Categories
Berita Semasa

Asad dan Erdogan: Israel akan membayar harganya

Rabu, 09/06/2010 – Sekali lagi, Presiden Syria, Bashar al-Asad dan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengutuk serangan yang dilakukan rejim Zionis terhadap flotilla kebebasan yang suba belayar ke Genting Gaza bagi memecahkan kepungan yang zalim. Mereka menganggap serangan tersebut sebagai sebahagian daripada sifat permusuhan Zionis dan Zionis akan membayar harga darah yang telah ditumpahkan.

Dalam sidang akhbar yang menghimpunkan kedua-dua pemimpin tersebut pada hari Isnin (7/6) di Ankara, Presiden Asad menegaskan bahawa serangan Zionis itu adalah satu jenayah besar dan ia adalah tindakan membunuh terhadap para aktivis yang dilakukan dengan penuh perancangan yang rapi.

Asad juga memperlihatkan solidariti bangsa Arab Syria dengan saudara mereka bangsa Turki yang kehilangan para aktivis dalam kejadian serangan Zionis terhadap flotilla ‘kebebasan’. Beliau berkata: “Para syuhada’ tersebut tempat mereka adalah di syurga. Perasaan kami ketika kehilangan mereka, sama dengan perasaan kami ketika kehilangan mana-mana warga Syria, Palestin atau Arab yang lain.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Erdogan Rancang Lawat Gaza

Rabu, 09/06/2010 – Akhbar “masa depan” Lubnan mengatakan hari ini bahawa Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan sedang memikirkan untuk melawat Gaza untuk mematahkan sekatan yang dikenakan oleh tentera rejim Zionis.

Surat khabar itu menyebarkan maklumat dari sumber yang dipercayai dari Turki, bahawa Erdogan menyakinkan kerajaan Amerika bahawa dia membuat permintaan dari Tentera Laut Turki untuk mengawal setiap armada kapal yang siap untuk pergi ke Gaza, tapi para pegawai Amerika telah memintanya untuk menunggu dan mengkaji dengan sedalamnya.

Kerajaan Turki berada di bawah tekanan rakyat dan politik untuk membatalkan perjanjian ketenteraan dengan Israel. Namun, tentera Turki menentangnya. Dalam apa yang dianggap sebagai peningkatan belum pernah terjadi sebelumnya dari bahasa Turki dalam proses memainkan-lengan dengan Israel, Erdogan di sebuah festival popular di bandar Konya, terletak di Anatolia pusat, berkata bahawa “nasib Baitulmuqaddis ini berkaitan dengan nasib Istanbul dan bahawa nasib Gaza berkaitan dengan nasib Ankara “, dan bersumpah untuk memberikan Turki dan Palestin hak-hak mereka, walaupun jika dunia meninggalkan mereka.

Pandangan dari perkembangan ini datang dalam konteks konfrontasi terbuka antara Turki dan Israel dalam serangan armada kebebasan ke Gaza diikuti dengan gelombang protes dan kutukan besar di dunia.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Hebron diserang rejim Zionis semalam

Rabu, 09/06/2010 – Tentera Zionis Israel (IOF) semalam telah  menyerbu bandar Ezna di sebelah barat Hebron, Tebing Barat dan membina dua penghadang di pintu masuk utama bandar.

“Pasukan Israel menyerang bandar Ezna waktu subuh dan berkeliaran di jalanraya, namun tiada tangkapan dilaporkan” sumber keselamatan kepada agensi berita Safa.

IOF telah membina dua penghadang di dua pintu masuk Hebron. Mereka mendirikan penghadang di pintu masuk kota Halhoul, manakala satu lagi di sebelahnya.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tentera laut Israel membunuh empat rakyat Palestin di laut

Rabu, 09/06/2010 – Empat rakyat Palestin telah terbuinuh seawal pagi Isnin bila mana bot yang dinaiki mereka telah ditembak oleh tentera laut Israel berhampiran Perlabuhan Gaza.

Bot tersebut telah diserang oleh bot bersenjata Israel di laut Al-Zahra, mengikut sumber dari Palestin.

Pengarah Perkhidmatan Kecemasan Hospital Al-Shefa, Dr. Muawiya Hassanein berkata, para syuhada tersebut adalah Hamed Thabet, 20, Ibrahem Al-Wahidi, 25, Mohammed Quider, 34, dan Fayez Al-Firi, 21.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : bob

Categories
Berita Semasa

Jangan ketinggalan program malam esok bersama sukarelawan Gaza.

Tentatif

8.00 – 8.45 mlm Pendaftaran

8.45 – 9.00 mlm Ucapan pembukaan: Pengerusi Majlis

9.00 – 9.15 mlm Viva Palestine

9.15 – 9.30 mlm PACE

9.30 – 9.45 mlm Haluan Palestin

9.45 – 10.00 mlm Nasyid and Multimedia

10.00 – 10.15 mlm Christian Society

10.15 – 10.30 mlm Shah Alam Parliamentarian

10.30 – 10.45 mlm Global Peace Malaysia

10.45 – 11.15 mlm Personal Testimony

11.15 – 11.30 mlm Nasyid & Closing

Program sepanjang Ceramah : • Kaunter

• Edaran

• Tapak Jualan

Categories
Foto/Video/Muzik

(Video) Parlimen Israel Kecoh !

Categories
Foto/Video/Muzik

Temubual Al Jazeera bersama aktivis Ken O’Keefe atas dakwaan Israel terhadapnya.

Categories
Berita Semasa

AS menyokong tragedi pembunuhan kejam armada kebebasan

Selasa, 08/06/2010 – Amerika Syarikat menganggapkan tindakan Israel melakukan pembunuhan secara kejam baru-baru ini terhadap para aktivis yang berada di atas kapal armada kebebasan, yang cuba belayar ke Gaza untuk memberikan bantuan kemanusiaan, adalah sebagai tindakan untuk mempertahankan hak mereka dan menjaga “keselamatan Israel”.

Joseph Biden, Naib Presiden Amerika, telah berkata dalam sebuah wawancara televisyen bahawa “ Israel “memiliki hak penuh dalam menahan dan memeriksa kapal yang menuju ke Gaza. Beliau menambah lagi bahawa : “Israel tidak mengetahui (sebenarnya) muatan kapal yang menuju ke Gaza tersebut yang telah dilancarkan roket keatasnya”.

Joseph Biden menegaskan lagi bahawa armada kebebasan perlu bertanggungjawab atas kesalahan mereka sendiri kerana tidak mematuhi atau mendengar kehendak Zionis supaya armada menukar pendirian mereka dan memberi peluang kepada “kerajaan” Zionis atau kebenaran supaya menguruskan bantuan kemanusiaan dengan (pihak rejim Zionis) membawa sendiri kapal konvoi tersebut ke Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Israel bertindak ala ‘lanun’

Ahad, 06/06/2010 – Seorang aktivis Ireland yang ditahan oleh Zionis-Israel dalam operasi komando pada armada bantuan pada Isnin lalu, menuduh regim terbabit melaksanakan suatu tindakan lanun. Mereka juga menuntut Israel menghapuskan kepungan yang menimbulkan kontroversi dan membenarkan kapal MV Ireland Rachel Corrie untuk memberikan bantuan ke Gaza.

Sewaktu menceritakan saat-saat tragik Challenger 1 diserang, beliau mengatakan kapal itu dikelilingi oleh kapal yang diwarna hitam dan helikopter sebelum serangandilancarkan dalam jarak dekat dengan senjata bius dan peluru paintball bertenaga tinggi. “Saya tidak akan menyebut mereka tentera, mereka adalah pengganas,” kata aktivis berumur 36 tahun itu. “Mereka menyerang kami di perairan antarabangsa dan itu adalah tindakan jelas seperti lanun di perairan antarabangsa pada armada keamanan ..”

Shane Dillon mendarat di Lapangan Terbang Dublin pada Selasa malam dan masih memakai T-shirt hijau dan yang robek sewaktu serangan pada Isnin pagi itu, dan beliau menambah dengan nada marah bahawa tidak ada senjata yang dibawa aktivis di atas kapal tersebut. Dia meminta kerajaan Ireland untuk merujuk insiden ini kepada Pusat Laporan Rampasan (PRC) di Kuala Lumpur dan permintaan Rachel Corrie diberikan kebenaran masuk ke Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  mujaheed929

Categories
Berita Semasa

Kapal Ireland mohon bantuan PBB untuk sampai ke Gaza

Sabtu, 05/06/2010 – Menurut aktivis yang berkata pada Khamis lepas, sebuah kapal Ireland dijangka akan berlabuh di Gaza pada hujung minggu ini. Mereka telah memohon bantuan PBB untuk memastikan keselamatan pelayaran mereka selepas rejim Zionis menghentikan satu konvoi kapal bantuan dalam pertempuran yang mengorbankan beberapa orang awam baru-baru ini.

Kapal, yang diberi nama MV Rachel Corrie akan membawa 15 orang penumpang termasuk seorang pemenang anugeral Nobel dan seorang bekas pegawai tertinggi PBB. Kapal itu sekarang ini berada kira-kira 250 batu (400 km) dari tempat di mana 6 buah kapal bantuan Gaza diserang tentera rejim Zionis sehingga mengorbankan 9 orang awam.

“Kami ingin menekankan di sini bahawa matlamat kami bukannya untuk membuat provokasi tetapi hanya untuk menghantar kargo-kargo bantuan ke Gaza,” kata bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Denis Halliday. Kenyataan beliau disiarkan oleh Kempen Ireland untuk Pembebasan Palestin (IPSC).

“Kami menyeru PBB untuk memeriksa kargo bantuan kami dan mengiringi kami ke Gaza, serta menghantar seorang perwakilan dari PBB untuk bersama-sama belayar dengan kami sebelum memasuki zon pengecualian,” katanya lagi.

sumber : Yahoo! News
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Abbas tetap mahu berunding

Sabtu, 05/06/2010 – Penasihat Hal Ehwal Antarabangsa Mahmoud Abbas, Presiden Palestin (yang sudah tamat tempoh perlantikannya), mempertahankan keputusan pihak berkuasa Fatah untuk meneruskan rundingan dengan regim Zionis, sekalipun pembunuhan yang dilakukan terhadap aktivis pro Palestin yang berada di atas flotilla kebebasan.

Abdullah al-Ifrinji, anggota Jawatankuasa Pusat Fatah menyifatkan tuntutan agar menghentikan rundingan tidak langsung dengan regim Zionis setelah berlaku pembunuhan menggerunkan itu, sebagai tuntutan yang tidak akan mendatangkan apa-apa faedah. Beliau juga mendakwa bahawa rundingan-rundingan yang dijalankan sebelum ini adalah dengan pihak Amerika, bukan dengan pihak Israel.

Beliau menjelaskan dalam kenyataan yang diberikan kepada al-Quds Press bahawa tuntutan memberhentikan rundingan-rundingan tidak langsung tidak akan mendatangkan kebaikan kepada tuntutan mempertanggungjawabkan Israel sepenuhnya terhadap jenayah yang dilakukannya terhadap flotilla kebebasan yang bertujuan memecahkan kepungan terhadap semenanjung Gaza. Beliau juga berkata: “Kami sehingga kini hanya melakukan rundingan dengan pihak Amerika, bukan dengan Israel. Kami tidak mahu memberi alasan untuk Israel melarikan diri daripada bertanggungjawab sepenuhnya terhadap jenayah yang dilakukannya.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Netanyahu Pertahan Kepungan Gaza, Serangan Armada

Sabtu, 05/06/2010 – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada hari Rabu menolak kecaman antarabangsa atas serangan maut terhadap Armada Bebas Gaza yang membawa bantuan ke Gaza dan menyatakan bahawa pengepungan Jaluran Gaza ” diperlukan untuk mencegah serangan peluru berpandu terhadap Tel Aviv dan Yerusalem “.

“Israel adalah mangsa serangan kemunafikan antarabangsa,” katanya di tengah panggilan untuk membatalkan kepungan Israel di Gaza. Dia juga membela serangan maut hari Isnin terhadap armada tersebut yang berusaha untuk memberikan bantuan ke Gaza.

“Ini bukan ‘Kapal Cinta’,” “Itu adalah kapal benci” kata Netanyahu dalam satu penyampaian kepada rakyat Israel, merujuk kepada kapal yang diserang oleh komando yang menyebabkan kematian sejumlah aktivis.

“Ideanya adalah untuk memecahkan kepungan laut. Apakah itu, puluhan, ratusan kapal akan datang kemudian, dan di setiap kapal ratusan roket, peluru berpandu dapat dibawa,” katanya.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Kemarahan bergema di Kota London.

Sabtu, 05/06/2010 – Penduduk Britain yang prihatin dan marah dengan kekejaman tentera rejim Israel merancang mengadakan demonstrasi besar-besaran di tengah-tengah kota London pada 5 Jun 2010. Emosi para aktivis pro-Palestine serta rakyat kebanyakan semakin membara berikutan kedegilan pihak berkuasa Israel yang masih menyekat kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza serta pembunuhan kejam para aktivis keamanan di atas kapal Marvi Marmara baru-baru ini.

Pihak yang telibat dalam penganjuran demonstrasi ini adalah Friend of Al-Aqsa, British Muslim Initiative, Viva Palestina, Stop The War Coalition, CND dan Palestine Solidarity Campaign (PSC). Pertubuhan-pertubuhan ini adalah enam organisasi pro-Palestine yang terbesar di Britain.

Betty Hunter, Ketua Setiausaha PSC berkata, “Tindakan tidak bertamadun dan kejam tentera rejim Israel telah membangkitkan kemarahan rata-rata rakyat Britain untuk keluar menunjukkan penentangan mereka ke atas tindakan kerajaan Israel itu. Demonstrasi ini juga akan memberi peluang kepada semua orang untuk menunjukkan rasa tidak puas hati dan marah mereka ke atas pembunuhan kejam aktivis yang tidak bersalah dan sekatan haram ke atas Gaza.

Kata Lindsey German dari Stop The War Coalition, “Apa yang boleh kita pelajari dari kejadian baru-baru ini adalah, penggunaan kekerasan ketenteraan yang keterlaluan tidak mungkin sama sekali boleh membawa kepada keamanan atau keadilan. Tindakan tentera rejim Israel membunuh aktivis keamanan yang tidak bersalah serta melalukan sekatan haram ke atas Gaza hanya akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak lagi keganasan. Hanya satu solusi untuk permasaalahan ini iaitu bumi Palestine mesti dibebaskan!.” Stop the War Coalition adalah organisasi anti peperangan yang terbesar di Britain.

Selain itu CND, organisasi yang paling lantang mengkritik keupayaan nuklear kerajaan Israel dan penggunaan kekerasan melampau oleh kerajaan Israel terhadap penduduk Palestine, berkata melalui pengerusinya, Kate Hudson:

“Penghalang utama keamanan dan kestabilan di Timur Tengah adalah keengganan kerajaan Israel melucutkan keupayaan persenjataan nuklear mereka. Ini boleh mengakibatkan berlaku perlumbaan persenjataan nuklear dan kegagalan kerajaan Israel menyelesaikan konflik di Palestine secara aman akan memburukkan lagi keadaan di sini.”

Dalam pada itu, menurut British Muslim Initiative, “Pembunuhan kejam aktivis kemanusiaan yang berlaku di perairan antarabangsa baru-baru ini merupakan satu jenayah perang. Justeru itu, rejim penjenayah perang Israel mestilah dikenakan tindakan yang sama seperti yang pernah dilakukan oleh masyarakat dunia terhadap rejim Apartheid di Afrika Selatan satu masa dahulu. Kami mendesak mereka yang bertanggungjawab di atas jenayah perang ini dihadapkan ke muka keadilan secepat mungkin!.” British Muslim Initiative adalah organisasi bebas di Britain yang menyuarakan pandangan masyarakat Islam di sini.

Sementara itu, jurucakap dari Viva Palestina di laporkan berkata, “Serangan Israel ke atas flotilla bantuan kemanusiaan baru-baru ini adalah pembunuhan berdarah yang sangat kejam seperti mana kejadian pembunuhan yang berlaku di Soweto dan Sharpville. Penindasan, serangan dan kekejaman ke atas Gaza mesti dihentikan!.” Viva Palestina adalah organisasi yang telah berjaya membawa masuk bertan-tan bantuan kemanusian ke Gaza melalui jalan darat sebelum ini. Ia menyokong penuh usaha demonstrasi yang akan di adakan pada hari sabtu nanti.

Akhir sekali, Ismael Patel, Pengerusi Friend of Al-Aqsa berkata, “Serangan ke atas kapal Marvi Marmara adalah sangat kejam dan masyarakat dunia bertanggungjawab memberikan keadilan kepada mereka yang terkorban dan cedera dalam kejadian ngeri itu. Kami menyeru kerajaan Britain mengetuai usaha murni ini.”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ahmad rusydan

Categories
Berita Semasa

Israel Bebaskan Syeikh Raed Shalah dan rakan-rakan

Sabtu, 05/06/2010 – Polisi Zionis Israel mengumumkan pihaknya akan membebaskan Syeikh Raed Salah dan rakan-rakan yang ditahan oleh Zionis. Keputusan ini diputuskan oleh mahkamah rayuan di Eskolan. Sebelum ini mahkamah agung Israel telah mendakwa semua tahanan Palestin merancang untuk melakukan serangan ke atas Zionis Israel.

Di luar mahkamah, aktivis-aktivis gerakan Islam telah memenuhi kawasan itu bagi menyambut Syeih Raed. Di dapati juga rakyat Yahudi yang berhimpun dan mengutuk keputusan mahkamah itu.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Ecuador mengeluarkan Duta Besarnya Dari Israel

Sabtu, 05/06/2010 – Ketua Negara Ecuador, Rafael Correa, menyatakan bahawa beliau mengeluarkan Duta Besar negaranya dari “Israel” sebagai tanda protes terhadap pembunuhan yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap insan-insan tidak berdosa yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Presiden Correa berkata: “Duta Negara harus segera meninggalkan Tel Aviv, sebagai protes atas serangan terhadap armada kebebasan, yang menyebabkan pembunuhan dan mencederakan orang awam. Nicaragua memutuskan pada hari Rabu lalu untuk membekukan hubungan diplomatik dengan Israel.

Menurut jurucakap Presiden Daniel Ortega: “Nicaragua menghentikan hubungan diplomatik dengan kerajaan haram Israel berkuatkuasa serta merta”.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  nurul