Categories
Berita Semasa

Ulama Palestin menghukum kafir ke atas mereka yang bersekongkol dengan pihak musuh

Isnin, 31/05/2010 – Kesatuan Ulama Palestin menegaskan bahawa, apa juga usaha samaada dengan cara melakukan perisikan atau kerjasama atau menzahirkan penentangan terhadap kaum muslimin adalah merupakan isu besar dalam syariat Islam dan merupakan gambaran kepada mereka yang menjadikan kuffar sebagai wali. Perbuatan tersebut boleh menyebabkan status keimanan pelakunya berubah ke daerah kekufuran secara terang-terangan, di samping menegaskan, sesiapa yang mati dalam keadaan melakukan perbuatan tersebut, dia mati dalam keadaan kafir, dia tidak dimandikan, dan tidak dikafankan, tidak dilakukan solat keatasnya dan tidak ditanam di tanah perkuburan Islam.

Kesatuan Ulama Palestin menyenaraikan dalam satu kenyataan bertulis, dimana “Pusat Maklumat Palestin” turut menerima satu salinan pada hari Rabu (26-5), beberapa nas dari ayat-ayat al-Quran dan Hadith-hadith Nabi s.a.w yang menunjukkan pendapat ahli fuqaha dalam tajuk pengintipan dan perisikan keatas kaum muslimin, yang dilakukan atas kemaslahatan pihak musuh.

Kesatuan Ulama Palestin menegaskan lagi bahawa “wajib memerangi mereka yang bekerja dan berpakat dengan pihak musuh, untuk membersihkan saf kaum muslimin dan melindungi masyarakat Islam dari segala kejahatan dan pengkhianatan”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :   arif

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Menahan 3 Rakyat Palestin di Hebron

Isnin, 31/05/2010 – Tentera Rejim Zionis telah menahan 3 rakyat Palestin di Bait Omar dan bandar Nuba di Hebron.

Berdasarkan sumber keselamatan, Tentera Rejim Zionis  telah menahan Bilal Shrof, 25, dari bandar Ezna, Ibrahem Mokbvel, 17, dan Ameen Bhar, 19, dari bandar Bait Omar. Mereka juga telah menyerbu dan menyelongkar rumah – rumah milik Hassan Al-Shrof dan Abed Al-Hafez Al-Shrouf di bandar Nuba.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  bob

Categories
Berita Semasa

Gaza adakan raptai sambut konvoi keamanan

Isnin, 31/05/2010 – Pihak berkuasa di Gaza telah mengadakan raptai di pelabuhan Gaza bagi bersiap sedia menyambut ketibaan Konvoi Keamanan yang dijadualkan tiba tidak lama lagi. Polis dan tentera turut terlibat dalam latihan ini.

Tujuan latihan ini ada persiapan menyambut konvoi keamanan dengan lebih tersusun dan memberi jaminan keselamatan. Mereka turut menyediakan tempat tinggal bagi sukarelawan. Program-program untuk sukarelawan turut disusun.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Laluan Konvoi LL4G ke Gaza.

Categories
Berita Semasa

Alhamdulillah, Kami Akhirnya Berlayar Ke Gaza

Jumaat, 28/05/2010 – Selepas tertangguh selama 2 hari, kapal Mavi Marmara akhirnya meninggalkan Pelabuhan Yeni Antalya tepat jam 00:30 pagi (5:30 pagi waktu Kuala Lumpur) menuju ke Laut Mediterranean. Suasana di atas kapal penuh ceria, di mana peserta bersorak dan bertasbih sambil melaungkan takbir. Sesungguhnya masa menunggu selama 2 hari adalah terlalu lama bagi kami yang sekian lama bersiap sedia untuk melihat bumi Gaza.

Perjalanan daripada Kepez Arena bermula dari jam 5 petang lagi. Puluhan buah bas membawa peserta-peserta konvoi yang diiringi oleh kereta-kereta dan kibaran bendera. Kanak-kanak, remaja dan warga emas, semua melambai-lambai tangan kepada rombongan bas ini, ada yang menjerit-jerit dengan kata-kata sokongan, ada yang menitiskan airmata. Bandar Antalya bagaikan menyambut satu pesta perayaan, sehinggakan bunga-bungaan ditabur sepanjang perjalanan daripada Kepez Arena hingga ke Pelabuhan Yeni.

Sambutan di Pelabuhan Yeni begitu meriah sekali. Pelbagai lapisan rakyat menyambut ketibaan bas membawa peserta konvoi dalam suasana penuh sesak. Jalan masuk ke pelabuhan dipenuhi dengan kibaran bendera dan tembakan bunga kertas bewarna-warni ke udara. Berbagai-bagai lagu berbahasa Turki dinyanyikan, setiap mereka yang hadir tidak mahu ketinggalan melaungkan takbir dan bersalaman dengan peserta konvoi.

Kira-kira 560 orang peserta konvoi menaiki kapal Mavi Marmara ini. Kapal penumpang ini diiringi oleh dua buah kapal kargo, di mana mereka akhirnya akan bergabung di perairan Cyprus dengan 6 buah kapal lain yang belayar dari Eropah. Kapal-kapal ini dijangka tiba di perairan Gaza pada hari Sabtu.

Dalam pada itu, Zionis Israel terus mengeluarkan ancaman kepada konvoi ini. Israel dikatakan akan menghalang kemasukan konvoi ini walaupun dengan menggunakan kekerasan dan tindakan ganas. Dalam masa yang sama, penganjur utama konvoi iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) dan peserta-peserta konvoi terus menzahirkan kecekalan mereka untuk memastikan bantuan kemanusiaan ini sampai ke Gaza. Dalam satu sidang media yang diadakan di Kepez Arena sebelum mereka bertolak ke Pelabuhan Yeni, semua perserta bersatu dalam ikrar mereka untuk melancarkan kempen dan demonstrasi besar-besaran di seluruh dunia sekiranya Israel bertindak ganas terhadap konvoi ini.

Presiden IHH, Bulent Yildirim berkata bahawa mereka tidak akan membiarkan konvoi ini diganggu oleh Israel. “Hari ini kita akan berlepas, semoga Allah memerlihara perjalanan kita. Kita jumpa lagi di Gaza”, kata Bulent disambut dengan sorakan dan takbir.

Dalam ucapan mereka di sidang media tersebut, wakil-wakil konvoi daripada Vatican, Malaysia, Indonesia, Algeria, Kuwait, Pakistan, Palestin, Yaman, Belgium dan berbagai negara lain lagi turut melafazkan janji keazaman dan kecekalan mereka untuk sampai ke Gaza.

sumber : (Mohd Nizam/LL4G)

Categories
Berita Semasa

Gaza adakan raptai sambut konvoi keamanan

Jumaat, 28/05/2010 – Pihak berkuasa di Gaza telah mengadakan raptai di pelabuhan Gaza bagi bersiap sedia menyambut ketibaan Konvoi Keamanan yang dijadualkan tiba tidak lama lagi. Polis dan tentera turut terlibat dalam latihan ini.

Tujuan latihan ini ada persiapan menyambut konvoi keamanan dengan lebih tersusun dan memberi jaminan keselamatan. Mereka turut menyediakan tempat tinggal bagi sukarelawan. Program-program untuk sukarelawan turut disusun.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Menahan 3 Rakyat Palestin di Hebron

Jumaat, 28/05/2010 – Tentera Israel telah menahan 3 rakyat Palestin di Bait Omar dan bandar Nuba di Hebron.

Berdasarkan sumber keselamatan, Tentera Israel telah menahan Bilal Shrof, 25, dari bandar Ezna, Ibrahem Mokbvel, 17, dan Ameen Bhar, 19, dari bandar Bait Omar.Mereka juga telah menyerbu dan menyelongkar rumah – rumah milik Hassan Al-Shrof dan Abed Al-Hafez Al-Shrouf di bandar Nuba.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : bob

Categories
Berita Semasa

Mesir mengalu-alukan kedatangan kapal Freedom

Jumaat, 28/05/2010 – Kerajaan Mesir hari ini mengumumkan kesediaan mereka untuk menerima gerombolan kapal Freedom yang sedang belayar ke Gaza jika dihalang oleh Israel.

Jurucakap kepada Kementerian Luar Mesir, HUsam Zaki, menyatakan kesanggupan Mesir untuk menerima gerombolan kapal tersebut bersama dengan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui sempadan Mesir seandainya dihubungi oleh gerombolan tersebut. Zaki memberitahu rancangan TV Al Qahera Al yom bahawa kapal – kapal tersebut tetap terikat dengan undang – undang Mesir.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  bob

Categories
Berita Semasa

Zionis akan musnahkan 9 rumah penduduk Palestin

Jumaat, 28/05/2010 – Tentera rejim Zionis (IOF) memaklumkan 9 penduduk Palestin pada hari ini bahawa rumah-rumah mereka akan dirobohkan. Mangsa yang terlibat tinggal di Kampung Yetma, selatan Bandar Nablus di Tebing Barat.

Agensi berita WAFA melaporkan bahawa pegawai pendokuman penempatan haram Yahudi di Tebing Barat, Ghassan Douglas berkata, IOF mengarahkan penduduk Palestin itu menghentikan pembinaan rumah-rumah mereka kerana IOF akan merobohkannya.

Menurut Douglas lagi, IOF telah memberitahu 13 orang penduduk Palestin yang lain bahawa rumah mereka akan dirobohkan. Terlalu banyak lagi rumah penduduk Palestin di Nablus dilaporkan akan dirobohkan oleh IOF.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  bob

Categories
Berita Semasa

Penduduk Haram Yahudi Musnahkan Tanah Ladang; Tentera Menahan 10 Orang Awam

Jumaat, 28/05/2010 – Penduduk haram Israel pada Isnin lepas telah memusnahkan tanah ladang yang dimiliki oleh penduduk kampung Nahalin berhampiran dengan selatan Tebing Barat di bandar Baitulaham.

Para peladang menyatakan bahawa penduduk haram tersebut tiba dengan perlindungan tentera Israel dan mula mencabut pokok dan meratakan tanah ladang. Apabila petani cuba untuk pergi ke tanah mereka, mereka dihalang oleh tentera.

Perkampungan Nahalin sebenarnya di kelilingi oleh kependudukan Israel dari segenap penjuru. hampir setengah juta penduduk Israel tinggal di Tebing Barat, yang mana semuanya tidak sah menurut undang – undang antarabangsa.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  bob

Categories
Berita Semasa

Ismail Patel menyertai Konvoi ke Gaza

Jumaat, 28/05/2010 – Pengerusi Badan Bukan Kerajaan hak asasi manusia ‘Sahabat al-Aqsa’ telah menyertai Gaza Freedom Flotilla yang akan belayar minggu hadapan. Beliau akan menyertai 600 penumpang dan aktivis lain yang akan belayar lebih dari 40 buah negara termasuk Greece, Ireland dan Turki.

Flotilla itu mengandungi 3 kapal kargo yang dipenuhi dengan 5000 tan bahan binaan, bekalan untuk persekolahan dan kelengkapan perubatan, di tambah dengan 5 kapal penumpang.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  bob

Categories
Foto/Video/Muzik

(Video) Shoutul Harakah – Palestina Tercinta

Categories
Berita Semasa

Al-Zahhar: HAMAS sentiasa berusaha ke arah kesatuan

Khamis , 27/05/2010 –Anggota Biro Politik HAMAS, Dr Mahmud al-Zahhar menegaskan bahawa HAMAS sentiasa berusaha mencapai kesatuan dengan semua kumpulan pejuang Palestin dalam rangka usahanya untuk merealisasikan matlamat bersama, agar dapat dilaksanakan secara bersepadu dan menguatkan pendirian Palestin.

Dalam satu pertemuan politik yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Politik HAMAS di timur Gaza pada hari Rabu (26/5), beliau menyeru kepada penyatuan barisan Palestin melalui perdamaian Palestin berdasarkan opsyen meneruskan perjuangan sebagai pilihan yang strategik dalam menghadapi pencerobohan terhadap isu Palestin.

Beliau menjelaskan, HAMAS telah mengisytiharkan melalui kunjungan-kunjungan yang dilakukan ke negara-negara barat bahawa ia tidak akan mengiktiraf negara haram Zionis yang berada di atas bumi Palestin. Beliau juga menjelaskan HAMAS sentiasa berusaha dalam rangka perancangan Palestin yang tidak terbatas kepada perkataan sahaja, tetapi melalui usaha dan perbuatan bagi merealisasikan matlamat dan kepentingan rakyat Palestin. Beliau juga menafikan kenyataan yang dibuat oleh beberapa pemerhati yang membandingkan HAMAS dengan gerakan Fatah dari sudut hubungan dengan dunia barat.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
Categories
Berita Semasa

‘Armada Kemerdekaan’: Kami akan tentang cubaan hentikan kami

Khamis , 27/05/2010 –Pakatan ‘Armada Kemerdekaan’ yang sedang menuju ke Semenanjung Gaza memberi amaran kepada pihak berkuasa Zionis yang telah memberikan ugutan untuk menyekat dan menghalang armada berkenaan agar pihak Zionis tidak berbuat demikian bagi menghalang kapal-kapal yang memuatkan pelbagai bantuan kemanusiaan itu. Pakatan tersebut juga menegaskan bahawa para aktivis yang menyertai armada berkenaan mengambil pendekatan untuk menghadapi dan menentang sebarang percubaan untuk menyekat armada tersebut.

Menurut sumber yang bertanggungjawab terhadap armada berkenaan dalam satu kenyataan kepada al-Quds Press: “Kami mengikuti kenyataan-kenyataan media pihak berkuasa Israel yang tidak konsisten. Oleh itu, kami ingin tegaskan di sini dengan jelas bahawa tujuan dan matlamat kami ialah Gaza. Kami tidak akan tersasar daripada matlamat tersebut. Oleh itu, kami akan menentang sebarang percubaan pihak Israel untuk memberhenti dan menyekat armada ini.”

Beliau juga memaklumkan pihak Zionis masih lagi sehingga kini menyebarkan laporan-laporan tentang niat mereka untuk memintas kapal-kapal yang terlibat dalam armada berkenaan serta menangkap para aktivis yang menyertainya. Di samping itu, terdapat juga laporan-laporan yang menunjukkan bahawa pihak keselamatan Zionis mahu mengganggu isyarat komunikasi dan memencilkan berita tentang armada tersebut daripada diketahui oleh dunia.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
Categories
Berita Semasa

Kapal konvoi keamanan bertolak hari ini.

Khamis , 27/05/2010 –Konvoi Kempen Pembebasan Gaza Eropah terpaksa ditunda sehari berikutan masalah teknikal yang mereka alami. Akibat daripada kelewatan untuk berlepas, konvoi dari beberapa negara Eropah ini akan bertemu di Anatolia, Turki. Mereka akan bersama-sama menuju ke Gaza.

Sebanyak 4 buah kapal dari Sweeden dan 3 buah kapal yang akan menunggu di Turki. Secara totalnya, 9 kapal yang membawa lebih dari 10000tan bantuan akan ke Gaza dan seramai 750 aktivis dari seluruh Eroraph akan menuju ke Gaza. Selain itu, sejumlah besar bekalan perubatan dan alat bantuan seperti kerusi roda, tongkat dan lain-lain turut di bekalkan.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif