Selasa, 22-06-2021 – Jentolak tentera Israel pada pagi hari Isnin menyusup masuk ke kawasan tenggara sempadan di Smenanjung Gaza yang dikepung.
Menurut sumber tempatan, enam buah jentolak berperisai yang dikawal oleh dua buah kereta kebal Merkava menyusup masuk ke kawasan sempadan di sebelah timur daerah al-Fakhari, tenggara Khan Yunis, dan memulakan penggalian tanah.
Beberapa unit artileri di belakang pagar keselamatan dilaporkan melepaskan tembakan mesingan secara rambang ke arah kawasan tanah yang ditanam di kawasan itu semasa serangan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Selasa, 22-06-2021 – Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) telah menunda selama lebih seminggu untuk memberi kebenaran kepada peguam Suruhanjaya Tahanan melawat tahanan yang sedang mogok lapar, Ghadanfar Abu Atwan, yang dipindahkan dan ditahan di Hospital Kaplan Israel baru-baru ini berikutan keadaan kesihatannya yang bertambah buruk.
Suruhanjaya berkenaan berkata pada hari Isnin bahawa wujud kebimbangan terhadap nyawa Abu Atwan, terutamanya setelah IPS mencederakan dan menyerangnya dengan kejam sebelum ini dan dia telah dibawa beberapa kali ke hospital di Israel.
Kenyataan itu juga menambah bahawa Abu Atwan menolak lebih dari sekali untuk menjalani pemeriksaan perubatan dan menahan diri dari meminum air sebagai bentuk protes terhadap layanan buruk yang diterimanya baru-baru ini.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Selasa, 22-06-2021 – Pada Isnin, tentera Zionis telah menculik sejumlah warga Palestine di Tebing Barat, Jerusalem dan di beberapa wilayah Palestine yang dijajah oleh Israel sejak tahun 1948.
Menurut sumber tempatan, rejim zionis menyerbu pinggir bandar Shuweika di utara Tulkarem dan menculik Atiya Di’bas dan saudaranya Qadar Di’bas. Bapanya Abdullah Di’bas telah syahid kerana telah ditembak mati oleh Israel pada Mei lalu di pusat pemeriksaan tentera Salem di utara Jenin.
Di wilayah Qalqiya, rejim zionis menculik dua pemuda dari bandar Kafr Qaddum dan seorang lagi dari bandar Azzun. Mereka dikenali senagai Ayman Mohamed, Zahi Taher dan Nizar Ashraf.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Shuhada Sayuti
Selasa, 22-06-2021 – Pihak Berkuasa Rejim Zionis ( IOA) memaksa seorang warga Jerusalem untuk merobohkan kedainya di bandar al-Mukabir pada hari Isnin. Sumber tempatan berkata pihak perbandaran IOA memaksa Sami Ja’bees meruntuhkan kedainya di pinggiran Sal’a dengan alasan tiada permit membina bangunan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Selasa, 22-06-2021 – Puluhan warga Palestin mengalami masalah pernafasan semasa pertempuran bersama rejim Zionis (IOF) di kawasan Al-Wad yang berada di antara bandar Ni’lin dan Qibya, di sebelah barat Ramallah.
Datuk bandar Ni’lin, Imad al-Judge, mengatakan bahawa pertempuran berlaku di mana tentera IOF menembak peluru logam berlapis getah, bom serta gas pemedih mata di rumah warga Palestin. Puluhan orang awam mengalami kesukaran untuk bernafas.
Sementara itu, IOF bersama jentolak milik Majlis Desa Qibya telah melakukan penambakan tanah di kawasan yang sama.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Dr Nurul
Khamis,17-06-2021 – Segerombolan peneroka haram Yahudi dan pendita eksterimis Yehuda Glick mencemari perkarangan Masjid Al-Aqsa di kawasan pengepungan Jerusalem pada pagi Selasa, di tengah kawalan ketat di kawasan tanah suci untuk keselatan perarakan bendera yang bakal dilancarkan oleh golongan pelampau Yahudi lewat hari ini.
Seperti biasa, gerombolan peneroka haram memasuki kawasan Masjid dalam kumpulan yang berbeza dan berkeliaran di kawasan perkarangan di bawah perlindungan polis. Sumber tempatan berkata sekurang-kurangnya 54 peneroka haram dan pendita Glick mencemari kawasan masjid pada waktu pagi.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Khamis,17-06-2021 – Kelompok Yahudi yang tinggai di penempatan di sepanjang sempadan Gaza mengungkapkan emosi dan kekhawatiran mereka berkait perkembangan penyertaan “Longmach Bendera” dan kesannya.Laman web “Walla” Israel mengutip pernyataan kelompok Yahudi, bahawa mereka takut jika aksi Longmach bendera Israel di Al-Quds, akan memicu pertembungan terbaru yang menyebabkan mereka menanggung akibatnya.
Menurut mereka, ada amaran daripada Hamas bahawa akan ada serangan hari ini, dan warga memahami kawasan ini boleh meledakkan pertempuran, terutama hari ini.Badan penyiaran Israel menyebutkan, Longmach akan dimulakan dari “Gerbang Amod” salah satu pintu gerbang kota tua, dan tidak akan melalui jalan kawasan kaum muslimin di kota tua Al-Quds.
Longmach akan diselingi dengan ritual dan nyanyian serta pengibaran bendera Israel di Gerbang Amod, seperti dikeluarkan pejabat berita Israel.Seterusnya Longmach akan bergerak dari Al-Quds Barat, melalui Gerbang Amod, menuju Gerbang Hebron, salah satu pintu gerbang kota tua, kemudian berakhir di dataran Al-Buraq (Tembok Ratapan). Longmach bendera merupakan perayaan penjajahan Israel atas kota Al-Quds, tahun 1967, yang diikuti ribuan pendatang yahudi melewati pagar kota tua, pasar utama dan kawasan Islam di dalamnya.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Khamis,17-06-2021 – Tentera rejim Israel bertindak meroboh sebuah struktur pertanian dan bangunan perniagaan di bandar Deir Sharaf, barat Nablus, Tebing Barat kerana dibina tanpa permit.
Menurut pegawai tempatan, Mohammed Azim, pemilik bangunan tersebut menerima notis roboh dari bahagian pentadbiran sivil tentera rejim bulan lepas.
Tambah Azim lagi, sebuah struktur yang merupakan stor pertanian dan sebuah lagi untuk tujuan perniagaan itu terletak di jalan antara Nablus dan Tulkarem.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Zainudin
Khamis,17-06-2021 – Suatu pertempuran ganas yang baharu telah berlaku pada Isnin malam antara berpuluh-puluh pemuda Palestin dengan pasukan rejim Zionis berhampiran Gunung Sobeih di bandar Beita, selatan Nablus.
Menurut sumber tempatan, rejim Zionis telah melepaskan peluru getah dan tembakan gas pemedih mata dan bom tangan ke arah para pemuda tersebut.
Semasa kejadian, banyak pokok zaitun di daerah itu telah terbakar akibat tembakan gas pemedih mata dan bom tangan yang bertubi-tubi.
Sementara itu, sejumlah penduduk Yahudi yang menaiki bas berpusu-pusu menuju ke Gunung Sobeih di bawah perlindungan tentera atas alasan melakukan upacara dan mengadakan perayaan.
Selama beberapa minggu, para pemuda tempatan dari kota Beita dan daerah-daerah lain di Nablus mula menganjurkan acara tunjuk perasaan setiap malam sebagai bentuk bantahan terhadap penjajahan Israel dan para peneroka, yang telah menubuhkan sebuah pos tentera di Gunung Sobeih.
Semasa acara itu berlangsung, para pemuda membakar tayar, menggunakan pembesar suara untuk memainkan slogan agama, lagu kebangsaan dan siren, serta memancarkan sinaran laser dan lampu suluh ke arah peneroka yang berada di kawasan gunung.
Penganjur mengatakan bahawa perhimpunan waktu malam itu bertujuan untuk menimbulkan kekeliruan di kalangan peneroka dan memaksa mereka meninggalkan kawasan itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Khamis,17-06-2021 – Tentera rejim zionis (IOF) pada Ahad malam dan subuh Isnin menyerbu pelbagai kawasan di Tebing Barat dan pertelingkahan tercetus. Beberapa warga Palestin telah ditahan, termasuk tahanan yang telah dibebaskan.
Di Jenin, sumber tempatan melaporkan bahawa IOF menyerbu bandar Jabaa dan pertelingkahan tercetus di antara pada pemuda dan IOF. Para pemuda Palestin membaling batu ke arah kenderaan IOF.
IOF menahan Issam Alawneh dan Malik Hammour setelah menyerbu dan menggeledah rumah mereka.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Khamis,17-06-2021 – Rejim Zionis telah melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pemuda Palestin pada pagi Selasa berikutan kehadiran mereka berhampiran pagar sempadan di sebelah timur Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza.
Menurut sumber setempat, beberapa pemuda telah memotong kawat berduri di sebelah timur wilayah Khuza’ah di Khan Yunis, dan menentang tentera yang melepaskan tembakan peluru hidup dan bom tangan ke arah mereka.
Para pemuda berkenaan berjaya kembali ke daerah di dalam Gaza dan tiada yang cedera dalam serangan tembakan itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Khamis,17-06-2021 – Seorang pemuda Palestin diisytiharkan mati pada hari Selasa malam setelah beliau meninggal dunia akibat cedera parah yang dialaminya semasa serangan Israel yang lalu terhadap Gaza, yang berakhir pada 21 Mei setelah perjanjian gencatan senjata yang dimeterai.
Mangsa terbaru itu adalah Muayyad Hamdan dari Beit Hanoun di utara Gaza, kata sumber perubatan kepada Pusat Maklumat Palestin.
Oleh itu, jumlah kematian akibat pencerobohan Israel terhadap Gaza baru-baru ini meningkat kepada 262 orang yang mati syahid, termasuk 70 kanak-kanak dan 35 wanita.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Dr Nurul
Khamis,17-06-2021 – Semenjak Selasa, suasana bertambah tegang di Baitulmuqaddis dan beberapa wilayah Palestin yang dijajah ketika ekstremis Yahudi berkumpul di kota suci tersebut untuk perarakan provokatif tahunan mereka.
Menurut sumber tempatan, sekurang-kurangnya 6 orang Palestin telah ditangkap oleh pasukan polis Israel dan puluhan lagi diserang serta dikeluarkan secara ganas dari pintu al-Amud (Gerbang Damsyik) yang menuju ke Kota Lama.
Halangan dipasang oleh polis Israel di sepanjang jalan menuju pintu al-Amud dan jalan-jalan lain di Kota Lama. Jalan ini ditutup kerana Israel ingin menghalang dan mengelak rakyat Palestin memasuki kawasan Baitulmaqdis.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Shuhada Sayuti
Khamis,17-06-2021 – Sekumpulan penceroboh Yahudi dan rabbi berhaluan kanan Yehuda Glick menngunjungi masjid al-Aqsa pada pagi hari Selasa, di tengah-tengah langkah keselamatan ketat di kota suci itu untuk menjamin keselamatan perarakan bendera terkenal yang akan dilancarkan oleh pelampau Yahudi pada hari ini.
Seperti kebiasaan, penceroboh memasuki masjid berkenaan dalam beberapa kumpulan berbeza dan melawat halamannya di bawah pengawasan polis. Sumber tempatan berkata sekurang-kurangnya 54 orang penceroboh termasuk Glick, mengunjungi masjid itu pada waktu pagi.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Rabu,16-06-2021 – Ghassan Daghlas, seorang pegawai pemerhati kawasan penerokaan di utara Tebing Barat, pada hari Ahad menjelaskan bahawa pihak berkuasa Israel membiayai perancangan untuk meluaskan kawasan Shvut Rachel dengan menambah 534 buah unit rumah haram di atas tanah milik warga Palestin di kawasan Jalud dan Turmusaya di selatan Nablus.
Daghlas menjelaskan dalam sidang media, kelulusan pelan baru akan meningkatkan pembinaan kediaman haram menyamai lima kali ganda dari penerokaan haram yang asal pada tahun 1991.
Beliau menegaskan dokumen yang telah diluluskan oleh Majlis Tertinggi Perancangan Israel pada hujung bulan Mei lepas untuk meluaskan Shvut Rachel menunjukkan bahawa pembinaan akan dijalankan di kawasan seluas 376 dunum ( kira-kira 94 ekar) di kawasan Jalud dan Trmusaya.
( 1 ekar bersamaan 4 dunum)
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad