Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menangkap 12 penyokong Hamas hari ini.

Rabu,04/02/2009 – Tentera Zionis-Israel hari ini telah menangkap 12 rakyat Palestin di Jenin, al-Khalil dan Nablud. Mereka yang ditangkap berumur dari 15 hingga 17 tahun. Tindakan tentera Zionis-Israel yang memecahmasuk dan menggeledah rumah rakyat Palestin. Tentera Zionis-Israel turut merampas barang seperti PC, telefon bimbit dan lain-lain.

Alasan mereka ditangkap adalah kerana mereka bersama mendokong perjuangan Hamas. Operasi ini bermula sejak hari Selasa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Al-Bardawil: Jawatankuasa undang-undang dan kumpulan pejuang bagi menyelesaikan isu tahanan politik dibentuk sebelum dialog.

Rabu, 04/02/2008 – Dr Solah al-Bardawil, seorang ahli parlimen dan anggota HAMAS menegaskan di Kaherah bahawa perbincangan masih berlangsung dengan para pegawai Mesir tentang persetujuan melaksanakan ‘tempoh bertenang’ dan gencatan senjata. Beliau turut menegaskan persetujuan juga telah dicapai untuk membentuk beberapa jawatankuasa yang akan menyelia pembukaan pintu sempadan Rafah.

Categories
Berita Semasa

Terkini : Israel akan membina terowong antara Gaza dan Tebing Barat.

Dalam satu dialog dengan pelajar di Universiti Ben-Gurion pada Isnin lalu, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak, mencadangkan untuk menggali sebuah terowong yang akan menghubungkan Semenanjung Gaza dengan Tebing Barat Bank bagi tujuan mewujudkan apa beliau sifatkan sebagai “kesinambungan geografi”.

Categories
Berita Semasa

Terkini : Israel lancarkan serangan udara, seorang penduduk Palestin terbunuh, dua lagi cedera di bandar Rafah.

Selasa, 03/02/2009 –Seorang warga Palestin telah terbunuh dan dua lagi cedera pada tengah hari Isnin apabila seorang tentera Israel melepaskan peluru berpandu pada sebuah kereta awam yang sedang memandu masuk ke Rafah City yang terletak di selatan Semenanjung Gaza.

Categories
Berita Semasa

PBB tolak alasan Zionis menyerang infrastrukturnya, akan jalankan siasatan sendiri.

Selasa, 03/02/2009 – Para pegawai PBB mengumumkan badan dunia itu akan menjalankan siasatan berhubung serangan Zionis terhadap beberapa bangunan miliknya semasa serangan terhadap Gaza baru-baru ini. John Holmes, pegawai bertanggungjawab tentang hal ehwal kemanusiaan Bangsa-bangsa Bersatu berkata pada hari Isnin (2/2), badan dunia itu sedang menunggu keputusan penyiasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa Zionis tentang serangan terhadap gudang agensi bantuan bagi pelarian Palestin (UNWRA) dan sebuah sekolah miliknya. Namun beliau menegaskan PBB juga akan menjalankan siasatan sendiri terhadap kejadian tersebut.

Categories
Berita Semasa

Persatuan doktor Arab bentuk AJK bangunkan Gaza.

Selasa, 03/02/2009 – Persatuan Doktor Arab telah membentuk satu jawatankuasa yang terdiri daripada ahli akademik seluruh Mesir. Tujuan jawatankuasa ini adalah untuk menilai dan membangunkan semula Gaza. Mereka akan ke Gaza untuk menghimpun permasalahan dan menyediakan solusi serta cara perlaksanaannya.

Categories
Berita Semasa

TV Fakhurah kumpulkan lebih dari $300 juta untuk sektor pendidikan Gaza.

Selasa, 03/02/2009 – Stesyen televisyen Fakhurah berjaya mengumpulkan $100 juta untuk membantu membangunkan sektor pendidikan dan pembinaan semula infastruktur di Semenanjung Gaza. Sementara itu, sumbangan dana terkumpul untuk kos membaikpulih badan pendidikan mencapai $200 juta.

Categories
Foto/Video/Muzik

Gaza membongkar wajah sebenar pemerintah Mesir.

kredit : http://wakeupproject.com

Categories
Berita Semasa

Kenyataan Abbas bukti kegagalannya mengugut dan mencemarkan imej HAMAS.

Isnin, 02/02/2009 – HAMAS mengecam keras kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahmud Abbas -Presiden Palestin yang sudah berkahir tempoh pemerintahannya- yang menentang dialog kebangsaan Palestin dan dialog dengan kumpulan-kumpulan pejuang, dengan menganggap kenyataan tersebut menunjukkan krisis parah yang dialaminya selepas tempoh pemerintahannya tamat.

Categories
Berita Semasa

Majdi Hussein: Perjuangan Gaza kalahkan Zionis Israel.

Isnin, 02/02/2009 – Ketua Parti Buruh Mesir, Dr Majdi Hussein mengatakan, perjuangan rakyat Gaza telah mengalahkan serangan Zionis Israel.  Dalam pernyataan akhbarnya Sabtu (31/1) setelah pulang dari Gaza Hussein mengatakan, kemenangan perjuangan di Gaza semakin meningkatkan sokongan masyarakat terhadap pilihan perlawanan. Hal ini menunjukkan perjuangan dan kemenangan Hamas telah mengangkat darjat masyarakat Arab dan Islam.

Categories
Berita Semasa

Livni : Gaza akan diserang sekali lagi.

Isnin, 02/02/2009 – Kerajaan PA pimpinan Perdana Menteri, Ismail Haneyya telah mengecam kenyataan pegawai-pegawai Israel yang mengancam untuk menyerang lagi Semenanjung Gaza, sambil menuduh Israel mencipta alasan untuk menggagalkan usaha damai Mesir.

Categories
Berita Semasa

Parlimen Yaman desak tolak Abbas.

Isnin, 02/02/2009 – Seramai 58 ahli parlimen Yaman yang telah bersetuju dan mendesak kerajaan Yaman agar tidak lagi menerima kunjungan Mahmoud Abbas yang kini telah tamat tempoh sebagai Presiden Palestin. Abbas dikecam kerana telah mengkhianati aspirasi rakyat Palestin dan terbabit dan bersekongkol dengan Zionis-Israel dalam menentang para pejuang kemerdekaan Palestin.

Categories
Berita Semasa

Pejuang telah melepaskan tembakan ke atas sebuah bas Zionis dan satu dari wilayah jajahan di Daffa.

Isnin, 02/02/2009 – Sumber-sumber tentera Zionis telah memberitahu bahawa sebuah bas Zionis telah menjadi sasaran tembekan tentera pejuang ketika cuba merentasi kampong Salwad di barat Ramallah tanpa menyiarkan bilangan yang tercedera dan mati.

Sumber itu menambah lagi sebuah tempat jajahan Zionis di pertempatan Itmar di timur Nablus telah ditembak dari arah kampong Beit Fourik yang berjiran dengan mereka juga tanpa menyiarkan bilangan yang cedera.

sumber : http://www.alqassam.ps/arabic/
penterjemah : ibnu_nashr

Categories
Berita Semasa

HAMAS kuasa utama, tidak boleh diketepikan.

Isnin, 02/02/2009 – HAMAS menegaskan kenyataan Blair, wakil jawatankuasa empat pihak (Amerika Syarikat, PBB, Russia dan Kesatuan Eropah) ke Timur Tengah sebagai ulang tayang bagi senario lama dan bahawa semua percubaan mencampuradukkannya dengan proses damai adalah percubaan yang sia-sia dan tidak dipersetujui oleh HAMAS sejak dahulu dan oleh beberapa pihak Arab dan antarabangsa. HAMAS juga menegaskan kenyataan ini dalam masa yang sama adalah pengiktirafan bahawa HAMAS adalah kuasa utama dalam isu Palestin yang mesti diambil kira.

Categories
Berita Semasa

Terkini : Terbongkar syarikat Mesir membekal makanan kepada Israel semasa perang Gaza.

Ahad, 01/02/2009 – Sebuah akhbar Mesir telah membongkar yang sebuah syarikat Mesir telah membekalkan askar-askar rejim Zionis dengan makanan melalui lintasan Owja semasa perang di Gaza manakala lintasan Rafah telah ditutup untuk bekalan bantuan kepada untuk warga Palestin