
Khamis, 02-02-2012 – Seorang lelaki Palestin berusia 30 tahun meninggal di Iraq 3 hari lepas akibat diseksa dan dipukul teruk di penjara Iraq, demikian menurut keluarganya di kem pelarian Breij di timur Gaza pada Isnin.
Sumber memberitahu agensi berita Safa bahawa Emad Abdulsalam tinggal di Doura, selatan Baghdad selama 30 tahun dan ditahan 3 hari lepas. Mereka berkata, Emad telah dikejarkan ke hospital tetapi meninggal ketika tiba di hospital kerana seksaan berterusan yang teruk. Abangnya, Jihad telah dibunuh dengan cara yang sama oleh pihak keselamatan Iraq beberapa tahun lepas di Baghdad ketika pendudukan Amerika di Iraq.
Ratusan pelarian Palestin di Iraq terbunuh di tangan pihak berkuasa Iraq dan Amerika sejak 10 tahun lepas manakala ribuan lagi cedera dan sejumlah besar daripada mereka melarikan diri dari ancaman pembunuhan dan rompakan ke sempadan Iraq-Syria.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati












