
Selasa, 21-02-2012 – Pengerusi biro politik Hamas, Khaled Mishaal dan perdana menteri Gaza Ismail Haneyya bertemu di Doha pada Rabu dan bertukar pandangan tentang perkembangan rundingan dan lawatan Haneyya.
Wartawan PIC berkata, kedua-dua Haneyya dan Mishaal menegaskan di dalam kenyataan bersama yang akan dikeluarkan bahawa tiada perselisihan di dalam Hamas tentang deklarasi Doha dan perlaksanaannya akan dilakukan. Ini merupakan kali kedua Haneyya bertemu dengan Mishaal dalam masa beberapa hari di Doha. Mishaal bertemu Haneyya sebelum lawatannya bermula.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati












