Categories
Berita Semasa

Hamas minta Eropah senaraihitam Israel sebagai Pengganas.

Rabu , 24/02/2010 – Hamas pada hari Isnin menggesa Kesatuan Eropah menyenaraihitam Israel sebagai negara pengganas disebabkan mereka mengugat keamanan dunia.

Hamas juga mengalu-alukan kenyataan Menteri-menteri Luar Kesatuan Eropah yang mengutuk Israel atas isu pemalsuan paspot negara mereka oleh pihak Mossad Israel dalam operasi membunuh Mahmoud Al-Mabhouh.

Hamas juga memanggil agar satu sidang mahkamah antarabangsa diadakan untuk mendakwa jenayah yang dilakukan Israel. Mereka juga menyeru agar semua kumpulan hak asasi manusia dan pertubuhan antarabangsa agar meningkatkan tekanan ke atas Israel serta pemimpinnya untuk didakwa sebagai penjenayah. Hamas menambah kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan keadaan kucar kacir di seluruh dunia dimana semua negara beranggapan boleh melakukan demikian.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous
Categories
Berita Semasa

Satu cedera, ramai sesak nafas dalam pertembungan Al-Khalil.

Rabu , 24/02/2010 – Seorang rakyat Palestin tercedera dan ramai lagi mengalami sesak nafas angkara gas pemedih mata ketika berlaku pergaduhan di bandar Al-Khalil disebabkan oleh tindakan Israel untuk menjadikan Masjid Ibrahimi sebagai satu warisan kaum Yahudi.

Sumber kesihatan memberitahu Pusat Maklumat Palestin (PIC) bahawa seorang belia Palestin telah mengalami kecederaan ringan berpunca dari tembakan peluru besi yang disalut getah dalam pertempuran yang tercetus di wilayah-wilayah berasingan di Al-Khalil.

Mereka menambah terdapat ramai lagi penduduk yang mengalami kesengsaraan dari kesesakan nafas dan telah diberi rawatan perubatan luar.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil
Categories
Berita Semasa

Pasukan keselamatan Abbas Culik Pendokong HAMAS.

Rabu , 24/02/2010 – Pihak keselamatan tajaan Abbas terus melakukan kezaliman dengan menangkap 10 orang pendokong HAMAS. Beberapa bandar telah menjadi fokus pihak keselamatan Abbas. di Nablus, seorang mahasiswa telah dipanggil utk di soal siasat. Terdapat juga yang ditangkap dan dipenjarakan. Tidak cukup dengan itu, para pendokong HAMAS turuy diseksa ketika berada dalam tahanan.

Antara bandar yang menjadi fokus ialah Nablusm Ramallah, Tulkarem, Hebron dan Qalqilya. Antara kegiatan lain yang dijalankan oleh pihak keselamatan tajaan Abbas adalah melakukan soal siasat, menyerbu rumah yang disyaki dan lain-lain tindakan zalim.

sumber : COMES

penterjemah : Abu Awatif
Categories
Berita Semasa

HAMAS seru Eropah anggap Zionis pengganas.

Selasa , 23/02/2010 – HAMAS menyeru negara Kesatuan Eropah agar meletakkan regim Zionis dalam senarai negara pengganas tersusun, kerana ia mengancam keamanan dunia. Ia juga turut memberikan amaran terhadap sikap tidak peduli dan tidak mengambil berat terhadap pembunuhan Mahmoud al-Mabhouh seorang pimpinan HAMAS.

Pada hari Isnin (22/2), HAMAS dalam kenyataannya mengalu-alukan resolusi yang dikeluarkan oleh para menteri luar negara Kesatuan Eropah yang mengutuk penggunaan paspot negara mereka dalam pembunuhan tersebut. HAMAS menganggap itu adalah tindakan yang betul terhadap kekejaman Zionis, namun ia menyeru agar pendirian dan langkah yang lebih adil diambil bagi meletakkan negara Zionis sebagai sebuah negara penjenayah yang mesti dibicarakan di hadapan mahkamah-mahkamah antarabangsa.

Kenyataan itu juga menyeru semua pertubuhan masyarakat madani dan pertubuhan hak asasi manusia serta pertubuhan-pertubuhan undang-undang antarabangsa agar menghadapkan regim Zionis dan pimpinannya dari sudut undang-undang ke mahkamah dan dihukum sebagai penjenayah perang dan pengganas.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
Categories
Berita Semasa

HAMAS gesa negara Eropah bertindak menentang Netanyahu kerana Jenayah Dubai.

Selasa , 23/02/2010 – Jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri menyeru negara yang passport digunakan oleh agen Mossad pada operasi Dubai untuk di adili pelaku dan siapa yang memberi arahan terutama pemimpin Israeli Benjamin Netanyahu.

Pada sidang media, jurucakap Abu Zuhri mengatakan bahawa maklumat yang di dedahkan oleh Akhbar British Sunday Times berkenaan kelulusan oleh Netanyahu untuk membunuh Mahmoud Al-Mabhouh adalah konsisten dengan apa yang Pergerakannya katakan tentang kebertanggungjawaban Mossad’ pada jenayah itu.

Dia menyatakan bahawa Mossad tidak boleh melaksanakan arahan tanpa mendapat OK daripada pemimpin Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hasbullah
Categories
Berita Semasa

Mussa : Arab akan menyebelahi Lubnan jika diserang Israel.

Selasa , 23/02/2010 – “Jika serangan atau ancaman baru sedang dalam proses disediakan, mereka (Israel) tidak akan dapat lakukannya dengan mudah,” Mussa berkata selepas bermesyuarat dengan menteri luar Ali Shami. “Kami belajar daripada pelajaran 2006, dan kedudukan Arab adalah menyebelahi Lubnan.”

Mussa tidak menghuraikan apa yang dimaksudkan dengan pelajaran 2006 dan apa jaminan sokongan itu.

Israel melancarkan serangan pemusnahan udara, darat dan laut pada Lubnan pada julai 2006 setelah gerakan gerila Lubnan Hizbullah menangkap 2 askar rejim Zionis pada serangan merentas sempadan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hasbullah
Categories
Berita Semasa

Nizal menuduh Dahlan terlibat dalam pembunuhan al-Mabhouh.

Selasa, 23/02/2010 – Muhammad Nizal, seorang pimpinan HAMAS menuduh Muhammad Dahlan, pemimpin sayap revolusi gerakan Fatah terlibat dalam jenayah pembunuhan Mahmoud al-Mabhouh, pemimpin Briged al-Qassam yang dilaksanakan oleh agen perisikan Mossad Zionis di Dubai pada bulan lepas.

Nizal berkata dalam satu kenyataan kepada laman web al-Jazeera.net pada hari Khamis (18/2): 泥ua orang Palestin terlibat dalam operasi pembunuhan al-Mabhouh, yang turut serta bersama-sama dengan sekumpulan agen yang terdiri daripada 11 orang. Mereka berada di bawah agensi Mossad. Kedua-duanya ialah Ahmad Hasanain, bekas anggota agensi perisikan Palestin, dan Anwar Syuhaibir, bekas anggota badan yang dinamakan sebagai Badan Keselamatan Simpanan Palestin. Kedua-duanya bekerja di Dubai, di sebuah syarikat hartanah yang dimiliki oleh Muhammad Dahlan.

Seterusnya Nizal menjelaskan bahawa Hasanain dan Syuhaibir pernah bertugas dengan Pihak Keselamatan di Semenanjung Gaza dan kedua-duanya melarikan diri dari sana selepas penyelesaian ketenteraan pada tahun 2006.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Konvoi bantuan besar-besaran menuju Gaza melalui Turki pada April.

Selasa, 23/02/2010 – Yayasan Bantuan Kemanusian Turki (IHH) berkata bahawa pihaknya sedang melakukan persediaan besar-besaran untuk menghantar konvoi bantuan dengan 20 buah kapal dari pelabuhan Istanbul ke Semenanjung Gaza yang sedang dikepung, pada bulan depan.

Yayasan tersebut yang pernah terlibat dalam banyak konvoi bantuan ke Gaza menjelaskan bahawa kapal-kapal itu akan diisi dengan bahan-bahan keperluan penting kemanusiaan seperti bahan-bahan pembinaan dan perubatan.

Menurut mereka lagi, kapal-kapal lain dari US, Greece, Itali, Jerman, Malaysia dan Venezuela, menggambarkan tokoh-tokoh dari pelbagai negara dan aktivis kemanusiaan akan menyertai konvoi tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Tanah runtuh di Bandar Lama kerana penggalian.

Isnin , 22/02/2010 – Pada petang Ahad (21/2), berlaku tanah runtuh di kawasan pintu masuk pasar Khan al-Zeiyt di Bandar Lama al-Quds, sepanjang 2 meter panjang dan lebar, dengan satu meter kedalaman. Ia berlaku dengan sebab penggalian berterusan yang dilakukan oleh pihak Zionis di bawah Bandar Lama tersebut.

Syeikh Ikrimah Sabri, ketua Lembaga Tertinggi Islam dan khatib Masjid al-Aqsa berkata dalam satu kenyataan yang diberikan kepada Pusat Media Palestin pada hari Ahad (21/2/): “Kejadian tanah runtuh seperti ini berlaku akibat penggalian yang dilakukan pihak Zionis.” Beliau menegaskan Bandar Lama terdedah kepada beberapa kejadian tanah runtuh yang membahayakan akibat daripada penggalian tersebut.

Beliau juga mengatakan kebanyakan bangunan di Bandar Lama sudah usang, tidak mampu bertahan menghadapi kerja-kerja penggalian di bawahnya. Sebelum ini, beliau pernah memberikan amaran tentang bahaya tersebut tetapi langsung tidak diindahkan oleh pihak Zionis.

Seterusnya beliau menambah penggalian tersebut tidak akan dapat dihentikan melainkan dengan campurtangan dan pendirian tegas antarabangsa dan Arab agar Zionis memberhentikannya. Segala bentuk tekanan hendaklah dikenakan termasuk diplomatik, perdagangan dan ekonomi.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir
Categories
Berita Semasa

Pihak berkuasa haram Israel mengugut bekas tahanan penjara dengan kemuflisan.

Isnin , 22/02/2010 – Pihak berkuasa haram Israel mengancam para tahanan Palestin yang telah dibebaskan dengan kemuflisan, jika mereka terlibat dengan aktiviti anti-pencerobohan selepas dibebaskan dari penjara.

Pusat kajian tahanan penjara melaporkan pada Rabu lepas bahawa pihak berkuasa haram Israel merosakkan kegembiraan para tahanan yang dibebaskan melalui beberapa kaedah.

Tahanan-tahanan penjara berkata bahawa mereka yang dibebaskan dilarang meraikannya dengan rakan-rakan mereka yang belum dibebaskan dan dikurung bersendirian di tempat pengasingan selama 48 jam sebelum dibebaskan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa
Categories
Berita Semasa

British Independent: Mossad di sebalik pembunuhan Mabhouh.

Sabtu, 20/02/2010 – Akhbar British Independent mengesahkan bahawa semua maklumat yang didapati dalam kes pembunuhan pegawai kanan Hamas Mahmoud Al-Mabhouh di Dubai membuktikan penglibatan Mossad kerana cara pembunuhan tersebut secara terang ada tanda-tanda kerja Mossad yang melakukan pembunuhan secara profesional.

Categories
Berita Semasa

HAMAS nafi terlibat pembunuhan Mabhuh.

Sabtu, 20/02/2010 – Hamas menafi keras berkenaan keterlibatan salah seorang pimpinana HAMAS, nahru Mas’ud terlibat dalam kejadian pembunuhan Mabhuh. Dakwaan Zionis-Israel itu hanyalah rekaan yang cuba menutup cerita keterlibatan Mossad dalam kejadian itu.

Mossad mempunyai hubungkait yang kukuh kerana Mossad memang sudah diketahui umum mempunya akses dan pasport ke negara-negara Eropah.

Nahru Mas’ud merupakan antara pimpinan yang menubuhkan HAMAS.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen Arab berjanji melawat Gaza.

Sabtu, 20/02/2010 – Ahli parlimen Jamal Al-Khudari, pengerusi komiti anti kepungan yang popular, menyatakan ahli parlimen Arab yang baru selesai melawat Gaza Rabu lalu telah berjanji yang lawatan tersebut bukanlah yang terakhir.

Dia berkata, ketika menghantar pulang Ahli parlimen tersebut, bahawa lawatan mereka telah memberi semangat untuk menganjurkan beberapa lawatan susulan dan menghulurkan sokongan kepada perjuangan Palestin dan penduduknya.

Khudari menyatakan ahli parlimen yang menyertai lawatan itu kagum dengan ketabahan penduduk Palestin walaupun ditimpa kesengsaraan dan kesakitan. Mereka juga tersentuh melihatkan keadaan anak-anak para syuhadah dan tahanan, beliau menambah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil

Categories
Berita Semasa

Mishaal: Saatnya untuk membela pembunuhan Mabhouh.

Sabtu, 20/02/2010 – Rabu lalu, Khaled Mishaal selaku ketua biro politik Hamas, telah menekankan bahawa sudah waktunya untuk membela pembunuhan Mahmoud Al-Mabhouh dan meluahkan keyakinan beliau tentang kemampuan Briged Al-Qassam untuk memenuhi janji dalam hal ini.

Dalam ucapan yang disiarkan ditelevisyen sempena upacara penghargaan untuk Mabhouh yang diadakan di Gaza, Mishal mendesak sayap bersenjata Briged Al-Qassam Hamas untuk menukar ancaman pembunuhan mereka sebagai satu kenyataan.

Beliau juga menyatakan penghargaan terhadap usaha kreatif yang dilakukan oleh polis Dubai dalam mendedahkan jenayah secara ditil dan dan menyeru mereka untuk melibatkan Hamas dalam siasatan melalui kapasitinya sebagai korban mangsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez

Categories
Berita Semasa

Ahli politik Inggeris Jenny Tonge dikorbankan (lagi) untuk memenangkan Zionis.

Jumaat, 19/02/2010 –Stuart Littlewood menunjukkan sikap hipokrit Parti Liberal Demokratik Britain dimana pemimpinnya buat kali ke dua , menunjukkan penghinaan bagi prinsip ‘ loftily-worded’ dengan memecat satu ahli politik berprinsip untuk memuaskan pelobi Zionis.

Ia adalah tamparan bagi kebebasan suara ahli Parlimen Baroness Jenny Tonge, rakan baik bagi orang Palestin bertahun-tahun, telah dikianati oleh rakan partinya dan dipecat.

Jenny Tonge mengulas dengan berani tuduhan yang berkitar di media mengenai Israel mengambil organ manusia ketika operasi menyelamat di Haiti. Untuk mengelakkan daripada tuduhan ini berterusan, katanya, “IDF [Pasukan Pertahanan Israel] dan Persatuan Perubatan Israeli perlu menubuhkan siasatan bebas untuk membersihkan nama pasukan itu di Haiti.”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah