
Rabu, 01/04/2009 – Tentera penjajah Zionis Israel semalam, Selasa (31/3) membebaskan Dr. Mahmoud Romhi, Ketua Dewan Legislatif Palestin yang juga salah seorang pemimpin Hamas setelah lebih dari dua setengah tahun meringkuk di penjara Israel.

Rabu, 01/04/2009 – Tentera penjajah Zionis Israel semalam, Selasa (31/3) membebaskan Dr. Mahmoud Romhi, Ketua Dewan Legislatif Palestin yang juga salah seorang pemimpin Hamas setelah lebih dari dua setengah tahun meringkuk di penjara Israel.
Rabu, 01/04/2009 – Ketika membuat komentar terhadap kenyataan Perdana Menteri Zionis yang baru, Mushir al-Misri, seorang pimpinan HAMAS berkata, “kami tetap berpegang teguh dengan opsyen dan prinsip kami. Kami tidak akan sekali-kali tunduk.” Sambil menegaskan bahawa pendekatan mengugut tidak akan berjaya ketika berhadapan dengan rakyat Palestin dan pimpinan mereka yang dipilih dengan majoriti besar.

Selasa, 31/03/2009 – Presiden Syria, Basyar al-Asad menegaskan perdamaian dengan Zionis-Israel tidak akan berhasil tanpa disertai dengan tekanan kumpulan pejuan. Ini menunjukkan sokongan terhadap para pejuang. Asad bercakap ketika menghadiri KTT Arab di Doha. Sehingga kini, tidak ada lagi rancangan perdamaian yang berjaya kerana terdapat banyak perkara-perkara asas perdamaian tidak dipenuhi.

Selasa, 31/03/2009 – Gerakan HAMAS di Gaza, yang mana kerajaan yang dipilih rakyat Palestin bersetuju membebaskan 38 tawanan sekutu mereka, parti Fatah. Tindakan tersebut diambil apabila meneliti ia adalah baik untuk menjayakan pembentukan kesatuan dalam kerajaaan.

Selasa, 31/03/2009 – Forum Kebangsaan yang dihadiri oleh anggota parlimen Islam dengan tegas mengecam Israel kerana menculik para penggubal undang-undang juga sebagai rakyat Palestin, mereka juga menggesa Israel membebaskan semua MP dan para menteri daripada penjara Israel tanpa syarat.


Aman Palestin sekali lagi telah menyerahkan RM150,000.00 bersamaan £30,000.00 kepada wakil Gaza yang datang ke Malaysia setelah mendapat jemputan khas dari Aman Palestin. Wakil tersebut yang diketuai oleh Ummu Mohd (isteri kepada as Syahid Dr. Rantisi) sedikit sebanyak telah menyuburkan serta menyemarakkan lagi isu Palestin terutamanya Gaza di hati umat Islam di Malaysia.

Isnin, 30/03/2009 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya menuntut para pemimpin Arab agar membawa para penjenayah perang zionis ke mahkamah terhadap jenayah yang mereka lakukan di Gaza. Beliau turut menuntut agar hubungan diputuskan dengan regim zionis dan melaksanakan semua resolusi sidang kemuncak Arab agar sekatan terhadap semenanjung Gaza dibatalkan.

Jumaat, 27/03/2009 – Dr Mahmoud al-Zahhar, seorang pimpinan HAMAS dan ahli parlimen Palestin menegaskan matlamat utama yang ingin dicapai oleh HAMAS dalam perbincangan yang sedang berlangsung di Kaherah ialah menghalang daripada berulangnya pengalaman lalu apabila beberapa kumpulan Palestin tidak memberikan komitmen terhadap keputusan perbincangan tersebut. Beliau juga menegaskan bahawa HAMAS sekarang lebih kuat selepas serangan terhadap Gaza baru-baru ini.

oleh Maszlee Malek
Usai perjumpaan dengan ahli-ahli parlimen EU dan juga pegawai-pegawai dari EU commission di pejabat EU di Brussels, saya dan ahli kumpulan pelobi isu Palestin dari Durham mula mencari ruang untuk merehatkan minda. Tidak mudah untuk melakukan usaha lobi, lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan pihak-pihak yang terlibat secara langsung di dalam isu berkenaan. Lebih sulit lagi apabila ianya melibatkan pihak yang sinis terhadap perjuangan Palestin.

Jumaat, 27/03/2009 – Ramattan News Agency melaporkan Khamis lalu bahawa pihak berkuasa Israel telah memindahkan tujuh pemimpin Hamas yang diculik baru-baru ini, ke tahanan pentadbiran selama enam bulan tanpa sebarang perbicaraan. Keputusan diambil selepas satu permintaan dibuat oleh pendakwa raya Israel di Mahkamah Penjara Ofer.

Jumaat, 27/03/2009 – PM Palestin Ismail Haniyah menegaskan menolak konspirasi untuk menempatkan rakyat Palestin di luar tanah Palestin. Haniyah turut menyatakan komitmennya untuk mengembalikan mereka yang berada di kem-kem pelarian dan mendirikan negara Palestin yang bebas dan berpusat di al-Quds. Hal tersebut dinyatakan semasa penganugerahan Jordan kepada Haniyah.

Jumaat, 27/03/2009 – Agensi berita Quds menyiarkan berita semalam (Rabu) berkenaan dengan Delegasi Keamanan Tertinggi Mesir yang tiba di Israel dalam usaha mengadakan rundingan untuk mengurangkan secara tidak langsung perselisihan antara Hamas dan Israel dalam usaha penukaran tawanan.

Khamis, 26/03/2009 – Ismail Haneyya, ketua kerajaan Palestin menegaskan penolakannya terhadap konspirasi ‘tanahair alternatif’. Beliau juga menegaskan kerajaannya berpegang teguh dengan hak untuk kembali dan menegakkan negara Palestin yang beribunegarakan bandar Baitul Maqdis.

Khamis, 26/03/2009 – Stesen TV independen Lubnan menyiarkan berita yang sumbernya sahih melaporkan bahawa Mohamad Dahlan telah masuk ke Beirut 2 hari sebelum terbunuhnya delegasi PLO, Kamal Mihdat. Stesen TV turut melaporkan bahawa Dahlan ke Beirut dengan menggunakan visa Mesir dan menginap di bahagian timur Beirut. Ini menimbulkan tanda tanya kepada masyarakat umum khususnya rakyat Palestin kemungkinan ada berlaku konspirasi.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif

Mula jam 8:30 malam