
Isnin, 30/07/07 –
Jurucakap Gerakan Hamas, Sami Abu Zuhri menganggap kemenangan Parti
Pembangunan dan Keadilan dalam pilihan raya umum Turki Ahad, (22/7) akan membawa
Turki kembali melaksanakan proram-program Islam.

Selasa, 24/07/07 –
Sumber-sumber dari pimpinan gerakan Fatah menyebut seruan Presiden Mahmud
Abbas untuk menjalankan pilihanraya awal adalah seruan untuk “perang saudara lebih
awal”. Ini kerana ia tidak mungkin dilaksanakan dalam keadaan Palestin seperti
sekarang ini kecuali melalui kesepakatan politik umum atau paling tidak antara dua
fraksi terbesar Palestin iaitu Hamas dan Fatah.

oleh : Maszlee Malik, Durham, UK
Media dunia telah sibuk melaporkan bahawa seramai 250 para tahanan Palestin pro-Fatah telah selamat dibebaskan dari penjara Israel pada 19 Julai 2007. Hadiah tersebut merupakan balasan kepada usaha Presiden pihak berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbas menjatuhkan kerajaan bersekutu yang telah dipilih oleh rakyat Palestin semenjak setahun yang lalu.

Isnin, 23/07/07 –
Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad telah mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Syria, Basyar Al Asad dalam lawatan rasminya ke Damsyik. Perbincangan itu tertumpu kepada memperkukuhkan kerjasama antara dua buah negara serta menyelaraskan pendirian terhadap isu-isu di rantau itu yang mempunyai kesan terhadap keadaan di Iraq, bumi Palestin yang dijajah dan Lubnan.

Isnin, 23/07/07 –
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyeru supaya mengadakan pilihanraya lebih awal bagi menyelesaikan konflik yang melanda rakyat Palestin berikutan Hamas telah menguasai Semenanjung Ghaza pada pertengahan bulan lalu. Namun, pertubuhan itu menolak sekeras-kerasnya seruan itu.

Isnin, 23/07/07 –Israel meragui niat Syria untuk menyambung semula rundingan damai dengan Israel sambil menganggap ia adalah satu cubaan Damsyik untuk memperbaiki imejnya di mata Eropah dan Amerika Syarikat.

Jumaat, 20/07/07 –
Gerakan Hamas menuding Mahmod Abbas bertanggungjawab atas semua yang menimpa
pemimpin Hamas setelah presiden Palestin itu mengeluarkan ancaman untuk membunuh
pemimpin Hamas.

Jumaat, 20/07/07 –
Seorang pemuda Palestin yang di kenali sebagai Zuhdi Hillis, 23, yang juga merupakan salah seorang pejuang Bridged Qassam telah meninggal dunia Khamis lalu. Zuhdi Hillis telah cedera teruk selama 3 minggu lalu akibat serangan kereta kebal yang dilancarkan oleh tentera Israel di Shujaia

Khamis, 19/07/07 –
Gerakan Hamas menuding presiden Palestin Mahmod Abbas dan kumpulannya tunduk kepada arahan-arahan Israel dan Amerika untuk menangani isu Palestin.

oleh : Maszlee Malik, Durham, UK
Pada 16 Julai 2007, termeterailah kesepakatan di antara Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA) dengan Presiden Rejim Zionis Israel, Ehud Olmert di bandar Baitul Maqdis. Antara kata sepakat yang dipersetujui ialah penetangan habis-habisan para pejuang Palestin di Tebing Barat. Abbas, melalui perjanjian tersebut dengan rela hati dipergunakan oleh rejim penjajah untuk menangkap, menyiksa dan membunuh anak bangsanya sendiri di Tebing Barat. Di Gaza di mana Abbas tidak mempunyai pengaruh pula, rejim penjajah tersebut akan menggunakan kekuatan mereka sendiri untuk menghancurkan perjuangan rakyat Palestin.

Khamis, 19/07/07 –
Abu Zuhri menafikan penglibatan Hamas dalam kenyataan yang mengaitkan nama beliau Sami Abu Zuhri, jurucakap media Pergerakan Hamas berkata bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa akhbar dan media adalah bukan dikeluarkan oleh pihak Hamas dan menuduh pihak Fatah yang mereka-reka kenyataan tersebut. Kenyataan tersebut termasuk “pengakuan†daripada Hamas bahawa ia adalah satu kesilapan besar mereka dalam menawan Semenanjung Gaza.

Khamis, 19/07/07 –
Israel menolak kemungkinan rundingan boleh diadakan “pada peringkat ini†berhubung sempadan Negara Palestin yang akan datang dalam tindakan Presiden Bush menghidupkan semula pelan damai.

Khamis, 19/07/07 –
Kementerian Luar Israel mengumumkan bahawa pelan damai antara Damsyik dan Tel Aviv terhenti. Ia berlaku sebaik sahaja Israel mendapat respon secara rasmi terhadap Presiden Syria, Basyar Al Asad pada awal tempoh pemerintahan keduanya yang mana beliau mensyaratkan terlebih dahulu supaya Israel memberi jaminan akan berundur dari Bukit Golan yang dijajah bagi menyambung semula rundingan.

Khamis, 19/07/07 –
Berpuluh-puluh anggota briged Al Aqsa mula menandatangani perjanjian bertulis untuk tidak melakukan serangan yang mana sebahagiannya telah menyerahkan senjata mereka. Munif Rimawi, salah seorang pemimpin briged tersebut berkata setelah menurunkan tandatangan bersama berpuluh-puluh rakannya di Bandar Ramallah, Tebing Barat bahawa beliau mahu “hidup dalam keadaan aman tanpa pembunuhan dan penangkapan oleh Israelâ€.

Khamis, 19/07/07 –
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert akan melangsungkan mesyuarat di Baitul Maqdis Barat hari ini. Mereka dijangka akan membincangkan tindakan-tindakan Israel antaranya mengurangkan syarat terhadap pertubuhan Palestin di Tebing Barat serta menghentikan pemburuan berpuluh-puluh pejuang dari Fatah.