Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Zionis tahan 3 wanita dan anak-anaknya

Isnin, 24/05/2010 – Tentera rejim Zionis (IOF) pada petang Selasa lepas menahan 3 orang wanita Palestin dan anak-anak salah seorangnya atas alasan kononnya mendapati mereka berada berdekatan dengan tanah yang dihuni pendatang haram Yahudi. Kawasan tanah itu dikenali sebagai Mabo Dota dan terletak berhampiran Bandar Araba, selatan Jenin di utara Tebing Barat.

Wanita-wanita tersebut sedang memetik daun-daun pokok yang menjalar ketika IOF melakukan rondaan di kawasan itu dan terus membawa mereka dan dua kanak-kanak ke penempatan haram Yahudi di mana mereka disoal-siasat selama beberapa jam. Agensi berita SAFA melaporkan bahawa IOF memberi amaran kepada wanita-wanita dan kanak-kanak itu supaya tidak menghampiri kawasan penempatan haram Yahudi lagi.

Sumber memaklumkan bahawa mereka yang ditahan kemudiannya dibebaskan hari ini. Mereka yang ditahan adalah Neveen Irsheid, 45, anak-anaknya Tulin, Naden, dan Ahmed, serta 2 lagi penduduk Palestin iaitu Kefaya Daqa, 40, dan Jehan Sa’abna, 42.

IOF dan pendatang haram Yahudi cuba menjadikan kawasan sekeliling penempatan haram Yahudi sebagai kawasan larangan kepada penduduk Palestin yang sebenarnya merupakan tuan tanah tersebut dengan tujuan menghalau mereka kelak. IOF dan pendatang haram Yahudi sering menyerang penduduk Palestin yang bekerja di atas tanah mereka sendiri hanya kerana kawasan itu terletak berdekatan kawasan penempatan haram Yahudi.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  salwa

Categories
Berita Semasa

Dapatkan liputan terkini konvoi lifeline4gaza !

Dapatkan Updates terkini di :

1- Twitter (setiap 10minit di http://twitter.com/lifeline4gaza)

2-ikim.fm (setiap hari 10 malam), Sinar Harian, TV3

3- http://www.lifeline4gaza.org/

Categories
Foto/Video/Muzik

(Video) Ketegasan PM Turki berhubung isu Palestin.

Categories
Berita Semasa

Naufal hidup dalam keadaan kesulitan di penjara Mesir

Jumaat, 21/05/2010 – Beberapa sumber keselamatan Mesir mendedahkan bahawa seorang warga Palestin, Ayman Naufal, yang berasal dari Gaza dan ditahan di Penjara Mesir sejak beberapa tahun lalu, hidup dalam keadaan yang sukar, kerana penganiayaan yang berat dikenankan keatasnya,malah kehilangan hak-hak asasi baginya (sebagai seorang tahanan).

seorang pegawai keselamatan Mesir berkata, “aku mengetahui tahanan Ayman Naufal selepas nama ini disebut-sebut oleh media, dan aku melihatnya dua kali dibawa kebilik siasatan dengan tangan dan kakinya digari.” Dia menyambung lagi “Apa yang saya dapat tahu tentang Ayman bahawa dia tinggal sendirian selama lebih daripada satu setengah tahun di dalam bilik kurungan penjara Abu Zaabal di Kaherah, dan keluasannya tidak melebihi dua meter persegi. Malah (lebih teruk lagi) tidak ada sumber kemasukan cahaya atau angin (dalam bilik tahanan tersebut) hanya timba besi yang digunakan untuk menunaikan hajat (qada hajat).”

Dia menambah: “Dalam masa enam bulan terakhir ini, Ayman berkongsi keperitan bersama 2 warga Palestin yang lain yang telah ditahan kerana hampir dengan (ideologi) gerakan HAMAS, ditahan di dalam bilik kurungan menyerupai bilik kurungannya (Ayman), di dalam Penjara al-Marj di Kaherah, mereka berdua tidur secara bergilir, kerana keadaan keluasan tempat tahanan tersebut tidak membenarkan kedua-dua mereka tidur pada waktu yang masa.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Delegasi HAMAS bertemu Gaddafi

Jumaat, 21/05/2010 – Ezzat al-Rishq, anggota Biro Politik HAMAS berkata satu delegasi HAMAS diketuai oleh ketua Biro Politiknya, Khalid Mesh’al bertemu dengan Presiden Libya, Muammar Gaddafi pada hari Rabu (19/5) di ibunegara, Tripoli. Pertemuan itu turut disertai oleh 2 orang anggota biro tersebut iaitu Sami Khater dan Izzat al-Rishq.

Kedua-dua pihak berbincang tentang perkembangan terkini isu Palestin terutamanya perdamaian nasional dan cara merealisasikannya. Turut dibincangkan ialah sekatan zalim yang dikenakan terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dan keperluan semua pihak untuk berusaha sedaya upaya bagi memecahkan sekatan, membuka sempadan, membangunkan semula Gaza dan menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Perbincangan juga turut menyentuh penyelarasan usaha yang mesti dilakukan oleh negara Arab bagi menghadapi cabaran yang terhasil daripada tindakan kerajaan Zionis mengyahudikan bandar al-Quds, peningkatan pembinaan penempatan Yahudi dan tindakan memindahkan rakyat Palestin di Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Al-Alul beri Amaran Kepada Israel Jangan Ganggu Hak Konvoi ke Gaza

Jumaat, 21/05/2010 – Ziyad Alul memberi amaran kepada Zionis Israel agar tidak ganggu dan halang konvoi keamanan dari Turki. Ziyad Alul merupakan jurucakap konvoi turut mengingatkan semua pihak agar mengambil tindakan serius terhadap tindakan zalim Zionis Israel yang melarang konvoi itu.

Alul mengutuk tindakan Zionis laknatullah yang menghalang 500 aktivis keamanan semalam. Beliau mengingatkan mereka yang turut serta dalam konvi terdiri daripada ahli parlimen negara eropah dan Turki, wartawan dan lain-lain.

Sudah tiba masanya PBB mengambil tindakan tegas terhadap Zionis Israel yang berkali-kali melanggar undang-undang.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Membuat Tembakan Terhadap Demo Aman di timur Gaza

Jumaat, 21/05/2010 – Tentera rejim Zionis (IOF) menembak para peserta demonstrasi hari ini di zon penimbal Israel di persekitaran Al-Shjaya timur Gaza, dan tiada kecederaan dilaporkan.

Aktivis Palestin dan rakyat Palestin menyertai dalam demonstrasi yang dilancarkan di kawasan Al-Shja’ya. Para peserta mengangkat bendera Palestin dan melaungkan slogan-slogan yang menolak pembentukan zon penimbal dan menggesa untuk menamatkan pejajahan Israel. Ahli jawatankuasa pusat Barisan Demokrasi bagi Pembebasan Palestin, Naser Saleh berkata: “Zon penimbal tidak akan memberikan Israel dengan keselamatan”. Beliau menganggap zon penimbal sebagai serangan baru dengan pengepungan dan menolak pembangunan semula Gaza .

Jawatankuasa popular Menentang Zon Penimbal menetapkan demonstrasi mingguan untuk menyatakan protes atas zon penimbal Israel di sekitar Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

(Video) Mu’adz – Amrullah (Baitul Maqdis)

Categories
Foto/Video/Muzik

(Video) Shoutul Harakah – Merah Saga.

Categories
Berita Semasa

Peserta Konvoi dari Malaysia Telah Diumumkan.

Seketariat Lifeline4Gaza hari ini mengumumkan senarai peserta dari Malaysia yang terpilih untuk menyertai konvoi kapal laut terbesar yang akan menerobos sekatan ke atas Semenanjung Gaza tidak lama lagi.

Semua permohonan untuk menyertai konvoi ini disaring dan dipilih oleh pihak penganjur utama konvoi, Pertubuhan Hak Asasi dan Bantuan Kemanusiaan (IHH) iaitu sebuah NGO yang berpengkalan di Turki.

Konvoi dari Malaysia akan diketuai oleh Sdr Noorazman bin Mohd Samsuddin yang juga merangkap Pengerusi Biro Haluan Palestin dan Pengarah Projek Lifeline4Gaza di Malaysia. Berikut ini disenaraikan nama-nama mereka yang dipilih oleh IHH untuk ke GAZA:

1. Noorazman Bin Mohd Samsuddin (Ketua Misi)

2. Dr Mohd Arba’ai Bin Shawal

3. Dr S Muhamad Haleem Bin S Hassan

4. Dr Selamat Bin Aliman

5. Jamuliddin Bin Elias (Yayasan Amal Malaysia)

6. Al Hami Husain Bin Suhaimi

7. Mohd Nizam Bin Mohamad (Wakil Media)

8. Abd Halim bin Mohamed Redzuan (Wakil Media)

Dua lagi slot untuk wakil media telah dikhususkan untuk TV3, tetapi setakat pengumuman ini dikeluarkan, penyertaan daripada TV3 masih belum muktamad. Perkembangan terkini konvoi boleh diikuti melalui saluran rakan media projek Lifeline4Gaza iaitu Radio IKIM.fm, Sinar Harian, I Luv Islam dan TV3.

Peserta konvoi akan diberikan taklimat pada 16hb Mei. Satu sidang akhbar akan diadakan pada 18hb Mei pada masa dan tempat yang akan diumumkan kelak.  Peserta konvoi dari Malaysia akan bertolak ke Istanbul pada 19hb Mei dengan kapal terbang untuk menaiki kapal yang sedang menunggu di sana. Konvoi kapal dijadualkan akan bertolak dari Istanbul ke Antolia pada 21hb Mei dan akan belayar ke Gaza dua hari kemudian.

Categories
Berita Semasa

Kerajaan “Fatah” Menuntut Larangan Ketibaan Kapal Armada “Kebebasan”.

Khamis, 20/05/2010 – Sebuah sumber akhbar “Matla` ” mendedahkan bahawa kerajaan Fatah di Ramallah menyeru beberapa negara Arab dan serantau menghalang ketibaan satu pakatan “kapal-kapal menghapuskan Kepungan ” ke Gaza, yang dijadualkan tiba akhir bulan ini.

Sumber tersebut memaklumkan kepada , “Palestin Information Center, Selasa (18-5), bahawa “Pihak kerajaan (Fatah) telah menghantar beberapa surat kepada negara-negara Arab dan negara serantau, termasuk Turki, menuntut supaya tidak membenarkan kapal belayar ke Gaza,” dan meminta kerajaan Turki supaya menyalurkan bantuan Gaza melaluinya sahaja.

Sumber tersebut menyebut lagi bahawa pendirian kerajaan Fatah di Ramallah tersebut menyebabkan kesan penentangan lebih hebat oleh pakatan bantuan Gaza keatas kerajaan Ramallah, sambil menegaskan bahawa mereka tidak akan menghentikan kewajipan (menyalurkan bantuan) kemanusiaan ini, walau apa pun keadaan yang berlaku.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Zionis Larang Kapal Lifeline masuk Gaza

Khamis, 20/05/2010 – Kerajaan Zionis Israel telah melarang semua kapal Lifeline 4 Gaza yang bertolak dari Eropah untuk masuk ke perairan Palestin. Zionis telah berjumpa dengan duta besar negara-negara Eropah yang menyertai misi keamanan ini.

Misi keamanan itu membawa lebih 500 orang sukarelawan dari 20 negara di seluruh Eropah. Sebanyak 5000tan bahan-bahan binaan di bawa bagi membantu pembangunan semula Gaza. Turut di bawa bekalan perubatan.

Departemen luar negeri Zionis, Senin sore (17/5) mengumumkan pihaknya tidak akan mengizinkan armada “kebebasan” yang membawa bantuan kemanusiaan dan kebutuhan warga masuk Gaza.

Sebelum itu beberapa NGO kemanusiaan dan solidariti Palestin telah membentuk pakatan gerakan untuk menghapuskan halangan Zionis itu.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Menembak Pekerja Gaza di Rafah

Khamis, 20/05/2010 – Kenderaan tentera rejim Zionis (IOF) yang ditempatkan di sempadan antara Gaza dan tanah dijajah Palestin 48 melepaskan tembakan pada pagi hari Selasa dari senjata mesin terhadap warga Palestin di daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza, sebelah timur Rafah di Gaza selatan.

Menurut agensi berita Safa daripada saksi, IOF dari kenderaan tentera dan menara tentera, yang terletak di sempadan, membuka tembakan terhadap pekerja Palestin yang sedang mengumpul batu hancur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza.

Para saksi mengatakan bahawa tidak ada yang terkorban di kalangan pekerja, namun penembakan itu menyebabkan rasa takut dan panik di antara para pekerja yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyediakan sumber pendapatan dalam keadaan tertekan di Jaluran Gaza kerana sekatan yang berpanjangan.

Puluhan orang pergi setiap hari ke lapangan terbang Gaza dan daerah berhampiran Sufa untuk mengumpul kerikil yang digunakan dalam pembinaan kerana permintaan yang meningkat akibat sekatan Israel terhadap kemasukan bahan mentah bangunan ke Gaza termasuk simen dan kerikil.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Penyeksaan luar biasa terhadap anggota HAMAS yang ditahan

Khamis, 20/05/2010 – Pendedahan yang dilakukan oleh seorang pegawai keselamatan Mesir tentang keadaan penahanan yang dialami oleh tahanan Palestin dalam penjara Mesir amat mengejut dan memeranjatkan. Beliau menjelaskan secara terperinci cara-cara yang digunakan dalam sesi penyiasatan dan penyeksaan yang dilakukan oleh pihak perisikan Mesir yang disifatkan beliau sebagai tindakan penyeksaan luarbiasa.

Pegawai Mesir itu yang tidak mahu mendedahkan identitinya memberitahu agensi berita al-Quds Press, bahawa pimpinan pihak keselamatan Mesir meminta agar ketika soal siasat dijalankan terhadap tahanan Palestin, fokus diberikan kepada struktur hirarki HAMAS serta tempat Gelad Shalit ditahan. Beliau juga menegaskan bahawa al-Syahid Yusuf Abu Zuhri, adik jurucakap rasmi HAMAS, Dr Sami Abu Zuhri, telah dibunuh di beranda ibupejabat pihak keselamatan Mesir di Kaherah.

Mengenai keadaan penjara yang menjadi tempat tahanan rakyat Palestin pula, pegawai pentadbiran pihak keselamatan Mesir di Kaherah itu menjelaskan bahawa keadaannya amat teruk. Tahanan Palestin diletakkan dalam sel-sel yang berasingan seperti stor yang terletak di antara sel-sel yang menempatkan penjenayah-penjenayah Mesir yang ditahan kebiasaannya atas kesalahan membunuh dan memperdagang dadah.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Zionis mengumumkan secara rasmi niatnya untuk menghalang Armada “Kebebasan”.

Rabu , 19/05/2010 –Kementerian Luar Negeri Zionis mengumumkan pada petang Isnin (5-17), bahawa pihaknya sama sekali tidak akan membenarkan Kapal Armada “Kebebasan” memasuki Gaza bagi menyalurkan bantuan kemanusian kepada yang memerlukannya di Gaza yang telah dikepung selama empat tahun berturut-turut. Perkara tersebut dilakukan oleh ratusan bagi gerakan pembebasan yang telah disertai oleh beberapa buah negara dan mereka bersatu mengiringi kapal Armada yang dijadualkan akan tiba pada akhir bulan ini.

Menurut laporan berita edisi bahasa Ibrani, bahawa Pengarah Jabatan Hal Ehwal Eropah di Jabatan Luar Negeri Zionis Naor Gelwon pada hari Isnin lalu telah memanggil duta-duta besar bagi negara-negara yang rakyatnya turut sama dalam kapal Armada yang dalam perjalanan dari Pelabuhan Eropah menuju ke Gaza bagi menghapuskan kepungan ke atasnya, dengan turut menyatakan negara-negara yang telah dipanggil (duta besarnya), iaitu Greek, Ireland, Turki dan Sweden.

Gelwon berkata bahawa Israel tidak akan membenarkan kapal-kapal yang telah disahkan penghantarannya untuk menghampiri pantai Gaza dalam bulan ini bagi menghapukan kepungan yang dilakukan ke atasnya. Dia menambah lagi “Siapa yang ingin memberikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza mesti melalui Pejabat Koordinator Kerajaan di (setiap)Daerah,” seperti yang ia katakan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  arif