Khamis, 09-12-2021 – Pihak berkuasa Israel telah memaksa seorang lelaki di BaitulMaqdis memusnahkan rmahnya sendiri di pinggir bandar Bir Ayub di daerah Silwan pada Isnin lalu dengan alasan rumah berkenaan dibina tanpa sebarang permit.
Pemilik rumah Baha’a Zaitun berkata, beliau terpaksa merobohkan tingkat kedua rumahnya yang telah dibina sejak empat tahun yang lalu bagi mengelak daripada membayar wang cukai yang terlalu tinggi kepada majlis perbandaran tentera Zionis.
Beliau turut menambah, majlis perbandaran Zionis memberi tempoh selama satu minggu kepada keluarganya untuk merobohkan tingkat kedua rumah tersebut atau mereka terpaksa membayar kos perbelanjaan apabila pihak tentera Zionis sendiri yang melakukan proses perobohan berkenaan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Shuhada Sayuti
Khamis, 09-12-2021 – Berpuluh-puluh peneroka haram Yahudi yang diiringi oleh pasukan polis telah mencemarkan Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis yang Diduduki pada hari Isnin lalu.
Menurut sumber tempatan, sekurang-kurangnya 197 peneroka haram telah memasuki Masjid dalam beberapa kumpulan berbeza melalui Pintu Maghariba dan bersiar-siar di halamannya di bawah perlindungan polis yang ketat.
Semasa lawatan mereka di tapak suci Islam tersebut, para peneroka haram tersebut dilaporkan menerima penerangan daripada para rabbi tentang Haram al-Sharif (yang dikenali oleh Yahudi sebagai Temple Mount), dan beberapa orang daripada mereka melakukan upacara Talmud dengan cara yang boleh membangkitkan kemarahan.
Sementara itu, polis pendudukan Israel mengenakan sekatan pergerakan ke atas jemaah Islam, dan menggeledah dan menganiaya ramai daripada mereka di jalan-jalan Kota Lama dan di pintu masuk dan pintu masuk Masjid Aqsa.
Masjid Al Aqsa terdedah kepada pencemaran setiap hari oleh peneroka haram Yahudi dan pasukan polis pada waktu pagi dan petang kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.
Polis Israel menutup Pintu al-Maghariba, yang digunakan oleh orang Yahudi untuk memasuki Masjid, pada pukul 10:30 pagi setelah para peneroka haram menyelesaikan lawatan pagi mereka di tempat suci tersebut. Pada sebelah petang, pintu yang sama dibuka semula untuk lawatan petang oleh peneroka haram.
Semasa kehadiran peneroka di perkarangan Masjid, sekatan masuk dikenakan ke atas jemaah Islam di pintu masuk yang menuju ke Masjid dan kad pengenalan mereka dirampas sehingga mereka meninggalkan tempat suci berkenaan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Khamis, 09-12-2021 – Tentera rejim Zionis mengumpulkan sejumlah orang awam Palestin pada malam hari Isnin dan subuh hari Selasa sebagai sebahagian gerakan tangkapan harian yang dilancarkan merentasi Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.
Tentera rejim menahan tiga orang awam di Masafer Yatta, selatan al-Khalil, sementara individu keempat ditahan di Beit Kahel, barat bandar tersebut selepas memecah masuk rumahnya.
Sekumpulan tentera rejim yang lain menyerbu bandar Arrabe di selatan Jenin dan menahan tiga orang tahanan yang telah dibebaskan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Rabu, 08-12-2021 – Pada Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa, yang diisytiharkan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1992 untuk menyokong orang kurang upaya, Pergerakan Hamas mengeluarkan kenyataan pada hari Jumaat yang memuji peranan heroik orang kurang upaya dalam laluan penentangan Palestin terhadap pendudukan.
“Hari ini datang ketika penderitaan orang kurang upaya kita semakin teruk akibat keganasan yang diamalkan oleh pendudukan Israel dan peneroka penjajah terhadap rakyat Palestin di rumah dan di diaspora, termasuk membunuh, memindahkan penduduk Palestin, dan merobohkan rumah mereka, dan mencuri tanah mereka,” kata kenyataan Hamas itu.
Gerakan itu menegaskan bahawa setakat tahun ini, pendudukan Israel membunuh tiga orang kurang upaya Palestin semasa serangannya ke atas Gaza pada Mei dan yang keempat di pusat pemeriksaan tentera Qalandia di timur laut Baitulmaqdis yang Diduduki. Memandangkan jenayah yang semakin meningkat, pendudukan Israel telah menjadikan jumlah orang kurang upaya Palestin yang dibunuhnya sehingga 50 orang, tambahnya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor syuhada
Rabu, 08-12-2021 – Mantan Perdana Menteri Israel, Ehud Barak hari ini memberi ulasan berkaitan sejauh mana Iran akan menyerang negaranya jika negara itu memperolehi senjata nukluer.
Barak menulis sebuah artikel di surat khabar Ibrani Yedioth Ahronoth, Ahad pagi yang menyangkal niat Iran untuk mencari senjata nukleur untuk menjatuhkan bom di Amerika, Israel atau negara jiran dan menghancurkan mereka.
Iran tidak “bodoh” seperti yang digambarkan sejumlah pihak.
Ehud Barak membandingkan regim Iran ketika ini yang dipimpin oleh Ayatollah Ali Khamenei, pemimpin tertinggi negara itu dan Presiden Korea Utara Kim Jong Un yang tidak akan menjatuhkan bom nukleur di tetangganya Korea Selatan, Jepun atau Amerika untuk menghancurkannya.
Niat regim Iran dan Korea Utara dalam mendapatkan senjata nukluer untuk bertahan memungkinkan kebebasan bertindak dan bertahan.
Barack menekankan bahawa sama ada Iran dan Korea Utara tidak bodoh untuk menjatuhkan bom ke Israel atau Korea Selatan atau Amerika tetapi mereka ingin terus menjadi kuat berpengaruh di wilayah sekitar mereka masing-masing secara terpisah.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Rabu, 08-12-2021 – Tentera Zionis telah menculik beberapa orang rakyat Palestine semasa sedang berkempen di Tebing Barat. Menurut sumber tempatan, tentera Zionis menculik Ahmed Salima abang kepada syahid Mohamed Salima di rumahnya di Salfit City.
Berpuluh-puluh askar Israel telah menyerbu dan menggeledah rumah Salima serta menyoal siasat ahli keluarganya sehingga beberapa jam serta menahan abangnya Ahmad.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Shuhada Sayuti
Rabu, 08-12-2021 – Sekretariat Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OHCHR) di wilayah Palestin yang diduduki melahirkan rasa terkejutnya dengan hukuman mati di luar kehakiman Mohamed Salima, 23 tahun oleh pasukan polis Israel di Jerusalem.
“Pembunuhan di luar kehakiman seperti ini adalah akibat daripada tindakan kerap menggunakan kekerasan oleh anggota keselamatan Israel yang bersenjata dan dilindungi terhadap rakyat Palestin, dan hampir keseluruhan tentera Israel tidak mempunyai akauntabiliti terhadap pembunuhan dan kecederaan yang dilakukan kepada penduduk Palestin,” kata OHCHR dalam satu kenyataan.
“Adakah terdapat akauntabiliti dalam kes ini?” OHCHR berkata sambil menambah bahawa mereka akan membuat susulan mengenai kejadian itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Rabu, 08-12-2021 – Pegawai polis Israel telah menembak dan membunuh seorang pemuda Palestin di Bab al-Amud di Baitulmaqdis yang Diduduki pada petang Sabtu lepas, selepas mendakwa bahawa dia telah menikam seorang peneroka.
Sumber tempatan berkata bahawa pemuda itu menikam seorang peneroka Israel sebelum ditembak mati, sambil menambah bahawa dia tidak mendatangkan apa-apa bahaya kepada pegawai polis yang terus menembaknya walaupun terbaring tidak berdaya di atas tanah.
Pegawai polis menghalang krew ambulans daripada membantu pemuda itu, yang terus-menerus berdarah sehingga dia meninggal dunia, kata sumber, sambil menambah bahawa para pegawai kemudiannya telah melepaskan bom bunyi ke arah para pemuda Palestin yang berkumpul di kawasan tersebut.
Jurucakap Hamas di Baitulmaqdis, Mohammed Hamada, berkata dalam kenyataan akhbar pada malam Sabtu bahawa apa yang berlaku kepada anak muda Baitulmaqdis itu mencerminkan “kebiadaban” rejim Zionis.
Beliau berkata “tingkah laku jenayah” seperti itu harus dikutuk, dan menyifatkan ia sebagai keganasan sebenar. Beliau menambah bahawa rejim Zionis tidak mengambil peduli apa-apa norma atau undang-undang.
Sumber Baitulmaqdis berkata bahawa polis Israel menutup semua pintu Kota Lama dan Masjid Al-Aqsa selepas kejadian tikaman itu dan menangkap seorang pemuda dan membelasah seorang lagi.
Persatuan kebajikan Amal untuk perkhidmatan kesihatan berkata bahawa ia telah merawat 40 orang Palestin yang terkorban di kawasan berkenaan akibat serangan polis Israel ke atas orang awam yang berkumpul di sekitar kejadian itu, di mana sebahagian daripada mereka cedera akibat terkena peluru bersalut getah.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Rabu, 08-12-2021 – Tahanan warga Palestin, Hisham Abu Hawash, 40, memasuki hari ke-111 mogok laparnya di tengah-tengah kebimbangan yang meningkat berkenaan tahap kesihatannya.
Badan Abu Hawash kurus kering, kerap kehilangan kesedaran, kekurangan kalium yang teruk, sakit teruk di hati dan jantung, muntah berterusan, serta gagal tidur dan berjalan.
Beliau melakukan mogok lapar sebagai membantah penahanan pentadbirannya yang dilakukan tanpa perbicaraan atau pertuduhan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Isnin, 06-12-2021 – Gerakan Hamas mengesahkan yang segala usaha untuk memadamkan kesedaran Arab, mengubah fakta dan memasukkan rejim Israel ke dalam wilayah Arab akan dihentikan, serta menyifatkan rejim sebagai musuh ketat rakyat Palestin dan dunia Islam.
“Tiada tempat untuk orang asing di mana-mana dalam Palestin,” Hamas menyatakan dalam kenyataan khbar yang dikeluarkan pada Hari Kesatuan Antarabangsa dengan Rakyat Palestin.
“Penentangan menyeluruh adalah hak sah kami yang termaktub di dalam resolusi dan undang-undang antarabangsa – di samping penentangan bersenjaya ke atas musuh zionis yang merampas tanah kami,” Hamas menjelaskan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Isnin, 06-12-2021 – Rejim Zionis pada waktu subuh hari Rabu telah menculik lapan orang rakyat Palestin semasa gerakan di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.
Menurut sumber tempatan, rejim Zionis menculik dua orang awam dikenali sebagai Nizar Abul-Hajja dan Thaer Abu Qattna dari kem pelarian Jenin dan seorang lagi orang awam dikenali sebagai Talal Abu Asba dari perkampungan Rafat di Salfit. Dua orang awam ditahan rejim Zionis semasa gerakan di perkampungan Beit Sira di barat Ramallah dan bandar Beit Furik di timur Nablus. Mereka dikenal pasti sebagai Ibrahim Abu Safiya dan Uday Hanani.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Khamis, 02-12-2021 – Puluhan peneroka Yahudi yang dikawal oleh pasukan polis menyerbu Masjid Al-Aqsa di Jerusalem pada hari Isnin. Sumber setempat mengesahkan bahawa mereka melakukan ritual Talmud di kawasan timur kompleks masjid itu.
Minggu lalu, Knesset Israel telah mengeluarkan syor kepada kementerian pendidikan untuk memasukkan pengajaran tentang sejarah Yahudi di dalam kurikulum sekolah semasa lawatan ke tapak suci Islam di Kota Lama Jerusalem.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Khamis, 02-12-2021 – Tentera rejim zionis (IOF) pada petang Ahad menculik dua warga Palestin setelah melepaskan tembakan ke arah salah seorang daripada mereka dalam operasi ketenteraan di beberapa kawasan di Bethlehem.
Menurut sumber tempatan, IOF menculik seorang pemuda Palestin setelah melepaskan tembakan ke arahnya di pusat bandar kota Bethlehem City. Tiada maklumat sama ada beliau cedera atau tidak.Pemuda itu dikenali sebagai Ali al-Battat, seorang bekas tahanan di kota Bethlehem.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Khamis, 02-12-2021 – Raafat Murra, pegawai kanan Hamas, menegaskan pada hari Ahad akan kepentingan Hari Perpaduan Antarabangsa dengan Rakyat Palestin.
Dalam satu kenyataan berkenaan Hari Perpaduan Antarabangsa dengan Rakyat Palestin, Murra berkata bahawa hari tersebut telah membantu untuk mengantarabangsakan perjuangan rakyat Palestin dan mempertahankan hak rakyat Palestin untuk menolak penjajahan.
Walaubagaimanapun beliau berkata tindakan Pertubuhan Pembebasan Palestin mengiktiraf negara haram Israel telah menggagalkan kepentingan hari tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Khamis, 02-12-2021 – Pusat Kajian Tahanan Palestin meminta masyarakat antarbangsa mengambil tindakan segera demi menghentikan segala bentuk penghinaan, penyeksaan dan pelanggaran hak tahanan wanita Palestin dan segera membebaskan mereka serta memberikan perhatian terhadap penderitaan yang berlanjutan.
Pusat Kajian Palestin mengatakan dalam pernyataan akhbarnya bahawa walaupun komuniti antarabangsa mengakui adanya larangan penyeksaan dan kekerasan terhadap perempuan dan penetapan 25 November setiap tahun sebagai Hari Antarabangsa Menentang Kekerasan terhadap mereka, otoriti penjajah Israel mempraktikkan segala bentuk penyeksaan dan kekerasan terhadap tahanan perempuan Palestin di penjara-penjara yang tidak diawasi.
Pusat Palestin mendakwa badan-badan antarabangsa bersikap munafik terhadap politik penjajah Israel dan menutup mata terhadap pelanggaran dan kejahatannya terhadap tahanan wanita Palestin. Situasi ini mendorong Israel meneruskan tindakan tidak manusiawi ini terhadap tahanan wanita Palestin dan berterusan melanggar Undang-Undang Antarabangsa
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman