Categories
Berita Semasa

Ad-Dameer Mengutuk Penangkapan Harian di Kem Pelarian Shu’fat

Rabu , 28/12/2011 – Persatuan Pembelaan Tahanan dan Hak Asasi Manusia Ad-Dameer mengecam tentera Israel yang menculik kanak-kanak dan remaja hampir setiap hari di kem pelarian Shu’fat, di Timur Baitul Maqdis, sambil menambah tentera Israel menculik lebih daripada 21 remaja, termasuk 11 kanak-kanak sepanjang 15 hari yang lepas.

Seorang peguam Ad-Dameer membuat kenyataan bahawa kes penculikan yang dilakukan secara langsung berkaitan permintaan terhadap pembukaan terminal Shu’fat oleh Israel yang membawa kepada pengasingan sejumlah 50,000 rakyat Palestin dari bandar Baitul Maqdis.

Askar yang bertugas di terminal hanya membenarkan mereka yang membawa kad ID Baitul Maqdis sahaja, atau permit khas untuk melepasi, oleh itu ramai belia yang tinggal di sana, dan tidak diberikan permit, dan kerap ditangkap.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Israel akan membina 1,000 buah unit lagi di Tebing Barat, Penempatan Jerusalem.

Rabu , 28/12/2011 – Kerajaan Israel pada hari Ahad telah memutuskan untuk membina 1,000 unit tambahan di beberapa penempatan Yahudi di kawasan Tebing Barat yang telah diduduki, termasuklah yang telah diperluaskan secara haram di Timur Jerusalem.

Yedioth Aharonoth Israel telah melaporkan bahawa Kementerian Perumahan Israel dan badan yang digelar “Penguatkuasa Tanah Israel” telah memutuskan untuk membina unit-unit baru di tiga kawasan penempatan, terletak di Timur Jerusalem dan di Tebing Barat.

Kelulusan tersebut merupakan sebahagian daripada perancangan yang lebih besar yang mensasarkan pembinaan 6,000 unit di 44 kawasan penempatan di bahagian-bahagian berlainan di Tebing Barat, termasuklah di Jerusalem.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar

Categories
Berita Semasa

Penceroboh Membakar Masjid di Ramallah

Rabu , 28/12/2011 – Segerombolan penceroboh fanatik Israel membakar, pada hari Khamis waktu Subuh, sebuah masjid di Kampung Borqa, timur bandar Tebing Barat tengah Ramallah, dan menulis grafiti berbau perkauman di atas dinding tersebut. Kejadian tersebut disifatkan yang terbaru bagi siri serangan terhadap masjid-masjid rakyat Palestin dan harta mereka.

Menurut keterangan saksi, penceroboh membakar tingkat pertama dan kedua masjid, selepas menulis grafiti yang menghina orang-orang Arab, Palestin dan Islam.

Seorang penduduk Kampung Borqa memberitahu Laman Web Arabs48 bahawa segerombolan penceroboh yang fanatik dan bersenjata menyerang kampung tersebut pada waktu Subuh, dan membajar masjid, mengakibatkan kemusnahan yang teruk.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Para Tawanan Diseksa Sebelum Dibebaskan

Khamis , 22/12/2011 – Sejumlah tawanan Palestin yang dibebaskan dari penjara Zionis Israel pada tahap kedua kesepakatan pertukaran, menegaskan bahawa Israel menghukum mereka beberapa hari sebelum dibebaskan, iaitu dengan meninggalkan mereka di lapangan terbuka dalam keadaan sangat sejuk selama 5 hari tanpa diberi selimut.

Para tawanan tersebut menjelaskan bahawa pihak penjara Zionis Israel di waktu terakhir menjelang pembebasan mereka, melakukan tindakan pelecehan terhadap mereka dan tidak memberikan keperluan asasi sebelum dibebaskan. “Mereka dikumpulkan di dua penjara yang terpisah dan ditinggalkan kesejukan musim dingin selama 5 hari,” menurut para tawanan.

Para tawanan menyatakan mereka menyatakan perasaan yang bercampur baur ketika pembebasannya. Ini kerana mereka meninggalkan para tawanan yang masih dihukum penjara terlalu lama, ada yang sakit, ada yang masih anak-anak dan juga wanita. Disebutkan bahawa meskipun pihak otoriti penjajah Zionis Israel menunda waktu pembebasan mereka hingga malam, namun ribuan warga telah keluar sejak pagi hari untuk menyambut pembebasan para tawanan di kota-kota Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Para pendatang menyerang masjid di al-Khalil dan meninggalkan graffiti perkauman

Khamis , 22/12/2011 – Para pendatang Yahudi menconteng pintu masuk Masjid Sahaba, di Kampung Bani Naim di timur al-Khalil, dengan contengan perkauman yang menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W.

Imam Masjid Jihad Manasrah berkata pendatang Yahudi menulis pada tembok masjid kata-kata menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W serta ancaman terhadap rakyat Palestin.

Manasrah berkata serangan tersebut berlaku pada waktu malam dan disedari ketika para Muslim tiba di masjid untuk menunaikan solat Subuh. Tulisan pada dinding itu ditandatangani oleh “Organisasi Pemuda Yitzhar”. Yitzhar ialah penempatan berdekatan kampung. Para penyerang itu memberi amaran tentang serangan akan datang yang merupakan sebahagian kempen yang mereka namakan “tanda harga”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Zionis tahan 21 penduduk Quds, separuh darinya kanak-kanak

Khamis , 22/12/2011 – Pertubuhan Ad-Dhomir yang memeprjuangkan tahanan Palestin menyebut bahawa Zionis telah menahan lebih dari 20 penduduk Al-Quds semenjak pembukaan laluan Ketenteraan Baru Sha’fat, dari utara Bandar Al-Quds seminggu lalu.

Pertubuhan itu menjelaskan dalam sidang media hari Isnin (19 Disember), tindakan Zionis menahan penduduk semakin menjadi-jadi terutamanya selepas laluan baru tersebut dibuka yang menghubungkan di antara Kem Sha’fat dengan bandaraya disekitar Al-Quds, dan menyatakan bilangan terkini penangkapan adalah seramai 21 orang penduduk Palestin, termasuk 11 kanak-kanak, di kawasan laluan tersebut.

Ad-Dhomir memberitahu bahawa mereka menyaksikan di sepanjang minggu ini, peningkatan mendadak kekejaman Zionis terhadap kanak-kanak dan pemuda dari kawasan Kem Sha’fat. Zionis bertindak membelasah mereka dan menahan yang lain dengan tuduhan bahawa kanak-kanak tersebut menggangu mereka dengan batu dan menyerang seorang polis Zionis, serta penglibatan mereka di dalam demosntrasi serta tunjuk perasaan protes.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Tentera Zionis (IOF) Tangkap 21 Penduduk Jerusalem

Khamis , 22/12/2011 – Institut Dhameer bagi tahanan Palestin berkata bahawa IOF menahan lebih daripada dua puluhpenduduk Palestin Jerusalem sejak pembukaan pos tentera Sha’fat ke utara Jerusalem yang dijajah, minggu yang lalu.

Institut itu berkata, dalam satu kenyataan pada hari Isnin, bahawakadar tangkapan telah nyata meningkat sejak pembukaanpersimpangan baru yang memisahkan kem pelarian Sha’fat dankawasan-kawasan perumahan di sekitarnya dari kota Jerusalem.Organisasi itu berkata bahawa 21 rakyat Palestin telah ditangkap, 11daripada mereka adalah kanak-kanak.

Mereka menambah bahawa minggu lepas menyaksikan peningkatanyang ketara dalam serangan IOF terhadap kanak-kanak dan remajakem pelarian Sha’fat. Beberapa belia mereka telah dipukul olehtentera IOF dan ditangkap atas alasan bahawa mereka mengambil bahagian dalam demonstrasi dan membaling batu ke arah askarpenjajah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Pekerja Palestin mati semasa serbuan polis Israel

Khamis , 22/12/2011 – Seorang pekerja Palestin meninggal dunia Ahad lalu semasa polis mengejar beberapa pekerja bandar Tamra di Palestin yang diduduki pada tahun 1948, menurut sumber tempatan.

Mereka berkata Nazir Bani Odeh, 30 sedang bekerja di bengkel pembinaan apabila polis Israel menyerbu tempat tersebut dan kesemua pekerja Arab melarikan diri.

Pihak polis Israel telah menghalau para pekerja di mana Bani Odeh yang berasal dari kampung Tamon, daerah Tobas rebah dan meninggal dunia akibat serangan jantung.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Satu Pertemuan Diadakan Diantara Meshaal Dan Abbas Sebelum Mesyuarat Pemegang Amanah.

Khamis , 22/12/2011 – Menjangkakan pengeksport utama Palestin terlibat di dalam pendamaian mesyuarat kebangsaan di Kaherah,Mesir untuk bertemu dengan Presiden Biro Politik Perlawanan Islam Hamas dan Fattah ,Presiden Mahmoud Abbas pada hari Rabu (21-12-2011) dalam penyelarasan kedua-dua kumpulan.

Sumber tambahan yang tidak dinyatakan namanya memberitahu Pusat Maklumat Palestin pertemuan ini akan membawa Meshaal dan Abbas untuk menyelaraskan kedudukan menjelang mesyuarat itu,dan yang akan memasuki mesyuarat ini termasuklah Setiausaha Agung pada hari Khamis ini.

Pada masa akan datang,delegasi Palestin yang akan mengambil bahagian dalam mesyuarat itu pada hari Selasa (20-12-2011) untuk membincangkan pendamaian dan tentang hal lain yang dipersetujui oleh Hamas dan Fattah yang akan ditaja oleh Mesir.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Dua Keluarga Palestin Dibenar Oleh Mahkamah Israel Kekalkan Kediaman Mereka Di Silwan

Khamis , 22/12/2011 – Hanya seminggu selepas dua kediaman milik warga Palestin dimusnahkan oleh tentera Israel di kejiranan Silwan dekat Timur Baitulmaqdis yang mengakibatkan 15 orang kehilangan tempat tinggal, kini, dua keluarga di kejiranan Silwan menerima penangguhan keatas amaran bagi merobohkan kediaman mereka.

Berpuluh-puluh lagi kediaman telah dirobohkan oleh pihak berkuasa juga sebahagiannya oleh rakyat Israel, tahun lepas, bagi mencari jalan merancang pembangunan taman pelancongan alkitabiah oleh kerajaan Israel sebagai salah satu rancangan pembangunan ‘E1 Jurusalem’.

Makhkamah telah memutuskan bahawa kes ini adalah dua kes yang berbeza, tetapi ia berkaitan. Hakim-hakim di Jurusalem memerintahkan bahawa kumpulan yang berkait dengan kumpulan penduduk Israel Elad memfailkan tindakan undang-undang bagi menuntut pengusiran dua keluarga Palestin bagi membolehkan penduduk Yahudi berpindah ke kediaman tersebut.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

Di bawah Fasa Kedua Perjanjian Pertukaran , Israel Membebaskan 550 Tahanan.

Khamis , 22/12/2011 – Israel membebaskan 550 tahanan pada Ahad, termasuk dua dari Jordan dan enam orang tahanan wanita Palestin, sebagai sebahagian daripada bahagian kedua dan fasa terakhir pertukaran banduan berurusan pasca pembebasan tentera Israel Gilad Shalit.

Fasa kedua juga termasuk pembebasan dua orang-orang tahanan Jordan , dan enam orang-orang tahanan wanita Palestin. Dua orang-orang tahanan wanita Jordan telah dihantar ke Amman melalui Al Karama Bridge

Pada 18 Oktober, Israel telah membebaskan 477 orang tahanan, dinamakan sebagai “penentangan”, ketika menangkap askar Israel, Gilad Shalit, telah diberi oleh “penentangan” ke Mesir, sebelum dia telah diiringi oleh pegawai-pegawai Israel balik ke rumahnya.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : nasir bravo

Categories
Berita Semasa

Barak Gelar Perusuh” Pengganas Yahudi” Selepas Pertempuran Dengan Penduduk Berhaluan Kanan di Baitulmaqdis.

Khamis , 22/12/2011 – Remaja Israel yang berhaluan kanan terus menyerang harta-benda dan tempat suci Yahudi untuk tiga hari berturut-turut. Sementara itu, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak memberitahu Radio Tentera bahawa beliau menyifatkan serangan tersebut adalah perbuatan ” pengganas Yahudi”.

Dalam pertempuran tersebut, polis Israel cuba menahan beberapa remaja Israel berhaluan kanan di Baitulmaqdis bagi menjalankan siasatan berhubung kejadian kebakaran masjid, malam semalam. Remaja-remaja tersebut membalas dengan memecahkan tayar dan merosakkan kereta polis.

Menurut orang awam, polis tiba di kediaman yang didiami oleh penduduk Israel berhaluan kanan yang telah diusir dari penempatan Yitzhar kerana mencetuskan rusuhan ganas disana. Sejurus selepas polis tiba, puluhan penduduk berhaluan kanan berkumpul disekeliling kejiranan tersebut bagi menghalang polis memasuki kediaman mereka dan mula merusuh.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

Penduduk Tempatan Cedera Parah Hasil Tembakan Tentera di Gaza

Khamis , 22/12/2011 – Sumber Perubatan Palestin di Semenanjung Gaza melaporkan bahawa salah seorang penduduk tempatan cedera parah pada pagi hari Rabu, selepas tentera Israel melepaskan tembakan kepadanya di timur bandar Gaza.

Sumber-sumber menyatakan bahawa penduduk tersebut, berusia lingkungan dua puluhan, ditembak di paha, dan telah dipindahkan ke hospital berhampiran untuk rawatan.

Pada hari Selasa, dua rakyat Palestin, termasuk seorang kanak-kanak, cedera selepas tentera Israel menyerang di kawasan kem pelarian Al-Boreij, di tengah Gaza.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas

Categories
Berita Semasa

Pengamal Undang-undang di Culik Tentera Israel di Ramallah

Khamis , 22/12/2011 – Rabu, pada waktu subuh, tentera Israel telah menculik seorang pengamal undang-undang Palestin dikenali sebagai Ayman Daraghma dari Ramallah. Daraghma adalah ahli Persatuan Perubahan Hamas dan Parti Reformasi iaitu Parti yang terbesar dalam Majlis Perundangan Palestin.

Kira-kira jam dua pagi, hari Rabu, tentera tersebut telah memecah masuk kedalam rumah Dataghma yang terletak di kejiranan Al Masayef di Ramallah. Mereka menggeledah perkakasan dan menahan pengamal undang-undang tersebut selepas memberitahu tentang waran bagi penahannya.

Isteri Daraghma berkata, suaminya meringkuk dalam penjara Israel lebih dari dia puluh bulan sebelum beliau dibebaskan hampir setahun lalu.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : solomon

Categories
Berita Semasa

PHCR Mengutuk Pencegahan Perwakilan Perubatan Meninggalkan Gaza

Khamis , 22/12/2011 – PHCR mengutuk tindakan menghalang Perwakilan Perubatan meneruskan perjalanan melalui Lintasan Beit Hanoun (Erez) oleh Kementerian Kesihatan Gaza.

Pusat Hak Asasi Manusia Palestin mengutuk pencegahan yang dilakukan terhadap rombongan perubatan daripada meneruskan perjalanan melalui Lintasan Beit Hanoun (Erez) oleh Kementerian Kesihatan Gaza. Rombongan tersebut mengambil bahagian dalam persidangan perubatan di Jerusalem.

Menurut siasatan yang dijalankan oleh PHCR, pada kira-kira 13:00 hari Rabu, 07 Disember 2011, Dr Bassam al=Badri, Pengarah Jabatan Rawatan Luar Negeri, menerima panggilan telefon dari Pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Gaza, diberitahu bahawa beliau dan 4 orang ahli Jawatankuasa Tinggi Perubatan bagi Unit Rawatan Luar, yang dicalonkan oleh Kementerian Kesihatan, telah diharamkan daripada meneruskan perjalanan ke Jerusalem untuk mengambil bahagian dalam persidangan perubatan yang akan diadakan pada 08 dan 09 Disember 2011.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas