Jumaat, 13/06/2008 – Kementerian Wakaf di bawah kerajaan Palestinian Authority (PA) di Gaza telah memberi amaran akan usaha Zionis bagi “mengyahudikan†kota suci Baitul Maqdis dengan sokongan Amerika. Di sidang akhbar pada Rabu lepas, Komiti Quds di dalam kementerian wakaf, berkata bahawa penempatan baru Israel di pergunungan Olives di pinggir Bandar Ras Al-Amod boleh mengakibatkan bahaya kewujudan penjajahan masjid Al Aqsa.







