Categories
Berita Semasa

Baher : Tugas pertama Majlis Legislatif pasca rekonsiliasi adalah bina kepercayaan terhadap pentadbiran baru.

Rabu , 04/05/2011 – Dr. Ahmad Baher Timbalan Presiden Satu untuk Majlis Legislatif Palestin, menyatakan bahawa Majlis akan meneruskan tugas legislatif dan pemantauan di dalam parlimen terutamanya selepas rekonsiliasi negara ini.

Baher berkata dalam kenyataan yang diterima Pusat Informasi Palestin pada hari Isnin (2 Mei) : “perkara pertama yang perlu dilakukan oleh Majlis Legislatif selepas rekonsiliasi adalah untuk memberi keyakinan kepada kerajaan yang baru dibentuk ini berpandukan dasar-dasar konstitusi negara.”

Baher juga menyeru agar setiap biro-biro bersatu di bawah parlimen dan menumpukan seluruh usaha dan tenaga dalam berkhidmat untuk rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Kementerian Agrikultur Menyeru Perlindungan Untuk Petani dan Nelayan dari kekejaman Israel

Rabu , 04/05/2011 – Kementerian Agrikultur Palestin meminta semua organisasi yang berkaitan dengan perladangan untuk mempertahan hak asasi nelayan dan petani Palestin di Tebing Barat yang menderita akibat kekejaman Israel.

Dalam satu kenyataan Media yang dikeluarkan pada hari Buruh, kementerian menyatakan bahawa petani di Tebing Barat menderita akibat tembok pemisah Israel, serangan ke atas harta mereka oleh pendatang haram yahudi dan pembesaran kediaman Israel.

Mereka juga menunjukkan bahawa penderitaan petani dan nelayan Gaza yang terancam dengan serangan dan penghinaan berterusan daripada tentera rejim Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

PA akan adakan pilihanraya umum walaupun perbincangan ke arah perpaduan masih tertangguh

Rabu , 04/05/2011 – Jawatankuasa Pusat Pilihanraya pihak berkuasa Palestin (CEC) berkata bahawa pihaknya akan tetap membuat persediaan untuk mengadakan pilihanraya umum yang dijangka berlaku dalam masa beberapa bulan akan datang walaupun perbincangan ke arah perpaduan Hamas-Fatah yang sepatutnya menentukan bagaimana pilihanraya patut diadakan, sedang tertangguh.

CEC berkata bahawa pihaknya belum menerima sebarang keputusan baru daripada kerajaan di Ramallah untuk menghentikan persediaan bagi menghadapi pilihanraya umum yang telah dirancang beberapa bulan lalu.

Menurut sumber CEC, persediaan untuk mengadakan pilihanraya umum sedang berjalan seperti yang dirancang, manakala penamaan calon akan diadakan pada bulan ini.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Tawanan dirawat di hospital selepas kesihatan menurun secara mendadak

Rabu , 04/05/2011 – Tahanan bernama Abdul-Salam Bani Odeh dari Tamoun, Tebing Barat berhampiran Tubas akan dibawa ke hospital penjara Ramle setelah kesihatannya tiba-tiba merosot diikuti krisis kesihatan yang teruk beberapa hari sebelumnya.

Tahanan lain berfikir pada awalnya Bani Odeh telah meninggal dunia setelah dia mengucapkan syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir sesuai dengan pegangan mereka, lapor Pertubuhan Tawanan Palestin dalam sebuah kenyataan Isnin lalu.

Dia kemudiannya dibawa dengan ambulans ke hospital Aqula untuk menjalani pemeriksaan. Doktor belum mendiagnosis penyakitnya, tetapi mereka jangkakan dia mengalama radang paru-paru yang teruk.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Misy’al Bertemu Pengarah Perisikan Mesir

Rabu , 04/05/2011 – Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Misy’al, Isnin (2/5), bertemu dengan Pengarah Perisikan Mesir, Murad Muwafi dan sejumlah pegawai bahagian perisikan Mesir yang lain.

Sebelumnya, Ahad (1/5), Khaled Misy’al tiba di Kaherah bersama para pemimpin Hamas yang lainya dalam rangka untuk melakukan pertemuan dengan sejumlah pemimpin Mesir dan para pemimpin fraksi Palestin, termasuk Mahmud Abbas untuk menandatangai perjanjian perdamaian antara fraksi-fraksi Palestin lanjutan dari persepakatan yang dicapai antara Fatah dan Hamas Rabu lalu.

