Categories
Berita Semasa

Mesir tolak permintaan Amerika untuk bebaskan perisik Zionis Israel

Khamis, 07/07/2011 –Tentera Mesir menolak permintaan Amerika untuk membebaskan salah seorang perisik Zionis-Israel yang kini berada dalam tahanan. Ilan Gavriel ditahan oleh tentera Mesir ketika berlakunya revolusi rakyat Mesir. Illan didakwa menimbulkan suasana tegang, menghasut dan melakukan provokasi terhadap rakyat mesir. Setakat ini, pihak tertinggi tentera Mesir masih belum respon terhadap permintaan itu.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Persediaan dibuat untuk menerima para syuhada dari Perkuburan Nombor Israel

Khamis, 07/07/2011 – Palestin bersedia sepenuhnya untuk menerima 84 orang para syuhada yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Nombor Israel yang dirahsiakan, menurut pengumumam kempen kebangsaan untuk mengambil mayat syahid.

Rundingan dengan Israel telah membawa kepada perjanjian awal mengeluarkan 84 daripada 334 rakyat Palestin yang ditanam di empat kawasan perkuburan rahsia yang dikenali sebagai Perkuburan Nombor, kata penyelaras kempen, Salim Khulla kepada Pusat Maklumat Palestin.

Persediaan termasuk majlis kebangsaan dan pembentukan lembaga perubatan yang akan memeriksa tubuh dan memastikan identiti jenazah sebelum menyerahkan kepada keluarga terbabit.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Mishaal bincang isu perpaduan dengan Menteri Luar Mesir

Khamis, 07/07/2011 – Menteri Luar Mesir, Mohammed al-Orabi telah berkomunikasi dengan Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Mishaal berhubung perkembangan terbaru Palestin.

Jurucakap Kementerian Luar Mesir, Minha Bakhum memaklumkan bahawa Mishaal telah menghubungi Orabi melalui telefon untuk mengucapkan tahniah di atas perlantikan terbarunya serta berterima kasih kepada Kaherah kerana memainkan peranan penting ke arah perpaduan dalaman Palestin.

Mishaal memaklumkan secara ringkas kepada Orabi tentang penubuhan kerajaan campuran Palestin dan memberitahu bahawa beliau akan melawat Kaherah tidak lama lagi untuk membincangkan lebih lanjut tentang isu perpaduan dalam Palestin dengan Orabi, kata Bakhum.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Ratusan aktivis asing menyokong rakyat Palestin di wilayah yang dirampas

Selasa, 05/07/2011 – Beratus-ratus aktivis dari Amerika Syarikat dan Eropah dijadualkan tiba di wilayah yang diduduki Palestin pada hari Jumaat untuk menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin dan mengutuk dasar-dasar Israel yang dikenakan ke atas mereka.

Sebanyak 650 orang menjadi aktivis pro-Palestin adalah berikutan aktiviti kesedaran yang meliputi isu-isu berkaitan tembok pemisah dan pembersihan etnik. Pada 8 July ini di lapangan terbang LOD. Dalam aktivii ini juga juga mereka akan membongkar perbuatan kejam Israel terhadap aktivis pro-Palestin antarabangsa, termasuk pengusiran dan sekatan perjalanan ke wilayah-wilayah.

Lawatan itu telah dipanggil oleh 40 organisasi Palestin, Jawatankuasa Penentangan Popular dan puak buruh negara.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi melanggar seorang wanita Palestin di Nablus

Selasa, 05/07/2011 – Seorang pendatang Yahudi melanggar seorang wanita Palestin dengan kenderaannya berdekatan Hawara, tenggara kota Nablus di utara Tebing Barat, lapor penduduk tempatan.

Wanita itu mengalami kecederaan dan patah anggota serta ditinggalkan di dalam keadaan kesihatan yang tidak memuaskan, sumber tersebut menambah. Wanita di dalam lingkungan 40an itu dilanggar di jalan utama Hawara. Pemandu tersebut cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan penduduk kampung.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Barak Nyatakan Kebimbangan Terhadap Konvoi Udara ke Gaza

Selasa, 05/07/2011 – Menteri Pertahanan Zionis, Ehud Barak menegaskan tentang pentingnya melanjutkan usaha untuk bersedia menghadapi konvoi kebebasan Freedom Flotilla2 ke Semenanjung Gaza.

Menggunkan ruang udara ke Gaza adalah prioriti utama yang harus difikirkan. Sebagaimana dikhawatirkan menteri perhubungan Zionis Sabtu lepas (2/7).

Dalam sidang khas kabinet Netanyahu, Ahad (3/7) Barak mengatakan, Israel kini sedang bersedia menghadapai kemungkinan pihak sukarelawan menggunakan ruang udara untuk pengiriman bantuan ke Gaza. Ketika ini tidak ada cara lain bagi Israel untuk mempertahankan dirinya selain menghindari semua konvoi ke Gaza termasuk melalui ruang udara.

Menteri Zionis kembali menegaskan kepentingan mempersiapkan kemungkinan terlepasnya Freedom Flotilla2 melalui jalan laut, walau pelbagai usaha penghadangan dilakukan. Beliau juga mengungkapkan kekhawatirannya terhadap tindakan terbaru para relawan Gaza yang berusaha menggunakan jalan udara sebagai alternatif lain untuk memberikan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Mishaal: Baitulmaqdis sedang berdepan salah satu fasa paling mencabar

Selasa, 05/07/2011 – Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Mishaal menekankan betapa pentingnya tumpuan diberikan ke atas Baitulmaqdis kerana kota itu sedang berdepan dengan salah satu fasa paling mencabar berikutan polisi meYahudikan kota itu serta melenyapkan identiti Arab-Muslim yang terus dilakukan oleh rejim Zionis.

“Perbuatan itu diburukkan lagi dengan sikap berat sebelah pegawai antarabangsa terhadap polisi Zionis dan amalan pengYahudian,” kata Mishaal. Mishaal berkata demikian melalui tayangan video dalam satu persidangan yang diadakan di Jakarta, Indonesia yang bermula pada Rabu lepas demi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin. Semasa sidang video tersebut, Mishaal turut menyeru sokongan bersepadu ke atas rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Penyair Amerika: Israel Negara Teroris Terbesar di Dunia

Selasa, 05/07/2011 – Seorang penyair Amerika, Alice Walker menganggap entiti Zionis sebagai negara teroris terbesar di dunia. Alice yang menyertai Freedom Flotilla2 merasa sedih, kerana Amerika telah menyumbangkan dana yang begitu besar kepada Israel untuk melakukan kehancuran di muka bumi ini.

Seorang penyair dan penulis pemenang Hadiah Pulitzer Prize For Fiction Amerika ini mengungkapkan dalam satu wawancaranya dengan majalah “Polisi Luar” yang terbit Rabu (29/6) menyatakan bahawa beliau pernah tinggal di Gaza pada tahun 2009. Beliau tinggal di antara puing-puing sekolah yang hancur akibat roket Israel. Beliau sangat sedih kerana negaranya telah membiayai kehancuran terhadap Palestin dengan menggunakan sumber cukai yang dipungut dari rakyatnya yang kemudian dijadikan senjata pemusnah oleh Zionis untuk menghancurkan Palestin.

Ketika ditanya tentang latar belakang penyertaannya dalam Freedom Flotilla2. Beliau mengatakan dia telah berada di Gaza pasca perang namun hanya sebentar. Beliau menyaksikan kehancuran dimana-mana yang sebelumnya dia tidak percaya. Sekarang beliau faham apa yang terjadi dan bagaimana sistem ekonomi dan kesihatan yang hancur teruk.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Banduan pesakit kanser mengisytiharkan semula mogok lapar selepas ditipu

Selasa, 05/07/2011 – Atef Wureidat, seorang rakyat Palestin yang menderita kanser di bawah tahanan Israel, telah mengumumkan beliau akan sekali lagi meneruskan mogok lapar selepas ditipu oleh pentadbiran penjara Israel, lapor Persatuan Banduan Palestin pada hari Rabu.

“Banduan yang menderita kanser itu, Atef Wureidat mengumumkan mogok lapar sekali lagi pada hari Rabu selepas pentadbiran penjara menafikan permintaan beliau yang mereka berjanji untuk memenuhi permintaannya jika dia melakukan mogok lapar dan mengambil ubat itu,” kata PPS, yang beroperasi di Al-Khalil di selatan Tebing Barat.

“Pentadbiran penjara menipunya dan tidak memenuhi janji-janji selepas dia melakukan mogok selama 18 hari dalam pertukaran untuk berpindah dari penjara Ashkelon ke penjara lain,” kata PPS berkata, sambil menambah bahawa tahanan Maysara Abu Hamdiyya dan Yousef al-Sukafi turut serta mogok serta menyokong Wureidat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Sukarelawan: Tentera Zionis bantu masyarakat dunia memahami penderitaan Gaza

Selasa, 05/07/2011 – Beberapa sukarelawan Flotilla 2 telah menyatakan bahawa tindakan zalim dan ketenteraan Zionis ke atas konvoi memberi impak positif. Secara tidak langsung, masyarakat dunia jelas memahami penderitaan dan kezaliman yang dialami oleh rakyat di Gaza. Ini kerana tindakan zalim Zionis terhadap konvoi telah dikeluarkan dalam media massa antarabangsa. Seorang aktivis dari Ireland, Hinad Maclokhlin, menyatakan tindakan ZIonis telah di pancarkan dalam media antarabangsa dan menjadi bukti jelas kezaliman Zionis.

Para aktivis turut berterima kasih dengan tindakan Zionis ini kerana memberi liputan secara meluas terhadap kezaliman Zionis-Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Konvoi Miles of Smiles menyampaikan ubat penting, ambulans ke Gaza

Selasa, 05/07/2011 – Aktivis perpaduan mengiringi konvoi kemanusiaan Miles of Smiles III dihantar ke Gaza untuk menyampaikan susu bayi dan ubat-ubatan yang sangat diperlukan kepada Kementerian Kesihatan di Gaza sebagai tambahan kepada 15 kereta ambulans yang direka khas untuk orang kurang upaya.

Ketua konvoi Issam Yousef berkata kepada sidang akhbar di gudang kesihatan di bandar Gaza pada hari Isnin bahawa 70 bayi Palestin yang baru lahir di Gaza hampir mati selepas susu bayi formula khas kehabisan stok.

Beliau berkata konvoi yang membawa 4000 susu tin bayi yang dapat memenuhi keperluan seluruh Semenanjung terhadap perkara ini bagi tahun keseluruhannya. “Kami juga telah membawa sepuluh jenis ubat, yang akan menyumbang untuk menyelamatkan banyak nyawa,” jelas beliau.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Knesset untuk undian terhadap undang-undang yang memaksa rakyat Palestin menampung kos pemusnahan

Selasa, 05/07/2011 – Undang-undang Perlembagaan Knesset Israel dan Jawatankuasa Keadilan telah meluluskan draf undang-undang memaksa rakyat Palestin untuk menampung kos pemusnahan rumah yang dikeluarkan terhadap mereka tanpa menggunakan mahkamah.

Radio Israel melaporkan bahawa jawatankuasa itu tidak bersetuju untuk memberi kuasa kepada panglima serantau Tebing Barat untuk memohon undang-undang yang ada untuk membangkang kerajaan.

Draf ini akan dibawa ke Knesset untuk bacaan kali kedua dan ketiga.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Penasihat Netanyahu di Kaherah untuk rundingan Shalit, Grapel

Selasa, 05/07/2011 – Penasihat utama Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Yitzhak Molkho tiba di Kaherah tengah hari Rabu untuk membincangkan isu penangkapan askar Israel di Gaza, Gilad Shalit dan penangkapan ejen Mossad baru-baru ini di Kaherah, Ilan Grapel.

Media Hebrew melaporkan bahawa Molkho tiba dengan kapal jet peribadi dan akan berbincang dengan pegawai-pegawai Mesir berhubung dengan proses damai, eksport gas kepada Israel serta isu Shalit, dan Grapel tanpa memberi maklumat lebih lanjut.

Shalit telah ditahan oleh puak pejuang Palestin di Gaza sejak Jun 2006. Mereka menuntut pembebasan ratusan tawanan Palestin, yang terdiri dari wanita, sakit, kanak-kanak, serta tawanan, sebagai balasan agar beliau dibebaskan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

IOF merampas ratusan ekar tanah di Ramallah

Selasa, 05/07/2011 – Pendudukan tentera Israel (IOF) merampas ratusan dunums(ekar) tanah Palestin di sekeliling kampung Mazra’a Gharbiya dan Janiya ke barat bandar Ramallah, kata warga kepada PIC pada hari Selasa.

Dengan menunjukkan PIC dengan peta yang disiarkan, mereka berkata bahawa tentera IOF dan peneroka menyerbu tanah yang dirampas pada hari Isnin dan telah memasang penanda di atasnya, sambil menambah bahawa peneroka telah menyediakan peta dan jurutera bersama dengan peralatan yang diperlukan untuk menggariskan tanah.

Mereka berkata bahawa IOF telah memberitahu Palang Merah, yang diwakilkan oleh mereka untuk menyiasat mengenai isu ini, bahawa tanah yang kaya dengan pokok zaitun itu, telah dirampas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Malaysia hantar rayuan kepada Setiausaha Agung PBB supaya menyokong Flotilla Kebebasan II

Khamis, 30/06/2011 – Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak telah menghantar rayuan kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon supaya menyokong Flotilla Kebebasan II (FF II) yang membawa barang-barang bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Beliau membuat kenyataan yang disiarkan oleh media di Malaysia pada hari Isnin lepas, bahawa armada tersebut hanya bertujuan untuk menghantar bantuan kemanusiaan demi meringankan penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin.

Beliau juga mencadangkan supaya PBB menghantar wakil-wakilnya untuk memeriksa kapal-kapal dan para sukarelawan yang terlibat, bagi menjadi saksi kepada masyarakat dunia dan khususnya rejim Zionis bahawa armada tersebut hanya membawa barang-barang bantuan kemanusiaan. Katanya lagi, aktivis-aktivis Malaysia yang bersama-sama dengan beratus-ratus lagi sukarelawan antarabangsa dari pelbagai Negara akan turut berada di dalam armada tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa