Jumaat , 13/02/2009 – Gerakan pejuang Hamas menyatakan sikapnya tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak yang menang dalam pilihan raya Israel. Ini kerana semua parti Zionis adalah pembunuh, berusaha menang dengan mengorbankan darah Palestin.

Khamis , 12/02/2009 – Mahkamah Tentera Mesir hari ini (Rabu) menjatuhkan hukuman penjara 2 tahun terhadap Majdi Ahmad Hussein (gambar ), seorang aktivis Mesir dari pihak pembangkang, atas dakwaan memasuki Semenanjung Gaza melalui jalan yang tidak sah.

(harap maaf, tidak berkesempatan untuk menterjemah ke dalam bahasa Melayu)
Abu Ubaidah, juru bicara Brigade Izzuddin Al-Qassam, sayap militer Hamas, menegaskan bahwa perang ‘furqon’ membuat perubahan besar di tubuh bangsa Arab dan umat Islam. Perang ini juga membentuk kesadaran dan solidaritas cukup besar dalam pemahaman perjuangan dan jihad yang belum pernah terjadi sebelumnya.
1/3 (klik read more untuk bahagian lengkap)

Rabu, 11/02/2009 – Gerakan Pejuang Islam (Hamas) menegaskan bahawa pilihan raya umum Israel berjaya dikuasai oleh parti “Kadima”, “Likud” dan “Yisrael Beitena” , yang ertinya Israel akan dipimpin tiga tokoh terroris ekstrim.

Rabu, 11/02/2009 – Bekalan air di utara Gaza telah musnah apabila diserang oleh pesawat Zionis Israel. Kerosakan itu menyebabkan 10 000 rakyat Palestin terputus bekalan air. Pihak berkuasa telah dengan pantas menghantar pekerja bagi membaiki kerosakan akibat serangan itu. Kerosakan itu turus menyebabkan banyak projek tergendala.

Rabu, 11/02/2009 – Sumber dalaman Organisasi Nasional bagi Bantuan Gaza yang dibentuk oleh pihak berkuasa di Ramallah telah mempersoalkan kehilangan dana bantuan yang dikumpulkann dari Tebing Barat untuk penduduk di Gaza. Penyelewengan itu dilakukan oleh Salam Fayyadl setelah dana itu dibekukan dalam akaun peribadinya di bank dan menolak untuk memindahkan atau mencairkannya meskipun hanya satu dolar.

Rabu, 11/02/2009 -HAMAS menegaskan keputusan awal pilihanraya Zionis yang menunjukkan Parti ‘Kadima’ sedang mendahului, diikuti oleh Parti Likud dan Parti ‘Yisrael Beitenu’, sebenarnya hanya menampilkan tiga kepala keganasan Zionis, sambil menegaskan HAMAS akan tetap teguh dengan pendiriannya.

Selasa, 10/02/2009 – Seorang tentera Brigade Al-Quds, telah syahid dalam satu operasi bersama Birged Jihad Jibril di Bet Hanun. Dalam kejadian itu, Rafiq Kafaronah yang berusia 22 tahun syahid ketika bertempur. Ketika itu pesawat Zionis-Israel telah melepaskan 2 buah roket dan terkena tepat ke arah para pejuang. Sebelum daripada itu, mereka sedang membalas tembakan dengan Zionis-Israel.
Dalam pada itu, Brigade Al-Quds menegaskan, pihaknya akan meneruskan amaliah jihadiyahnya.
sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Selasa, 10/02/2009 –Tahir al-Nunu, jurucakap kerajaan Palestin dan anggota delegasi dalam perbincangan Kaherah, menyifatkan pertemuan-pertemuan persediaan yang sedang berlangsung dengan para pegawai Mesir sebagai menggalakkan, tetapi terdapat beberapa perkara yang masih lagi perlu untuk diperhalusi sebaik-baiknya, bukan hanya ditangani secara sepintas lalu.
Tshirt Pkini dalam pembikinan.
Ramai meminta Pkini agar membuat satu Tshirt. Jadi, kami telah membuat satu design yang belum di finalize. Design bahagian belakang masih belum siap. Sila tinggalkan komen. Terima kasih.

Speaker :
SAMI ABU ZUHRI
HAMAS OFFICIAL SPOKESPERSON
Date & Time:
10 Februari 2009 TODAY
8.30 – 11.00 TONIGHT
Venue :
DEWAN SIVIK, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
Jalan Yong Shook Lin, 46675 Petaling Jaya
Organisers :
PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM), PALESTINE CENTRE OF EXCELLENCE (PACE), MUSLIM PROFESIONALS FORUM (MPF)
Further Information : Khadijah Azman ditalian 03-41089669.

Selasa, 10/02/2009 – Banyak bantahan dilaporkan daripada Pegawai Bandar, para penduduk dan Peguam Negara terhadap wakil rakyat bandar Arab Israel, Umm al-Fahm Baruch Marzel, yang merupakan ahli politik Israel dan peneroka yang telah menggunakan kedudukannya untuk mengapi-apikan sentimen anti Palestin antara golongan berhaluan kanan Yahudi di Israel.