Categories
Berita Semasa

Menteri Luar Britain: Passport Britain milik pembunuh Mabhouh adalah palsu.

Khamis , 18/02/2010 – Menteri Luar Britain mengumumkan Rabu lalu bahawa pasport Britain yang digunakan pembunuh upahan dalam pembunuhan pemimpin Hamas itu di kota Dubai adalah palsu, sambil menambah yang mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa di Dubai dalam menangani perkara tersebut.

“Kami tahu ada enam nama menggunakan pasport Britain, tetapi kita percaya pasport tersebut telah dipalsukan, dan kita telah memulakan siasatan sendiri, dan menawarkan bantuan untuk pihak berkuasa Dubai dalam siasatan tersebut”, menurut AFP yang memetik dari jurucakap kementerian itu.

Sumber politik Britain memberitahu akhbar Daily Telegraph Selasa lalu bahawa pasukan perisikan Mossad Israel menjadi dalang di sebalik pembunuhan Mabhouh yang menggunakan pasport Ireland, tetapi jurucakap Kementerian Luar Ireland menyatakan maklumat terperinci pasport Ireland bagi tiga suspek mendedahkan ianya pasport palsu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil

Categories
Berita Semasa

Penjajah Israel mahu rampas tanah milik orang Arab untuk tempat letak kereta.

Khamis , 18/02/2010 – Penjajah Israel yang menguasai majlis perbandaran Jerusalam bercadang untuk merampas tanah milik orang Arab di Sheikh Jarrah untuk membina tempat letak kereta.

Sumber tempatan dalam majlis perbandaran tersebut mengatakan ini merupakan satu lagi tindakan untuk mengyahudikan keseluruhan kawasan kejiranan Arab di mana di samping tempat letak kereta, sebuah hotel akan turut dibina bagi kemudahan pengunjung yahudi yang melawat tapak agama mereka.

Mereka akan memberi pampasan terhadap tanah tersebut namun pemiliknya orang Palestin tidak bersetuju untuk tindakan tersebut dan akan menentang menggunakan saluran undang-undang. Seorang ahli majlis perbandaran Meir Margalit dari pergerakan Meretz berkata tindakan itu hanyalah antara langkah untuk mengyahudikan kawasan Jerusalam memandangkan alasan yang diberi tidak boleh diterima pakai kerana hanya setahun sekali akan menyaksikan kebanjiran pengunjung ke tempat tersebut. Ianya adalah alasan rekaan untuk menghalalkan tindakan tidak berperikemanusiaan mereka seperti biasa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous

Categories
Berita Semasa

TV Al-Aqsa kecam hukuman kepada Abu Zaid.

Khamis , 18/02/2010 – Stesen TV Al-Aqsa menganggap keputusan mahkamah terhadap wartawan Thariq Abu Zaid sebagai kezaliman dan tidak adil. Dengan menghukum wartawan yang menjalankan tugas menampakkan kejahatan Zionis-Israel. Sebelum itu, pihak tentera Zionis-Israel telah menjatuhkan hukuman penjara 1 tahun ke atas Thariq.

TV Al Aqsa menggesa mahkamah di Ramallah itu menilai semula keputusan dan menyeru semua pihak termasuk pihak hak asasi manusia mengecam tindakan Zionis-Israel bagi melindungi para wartawan yang bertugas.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Sekarang masa menunaikan janji.

Khamis , 18/02/2010 – Khaled Mesh’al, ketua Biro Politik HAMAS menegaskan bahawa waktu memberikan ugutan dan ancaman telah berakhir, tetapi sekarang tibalah masa untuk bekerja dan bertindak atas pembunuhan terhadap seorang pimpinan HAMAS Mahmoud al-Mabhouh. Beliau juga percaya kepada kemampuan Briged al-Qassam untuk menunaikan janji dan daya inovasi dan kreativitinya dalam perkara tersebut.

Mesh’al berkata dalam satu kenyataan yang disiarkan melalui telivisyen secara langsung semasa majlis memperingati kematian al-Syahid Mahmoud al-Mabhouh di selatan Semenanjung Gaza pada hari Rabu (17/2) dengan tema ‘Janji pahlawan’: “Masa memberikan ugutan dan ancaman serta bercakap tentang membalas dendam telah berakhir. Hari ini ialah hari bekerja. Saya menyeru seluruh sahabat saya agar tidak lagi bercakap tentang membalas dendam atau berjanji untuk melakukannya. Itu telah kita lakukan. Hari ini ialah hari kita melaksanakannya. Saya percaya terhadap kemampuan anda dan kreativiti dan inovasi anda dalam melaksanakannya, wahai Briged al-Qassam. Maka bertawakkal kamu kepada Allah.”

Beliau juga menghargai usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan Emiriah Arab Bersatu dan Polis Dubai dalam rangka melakukan siasatan terhadap jenayah yang berlaku. Beliau juga menuntut agar langkah seterusnya hendaklah diambil serta membawa HAMAS turut serta dalam proses tersebut kerana HAMAS adalah pihak yang berkepentingan secara langsung dalam kes tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Masalah kuasa mengakibatkan musim sejuk dan gelap di Semenanjung Gaza.

Khamis , 18/02/2010 – Penduduk Tebing Gaza yang terkepung menghadapi ketiadaan bekalan kuasa yang lebih teruk, Disebabkan oleh pertelingkahan kewangan di antara Penguasa Palestin yang bertapak di Ramallah dengan pengagih Elektrik Gaza.

Penguasa berkata mereka telah membayar lebih kurang $30 juta sebulan untuk membekalkan elektrik kepada 1.5 juta penduduk Gaza. Tetapi pegawai berkata Pengedar Elektrik Gaza (Gedco), yang mengutip bayaran daripada pelanggan Gaza, hanya menghantar balik hanya satu-per-sepuluh amaun daripada kutipan bil.

“Gedco mengutip bil daripada pelanggannya di Gaza dan tiada sesiapa tahu kemana duit itu pergi,” kata jurucakap Penguasa Palestin Ghassan Khatib Isnin lalu. “Kami mahu Gedco mengambil tanggungjawap dansumbangkan ia kepada bil bahanapi wang yang telah dikutip daripada pelanggannya.”

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hasbullah

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin marah dan bingung.

Rabu,  17/02/2010 – Warga Palestin di Tebing Barat daripada pelbagai aliran dan fahaman merasa amat terkejut dan bingung dengan siri skandal besar melibatkan ketua pentadbiran yang telah tamat tempoh pemerintahannya, Mahmoud Abbas, sebagaimana dimaklumkan oleh orang-orang yang hampir kepadanya, setiausaha pejabatnya dan dua orang anaknya.

Mereka menganggap pendedahan skandal tersebut yang dilakukan oleh bekas pegawai bertanggungjawab dalam badan perisikan Palestin, dengan bantuan saluran telivisyen Zionis, mengesahkannya dan mengembalikan ingatan kepada siri kes rasuah yang dibongkar sepanjang beberapa tahun lalu.

Rakyat Palestin juga menggambarkan rasa terkejut mereka melihat gambar Rafiq al-Husaini dalam satu video dalam keadaan berbogel sedang melakukan perbuatan tidak senonoh berselindung di sebalik jawatan yang dipegangnya. Perasaan jijik juga membayangi rakyat Palestin ketika mereka menyaksikan kes kecurian jutaan dolar harta milik rakyat Palestin yang terlepas begitu sahaja tanpa ada sesiapa yang bertanggungjawab dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan hukuman.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Jamal Al-Khudari : mengapa dunia membisu melihat Gaza dikepung ?

Sabtu,  13/02/2010 – Ahli Parlimen Palestin, Jamal Al-Khudari selaku ketua Jawatankuasa Rakyat Membantah Pengepungan Khamis lalu memberi amaran rancangan Israel untuk mengaktifkan pengepungan di Semenanjung Gaza sebagai fakta yang disembunyikan daripada pengetahuan masyarakat antarabangsa.

Categories
Berita Semasa

Polis Israel berpakaian biasa cederakan remaja Palestin.


Sabtu,  13/02/2010 – Beberapa polis Zionis-Israel menangkap dan memukul seorang remaja Palestin yang berusia 17 tahun. Remaja itu telah mengalami kecederan serius di bahagian kaki. Beliau yang sedang berjalan di Abu Dis, tiba-tiba diserang oleh beberapa orang yang berpakain biasa. Ketika diserang, remaja itu sempat meloloskan diri tetapi akhirnya ditembak loeh Zionis-Israel di bahagian kaki.

Categories
Berita Semasa

Ratusan penduduk berpusu-pusu melawat makam Nabi Yusuf dengan pengawalan askar rejim Zionis.

Sabtu,  13/02/2010 – Menurut sumber tempatan, ratusan penduduk Yahudi berpusu-pusu masuk melawat ke makam Nabi Yusuf di bandar Nablus pada malam Rabu lalu dengan perlindungan tentera rejim Zionis.

Categories
Berita Semasa

Israel tangkap 10 rakyat Palestin di utara Gaza.

Sabtu,  13/02/2010 – Tentera penceroboh Israel pada pagi Khamis lalu telah menahan 10 pemuda dari bandar yang dahulunya dikenali sebagai Dugit, utara Semenanjung Gaza kerana mendakwa bahawa pemuda-pemuda itu sedang menghampiri tembok pemisah.

Categories
Berita Semasa

Barhoum: Penjajah Israel bersedia tubuhkan negara fanatik dan perkauman.

Sabtu,  13/02/2010 – Fawzi Barhoum, jurucakap Hamas menuduh penjajah Israel menyerang kem pelarian Shafat di Jerusalam dalam usaha mendirikan satu negara yang sepenuhnya Yahudi dan bersifat fanatik.

Categories
Berita Semasa

Israel nafikan pengembalian semula tanah rakyat Palestin.

Jumaat,  12/02/2010 – Israel Zionis hari in telah mempersetujui undang-undang berkaitan pengembalian hak tanah yang disita. Menurut undang-undang itu, tanah yang disita akan dipulangkan jika tanah itu dibangunkan menurut tujuan yang telah ditetapkan. Undang-undang itu turut tidak membenarkan rakyat Palestin untuk menuntut hak tanah mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan. Selain itu tanah melebihi 25 tahun sejak disita tidak akan dikembalikan.

Categories
Berita Semasa

Retakan yang merbahaya ditemui di Masjid Al-Aqsa.

Jumaat,  12/02/2010 – Yayasan Al-Aqsa untuk Waqaf dan Warisan memberi amaran Isnin lalu bahawa terdapat retakan besar dan merbahaya di bahagian utara Masjid Al-Aqsa, serta mengesahkan bahawa retakan itu berpunca daripada aktiviti penggalian bawah tanah yang semakin dahsyat dijalankan oleh Israel.

Categories
Foto/Video/Muzik

Pemberita Al Jazeera sebak ketika menyampaikan berita perang di Gaza.

Video diatas menunjukkan seorang pemberita stesen Al-Jazeera yang bukan sahaja menyampaikan berita, malah menyampai sama perasaannya yang tidak boleh ditahan lagi apabila melihat pembunuhan yang dilakukan oleh askar rejim Zionis terhadap umat Palestin termasuk 4 orang kanak-kanak Palestin sekeluarga yang tidak berdosa semasa kempen perang Israel terhadap Gaza diawal tahun 2009 yang lalu.

Categories
Berita Semasa

12 ditahan ganggu ucapan Duta Besar Israel.

Rabu , 10/02/2010 – Dua belas orang ditahan sewaktu sesi ucapan di UC Irvine, California, di mana Michael Oren, Duta Besar Israel berucap mengenai hubungan AS-Israel.