Rabu, 17-11-2021 – Regim Zionis Israel (IOA) pada hari Ahad menyampaikan arahan pemberhentian kerja-kerja terhadap sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan di kampung Artas, selatan Bethlehem.
Aktivis Palestin, Sameer Abu Sawi berkata, tentera Israel menyerbu kawasan timur kawasan Umm Rukba di kampung itu dan menyerahkan Ismail Awad notis mengarahkannya berhenti membina rumah dua tingkat untuk keluarganya.
Tambahnya, tentera turut merampas pam konkrit dan mesin pembancuh sebagai tindakan menghukum pemiliknya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor syuhada
Rabu, 17-11-2021 – Ketua Jawatankuasa Qatar untuk Pembinaan Semula Gaza, Duta Besar Muhammad Al-Emadi, mengumumkan bahawa bantuan tunai akan disalurkan kepada keluarga miskin dan pihak yang memerlukannya di Semenanjung Gaza mulai esok Selasa melalui badan Persatuan Bangsa-Bangsa (PBB).
Duta Besar Al-Emadi mengatakan dalam keterangan bertulis Ienin (15/11) yang dimuat di web rasmi Jawatankuasa Qatar, “Proses penyaluran bantuan tunai kepada keluarga yang memerlukan di Semenanjung Gaza akan dimulai pada Selasa, bekerja sama dengan Dana Qatar untuk Pembangunan.”Beliau menjelaskan bahawa bantuan tunai akan diberikan kepada sekitar 95,000 keluarga yang memerlukan di Semenanjung Gaza sebanyak $100 per keluarga.
Duta Besar Al Emadi menjelaskan bahawa proses pengedaran akan dilakukan melalui pihak PBB dan melalui pusat pengedaran yang telah dikenalpasti di Semenanjung Gaza. Sekitar 300 pusat pengedaran akan beroperasi selama sekitar 10 hari.
Pada 19 ogos, Jawatankuasa Qatar untuk Pembinaan Semula Semenanjung Gaza menandatangani nota kesefahaman dengan PBB untuk mengedarkan hibah tunai Negara Qatar kepada 100,000 keluarga miskin di Semenanjung Gaza setiap bulan mulai September 2021.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Rabu, 17-11-2021 – Berpuluh penceroboh Yahudi pada pagi hari Isnin mencemari masjid al-Aqsa di bawah iringan polis. Menurut sumber tempatan, sekurang-kurangnya 85 orang penceroboh masuk ke dalam masjid tersebut di dalam beberapa kumpulan melalui pintu Maghariba dan melawat halamannya.
Di kalangan penceroboh tersebut adalah kumpulan pelampau yang digelar Wanita Untuk Kuil, di mana ahlinya menghasut pemusnahan masjid al-Aqsa.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Selasa, 16-11-2021 – Jawatankuasa Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin menyatakan bahawa tahanan Ayyad al-Harimi, 34 tahun dari Bethlehem, telah mogok lapar selama 49 hari sebagai bantahan ke atas penahanan beliau tanpa bicara.
Menurut peguam Suruhanjaya, Harimi baru-baru ini dipindahkan dari penjara Ramlake penjara Ofer, di mana beliau ditahan di bilik yang kotor dan dicemari lipas.
Harimi tidak diberikan sebarang vitamin dan rawatan perubatan sejak beliau mula mogok lapar.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 16-11-2021 – Peneroka haram Yahudi melepaskan tembakan ke arah petani Palestin ketika mereka menuai buah zaitun di ladang mereka di Khallet al-Dabe’h , selatan al-Khalil pada rabu malam. Empat petani, termasuk seorang warga emas telah terkena tembakan di kaki manakala yang lain telah cedera akibat serangan senjata api. Keganasan peneroka haram ke atas rakyat Palestin dan harta benda Palestin adalah tindakan rutin dan tidak di ambil tindakan oleh pihak rejim Zionis Israel.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Selasa, 16-11-2021 – Wakil Ketua Biro Politik Hamas, Syekh Saleh Al-Arouri, menyampaikan ucapan belasungkawa kepada rakyat Palestin dan bangsa Arab dan Islam atas kematian pemimpin pejuang nasional Palestin Wasfi Qabha, yang meninggal di Jenin hari ini, Khamis.
Melalui panggilan telefon dengan keluarganya, Al-Arouri menyampaikan belasungkawa. “Hari ini kita kehilangan seorang pemimpin patriotik yang telah meninggalkan jejaknya dalam perjuangan nasional, medan jihad dan inkubator pendidikan.”
Al-Arouri menambah, Abu Osama (panggilan Wasfi Qabha) tetap menjadi simbol dan pemimpin Hamas, yang memberikan komitmen di jalan perjuangan menghadapi penjajah Israel dan memiliki keistimeewaan dalam bekerja untuk para tahanan walaupun dalam keadaan sakit.
Al-Arouri juga mengingatkan tentang ketabahan almarhum dalam menghadapai isu nasional, semangat patriotik dan persatuan serta perhatiannya yang terus-menerus untuk menyatukan barisan rakyat kita.
Al-Arouri mengatakan, “Kami menyampaikan belasungkawa kepada diri kami sendiri, putera-putera dan keluarganya, orang-orang kami pada umumnya dan warga gabenor Jenin secara khususnya.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Selasa, 16-11-2021 – Pihak berkuasa Israel pada petang hari Isnib memaksa seorang warga Palestin untuk meruntuhkan rumahnya sendiri di bandar Qalansuwa di daerah tengah Israel (Palestin yang diduduki 1948) atas alasan dibina tanpa lesen.
Rumah satu tingkat itu terletak di kawasan lapang Qalansuwa dan dimiliki oleh Abdul-Aziz Zabarqa. Pihak berkuasa Israel mendakwa bahawa rumah itu melanggar pelan zon dan dibina tanpa lesen
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Selasa, 16-11-2021 – Khalil al-Hayya, ketua Pejabat Hubungan Arab dan Islam Hamas, berkata bahawa pejuang Palestin tiada pilihan selain dari menculik tentera rejim sebagai pertukaran dengan tahanan.
“Kami berurusan secara berasingan dalam isu pertukaran tahanan, gencatan senjata dan pembinaan semula Gaza. Kami telah memberitahu semua pihak dan pemudahcara,” Hayaa berkata kepada rangkaian satelit al-Jazeera pada Isnin.
Beliau memberi amaran yang akan berlaku satu lagi penentangan terhadap rejim sebarang musibah menimpa Masjid Aqsa, Sheikh Jarrah atau para tahanan yang mogok lapar.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Jumaat, 12-11-2021 – Puluhan peneroka Yahudi yang dikawal oleh pasukan polis mencemari Masjid Al-Aqsa di Jerusalem pada pagi Rabu.
Menurut sumber setempat, sekurang-kurangnya 69 orang peneroka memasuki Masjid melalui Pintu al-Maghariba dan mengelilingi halamannya di bawah perlindungan polis.
Ketika lawatan mereka di tanah suci Islam itu, para peneroka mendengar ceramah dari rabbi mengenai Temple Mount dan sebilangan dari mereka melakukan provokasi sembahyang Talmud.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Jumaat, 12-11-2021 – Seruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestine berkata, banduan Ayyad al-Harimi berusia 34 tahun yang berasal dari Bethlehem telah melakukan mogok lapar selama 49 hari sebagai tanda protes kepada pihak pentadbiran atas penahanannya.
Menurut peguam suruhanjaya, baru-baru ini banduan Harimi telah dipindahkan dari penjara Ramla ke penjara Ofer, di mana beliau kini ditahan di dalam sel penjara yang kotor dan dipenuhi dengan lipas.
Banduan ini juga tidak diberikan sebarang vitamin dan makanan tambahan bahkan tiada sebarang pemeriksaan kesihatan dilakukan semenjak beliau memulakan mogok la[ar tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Shuhada Sayuti
Jumaat, 12-11-2021 – Pejuang perlawanan Palestin melancarkan tembakan ke sebuah trak pengangkut gas Israel berdekatan Hebron Tebing Barat.
Sejumlah media Israel mengatakan, serangan tembakan trak pengangkut gas ke kelompok Yahudi di penempatan Kuriet Arba.
Disebutkan bahawa penembak berjaya melarikan diri, sementara itu pasukan Israel segera ke lokasi kejadian.
Video kejadian dikeluarkan sejumlah media Israel yang menunjukkan trak pengangkut gas menjadi sasaran tembakan.Bekas tembakan kelihatan di bahagian pintu hadapan.
Sementara itu, seorang wanita warga emas Palestin (74) mengalami kedcederaan, akibat ditembak di kota Nazaret wilayah Palestin 48 terjajah.
Pihak polis Israel menyebutkan wanita tersebut mengalami kecederaan ketika berada di rumahnya, kemudian dirujuk ke klinik Rambam Kota Haifa, untuk mendapatkan rawatan.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Jumaat, 12-11-2021 – Tempoh tahanan pentadbiran banduan warga Palestin Alaa al-Araj dilanjutkan sehingga hari Khamis akan datang walaupun tahap kesihatannya merosot semasa beliau meneruskan mogok lapar untuk hari ke-94.
Isteri Al-Araj mengesahkan bahawa suaminya telah dipanggil untuk siasatan pada minggu lepas walaupun tidak mampu bergerak kerana keadaan kesihatannya yang kritikal.
Beliau seterusnya menegaskan bahawa suaminya akan meneruskan mogok lapar sehingga penahanannya ditamatkan tanpa didakwa atau dibicara.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Jumaat, 12-11-2021 – Regim Zionis Israel (IOF) pada hari Isnin menghantar arahan berhenti kerja terhadap beberapa rumah di Masafer Yatta, selatan al-Khalil, sebagai permulaan untuk merobohkannya kemudian.
Menurut sumber tempatan, penduduk tempatan di kawasan berbeza Masafer Yatta menerima arahan berhenti kerja terhadap tujuh rumah dengan alasan pembinaan tidak berlesen.
Rumah-rumah tersebut terletak di kawasan at-Tuwani dan Irfaiya di Masafer Yatta.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor Syuhada
Khamis, 11-11-2021 – Tentera rejim zionis (IOF) pada Isnin menghantar arahan menghentikan kerja ke atas sembilan kediaman warga Palestin di selatan Qalqilya.
Menurut sumber tempatan, warga Palestin menerima notis ketenteraan mengarahkan mereka berhenti membina sembilan rumah di Arab al-Ramadin dan Abu Farda, yang terletak di belakang tembok pemisah.
Tentera rejim memberi alasan yang tindakan itu dilakukan kerana rumah-rumah itu terletak di Kawasan C di Tebing Barat yang di bawah kawalannya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Khamis, 11-11-2021 – Pertubuhan Kempen Global untuk Kembali ke Palestin (Global Campaign to Return to Palestin / GCRP) telah melancarkan kempen solidariti antarabangsa pada hari Isnin lalu sebagai menyokong tahanan Palestin di penjara Israel yang sedang melancarkan mogok lapar.
Kempen itu menggesa agar diadakan mogok lapar sehari secara beramai-ramai pada hari Selasa untuk menunjukkan sokongan kepada banduan yang sedang mogok, selepas mereka menunjukkan kemerosotan kesihatan yang serius.
Kempen itu menyeru mereka yang terlibat dalam mogok lapar sehari itu untuk berkongsi pengalaman mereka di media sosial di bawah hashtag #TheBattleOfEmptyStomach dan berkongsi gambar mereka dengan slogan “Lapar untuk Kebebasan”.
Enam banduan Palestin telah melancarkan mogok lapar untuk tempoh yang berbeza sebagai bantahan terhadap penahanan secara pentadbiran mereka.
Mereka adalah Kayed al-Fasfous, Alaa al-Araj, Miqdad al-Qawasmeh, Hisham Abu Hawash, Ayyad al-Harimi dan Louay al-Ashqar.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul