Categories
Berita Semasa

Lebih dari seribu gambar memaparkan jenayah Israel di Gaza

Jumaat,21-05-2021 – Agensi Media Ra’ee Palestin yang berafiliasi dengan Pejabat Media Pemerintah di Gaza telah menerbitkan lebih dari seribu foto tanpa logo, yang mendokumentasikan kejahatan dan pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza.

Agensi itu mengatakan bahawa ia menerbitkan foto-foto tersebut untuk menggambarkan kejahatan dan pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza yang telah mengakibatkan lebih dari 200 orang mati syahid di Palestin dan lebih dari 1400 cedera.

Rejim Zionis juga telah mengebom ratusan unit perumahan, menara dan bangunan, memusnahkan infrastruktur dan jalan raya serta menyasarkan institusi awam, masjid, gereja, sekolah, pusat kesihatan, dan institusi awam, kata agensi itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Serangan Udara Israel Bunuh Wartawan Palestin di Gaza

Jumaat,21-05-2021 – Wartawan Palestin Yousef Abu Hussein terbunuh pada pagi Rabu ketika sebuah pesawat perang Israel mengebom kediamannya di kawasan Sheikh Radwan, barat laut Kota Gaza. Menurut sumber setempat, tiga (3) peluru berpandu telah ditembak dari dron yang menyasarkan rumah wartawan itu, tanpa amaran awal dan memusnahkannya. Sumber perubatan mengesahkan kematian wartawan Abu Hussein dalam serangan udara itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Seorang wanita syahid dalam serangan di selatan Gaza.

Jumaat,21-05-2021 – Seorang wanita terbunuh, beberapa lagi cedera dalam serangan Israel di selatan Gaza – Jumlah kematian meningkat ke 218, termasuk 63 kanak-kanak dan 37 wanita . Seorang wanita tua Palestin terbunuh manakala lima orang penduduk lagi mengalami kecederaan dalam serangan udara terbaharu rejim Zionis ke atas selatan Semenanjung Gaza.

Sumber pasukan perubatan berkata Sa’diya Abu Gharrara, 56 tahun, terbunuh selepas jantungnya berhenti semasa serangan udara ke atas Rafah, yang menimbulkan rasa panik melampau di kalangan penduduk. Lima orang penduduk yang cedera turut dikejarkan ke Hospital Naser berikutan serangan udara ke atas Khan Yunis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Hanneyya Utus Surat Kepada Pemimpin Iran Khamenei

Jumaat,21-05-2021 – Ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya telah mengutus sepucuk surat kepada Ayatollah Khamenei, Pemimpin Tertinggi Republik Islam Iran, untuk mendesaknya untuk memberikan sokongan teguh kepada rakyat Palestin sehubungan dengan pencerobohan Israel terhadap mereka.

Dalam surat itu, Haneyya memberi penjelasan kepada Khamenei mengenai pencabulan dan provokasi Israel baru-baru ini yang mencetuskan peristiwa semasa di Gaza dan kawasan-kawasan Palestin yang lain.

“Memandangkan serangan jenayah [Israel] yang meningkat di tanahair, rakyat dan tempat-tempat suci kami, dan memandangkan keteguhan rakyat kami dalam menghadapi serangan ini dan sokongan mereka dalam penentangan mereka yang sah dan berani terhadap serangan yang harus mereka hadapi, Gerakan Hamas ingin memberi gambaran tentang apa yang sebenarnya berlaku di lokasi, sebab-sebab kejadian dan perkembangan terkini,” kata ketua politik Hamas tersebut.

Dia meminta pemimpin Iran berkenaan untuk melakukan yang terbaik untuk mengumpulkan sokongan dari negara Arab, Islam dan antarabangsa untuk rakyat Palestin dan menyelaraskan dengan semua pihak yang berkenaan untuk mengambil kedudukan yang jelas dan tegas terhadap Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Peneroka haram mencemari kawasan Asbat, kawasan perkuburan Amud di luar Masjid al-Aqsa.

Khamis,20-05-2021 – Beberapa peneroka haram yahudi pada pagi Isnin telah membuat provokasi dalam bentuk tarian dan upacara yahudi di hadapan tembok utara Masjid Al-Aqsa, di bahagian kawasan berhampiran pintu al-Asbat.

Peneroka haram berarak di kawasan al-Asbat setelah polis rejim Zionis menghalang mereka beberapa hari sebelum ini dari memasuki Masjid Al-Aqsa, kerana risau tentang kebangkitan rakyat Palestin mempertahanakan kesucian tanah suci Islam dan Jerusalem. Gambar yang ditularkan di media sosial memaparkan peneroka haram menari di kawasan al-Ghazali di depan pintu Asbat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Pertempuran, Tangkapan Di Tebing Barat Dan 1,948 Petempatan Lain

Khamis,20-05-2021 – Pertempuran hebat meletus antara penduduk Palestin dengan Rejim Zionis pada malam Ahad hingga pagi Isnin di Tebing Barat dan 1,948 petempatan lain.

Penduduk Beit Hanina dan Shuafat di utara Jerusalem, turut menghadapi serangan peneroka haram Yahudi dan Rejim Zionis.

Menurut sumber tempatan, senjata yang digunakan dalam serangan itu adalah peluru logam bersalut getah selain gas pemedih mata dan bom.

Seorang mangsa tercedera di bahagian perut akibat tembakan, sementara seorang lagi di bahagian kepala selepas terkena bom tangan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Pendatang bersenjata menyerang kereta warga Palestin, mencederakan pemandu di al-Khalil

Khamis,20-05-2021 – Seorang pemuda Palestin cedera pada pagi Ahad apabila sekumpulan pendatang bersenjata melepaskan tembakan ke arahnya ketika beliau memandu kereta di jalan di timur laut al-Khalil, Tebing Barat.

Menurut sumber keselamatan Palestin, seorang pendatang bersenjata melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta yang sedang melalui jalan dekat bandar Bani Na’im di timur laut al-Khalil, mencederakan pemandunya.

Walaupun cedera, pemuda tersebut mampu memandu keretanya ke kampung Beit Einun yang berdekatan, di mana penduduknya membawa beliau ke hospital al-Khalil untuk bantuan perubatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Erdogan: Antarabangasa Tidak Hukum Israel, Palestin Terus Dibantai

Khamis,20-05-2021 – Presiden Turki, Reccep Toyyib Erdogan hari ini Isnin (17/5) mengajak dunia antarabangsa memberikan tekanan kepada Israel untuk memaksanya agar menghentikan pembantaian terhadap rakyat Palestin. Hal itu disampaikan Erdogan dalam pembicaraan melalui telefon dengan Paus Fransiscus, seperti disampaikan pejabat presiden Turki.

Pejabat Presiden Turki menyiarkan kenyataan Erdogan bahawa Palestin akan terus dibantai jika masyarakat antarabangsa tidak menghukum dan tidak memberikan tekanan kepada Israel atas kejahatan kemanusiaannya.

Sejak beberapa hari lalu, Erdogan melakukan perbincangan dengan sejumlah pimpinan dunia untuk menghentikan tindakan permusuhan Israel secara luas terhadap Semenanjung Gaza.

Erdogan menjelaskan kepada Paus bahawa penjajah Israel yang menghalang kemasukan warga Palestin ke masjid Al-Aqsha dan Gereja Kiamat. Israel mengekang kebebasan beragama dan membunuh warga sivil di Palestin. “Keganasan ini mengancam keamanan serantau.” Tegasnya.

Erdogan mengajak dunia antarabangsa agar memberikan pelajaran keras kepada Israel yang sepadan dengan kejahatannya dan mengambil langkah konkrit ke arah tersebut.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Lima Warga Palestin Terbunuh Dalam Serangan Udara Berasingan di Gaza

Khamis,20-05-2021 – Lima pemuda Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di kawasan utara dan selatan Semenanjung Gaza pada petang Ahad lalu.

Menurut sumber tempatan, sebuah pesawat perang melepaskan dua peluru berpandu ke arah sekumpulan penduduk di jalan al-Zeitoun di Bandar Beit Hanoun di utara Gaza, dan membunuh tiga orang pemuda serta merta.

Dua belia juga terbunuh dalam serangan udara yang berasingan di Rafah di selatan Gaza.

Pada awal hari Isnin, tentera rejim Zionis telah melancarkan satu lagi serangan udara di Semenanjung Gaza, beberapa jam setelah perdana menteri Israel Benjamin Netanyahu mengancam akan melakukan lebih banyak pembunuhan di Gaza.

Letupan menggegarkan Kota Gaza dari utara ke selatan dalam pengeboman yang lebih berat, lebih luas dan berlangsung lebih lama daripada serangan udara yang mengorbankan sekurang-kurangnya 42 orang awam dan mencederakan puluhan lagi pada hari Ahad lalu.

Wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) mengatakan bahawa lebih dari 120 serangan udara dilancarkan selepas tengah malam pada hari Isnin dan berlanjutan hingga waktu subuh dan pagi, yang mensasarkan kawasan berbeza-beza di kawasan berdekatan pantai, terutamanya Kota Gaza.

Serangan udara itu menggegarkan rumah-rumah kediaman dan menimbulkan rasa panik di kalangan orang awam dan keluarga, tambah wartawan PIC.

Beberapa rumah dan kemudahan orang awam juga telah dibom dan musnah dalam serangan waktu malam dan pagi, tetapi tidak ada maklumat segera mengenai jumlah yang terkorban.

Salah satu serangan di waktu pagi, yang dilaporkan dilancarkan dengan meriam pelancar, menghentam sebuah kilang span di utara Gaza, menyebabkan kebakaran di tempat tersebut.

Anggota bomba bergegas ke lokasi untuk memadamkan api, menyebabkan asap berkepul-kepul.

Sementara itu, api merebak melalui kawasan tanah pertanian di daerah Zalata di sebelah timur Rafah (selatan Gaza) setelah pasukan Israel melepaskan beberapa pelancar ke arah rumah kediaman orang awam yang berdekatan.

Anggota bomba dihantar ke lokasi tersebut dan telah mula mengawal kebakaran, tetapi pengeboman artileri yang berlanjutan di kawasan berkenaan memaksa mereka untuk berundur.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Terkini 42 Syahid Jumlah Syahid 197

Khamis,20-05-2021 – Kementerian kesihatan di Jalur Gaza mengatakan bahawa sejumlah 42 orang awam terbunuh dan 50 yang lain mengalami cedera, beberapa yang parah, dalam pembunuhan mengerikan yang dilakukan oleh pesawat perang Israel pada subuh Ahad di kejiranan al-Wehda di Kota Gaza.

Timbalan menteri kesihatan, Yousef Abul-Rish memberitahu sidang media pada petang Ahad bahawa senjata yang digunakan dalam pengeboman kejiranan itu merobek mayat kanak-kanak itu dan menjadikannya tidak dapat dikenali.

Abul-Rish  melaporkan bahawa dua doktor, Mu’ein al-Aloul dan Ayman Abul-Auf, terbunuh dalam serangan udara di kawasan al-Wehda.

Dia menuduh Israel dengan sengaja mengebom dan memusnahkan kemudahan dan sektor penting yang diperlukan untuk menyediakan air, elektrik dan perkhidmatan kesihatan serta jalan yang menuju ke hospital.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Tahan Warga Palestin Atas Dakwaan Cubaan Melanggar Tentera

Khamis,20-05-2021 – Rejim Zionis menahan seorang pemuda Palestin pada hari Isnin selepas menembak keretanya
berhampiran tempat pemeriksaan tentera Meitar di bandar Dhahriya, selatan al-Khalil.

Laman web Hebrew, Walla, mendakwa pemuda itu cuba melanggar tentera rejim di tempat
pemeriksaan berkenaan. Walau bagaimanapun, saksi mengesahkan pemuda itu dikejutkan dengan kehadiran tentera
rejim sebelum ditangkap.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Haneyya bincang perkembangan terkini dengan Sheikh al-Azhar, Velayati

Khamis, 20-05-2021 – Ismail Haneyya, pemimpin Hamas pada hari Ahad telah berbincang dengan Sheikh Besar al-Azhar Dr. Ahmed Al-Tayeb melalui panggilan telefon berkenaan keganasan rejim Zionis di Baitulmuqaddis dan masjid al-Aqsa serta jenayah di Semenanjung Gaza ke atas penduduk, termasuk kanak-kanak.

Haneyya menegaskan kegigihan rakyat Palestin dan bahawa pergerakannya akan terus melindungi al-Aqsa dan tapak-tapak suci. Beliau menegaskan bahawa penceroboh Zionis melakukan satu kesilapan besar dengan menyerang Baitulmuqaddis kerana semua bandar Palestin telah bangkit untuk mempertahankan al-Aqsa dengan kekuatan penuh.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Mishaal: Israel Intai Kemenangan Kecil Di Gaza

Isnin,17-05-2021 – Ketua Biro Politik Luar Hamas, Khaled Mishaal menegaskan, Palestin tidak akan membiarkan Rejim Zionis peroleh kemenangan di Gaza.

Dalam wawancara bersama saluran satelit Al-Arabiy pada Sabtu, gerakan yang diketuai Mishaal akan bertindakbalas menghapuskan pencerobohan oleh penjajah.”Mereka cuba meraih sekecil-kecil kemenangan, tapi itu tak akan berlaku, dengan izin Tuhan,” jelas beliau.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Puluhan Alami Masalah Pernafasan Serangan Gas Pemedih Mata Zionis di Nablus

Isnin,17-05-2021 – Puluhan warga Palestin mengalami masalah pernafasan di perkampungan Lubban Asharqiya di selatan Nablus pada pagi Ahad setelah tentera Zionis (IOF) menyerang penduduk kampung dengan serangan bertalu gas pemedih mata dan bom tangan.

Sumber tempatan mengatakan bahawa tentera IOF menyerbu kampung itu setelah mensuraikan demonstrasi menentang pencerobohan Israel ke atas Gaza dan Jerusalem.

Mereka menambah bahawa IOF mengamuk di kampung selama empat jam dan menembak gas pemedih mata ke rumah orang awam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Kapal terbang perang bom rumah pegawai rasmi Hamas Khalil al-Hayya

Isnin,17-05-2021 – Kapal terbang perang Israel pada pagi Sabtu mengebom rumah ahli biro politik Hamas Khalil al-Hayya di kota Gaza. Menurut sumber tempatan, rumah Hayya telah dimusnahkan oleh beberapa peluru berpandu dari udara ke darat dari kapal terbang perang, juga termasuk satu drone. Rumah tersebut terletak di kejiranan al-Tufah di timur laut kota lama Gaza. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati