 20 buah kubur di kawasan perkuburan Islam yang bersejarah di Perkuburan Maamanullah di wilayah Jerusalem yang dijajah rejim Zionis (OJ). Ia merupakan salah satu agenda untuk memadamkan identiti umat Islam di kota suci itu.

Fawaz Hassan, seorang pemerhati di Yayasan Warisan Islam Aqsa di Jerusalem, telah melawat kawasan perkuburan itu dan mendapati golongan ekstremis Yahudi telah memusnahkan kira-kira 20 buah kubur, kata Yayasan Aqsa dalam kenyataannya yang disiarkan pada Selasa lalu. Beberapa kubur telah dimusnahkan sepenuhnya.

Kubur-kubur yang dimusnahkan itu dapat dilihat di kawasan antara pagar perkuburan itu di mana rejim Zionis sedang melenyapkan sebuah muzium dengan sebuah kolam yang terletak di kawasan perkuburan itu. Beberapa foto dapat dirakamkan serta menjadi bukti para ekstremis itu menggunakan kapak besar untuk memecahkan struktur nisan kubur.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa