
Selasa, 15/09/2026 – Sheikh Ekrima Sabri, ketua Majlis Tinggi Islam di Baitulmaqdis, telah memberi amaran bahawa lawatan dan pelanggaran berterusan oleh peneroka haram di Masjidil Aqsa adalah sebahagian daripada rancangan Zionis secara beransur-ansur untuk mengenakan “kawalan dan merampas kedaulatan” ke atas tempat suci itu.
Dalam ucapan akhbar pada hari Ahad, Sheikh Sabri berkata bahawa penodaan harian Masjidil Aqsa bertujuan untuk mengubah status quo dan identiti Islam Baitulmaqdis.
“Pelanggaran ini juga datang dalam konteks untuk menenangkan ahli politik haluan kanan Zionis dan memenuhi agenda pilihan raya mereka,” tambah Sheikh Sabri.
Sheikh Sabri memberi amaran tentang ancaman yang semakin meningkat terhadap Masjidil Aqsa menjelang cuti Yahudi yang akan datang, yang akan melibatkan pelanggaran serius, termasuk solat berjemaah, membawa bendera Zionis dan persembahan tumbuhan, dan meniup trumpet (shoffar).
Beliau menggesa jemaah Muslim untuk berarak beramai-ramai ke Masjidil Aqsa sepanjang bulan September dan Oktober bagi melindunginya daripada penodaan dan Yahudisasi.
Penterjemah : Ameen