Anggota Biro Politik Gerakan Hamas, Izet Rasyq, dalam satu pernyataan akhbar menyatakan, “Kedua belah pihak (Misy’al dan Murad), membahas masalah Palestin dan perkembangannya serta jalan untuk mengukuhkan perjuangan rakyat Palestin, di samping isu-isu semasa.”Izet menjelaskan, di samping Ketua Biro Politik, Khaled Misy’al, turut hadir daripada pihak Hamas ialah beliau sendiri, Dr. Musa Abu Marzuq dan Muhammad Nashr.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Al-Arabi berikrar tamatkan kepungan Gaza dalam masa 10 hari

Selasa, 03/05/2011 – Menteri Luar Mesir, Nabil Al-Arabi, memberitahu bahawa Mesir akan mengambil keputusan dalam tempoh seminggu atau maksimum 10 hari untuk menamatkan kesengsaraan warga Palestin dan meruntuhkan kepungan yang mengurung Gaza sejak hampir 5 tahun. Al-Arabi dalam kenyataannya di Kaherah (28 April) berkata : “Keadaan yang berlaku di Gaza adalah langsung tidak berperikemanusiaan dan tindakan menutup pintu masuk ke sana sebelum ini adalah juga tidak bermoral dan tidak berperikemanusiaan.”

Beliau menegaskan bahawa dalam tempoh 10 hari, keputusan yang penting dan berstrategi untuk Gaza akan dibuat, dan pintu gerbang di sempadan akan dibuka sepenuhnya dan sepanjang masa. Beliau meyakinkan bahawa situasi di Gaza pasti akan berubah dengan dramatik.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

AS optimis dengan proses ke arah perpaduan Palestin

Selasa, 03/05/2011 – Pentadbiran Obama optimis berhubung laporan yang mengatakan bahawa Fatah dan Hamas yang saling bermusuhan telah pun mencapai kata sepakat. Tommy Veitor, seorang jurucakap di Majlis Keselamatan Kebangsaan menegaskan bahasa AS masih menganggap bahawa Hamas adalah kumpulan pengganas.

“Hamas….adalah kumpulan pengganas yang mensasarkan orang awam sebagai mangsa,” kata Veitor.

“Seperti yang kita telah katakan sebelum ini, AS hanya akan menyokong proses perpaduan dalaman Palestin dengan syarat keamanan diutamakan. Untuk memainkan peranan membina keamanan, mana-mana kerajaan Palestin mesti menerima “4 Prinsip” dan menolak sebarang bentuk keganasan yang telah digariskan dalam perjanjian-perjanjian sebelum ini serta menerima kewujudan Negara Israel,” kata Veitor lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Rencana baru Israel untuk membina 386 unit penempatan di Sheikh Jarrah didedahkan

Selasa, 03/05/2011 – Sebuah sumber bandar Israel mendedahkan bahawa jawatankuasa daerah untuk perancangan dan pembangunan akan mengadakan perbincangan pada Selasa depan. Rancangan itu adalah untuk membina 386 unit rumah di kawasan perumahan rakyat Palestin di persekitaran Jarrah Syeikh di Baitulmuqaddis.

Sumber tersebut menegaskan bahawa agen real estat Zionis yang dikenali sebagai Raja Arieh bekerjasama dengan persatuan sayap kanan Yahudi-menyampaikan rencana ini ke jawatankuasa daerah untuk diluluskan.

Sumber-sumber Palestin memberi amaran bahawa jika rancangan ini dilaksanakan, lebih daripada 30 keluarga Palestin terdiri daripada 280 orang akan dihalau dari rumah mereka di persekitaran Sheikh Jarrah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Hamas dan Fatah Menandatangani Persetujuan Persefahaman di Kaherah

Selasa, 03/05/2011 –Timbaan Ketua Biro Politik Hamas, Mousa Abu Marzouk berkata bahawa pergerakannya mencapai persetujuan dengan delegasi Fatah di Kaherah dan paksi Palestin itu akan bertemu pada Rabu untuk menandatangani persetujuan untuk bergabung.

Abu Marzouk berkata pada sidang media selepas menandatangani persefahaman tentang petang Rabu lepas di Kaherah. Beliau berkata bahawa persefahaman yang telah dipersetuju oleh delegasi Fatah dan Hamas termasuk pembentukan kerajaan bersatu, penyambungan tugas ahli Parlimen di Tebing Barat dan melaksanakan pilihanraya.

Ketua delegasi Fatah ke Kaherah, Azzam al-Ahmed menyuarakan kegembiraan apabila Palestin yang berpecah akan tamat, dan Israel mula memberi amaran kepada Mahmoud Abbas tentang hal ini kerana penglibatan Hamas. Dalam konteks yang sama, paksi pejuang Palestin yang lain menyokong Hamas dan Fatah kerana menandatangani perjanjian itu di Kaherah pada Rabu lepas.

“Kami sangat menerima perkembangan yang penting dan pantas ini dan menghargai usaha yang telah dibuat untuk menamatkan perpisahan dalaman dan membuang penderitaan besar yang ditanggng oleh rakyat Palestin kerana perpecahan ini,” kata pegawai tinggi Jihad Islam Khaled al-Batsh kepada Pusat Info Palestin (PIC)

“Kami menyeru penggabungan berlaku dengan cepat atas dasar mengekalkan pergerakan negara, meluruskan perjuangan rakyat palestin dan melindungi penentangan dan menutup kes penahanan politik antara kedua pihak,” tambah Batsh lagi.

Beliau juga menekankan kepentingan mempertahan dasar-dasar dalam perjanjian penggabungan itu.

Pegawai tinggi Pasukan Pembebasan Popular Palestin, Rabah Muhanna berkata bahawa Kaherah akan menjemput paksi itu berbincang dalam masa dua hari dan bersetuju dalam pembentukan kerajaan yang bersatu dan persediaan untuk pilihanraya dalam masa setahun.

Khaled Abu Hilal, ketua Pergerakan Pembebasan (Ahrar Movement), menyatakan keyakinan dalam kemampuan Hamas untuk mencapai persetujuan ke atas persefahaman itu dan melindungi pergerakan penentang dan memenuhi aspirasi penduduk Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

PPS isytihar 2010-2011 tahun perubatan terburuk setakat ini

Selasa, 03/05/2011 – Satu kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Persatuan Tahanan Penjara Palestin (PPS) mengisytiharkan tahun 2010 dan suku pertama tahun 2011 sebagai tempoh terburuk penafian pihak berkuasa penjara rejim Zionis terhadap keperluan tahanan penjara warga Palestin untuk mendapat khidmat perubatan.

Seramai lebih kurang 20 orang tahanan penjara warga Palestin yang telah disahkan menghidap kanser, 88 orang menghidap diabetes dan 25 orang lagi mengalami kegagalan buah pinggang. Manakala, lebih kurang 20 orang tahanan lagi mengalami kegagalan fungsi saraf motor sementara 10 orang lagi kini tinggal secara tetap di Hospital Ramle. Mereka termasuklah 3 orang yang mengalami lumpuh separuh badan.

PPS turut menyentuh tentang kematian seorang tahanan penjara baru-baru ini yang bernama Saytan al-Wali of Golan Heights, 45. Mangsa sebelumnya telah dikesan mempunyai tumor dalam buah pinggang dan perlu dibebaskan dengan segera bagi membolehkannya mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Tetapi pihak berkuasa penjara rajim Zionis tidak mengendahkannya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Aktivis perpaduan asing turut serta dalam pembinaan sekolah di Lembah Jordan

Selasa, 03/05/2011 – Bermula hari Selasa, aktivis perpaduan asing dan warga Palestin bersama-sama membina sebuah sekolah di tenggara Al-Oje Ras dari Tobas di Lembah Jordan.

Warga di daerah tersebut berkata kepada wartawan PIC melalui telefon bahawa lebih dari 70 warga Palestin dan aktivis perpaduan asing meletakkan batu asas sekolah.

Mereka berkata bahawa sekolah itu akan dinamakan sempena memperingati pembunuhan aktivis Itali, Vittorio Arrigone. Ia sebagai lambang bahawa pembunuhan aktivis Itali tidak akan menghalang simpati warga asing dari memberi sokongan mereka terhadap rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Turki beri amaran kepada Zionis supaya jangan ganggu Freedom Flotilla 2

Jumaat, 29/04/2011 – Menteri Perhubungan Luar Turki, Ahmet Davutoglu mengingatkan Zionis agar jangan sekali-kali menggangu Freedom Flotilla 2 yang akan bertolak ke Gaza akhir bulan depan, sambil memberi amaran kepada Zionis untuk tidak mengulang kembali peristiwa Marmara yang telah mencederakan dan membunuh beberapa warga Turki.

Menurut laporan akhbar Yediot Aharonot, kenyataan Menteri Luar Turki tersebut dikeluarkan pada hari Selasa (26 April) lalu kepada akhbar Sydney Morning Herald yang turut berbunyi, “kepungan di Gaza adalah di bawah tanggungjawab Israel, dan selepas perbincangan dengan PBB, ianya jelas menyalahi undang-undang antarabangsa”, sebelum beliau mengingatkan semula peristiwa serangan ke atas kapal Marmara di perairan antarabangsa, yang menyebabkan beberapa kematian.

Pengerusi IHH Turki, Bulent Yildirim, menyatakan bahawa kapal Marmara akan menyertai rombongan flotilla ini yang akan berlayar ke Gaza hujung bulan depan, dan ini menyebabkan pihak pertahanan Zionis meminta Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan United Nations untuk menghalang flotilla kali ini. “Israel” juga merayu kepada Turki agar tidak melepaskan flotilla ini dari pelabuhannya, dan rayuan ini ditolak oleh Menteri Luar Turki dalam kenyataannya pada hari ini seperti, “Turki tidak akan menghalang flotilla ini keluar dari pelabuhannya, dan kami juga akan sentiasa memantau sebarang kemungkinan perkara berbahaya yang mungkin akan berlaku di sepanjang pelayaran ini.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Abbas: Obama Merancang Syarat Rundingan Damai

Jumaat, 29/04/2011 – Presiden de facto Palestin Mahmoud Abbas berkata dalam satu temubual dengan Newsweek pada Isnin berkata syarat yang ditetapkan olehnya dalam rundingan damai yang gagal baru-baru ini telah dicadangkan oleh presiden AS, Barack Obama.

Abbas mengugut untuk keluar dari rundingan damai jika Israel tidak besetuju untuk memberhentikan aktiviti pendudukan di Tebing BArat. Abbas kemudiannya meninggalkan rundingan setelah pembekuan penempatan haram Yahudi ditamatkan ketika rundingan berada di peringkat tertinggi.

“Obama yang mencadangkan pembekuan penempatan haram Yahudi. Saya berkata, ok dan saya terima. Kami berdua memanjat pokok, kemudian dia turun menggunakan tangga, dia alihkan tangga kemudian kata kepada saya ‘lompat’. Tiga kali dia buat begitu,” kata Abbas secara metafora.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

NGO Minta Bantuan Dunia Sokong Hak-hak Tahanan di Israel

Jumaat, 29/04/2011 – Organisasi Mandela untuk Urusan Tahanan di Palestin telah meminta sokongan global berikut keputusan untuk mengemukakan saman terhadap pihak berkuasa penjara Israel atas kurungan lanjutan terhadap tahanan Palestin Ahmed Youssef Ahmed al-Maghrabi.

Maghrabi telah ditahan sejak 27 Mei 2002 dan ditangani 18 hukuman seumur hidup. Dia tidak melihat isterinya walaupun sekali sejak penahanannya. Satu-satunya beliau dibenarkan dilawat oleh anaknya yang lahir ketika dia berada di penjara untuk pertama kalinya dibawa oleh ibunya pada tahun 2005.

Penjara menghalang lawatan oleh anaknya sekarang lapan tahun mendakwa bahawa ia menimbulkan ancaman bagi negara Israel.

Dalam kes berasingan, mahkamah Israel telah menghukum seorang dari Al-Khalil yang menderita gangguan saraf motor di kedua-dua tangan dan kakinya hingga lapan bulan penjara atas tuduhan cuba untuk menikam seorang Israel, lapor Tadhamon organisasi hak asasi manusia.

“Ketika peguam Tadhamon melawat Nouridden Mohammed Ashour, 32 di hospital penjara Ramle untuk menyemak status kesihatannya, tampak jelas bahawa beliau secara fizikal menderita cacat dan kelumpuhan di tangan dan kaki dan tidak boleh memegang walaupun sebatang pen. Jadi bagaimana beliau merancang untuk menikam ?”kata? Peneliti Tadhamon Ahmed al-Beitawi dalam sebuah kenyataan segar.

Beitawi mengatakan hospital penjara Ramle tidak memberikan ubat khas untuk tahanan tersebut dan mengatakan tahanan tersebut menerima perlakuan yang sama yang beliau terima di penjara Ofer sebelum dipindahkan ke hospital.

Sementara itu pada hari Selasa, pihak berkuasa Israel menghantar keluar kumpulan Palestin yang cuba menyeberang sebuah pos pemeriksaan di daerah Tulkarem dalam perjalanan mereka untuk melawat ahli keluarga yang ditahan di penjara-penjara Israel.

Pihak berkuasa menghantar keluar tiga bas penuh dengan keluarga tahanan yang telah pun mendapat kebenaran untuk melawat ahli keluarga mereka di Penjara Megiddo, Shata dan Ramon.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

FM Turki beri amaran Israel jangan ulangi serangan terhadap kapal bantuan

Jumaat, 29/04/2011 – Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu memberi amaran terhadap Israel agar tidak mengulangi kesalahan yang sama dengan kapal bantuan Gaza yang dijadualkan untuk belayar bulan depan, lapor akhbar harian Israel Yediot Ahronot.

Dalam satu wawancara dengan Sydney Morning Herald, Davutoglu menambah itu adalah tanggung jawab Israel untuk tidak melaksanakan sekatan di Gaza. Beliau berkata misi pencari fakta PBB menyatakan bahawa sekatan itu adalah menyalahi undang-undang.

Menteri luar negeri Turki berkata lebih lanjut: “” Semasa kes kapal bantuan tahun lalu, mereka yang maut berada 72 batu dari pantai, jadi ini di perairan antarabangsa. Mediterranean bukan milik mana-mana negara.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz