Categories
Berita Semasa

IOA meneruskan kerja-kerja menggunakan jentolak di tanah kampung Haris

Jumaat, 03-09-2021 – Penggunaan Jentolak oleh pihak regim Zionis Israel secara terus pada hari Sabtu merobohkan tanah pertanian dan ragut di perkampungan Haris, di barat Salfit, di utara Tepi Barat.

Omar Samara, ketua dewan desa Haris, mengatakan bahawa kerja-kerja pembentukkan bulanan sedang dilakukan di sebelah barat desa untuk memperluas penempatan Kiryat Netafim, kilang Burkan dan Ariel dan penempatan Revava.

Regim Zionis Israel secara berkala melibas tanah Haris, mencabut pokok zaitunnya dan menyebarkan pemberitahuan pengusiran dalam usaha untuk membuka jalan untuk memperluas kawasan penempatan Yahudi sahaja yang berdekatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Hamas Anggap Israel Bertanggungjawab Atas Kepungan di Gaza

Jumaat, 03-09-2021 – Gerakan Hamas menganggap Israel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesan daripada sekatan di Semenanjung Gaza dan penderitaan kemanusiaan yang berlaku kepada penduduknya.

Dalam satu kenyataan media, jurucakap Hamas Fawzi Barhoum memberi amaran bahawa amalan pelampau Israel terhadap Gaza akan mewujudkan ‘suasana dan ledakan yang bertambah buruk’. “Kami hormati rakyat Palestin dan revolusi para pemuda di atas kekuatan dan ketabahan mereka dalam menghadapi pendudukan, sekatan dan penempatan di Gaza, Nablus, Jenin, Jerusalem dan al-Khalil,” kata Barhoum.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Pelampau Yahudi rosakkan kereta warga Palestin di al-Khalil

Jumaat, 03-09-2021 – Sekumpulan pelampau penceroboh Yahudi pada malam semalam telah menyebabkan kerosakan ke atas beberapa buah kereta milik warga Palestin berdekatan masjid Ibrahimi di bandar al-Khalil, di selatan Tebing Barat yang diduduki.

Menurut sumber tempatan, penceroboh menyusup semalam ke kejiranan Jaber berdekatan masjid Ibrahimi dan menyebabkan kekacauan di jalan raya, mengetuk beberapa buah kereta yang diparkir dan memecahkan tingkap kereta-kereta tersebut.

Insiden sabotaj dan keganasan oleh puak pelampau Yahudi ke atas warga Palestin dan harta benda mereka adalah kejadian harian yang berlaku di seluruh Tebing Barat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Hamas Perbaharui Ikrar Bebaskan Tahanan Penjara Israel

Isnin, 30-08-2021 – Gerakan Hamas memperbaharui ikrar untuk bekerja keras dalam usaha membebaskan tahanan Palestin di penjara Israel.

Perkara itu dinyatakan jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum semasa demonstrasi di luar ibu pejabat Palang Merah Gaza menuntut pembebasan tahanan hamil, Anhar ad-Deek sebelum tempoh bersalin.

“Mesej kami kepada para tahanan wanita, terutama ad-Deek dan Jaabees, kami akan bekerja keras untuk membebaskan mereka dan seluruh tahanan lain,” ujar beliau.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Mesir terus menutup sempadan Rafah untuk hari ketiga

Isnin, 30-08-2021 – Pihak berkuasa Mesir terus menutup sempadan Rafah yang merupakan laluan ke Semenanjung Gaza pada Rabu untuk hari ketiga berturut-turt.

Menteri Dalam Gaza mengumumkan penutupan itu melibatkan kedua-dua arah untuk hari ketiga oleh pihak berkuasa Mesir. Tiada maklumat lanjut diberikan.

Lebih daripada 27,000 warga Palestin di Gaza telah mendaftar untuk melalui sempadan Rafah, yang sebelum ini beroperasi lima hari seminggu dan membenarkan perjalanan 2500 orang warga setiap minggu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Haneyya ucap tahniah kepada Ismail Yaakob atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri.

Isnin, 30-08-2021 – Ketua politik Hamas mengucapkan tahniah kepada Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob di atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-9 Malaysia.

Dalam satu kenyataan, Gerakan Hamas mengatakan bahawa Haneyya telah mengirimkan surat ucapan tahniah kepada Dato’ Sri Ismail Sabri, beliau juga berharap agar Dato’ Sri Berjaya memikul tugas barunya.

Haneyya turut mengucapkan tahniah di atas kepercayaan yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ahmad Shah kepada Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti


Categories
Berita Semasa

MK Feiglin, Puluhan Peneroka Cemari Al-Aqsa

Isnin, 30-08-2021 – Puluhan peneroka Yahudi yang diiringi oleh pasukan polis mencemari Masjid Al-Aqsa di Jerusalem pada pagi hari Khamis.

Menurut sumber setempat, sekurang-kurangnya 124 peneroka, termasuk anggota sayap kanan Knesset Moshe Feiglin, memasuki masjid secara berkumpulan melalui Pintu Maghariba dan mengelilingi lamannya. Ketika lawatan mereka di tanah suci Islam itu, para peneroka mendengar ceramah dari rabbi mengenai Temple Mount dan sebilangan dari mereka melakukan ritual dan sembahyang Talmud.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Empat penduduk Tebing Barat diculik dalam serbuan rejim Zionis

Isnin, 30-08-2021 – Rejim Zionis pada waktu subuh hari Khamis telah menculik beberapa orang penduduk Palestin di kawasan berbeza di Tebing Barat.

Menurut sumber tempatan, rejim Zionis menyerbu bandar Beita di selatan Nablus dan menculik dua orang awam dikenali sebagai Raslan Khabisa dan Omar Abu Zeiton. Omar dibebaskan kemudian pada waktu pagi. Di Jenin, rejim Zionis menculik Hasan Abahira dari rumahnya di bandar al-Yamun. Rejim Zionis turut melaksanakan gerakan mencari di kawasan al-Widyan di bandar tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Gaza: Ratusan kanak-kanak di perhimpunan membantah kepungan Israel.

Isnin, 30-08-2021 – Ratusan kanak-kanak Palestin pada hari Selasa menyertai acara duduk berhimpun di hadapan sempadan Beit Hanoun  di utara semenanjung Gaza membantah. Ketika bantahan yang dianjurkan oleh Pejuang Pembebasan Palestin, dua mesej dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris dari kanak-kanak Gaza kepada seluruh dunia di laungkan dan beberapa belon telah dilepaskan ke udara.

Bercakap bagi pihak kanak-kanak Gaza, Ahmed Abu Askar, 12 tahun berkata “ Penjajah hendak Gaza terjerumus kegelapan, kesengsaraan dan penderitaan melalui pengepungan yang telah mempengaruhi semua aspek kehidupan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Remaja Palestin ditembak mati oleh IOF di kem Balata

Jumaat, 27-08-2021 – Seorang remaja Palestin ditembak mati ketika pertelingkahan pada subuh Selasa di antara pejuang dan tentera rejim zionis (IOF) di kem pelarian, timur Nablus.

Menurut sumber tempatan, Emad Hashash, 16 tahun dibunuh oleh tembakan Israel setelah IOF menyerbu kem Balata dan terlibat dalam pertelingkahan bersenjata  dengan para pejuang.

Tentera Israel menyerbu kem itu bagi melakukan penangkapan, tetapi para pejuang menentang mereka dan melepaskan tembakan ke arah kenderaan peronda.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

IOA Rebut Tanah Palestin, Perluas Kawasan Peneroka

Jumaat, 27-08-2021 – Pihak berkuasa Israel (IOA) dijangka meluluskan rancangan mengambilalih tanah milik penduduk Palestin seluas 68 dunum (17 ekar) bagi memperluas laluan Tebing Barat yang menghubungkan beberapa penempatan haram Yahudi di Qalqilya dan Nablus pada Rabu.

Menurut laman sesawang berita Haaretz, tindakan tersebut dijangka berlaku sehari sebelum pertemuan antara Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett dengan Presiden AS, Joe Biden di Washington pada Khamis.

Haaretz turut melaporkan, IOA bercadang membina 5650 penempatan berdekatan laluan terbabit yang dinamakan Road 55 untuk tahun mendatang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Hamas: Operasi Perlawanan di Tabing Barat dan Gaza Berterusan

Jumaat, 27-08-2021 – Gerakan Hamas menegaskan berlanjutnya perlawanan rakyat Palestin menentang penjajah Zionis, dengan segenap kemampuan yang ada di Tebing Barat, Al-Quds dan Gaza untuk meneruskan tuntutan dan mencapai tujuan yang diharapkan.

Hal itu disampaikan jurucakap Hamas, Abdul Latif Qanu, Rabu (25/8) ketika menyampaikan takziyah atas kematian Usamah Khalid Adiej. Usamah meninggal dunia Rabu pagi, akibat cedera daripada tembakan yang dilepaskan oleh penembak tepat Israel ketika aksi demonstrasi rakyat di Gaza Timur, Sabtu lalu.

Qanu mengatakan, perjuangan akan terus berlanjutan di Jenin dan Nablus serta demonstrasi rakyat di Beita dan Bet Dajan.Seterusnya hari ini di Khanyunis Timur, sebagai penerusan pertempuran Saif Al-Quds untuk melindungi bangsa Palestin, membela tempat suci yang tak akan berhenti sehingga tujuan tercapai.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

230 Peneroka Cemari Masjid Al-Aqsa

Jumaat, 27-08-2021 – Puluhan peneroka Yahudi yang dikawal oleh pasukan polis mencemari Masjid Al-Aqsa di Jerusalem pada pagi Rabu.

Menurut sumber setempat, sekurang-kurangnya 230 peneroka memasuki masjid secara berkumpulan melalui Pintu Maghariba dan mengelilingi halamannya.

Ketika lawatan mereka di tanah suci Islam itu, para peneroka mendengar ceramah dari rabbi mengenai Temple Mount dan sebilangan dari mereka melakukan ritual dan sembahyang Talmud.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Mesir kekal menutup sempadan Rafah untuk hari yang ketiga.

Jumaat, 27-08-2021 – Pihak berkuasa Mesir telah memutuskan untuk menutup sempadan Rafah dan Jalur Gaza. Penutupan ini telah memasuki  hari yang ketiga semenjak hari Rabu yang lalu.

Menurut kementerian dalam negeri di Gaza, penutupan kedua-dua pintu sempadan ini melibatkan pihak berkuasa Mesir. Sehingga kini, masih tiada keterangan lanjut mengenai penutupan pintu gerbang ini walaupun telah memasuki hari ketiga penutupan ini dijalankan.

Lebih daripada 27,000 penduduk Palestine di Gaza perlu mendaftar perjalanan mereka setiap kali melalui sempadan Rafah ini. Kebiasaannya pintu ini akan dilalui oleh mereka yang bekerja lima hari seminggu dan hanya 2500 permohonan warga Palestine sahaja yang akan diizinkan oleh pihak berkuasa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti

Categories
Berita Semasa

Pemuda ditembak di protes Gaza disahkan meninggal

Jumaat, 27-08-2021 – Seorang pemuda Palestin disahkan meninggal dunia pada pagi hari Rabu selepas dia cedera akibat ditembak semasa menyertai satu protes yang dianjurkan beberapa hari lepas di timur sempadan bandar Gaza.

Menurut kementerian kesihatan di Gaza, pemuda yang syahid itu dikenali sebagai Osama Khaled, 32 tahun. Pada hari Sabtu lepas, pasukan penceroboh Israel menembak peluru hidup secara intensif ke arah kumpulan pemuda dan mencederakan ramai daripada mereka semasa mereka melakukan protes di sempadan untuk membantah tindakan sekatan tidak berperikemanusiaan Israel di Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan