Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin yang Dibebaskan Melalui Perjanjian Pertukaran Dipercayai Tahu Lokasi Shalit

Selasa , 20/12/2011 – Telah mendapat kebenaran untuk penerbitan hari Selasa; pada September 2007, pasukan tentera penyamar Israel telah menculik seorang penduduk yang dikenali sebagai Mohawish Al-Qadi, dari Rafah, dibahagian Selatan Genting Gaza. Selepas penangkapan beliau, Hamas telah menukar lokasi dimana beliau telah ditahan.

Amira Hass dari Haaretz, seorang wartawan yang dikenali diperingkat antarabangsa dan tempatan, telah melaporkan bahawa selepas penangkapan Al-Qadi, gabungan pasukan keselamatan Hamas di Gaza telah menjalankan usaha yang gigih untuk mencari dan menangkap mereka yang telah membantu Israel untuk menangkap beliau, tetapi sebahagian daripada mereka berjaya melepaskan diri dan keluar dari Genting Gaza. Al-Qadi telah dituduh terlibat secara tidak langsung dalam kes penculikan Gild Shalit, yang telah ditangkap oleh penentang pada Jun 2006, dan telah dibebaskan dibawah pertukaran tahanan pada 18 Oktober 2011.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar

Categories
Berita Semasa

PHCR Khuatir Kekurangan Bekalan Perubatan Hospital-Hospital Tebing Barat

Selasa , 20/12/2011 – Pusat Hak Asasi Manusia Palestin (PHCR) melahirkan kebimbangan mengenai masalah serius kekurangan bekalan perubatan hospital-hospital di Tebing Barat. PHCR memberi amaran potensi berlakunya bencana kepada kesihatan penduduk Semenanjung Gaza, terutamanya pesakit yang menghadapi masalah kegagalan buah pinggang akibat kekurangan penapis darah yang digunakan untuk rawatan dialisis.

PHCR bimbang kekurangan bahan-bahan seperti penapis darah tersebut akan menghentikan khidmat dialisis hospital-hospital Semenanjung Gaza, dan akan membahayakan nyawa 450 orang pesakit.

Menurut Dr Ashraf al-Qidwa, jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza, penapis dialisis 5 dan 6 merupakan bahan yang mendapat permintaan tinggi, berupaya berfungsi seperti buah pinggang normal dan bertindak membuang toksik dari darah semasa dialisis. Penapis-penapis ini akan kehabisan stok di hospital dan pusat jagaan di Semenanjung Gaza.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep

Categories
Berita Semasa

Pegawai Gaza: 6 wanita, 55 kanak-kanak bersedia untuk dibebaskan dari tahanan

Selasa , 20/12/2011 – Enam wanita dan 55 kanak-kanak adalah di antara tahanan-tahanan yang akan dikeluarkan pada hari pembebasan mengikut perjanjian pertukaran banduan dengan Israel, pegawai satu banduan-banduan Gaza berkata pada hari Khamis.

Riyad al-Ashqar, pengarah media di Kementerian Penjara di Gaza, di petik berkata 550 di jangka akan dibebaskan minggu ini, 506 ialah dari the West Bank, 40 ialah dari Gaza , dan dua ialah dari Baitulmuqaddis. Dua dariJordan, Saleh Aref and Wael Hurani , juga akan dibebaskan,katanya.

sumber : Ma’an News Agency
penterjemah : nasir bravo

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis ranapkan 4 buah rumah penduduk Palestin tanpa notis

Selasa , 20/12/2011 – Tentera rejim Zionis (IOF) telah meranapkan 4 buah rumah penduduk Palestin di Makhrur, yang terletak di bandar Beit Jala, utara Baitulaham pada Selasa lalu tanpa memberi sebarang notis awal, kata sumber tempatan.

Nadim San’an, Pengarah Majlis Perbandaran Beit Jala berkata bahawa jentolak- jentolak milik IOF telah meranapkan 4 buah rumah yang baru diperbaiki. Petani-petani menggunakan rumah-rumah tersebut semasa mereka bertani di tanah masing-masing.

Menurutnya lagi, para pemilik rumah-rumah terbabit tidak dimaklumkan terlebih dahulu bahawa rumah mereka akan dirobohkan dan ini adalah salah satu usaha IOF menghalang para petani daripada mengusahakan tanah masing-masing. Makhrur terletak berdekatan dengan terowong-terowong yang dibina antara Jerusalem dan
kompleks penempatan haram Kfar Etzion.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Peneroka Yahudi baling batu ke arah kereta rakyat Palestin, cederakan bayi perempuan

Jumaat , 16/12/2011 – Peneroka Yahudi telah membaling batu ke arah kereta warga Palestin di sebelah timur Qalqilia Selasa lalu dan mencederakan tiga orang awam termasuk seorang bayi perempuan berusia setengah tahun, kata sumber tempatan.

Mereka berkata Adnan Suwan dari kampung Amatin berada dalam kereta berhampiran penempatan peneroka dan tiba-tiba sekumpulan dari mereka membaling batu ke arah keretanya sehingga cermin tingkap depan pecah.

Menurut sumber itu, seorang bayi dan dua warga yang lain cedera dan telah dibawa ke hospital.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

20 Badan Bukan Kerajaan (NGO) tuntut kumpulan antarabangsa hentikan pemusnahan kediaman rakyat Palestin

Jumaat , 16/12/2011 – 20 NGO antarabangsa mengutuk Israel sekeras-kerasnya atas pemusnahan kediaman warga Palestin terutamanya pada tahun 2011 dan menyeru kumpulan antarabangsa di Timur Tengah menghentikan penindasan undang-undang antarabangsa itu.

Dalam satu kenyataan bersama, NGO ini termasuk Pemerhati Hak Asasi Manusia, Oxfam dan Amnesty Antarabangsa berkata, tahun 2011 menyaksikan penambahan ketara jumlah pemusnahan kediaman rakyat Palestin oleh Israel serta penambahan penempatan pendatang dan juga tindakan ganas mereka.

Pada dua mesyuarat yang diadakan berasingan dengan pegawai Israel dan Palestin, para NGO itu mengingatkan mereka akan tanggungjawab yang termaktub di bawah undang-undang antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Abu Sarahan: Hamas Menjadi Batu Karang Yang Kukuh Hancurkan Semua Konspirasi

Jumaat , 16/12/2011 – Tawanan yang dibebaskan, Amir Abu Sarahan menegaskan ulang tahun Hamas ke 24 adalah hari harapan kami dan kami menunggunya selama 21 tahun. Beliau menegaskan bahawa dia merasa hidup lebih istimewa dan bahagia hari ini.

Dalam satu wawancara dengan Pusat Informasi Palestina di lapangan Katibah Hijau, tempat festival Hamas ke 24, Abu Sarahan menegaskan bahawa gerakannya hari ni lebih kuat berbanding sebelumnya. “Kini Hamas menjadi batu karang yang kukuh dimana semua konspirasi tidak berdaya menghadapinya. Hal ini terbukti dengan massa yang mendukungnya dengan kuat.” tegas Abu Sarahan.

Beliau menegaskan bahawa Hamas menjadi pilihan paling layak bagi dunia untuk memperlakukannya secara normal. “Kini Hamas, memegang kendali untuk menyelamatkan umat dari kehilangan identitinya” tegasnya.

Ulang tahun Hamas ketika ini bertepatan dengan suasana pertukaran tawanan. “Mungkin anda berfikir bahawa Israel akan menghentikan pembebasan tawanan Palestin untuk tahap kedua. Namun Israel terlalu takut untuk melakukan itu.” Tegas Sarahan.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Kementerian Kesihatan Gaza merayu peralatan dialisis segera

Jumaat , 16/12/2011 – Kementerian kesihatan Palestin di Gaza telah membuat rayuan bantuan segera kepada semua pertubuhan-pertubuhan kemanusiaan dan kesihatan untuk membantu menyediakan unit buah pinggang di hospital-hospital Gaza dengan peralatan dialisis 5 dan 6.

“450 pesakit dengan kegagalan buah pinggang menerima perkhidmatan dialisis di hospital kini dalam bahaya yang mengancam nyawa mereka di mana peralatan dialisis telah menjadi 24 sahaja dan kuantiti ini tidak meliputi keperluan pesakit yang bergantung kepada dialisis tiga kali seminggu,” kata jurucakap kementerian Kesihatan Ashraf Al-Qudra.

Jurucakap itu juga dipanggil untuk mendesak Kementerian Kesihatan bandar di Ramallah untuk membekalkan hospital-hospital Gaza dengan semua keperluan perubatan berikutan situasi di Semenanjung Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Fayyad Tegaskan Keahlian UNESCO Langkah Penting

Jumaat , 16/12/2011 – Semasa penyertaannya di dalam upacara memasang lampu pokok krismas di pusat bandar Ramallah Tebing Barat, Perdana Menteri Palestin, Dr Salaam Fayyad, menyatakan kibaran bendera Palestin di ibu pejabat UNESCO adalah satu langkah penting. Beliau mendakwa ia akan diikuti dengan beberapa langkah serupa, iaitu sehingga bendera Palestin dikibarkan di semua masjid dan gereja di Baitulmaqdis, dan di negara-negara seluruh dunia.

Dr Fayyad memberikan ucapan Krismas kepada semua penduduk Kristian seluruh dunia, dan menegaskan Krismas bukan sahaja perayaan penting kaum Kristian, bahkan ia adalah perayaan seluruh warga Palestin, Muslim, dan Samaria.

“Dengan meraikan Krismas dan mesej mulianya, kami memperbaharui ikrar untuk tanah Nabi Isa; tanah cinta dan keamanan,” kata Fayyad. “Dengan meraikan perayaan penting ini setiap tahun, kita meraikan kesungguhan kita untuk mendirikan negara Palestin yang merdeka dan bebas, dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara.”

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  blindstep

Categories
Berita Semasa

Percubaan Pendatang Israel untuk membakar Masjid Bersejarah di Jerusalem, membuat grafiti anti-Islam dengan semburan cat.

Jumaat , 16/12/2011 – Pada lewat malam Selasa, sekumpulan pendatang Israel telah membuat percubaan untuk membakar Masjid Akasha Bin Mohsin yang kini telah terbiar. Mereka gagal untuk mendapat kebenaran masuk, dan membakar bahagian luar, dan membuat grafiti termasuklah “Mohammed ialah seekor khinzir” pada dinding hitam dengan menggunakan semburan cat.

Masjid tersebut yang telah dikosongkan pada tahun 2003, terletak di Jerusalem Barat bertentangan dengan Lorong Jaffa, dan simbolik kawasan pengkebumian pejuang Islam, Akasha Bin Mohsin (Pengikut Nabi Muhammad S.A.W pada abad ke 10). Ummat Islam percaya bahawa dia telah dibunuh dalam pertempuran, dan disucikan oleh malaikat-malaikat di antara bumi dan syurga. Bangunan tersebut masih mempunyai sebuah menara, tetapi kini dijadikan sebagai ruang simpanan oleh majlis bandaran.

Polis Israel telah mengepung Masjid tersebut dan juga laluan ke situ, dan pihak berkuasa Israel mengatakan bahawa satu siasatan berkenaan kejadian itu akan dijalankan. Buat masa ini, tidak ada sebarang suspek yang telah ditahan atau disoal siasat, dan tidak ada sebarang bukti yang sah.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar

Categories
Berita Semasa

Pelancaran Pesta Hamas….Beratus-Ratus Ribu Memperbaharui Ikrar Taat Setia Mereka.

Jumaat , 16/12/2011 – Bermula pada petang Rabu (14-12-2011),Perayaan Gerakan Penentangan Pusat Islam “Hamas”,di halaman batalion hijau barat Bandar Gaza sebagai tanda ulang tahun yang ke 24 sejak penubuhannya,dan penyertaan lebih daripada 350,000 rakyat Palestin berkumpul secara teratur di seluruh sektor.

Gerakan Hamas mengesa penyokong dan rakyat untuk mengambil bahagian dalam memperingati penubuhannya yang ke -24 yang diadakan di Dataran Pusat di batalion di Bandar Gaza,yang bertajuk “S. Liberel..wahai Jerusalem..kami akan datang.”

Walaupun begitu,beribu-ribu rakyat tidak dapat hadir ke pelancaran itu kerana kekurangan pengangkutan bagi membawa mereka ke situ,namun pelancaran tetap bermula mengikut jadual.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : jannatul makwa

Categories
Berita Semasa

Ihsanoglu selar rejim Zionis atas hukuman buang negeri yang dikenakan terhadap MP Attoun

Khamis , 15/12/2011 – Setiausaha Agung Gabungan Organisasi Islam, Ekmeleddin Ihsanoglu dengan tegas mengkritik tindakan pihak berkuasa rejim Zionis (IOF) yang menjatuhkan hukuman dibuang negeri dari tanah kelahirannya, Jerusalem, ke atas penggubal undang-undang Palestin, Ahmed Attoun, tanpa sebab.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu lalu, Ihsanoglu menyifatkan tindakan rejim Zionis itu sebagai satu jenayah mencabul undang-undang antarabangsa dan konvensyen Geneva ke-4. Tindakan itu juga membuktikan rejim Zionis terus-terusan melanggar kehendak masyarakat antarabangsa secara umumnya serta hak-hak kemanusiaan penduduk Palestin secara khususnya.

Beliau juga mengutuk tindakan pihak berkuasa rejim Zionis yang meluluskan cadangan rejimnya untuk membina sebuah taman di timur Jerusalem yang akan menyebabkan kemusnahan kawasan kediaman penduduk Palestin di Issawiya, Attour dan Assawwanah yang terletak berdekatan dengan Masjid Al-Aqsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Dua Mujahid Al-Qassam Gugur Syahid Dalam Serangan Israel Di Gaza

Khamis , 15/12/2011 – Dua orang mujahid Al-Qassam, Isham dan Shubhi Al-Batash gugur syahid, sementara sejumlah warga lainnya tercedera dalam serangan udara Israel beberapa seketika tadi di pusat kota Gaza.

Pihak perubatan menyebutkan bahawa dua orang syahid tiba di hospital As-Syifa di Gaza, kedua-duanya berada dalam kereta yang menjadi sasaran serangan Israel di pintu masuk taman kota di jalan Umar Mukhtar pusat kota Gaza.

Brigade Al-Qassam, sayap militan Hamas menyatakan rasa dukacita atas gugurnya Syahid Isham dan Shubhi Al-Batash. Sementara itu pihak wartawan infopalestina menjelaskan bahawa pesawat-pesawat tempur Israel masih berlegar di ruang udara Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Meriam Zionis Israel terus gempur daerah Zaitun, Gaza

Khamis , 15/12/2011 – Kereta kebal dan pelbagai meriam terus digunakan menggempur kawasan Zaitun. Serangan-demi serangan dilancarkan ke atas penempatan Zaitun namun tiada yang terbunuh. Sementara itu, Briged al Aqsa mengaku dan bertanggungjawab menyerang balas dan berjaya menggempur penempatan Zionis yang berhampiran Gaza menggunakan roket buatan sendiri.

Serangan balas di Kibots Shiar, Negev adalah bagi membalas seranga jahat Zionis yang mengakibatkan 2 pejuang Briged al Aqsa terbunuh syahid.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel (IOF) mengepung dan menembak gas ke arah masjid

Khamis , 15/12/2011 – Tentera rejim Israel mengepung 5 rakyat Palestin di Al-Khalil dan 2 lagi di Jenin pada Khamis dan melepaskan tembakan gas ke arah masjid di bandar Doura dan menyebabkan kerosakan harta benda.

Akhbar Quds menyebut kata-kata saksi yang memberitahu bahawa pihak tentera melepaskan tembakan gas ke arah sekumpulan lelaki berdekatan masjid pada petang Rabu yang mengakibatkan kebakaran pada permaidani masjid.

Para tentera menahan 5 rakyat Palestin di Al-Khalil pada waktu Subuh, 2 di bandar dan 3 lagi di kampung Sa’eer, sumber tempatan memberitahu dan menambah bahawa tentera memanggil 5 lelaki di Sa’eer untuk disoalsiasat di ibu pejabat di penempatan Etzion.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati