Categories
Berita Semasa

PBB: $ 22.5 juta diperuntukkan bagi keperluan kemanusiaan di Gaza

Isnin,24-05-2021 – Penyelaras bantuan kecemasan PBB, Mark Lowcock mengumumkan peruntukan sebanyak $ 22.5 juta untuk memenuhi keperluan kemanusiaan di Semenanjung Gaza yang dilanda perang.

Jumlah itu merangkumi peruntukan $ 4.5 juta dari Dana Tindak Balas Kecemasan Pusat (CERF) dan $ 18 juta dari Tabung Kemanusiaan Wilayah Palestin.

CERF adalah dana kemanusiaan yang ditubuhkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 2006 untuk membolehkan bantuan kemanusiaan yang lebih tepat pada masanya dan boleh dipercayai kepada mereka yang terkena bencana alam dan konflik bersenjata.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Mesir Hantar Bantuan Ke Gaza

Isnin,24-05-2021 – Mesir umumkan konvoi terbesar penghantaran bantuan merangkumi 130 trak dengan 2,500 tan barangan keperluan ke Jalur Gaza yang terjejas akibat perang, pada Jumaat.

Pergerakan konvoi itu sesuai dengan arahan presiden Abdul-Fattah As-Sisi yang melancarkan ‘Tahya Misr Fund’ bagi membantu rakyat Palestin di Gaza.

Jurucakap presiden Bassam Radi memberitahu, barangan keperluan tersebut merangkumi bahan makanan, sayur-sayuran, makanan sejuk beku, buah-buahan, tilam, permaidani, selimut, pembasmi kuman, pelitup muka, pakaian dan ubat-ubatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Penceroboh menyeru serbu al-Aqsa pada pagi Ahad

Isnin,24-05-2021 – Penceroboh Yahudi pada hari Sabtu diseru supaya menyerbu masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang diduduki pada hari Ahad manakala penduduk Baitulmuqaddis diminta untuk menghalang tindakan ini. Seorang pelampau Asaf Farid, jurucakap untuk Kesatuan Organisasi Kuil, berkata, “Pada tujuh pagi hari Ahad, kita akan mengetahui jika kita telah kalah perang”.

Sementara itu, pemuda Baitulmuqaddis dan aktivis diminta untuk bergerak ke masjid suci al-Aqsa untuk menggagalkan rancangan penceroboh ini.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin yang cedera akibat tembakan rejim Zionis Israel, disahkan meninggal dunia.

Ahad,23-05-2021 – Seorang pemuda Palestin telah disahkan meninggal dunia kerana cedera parah akibat ditembak oleh tentera rejim zionis Israel pada 2 hari lepas. Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan mangsa dikenalpasti sebagai Muntaser Zaydan dari perkampungan Umm Dar di Barat Jenin. Angka kematian di Tebing Barat dan Jerusalem bertambah kepada 28  kes kematian syahid warga Palestin termasuk empat orang kanak-kanak.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Peneroka Yahudi Serang Paderi Ortodoks Armenia.

Ahad,23-05-2021 – Peneroka Yahudi telah menyerang paderi ortodoks Armenia, Arbak Sarukhanyan, ketika beliau dalam perjalanan ke Gereja Makam Suci di Jerusalem beberapa hari yang lalu.

“Mereka meludahi beliau dan salibnya, mencuri telefon bimbit dan mula mengutuk perkara seperti “Kematian kepada orang Kristian” dan “Kami akan membunuhmu seperti Yeshu kamu,” kata Paderi Tiran Hakobyan yang mengiringi Paderi Arbak dalam satu kenyataan pada hari Rabu.

“Doakan saudara Kristian kami di Tanah Suci yang sedang menghadapi penyeksaan oleh peneroka Yahudi Israel pada masa ini,” tambahnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Jurucakap Pilihan Raya Hamas Ditangkap

Ahad, 23-05-2021 – Rejim Zionis menahan jurucakap pilihan raya Hamas, Alaa Humaidan di kediamannya pada subuh Jumaat. Menurut sumber tempatan, Rejim Zionis menggeledah rumah Humaidan dua hari berturut-turut secara teliti sehingga perabot tunggang-langgang sebelum membawanya pergi.

Setakat ini, Rejim Zionis sudah menahan ramai aktivis Hamas sejak penangkapan besar-besaran beberapa hari lalu di Tebing Barat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Wanita Palestin dibunuh oleh pendatang di al-Khalil

Ahad,23-05-2021 – Seorang pendatang Yahudi menembak mati seorang wanita Palestin dekat kemasukan penempatan Kiryat Arba di al-Khalil pada petang Rabu.

Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan kejadian tersebut tetapi tidak memberikan identiti wanita tersebut.

Video menunjukkan kekejaman itu dilakukan oleh pendatang pelampau dekat kemasukan penempatan Kiryat Arba. Saksi mata menyatakan yang seorang pendatang menembak seorang wanita Palestin dekat kemasukan penempatan tersebut dan menghalakan senjata ke arahnya. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Gencatan Senjata Diusul Mesir Berjaya Dicapai di Gaza

Ahad,23-05-2021 – Taher Al-Nunu, penasihat media Hamas, mengatakan pada hari Khamis lalu bahawa Gerakan tersebut telah diberitahu oleh para pegawai di Mesir bahawa gencatan senjata di Semenanjung Gaza akan berlaku secara bersepakat dan serentak pada jam 0200 pagi Jumaat.

Nunu memberitahu dalam satu pernyataan ringkas bahawa pejuang Palestin akan mematuhi perjanjian ini selagi mana pihak penjajah juga mematuhi.

Perjanjian ini ekoran pencerobohan ganas di Semenanjung Gaza yang dilancarkan oleh pasukan rejim Zionis, di mana lebih dari 230 orang mati syahid dan lebih dari 1,500 orang awam cedera, manakala serangan artileri dan udara telah menghancurkan beratus-ratus rumah kediaman, selain kerosakan besar pada pelbagai prasarana.

Sebaliknya, roket-roket pejuang Palestin mensasarkan bandar-bandar Palestin yang dijajah dan penempatan berhampiran Gaza, membunuh 12 orang Israel, selain kerosakan yang melanda bangunan-bangunan di kawasan-kawasan tersebut.

Pesawat perang Israel untuk hari ke-11 berturut-turut terus-menerus menyerang Semenanjung Gaza pada Khamis malam lalu, memusnahkan lebih banyak kediaman dan kemudahan dan membunuh dan mencederakan lebih ramai rakyat Palestin.

Angka kematian akibat pencerobohan Israel yang berterusan terhadap Semenanjung Gaza telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 232 orang Palestin, termasuk 65 kanak-kanak, 39 wanita, dan 17 warga emas, selain 1,760 yang cedera, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Serangan udara membunuh dua rakyat Palestin, seorang cedera parah di Gaza

Ahad,23-05-2021 – Dua orang rakyat Palestin terbunuh manakala seorang lagi cedera teruk apabila serangan udara rejim Zionis pada hari Khamis meletupkan kereta yang mereka naiki di kawasan al-Saftawi, di barat laut bandar Gaza.

Gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan kereta yang musnah terbakar di jalan raya di kawasan al-Saftawi.
Sementara itu, sembilan orang awam mengalami kecederaan dalam serangan udara yang menyasarkan dua buah bangunan pansapuri di kejiranan al-Rimal di bandar Gaza dan kawasan Rafah di selatan Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Penangkapan Besar-besaran Di Tebing Barat, 1,948 Penempatan

Jumaat,21-05-2021 – Rejim Zionis melancarkan operasi penangkapan secara besar-besaran di Tebing Barat pada Rabu. Kawasan terbabit merangkumi al-Khalil, Nablus, Jenin, Betlehem, Ramallah dan Al-Bireh melibatkan remaja hingga warga emas.

Pusat Undang-undang Hak Minoriti Arab, Adalah, turut melaporkan penahanan 58 rakyat Palestin di 1,948 tanah jajahan Rejim Zionis bermula subuh hari yang sama.

Adalah dalam kenyataan memberitahu, pihaknya menghubungi peguam sukarelawan untuk hadir ke balai polis terlibat bagi berunding dengan tahanan sebelum disoal siasat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Mogok dan perarakan di Tebing Barat dan wilayah lain yang dijajah

Jumaat,21-05-2021 – Kepimpinan kebangsaan Palestin dan tentera Islam menyeru mogok keseluruhan di semua wilayah dan kem pelarian Palestin, bagi menyelar serangan berterusan Israel terhadap Palestin.

Mogok tersebut dilakukan di Tebing Barat, termasuk Baitulmuqaddis, kem-kem di Lubnan dan Syrian Golan  Heights .Mogok tersebut merangkumi semua aspek komersil dan Pendidikan, termasuk pihak berkuasa rasmi dan awam, institusi, kesatuan pekerja, bank dan sector syarikat swasta serta pengangkutan awam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Mishaal, tokoh terkenal mengadakan pertemuan dalam talian mengenai Palestin

Jumaat,21-05-2021 – Ketua biro politik asing Hamas, Khaled Mishaal bertemu dengan galaksi tokoh Islam dan Arab yang terkenal dan memberi penerangan kepada mereka mengenai peristiwa semasa di Palestin dan pencerobohan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza dan wilayah-wilayah yang dijajah.

Dalam pertemuan maya yang diadakan oleh Gabungan Global untuk al-Quds dan Palestin, Mishaal bercakap mengenai perkembangan terkini di arena Palestin dan bahaya yang mengancam perjuangan Palestin.

Pemimpin Hamas meminta para hadirin untuk berusaha merumuskan rancangan yang konkrit dan jelas untuk mendukung rakyat Palestin dan keteguhan mereka melalui penjadualan aktiviti dan acara popular, menyelaraskan kedudukan dan mengumpulkan usaha.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Lebih dari seribu gambar memaparkan jenayah Israel di Gaza

Jumaat,21-05-2021 – Agensi Media Ra’ee Palestin yang berafiliasi dengan Pejabat Media Pemerintah di Gaza telah menerbitkan lebih dari seribu foto tanpa logo, yang mendokumentasikan kejahatan dan pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza.

Agensi itu mengatakan bahawa ia menerbitkan foto-foto tersebut untuk menggambarkan kejahatan dan pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza yang telah mengakibatkan lebih dari 200 orang mati syahid di Palestin dan lebih dari 1400 cedera.

Rejim Zionis juga telah mengebom ratusan unit perumahan, menara dan bangunan, memusnahkan infrastruktur dan jalan raya serta menyasarkan institusi awam, masjid, gereja, sekolah, pusat kesihatan, dan institusi awam, kata agensi itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Serangan Udara Israel Bunuh Wartawan Palestin di Gaza

Jumaat,21-05-2021 – Wartawan Palestin Yousef Abu Hussein terbunuh pada pagi Rabu ketika sebuah pesawat perang Israel mengebom kediamannya di kawasan Sheikh Radwan, barat laut Kota Gaza. Menurut sumber setempat, tiga (3) peluru berpandu telah ditembak dari dron yang menyasarkan rumah wartawan itu, tanpa amaran awal dan memusnahkannya. Sumber perubatan mengesahkan kematian wartawan Abu Hussein dalam serangan udara itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Seorang wanita syahid dalam serangan di selatan Gaza.

Jumaat,21-05-2021 – Seorang wanita terbunuh, beberapa lagi cedera dalam serangan Israel di selatan Gaza – Jumlah kematian meningkat ke 218, termasuk 63 kanak-kanak dan 37 wanita . Seorang wanita tua Palestin terbunuh manakala lima orang penduduk lagi mengalami kecederaan dalam serangan udara terbaharu rejim Zionis ke atas selatan Semenanjung Gaza.

Sumber pasukan perubatan berkata Sa’diya Abu Gharrara, 56 tahun, terbunuh selepas jantungnya berhenti semasa serangan udara ke atas Rafah, yang menimbulkan rasa panik melampau di kalangan penduduk. Lima orang penduduk yang cedera turut dikejarkan ke Hospital Naser berikutan serangan udara ke atas Khan Yunis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan