Categories
Berita Semasa

Statistik: Israel menahan 300 warga Palestin termasuk 30 orang berusia bawah umur pada Januari

Jumaat , 18/02/2011 – Statistik yang dikeluarkan pada Ahad oleh Kementerian Hal-Ehwal Penjara mendedahkan penahanan Israel terhadap 300 warga Palestin pada Januari sewaktu kempen di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

Penahanan tersebut melibatkan 30 berusia di bawah umur dan dua wakil rakyat Palestin iaitu, Omar Abdul-Raziq dan Mohammed Jamal al-Natshe. Tentera rejim Israel menahan 9 nelayan yang bekerja di perairan Gaza dalam kejadian berasingan pada bulan yang sama, laporan itu menambah.

Laporan tersebut turut merekodkan 90 arahan mahkamah agar memanjangkan tempoh penahanan lebih daripada 90 lelaki Palestin yang ditahan tanpa dakwaan atau perbicaraan dan juga menempatkan mereka yang bekerja tanpa permit.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Tadhamon: Rejim Zionis musnahkan 27 infrastruktur rakyat Palestin dalam bulan Januari

Isnin , 14/02/2011 – Satu laporan yang dikeluarkan oleh Tadhamon (gabungan) kumpulan hak-hak kemanusiaan berkata dalam bulan Januari lepas rejim Zionis telah meratakan 27 buah infrastruktur milik rakyat Palestin di Tebing Barat.Ia termasuklah semua kampung yang terletak di Negev dan Lembah Jordan, Hotel Shepherd di wilayah Sheikh Jarrah yang terletak di Jerusalem Timur serta sebuah sekolah di Al-Khalil. Dokumen itu turut melaporkan bahawa pemusnahan insfrastruktur itu telah mengakibatkan beratus-ratus rakyat Palestin hilang tempat tinggal.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Resheq:Panggilan untuk pilihanraya tanpa kata sepakat akan ditolak

Isnin , 14/02/2011 – Ahli biro politik Hamas Ezzet Al-Resheq berkata pada hari Khamis bahawa panggilan untuk pilihan raya tempatan di pihak kerajaan Salam Fayyad adalah tidak sah dan hanya merupakan cubaanuntuk memenuhi pendapat awam daripada maklumat yang bocor baru-baru ini tentang konsesi perunding rakyat Palestin.

Dia berkata kepada Quds Press bahawa gerakannya benar-benar menolak pemilihan tanpa kata sepakat peringkat nasioanal.

Pemimpin Hamas menambah bahawa kerajaan di Ramallah juga berusaha tampil seperti tertarik pada demokrasi selepas rusuhan yang berkembang di kawasan Arab akibat dari kurangnya demokrasi.

Pemilihan seperti itu tidak akan berjaya dan hanya akan menyokong bahagian dalaman Palestin. Resheq berkata, bahawa Fayyad dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas kekurangan hak kekuasaan dan dengan demikian tidak boleh dipanggil untuk pilihan raya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Mubarak Serah tugas kepada Sulaiman

Isnin , 14/02/2011 – Presiden Mesir, Husni Mubarak dalam ucapannya menyatakan telah menyerahkan tugas kepada Umar Sulaiman. Serahan tugas akan berlaku sehingga bulan September. Beliau turut menyatakan beberapa undang-undang akan dipinda bersesuain dengan kemahuan rakyat Mesir.

Sementara itu, rakyat Mesir yang berdemo di Dataran Tahrir terus tidak berganjak dari situ. Rakyat Mesir bukan sahaja ingin Mubarak berundur, malah Sulaiman dan seluruh pemimpin negara itu untuk berundur.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Misy’al Khawatirkan Bahaya Pengaruh Luar Terhadap Masalah Palestin

Isnin , 14/02/2011 – Ketua biro politik gerakan Hamas, Khalid Misy’al khawatir terhadap gelombang pengaruh pihak luar terhadap masalah Palestin. Berlarutannya perpecahan sangat menyakitkan, ia perlu segera dicari penyelesaian melalui dialog atau kesepakatan-kesepakatan, kerana hingga hari ini belum ada perspektif untuk keluar dari perpecahan dalaman tersebut.

Pernyataan ini disampaikan, Misy’al ketika menerima delegasi organisasi wartawan Kuwait, Rabu (9/2). beliau mengatakan, duduk bersama antara Hamas dan Fatah serta praksi yang lain dalam rangka mencari solusi terhadap permasalahan semasa, terutama jika ada niat damai. Tanpa ada kesepakatan dari kedua belah pihak untuk menjayakan persepakatan atas dasar nasionalisme, maka tidak akan terjadi perpaduan.

Beliau menambah, krisis perpaduan nasional Palestin sudah bermula sejak tahun 2009 di Kaherah, ia berkait dengan draf Mesir dan bagaimana merealisasikannya di lapangan. Tuntutan Hamas adalah kembali mengikut lunas demokrasi sebagai awal kebersamaan politik, untuk melanjutkan apa yang telah disepakati dengan gerakan Fatah selama Sembilan bulan lalu di Kaherah. Namun Misy’al menyatakan bahawa usaha tersebut menemui jalan buntu, setelah pertemuan terakhir di Damsyik yang membahas semua perkara yang diperdebatkan antara Hamas dan Fatah.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Yahudi dan tiga menteri kanan Israel cabuli makam Yusuf di Nablus

Isnin , 14/02/2011 – Ratusan pelampau Yahudi dan tiga menteri malam semalam mencabuli makam Nabi Yusuf di bandar Nablus mereka, menyebabkan kekacauan di sekolah perempuan Palestin berdekatannya . Lawatan dibuat di bawah perlindungan tentera Israel dan tentera awam pihak keselamatan Palestin .

Sumber tempatan berkata tidak seperti sebelum ini ketika pihak berkuasa PA hilang dari jalanan dan tinggal di markas mereka semasa kunjungan Yahudi ke makam tersebut , anggotanya banyak dikenalpasti mengenakan pakaian awam dilihat ketika ini dikerahkan di seluruh Nablus.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Pegawai pasport Mesir: Rakyat Palestin tidak dibenarkan ke Mesir

Isnin , 14/02/2011 – Seorang pegawai di pihak berkuasa yang menguruskan hal ehwal pasport Mesir berkata pada Rabu lepas bahawa arahan telah diterima supaya mengharamkan kemasukan rakyat palestin ke Mesir.

Pegawai itu yang tidak mahu dikenali memberitahu AFP bahawa seramai 12 orang rakyat Palestin telah dihantar pulang ke tempat-tempat dari mana mereka datang demi melaksanakan arahan tersebut. Seorang pegawai aviasi di Lapangan Terbang Kaherah berkata bahawa semua penerbangan telah diberi arahan supaya tidak membawa seorang pun penumpang rakyat Palestin masuk ke Mesir.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Tentera penjajah Israel menafikan hak tahanan Palestin untuk rawatan gigi

Isnin , 14/02/2011 – Klinik perubatan di penjara HaSharon Israel telah menolak untuk memberikan rawatan kepada tahanan Palestin, Qahera Al-Saadi, kata peguam dari lembaga Tadamoun antarabangsa hak asasi manusia, Ahmed Al-Beitawi.

Dia berkata dalam siaran media pada hari Rabu bahawa keadaan Saadi, yang telah di penjara selama 9 tahun di samping 30 tahun lagi, adalah sangat teruk. Beliau berkata bahawa kerajaan penjara Israel menolak untuk membenarkan suatu bentuk khusus doktor di luar penjara untuk mengubati Saadi walaupun dengan biaya sendiri.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Tahanan Hebron : Fatah bertanggungjawab sebabkan mereka ditahan di penjara Zionis.

Isnin , 14/02/2011 – Lima orang tahanan dari Bandar Khalil yang ditahan di penjara milik ZIonis pada 7 Januari 2011 selepas hanya beberapa jam dibebaskan dari penjara militan Abbas selepas menjalankan mogok lapar hampir 50 hari menegaskan bahawa Fatah bertanggungjawab penuh atas penahanan mereka oleh pihak Zionis.

Menurut para tahanan tersebut dalam surat yang dibocorkan dari penjara Aufer dekat Bandar Ramallah yang diterima oleh Pusat Informasi Palestin, Presiden defacto Fatah, Mahmoud Abbas bertanggungjawab penuh atas penculikan mereka oleh pihak Zionis.

Mereka turut memberitahu bahawa pihak penyiasat Zionis melaporkan kepada mereka, “maklumat kalian telah sampai kepada kami sejak awal lagi daripada pihak Fatah”, kerana, “di sini terdapat perkongsian maklumat yang sama seperti yang dipunyai oleh Fatah.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Gaza Demo Sokong Revolusi Mesir Dan Seru Pembebasan Sekatan

Isnin , 14/02/2011 – Ratusan penduduk berkumpul di jalan-jalan Palestin di tengah Semenanjung Gaza. Mereka membawa bendera Mesir dan Palestin serta slogan-slogan yang menuntut agat hak rakyat Palestin dipenuhi, yang memilih kebebasan dari kezaliman dan kediktatoran. Mereka melaungkan ucapan yang meminta Mubarak turun.

Ketua Persatuan Pengawai Bidang Umum, Muhammad Shiyam menghargai revolusi para pemuda Mesir yang berjaya menghancurkan penghalang ketakutan dan memberontak melawan kezaliman dan kediktatoran. Rakyat Palestin percaya dengan revolusi rakyat Mesir, keteguhan dan kemenangannya serta membuat perubahan.

Shiyam menyeru rakyat Mesir untuk terus melakukan protes sehingga tuntutan mereka tercapai. Beliau meminta seluruh warga Mesir untuk bekerja sungguh-sungguh membebaskan sekatan Gaza dan menjadikan tuntutan tersebut sebagai keutamaan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Abbas bertanggungjawab atas keputusan mengadakan pilihanraya unilateral.

Isnin , 14/02/2011 – Gerakan Hamas pada Rabu lalu mahu Presiden de facto, Mahmoud Abbas dan puak Fatah bertanggung jawab penuh atas kesan serius mengadakan pilihanraya unilateral di Tebing Barat terhadap perpaduan rakyat Palestin dan masa depan mereka.

Hamas menyatakan keputusan ini hanya melayani kehendak Israel bagi merenggangkan hubungan antara Gaza dan Tebing Barat dan merosakkan masa depan rakyat Palestin.

“Usaha untuk mengadakan pilihanraya ini tanpa konsensus kebangsaan dan di bawah dasar keganasan dan keterasingan yang dikejar oleh kerajaan tidak rasmi Abbas-Fayyad terhadap kumpulan pejuang dan pendukungnya menegaskan mereka tidak akan mempunyai legitimasi dan kredibiliti untuk melaksanakannya, dan penduduk Palestin tidak terikat dengan mereka, “kata Hamas dalam sidang akhbar.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Laporan: Mesir menggunakan teknologi Israel untuk memutuskan talian internet

Isnin , 14/02/2011 – Mesir menggunakan teknologi Israel untuk memutuskan perhubungan menerusi internet seluruh negara pada minggu pertama protes kebangkitan rakyat yang bermula pada 25 Januari, akhbar Israel Yediot Ahronot melaporkan.

Rejim pemerintah itu terpaksa meminta pakar teknologi Israel untuk menghentikan internet dalam usaha mencegah perkembangan protes yang seterusnya menggesa Presiden Mubarak agar berundur, Ynet melaporkan pada Rabu.

Syarikat perisian Nyrus menghasilkan satu program canggih untuk melumpuhkan akses Internet Mesir, satu sumber dari Israel memberitahu. Syarikat tersebut mempunyai rekod menyediakan teknologi khas kepada pembekal terbesar internet kerajaan di Mesir dan juga terhadap syarikat telekomunikasi di Arab Saudi dan Pakistan. Ia memiliki kepakaran dalam menghasilkan komputer super yang digunakan oleh agensi perisikan serata dunia untuk tujuan mencuri dengar perbualan telefon, memantau komunikasi suara di internet, mendokumenkan aktiviti internet serta melumpuhkan internet di mana- mana negara apabila perlu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Penganalisa: Pengiktirafan AS terhadap hak ikhwanul Muslimin untuk memerintah adalah perangkap

Isnin , 14/02/2011 – Penganalisa politik, Dr. Adel Samara menyifatkan pengumuman Amerika Syarikat bahawa pihaknya membenarkan penglibatan kumpulan ikhwanul Muslimin dalam sebarang pembentukan kerajaan baru di Mesir dalam masa terdekat ini sebagai perangkap yang merbahaya.

“AS cuba memecahkan pertahanan gerakan-gerakan perjuangan bagi menjerumuskan mereka ke kancah situasi yang sedia ada di rantau itu seperti membiasakan hubungan dengan rejim Zionis dan mengiktiraf perjanjian-perjanjian yang telah pun ditandatangani,” kata Samara dalam satu kenyataan media yang dihantar ke Pusat Informasi Palestin (PIC) pada Isnin lalu.

“Washington sedar bahawa Mesir akan kembali ke arena yang berbeza orientasi dan ini merbahaya kepada pihaknya. Justeru, Washington sedang berusaha mengelakkan ianya daripada berlaku,” tegas penganalisa itu lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Lembaga Perancangan luluskan pembinaan 16 kediaman pendatang di timur Baitulmuqaddis

Jumaat , 11/02/2011 – Majlis Perbandaran Baitulmuqaddis telah meluluskan projek pembinaan 16 kediaman untuk pendatang Yahudi di timur Baitulmuqaddis daerah Sheikh Jarrah.

Perancangan tersebut melibatkan pengusiran dua keluarga warga Palestin. Jawatankuasa Perancangan dan Pembinaan meluluskan dua rancangan untuk membina 16 kediaman di kawasan berbeza di daerah itu. Perancangan itu mencetuskan beberapa bantahan disebabkan pengusiran warga Palestin, demikian laporan Joseph Alalo, seorang ahli jawatankuasa perbandaran dari parti pembangkang Meretz kepada AFP. Alalo berkata, terdapat dua kediaman milik warga Palestin di kawasan terbabit, tetapi salah satunya tidak dihuni.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Israel menunda pengeluaran pasukan dari utara Ghajar

Jumaat , 11/02/2011 – Pendudukan haram JERUSALEM, (PIC) – Israel telah menghentikan keputusan untuk menarik pasukan dari pecahan desa Ghajar di sempadan Lubnan selepas jatuhnya kerajaan Saad Hariri, kata seorang pegawai tinggi kepada AFP profil.

“Rencana itu ditunda kerana Hizbullah telah membongkar kerajaan Lubnan,” kata pegawai Israel.

“Israel telah bersetuju untuk mengembalikan kuasa bahagian bandar ini kepada pasukan antarabangsa sementara di Lubnan (UNIFIL), tetapi diketahui keputusan itu memerlukan lampu hijau dari kerajaan Lubnan”, tambahnya lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada