Rakaman Buletin Utama pada 17 /1 / 09
Isnin ,19/01/2009 – Penggubal undang2 parti Likud , Yisrael Katz mengakui kegagalan tenteran rejim Zionis dalam melakukan pencerobohan pada Semenanjung Gaza, beliau menegaskan Israel tidak berjaya mencapai matlamat-matlamatnya dalam peperangan yang telah mengakibatkan ribuan nyawa terbunuh.

Isnin ,19/01/2009 – Beratus-ratus penduduk Israel, Palestin dan penyokong antarabangsa organisasi Physicians for Human Rights cuba untuk mengambil bahagian dalam protes dan tindakan solidarity pagi Sabtu lepas (17/1/09) .

Isnin ,19/01/2009 – Ibu bersama 5 anaknya menemui syahid selepas terkena bedilan bom udara di kem Buraij di tengah Gaza menjadikan jumlah syuhada kepada 1151 orang. Sumber perubatan berkata mereka adalah Manal al-Batran, 35, serta anak-anak beliau: Bilal, 2, Izzidin, 3, Iman, 10, Ihsan, 10, Islam, 15 terbunuh dalam bedilan tersebut.
Kuasa Facebook dalam isu Palestin.

oleh Maszlee Malek
Berderma sudah, berdoa sudah, berqunut nazilah sudah, berdemo sudah…apa lagi yang kami mampu buat?
Keluhan salah seorang siswa mengenai tugas yang boleh dilakukan untuk membantu saudara seakidah di Gaza. Di dunia globalisasi dan dunia virtual tanpa sempadan ini, banyak yang boleh dilakukan. Maklumat tidak bersempadan membolehkan maklumat sampai ke mana sahaj, kepada sesiapa sahaja tanpa halangan.

Jumaat ,16/01/2009 – Gerakan Hamas menekankan yang mereka sekali-kali tidak akan berhenti dari menuntut agar Israel mengakhiri pencerobohan, menghentikan pengepungan dan membuka lintasan, dan menambah bahawa serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza adalah satu percubaan terdesak untuk menghapuskan penduduk Palestin.

Jumaat ,16/01/2009 – Menteri Dalam negeri Palestin, pimpinan Ismael Haneya, Syaikh Said Shiam syahid bersama anak dan enam saudaranya digempur F16 Israel petang semalam (15/1). Ketika itu, beliau sedang berada di rumah saudaranya di Yarmuk Gaza City. Paling kurang tiga sanak saudara dan 30 yang lain meninggal dalam peristiwa tersebut.

Jumaat ,16/01/2009 – “Ya Allah ! Tidak pernah saya menyaksikan kezaliman sebuas begini !”, teriak Kayed Abu Aukal. Doktor di bilik kecemasan tidak percaya melihat apa yang tinggal pada syuhada Shahd umur 4 tahun, hanyalah saki baki cebisan daging yang masih melekat pada tulangnya.

Jumaat ,16/01/2009 – Said Seyam, salah seorang pemimpin Hamas dan Menteri Dalam Negeri yang dilantik kerajaan Ismail Haneyya, terbunuh pada petang Khamis semalam bersama dengan anak lelaki beliau , abangnya dan isteri abang beliau dalam satu serangan udara Israel di sebuah rumah dalam kawasan Yarmouk di pusat bandar raya Gaza.

Jumaat ,16/01/2009 – Hamas mengalu-alukan keputusan kerajaan Bolivia yang diterajui Presiden Evo Morales (gambar) memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel bagi membantah pencerobohan yang kini telah masuk minggu ke tiga di Semenanjung Gaza. Satu sumber dari Hamas menyatakan pada hari Rabu , Bolivia dan Venezuela telah mengambil tindakan yang tepat.
Beliau turut terkejut beberapa negara Arab yang masih mengadakan hubungan dengan Israel walaupun jenayah ganas yang sedang dan telah mereka lakukan kepada penduduk Palestin.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : gunx

Jumaat ,16/01/2009 – Mujahidin Penentangan Palestin(HAMAS) pagi semalam(15/2/2009) telah berjaya meledakkan serangan berulangkali ke beberapa kawasan penempatan haram Zionis dengan lebih 20 peluru berpandu dilancarkan jauh dari semenanjung Gaza sehingga pukul 12 tengah hari semalam. Peluru2 adalah dari jenis Grad.

Khamis ,15/01/2009 – Dalam keadaan sebegini, wanita mengandung gagal mendapat rawatan kesihatan dan nutrisi yang mencukupi. Bilik bersalin kini digunakan untuk merawat mangsa perang dan kebanyakkannya bersalin di rumah.
Ketua UN Bahagian Populasi dan Kemanusiaan, Pamela Delargy, berkata wanita mengandung tidak dapat ke hospital atau klinik untuk bersalin disebabkan keganasan Israel yang berterusan dan ini boleh menyebabkan bahaya kepada ibu dan kandungannya.
Setiap hari Wanita di Gaza melahirkan 170 bayi dan ibu dan anak menghadapi risiko tinggi sekiranya mereka tidak mendapat rawatan asas dan nutrisi yang baik.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous

Khamis ,15/01/2009 – Tiga roket Katyusha ditembak dari Lubnan dan jatuh ke kawasan Galilee di utara Israel namun tiada sebarang kerosakan atau mangsa yang tercedera.
Sumber Yahudi berkata beberapa orang penduduk masih terkejut dengan peristiwa itu manakala tentera darat itu bertumpu ke kawasan tersebut bagi menentukan lokasi sebenar letupan.
Siren penggera berbunyi dua kali dari Kiryat Shmoneh dan sekitarnya sebagai manakala Kementerian Pertahanan Israel mengarahkan penduduk-penduduk supaya mendapatkan perlindungan jika mereka mendengar siren atau bunyi letupan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79
Lagu ini bertajuk “We will not go down (Song for Gaza)” . Boleh di muat turun di sini.