Sistem pertahanan ini dinamakan “The Seer Shoots”. Sistem ini mampu memerhati pergerakan di sempadan2 dan juga mempunyai senjata yang mampu membunuh mangsa dari jarak jauh. Sistem ini kebiasaannya diselia oleh tentera wanita sahaja.

Selasa , 24/02/2009 –Pihak berkuasa Mesir di pangkalan Rafah bersempadan dengan Semenanjung Gaza telah menahan kemasukan sepasukan doktor Perancis ke Gaza sehingga masuk hari keenam.
Para doktor itu berkata mereka berkeras mahu ke Gaza dan tidak akan kembali ke Perancis tanpa menyelesaikan misi mereka.
Mereka mempertikai keputusan itu dan tiada justifikasi untuk mencegah kemasukan mereka ke Semenanjung Gaza terutamanya selepas mereka memperolehi kebenaran dari Perancis dan kedutaan mereka di Kaherah.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

Selasa , 24/02/2009 – Akhbar Israel, Ma’arev menyebutkan, keputusan perdana menteri Israel yang akan berakhir itu, Ehud Olmert mengkritik Jeneral Amosh Giladh yang merupakan ketua keamanan dan politik Zionis-Israel. Giladh telah menyatakan Olmert telah mengubah pendiriannya dalam masalah gencatan senjata dan pertukaran tawanan perang. Olmert mengkritik Giladh kerana terdapat perkara yang tidak dibincangkan bersama.
Olmert juga telah menuduh Giladh kerena membocorkan rahsia Zionis-Israel. Tindakan Giladh telah mengakibatkan pandangan negatif terhadap ZIonis-Israel dan kedudukan perdana menteri ZIonis-Israel. Ehud Barak juga telah mengkritik keputusan Olmert. Keadaan ini menampakkan perpecahan di kalangan pimpianan tertinggi Zionis Israel.
sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Selasa , 24/02/2009 –Timbalan wakil HAMAS di Syria, Ali Barakat menegaskan hari ini (23/2) bahawa delegasi HAMAS yang diketuai Dr Musa Abu Marzuq, Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS akan ke Kaherah esok untuk mengadakan pertemuan-pertemuan dua hala dengan delegasi Fatah sebelum diadakan dialog Palestin menyeluruh yang akan bermula pada 25/2. Persetujuan juga sudah dicapai untuk membentuk lima buah jawatankuasa yang akan mula beroperasi pada minggu pertama bulan Mac akan datang.

oleh Ir Megat Shariffudin Ibrahim
Semuanya seperti berhenti disini. Saya hampir terlupa kezaliman yang dilakukan oleh Yahudi terhadap penduduk Gazza apabila berhadapan dengan pintu masuk ke genting Gazza yang berada di sebuah tempat bernama Rafah-sempadan antara Mesir dan genting Gazza. Pintu masuk Rafah ini menjadi bukti kepada ketidakadilan dan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Mesir terhadap penduduk Islam Gazza. Pintu masuk ke genting Gazza ini yang terletak hampir 6 jam perjalanan dari Kaherah sebenarnya merupakan salah satu dari dua pintu masuk ke genting Gazza, satu lagi pintu masuk terletak disempadan dengan Negara Haram Israel di sebuah tempat yang bernama Erezt.

Isnin, 23/02/2009 – Kumpulan pejuang Palestin telah melepaskan sepuluh mortar di Negev, barat Semenanjung Gaza menurut sumber Israel yang dilaporkan pada Jumaat lalu. Sumber itu menambah kesemua sepuluh motar itu jatuh di sempadan Semenanjung Gaza dan tidak menyebabkan sebarang kerosakan.

Isnin , 23/02/2009 – Hasan al Banna merupakan seorang tokoh umat Islam yang menghidupkan isu Palestin. Beliau berjaya menjadikan Palestin sebagai isu utama umat Islam. Ini merupakan salah satu pendapat yang dilontarkan dalam seminar yang diadakan di Pusat Kajuan dan Penelitian Palestin di Gaza. Tema seminar ialah “60 tahun Syahidnya Imam Hasan al Banna”. Acara ini dihadiri para ulama dan pemimpin lembaga dan organisasi Islam dan nasional serta para pemikir Islam.

Isnin , 23/02/2009 – Sumber Palestin daripada semenanjung Gaza melaporkan Sabtu lalu seorang penduduk terbunuh sementara enam orang lagi cedera apabila terhidu gas yang dilaporkan ditembak oleh polis penjaga sempadan Mesir ke dalam terowong di sempadan Gaza-Mesir di Rafah, di bahagian selatan semenanjung Gaza.
Roket Katyusha melanda Galilee.

Isnin , 23/02/2009 – Sebuah roket Katyusha telah ditembak dari selatan Lubnan dan melanda bahagian barat Kampung Galilee di utara Israel (baca : tanah Palestin yang dijajah) pada hari Sabtu mencederakan tiga askar Israel dan merosakkah sebuah rumah.
Radio Israel melaporkan mereka yang cedera dibawa ke hospital sementara polis dan tentera dikerah ke lokasi berkenaan.
Tentera Israel membalas serangan dengan mengebom kawasan pelancaran roket. Tentera Israel memandang serius perkara ini dan mahu kerajaan dan tentera Lubnan memastikan keselamatan di selatan Lubnan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous

Isnin , 23/02/2009 – Dr Solah al-Bardawil, salah seorang pimpinan HAMAS dan anggota Majlis Perundangan Palestin memaklumkan bahawa pihak keselamatan di Ramallah berazam untuk membebaskan 80 tahanan HAMAS pada hari Isnin (23/2), sambil menegaskan bahawa itu adalah tindakan yang tepat tetapi masih belum memadai.

Isnin , 23/02/2009 – Amerika Syarikat optimis terhadap hasil proses damai di Timur Tengah dan mengisytiharkan ia akan terus memberikan kerjasama dengan kerajaan Zionis yang akan dibentuk oleh pemimpin Parti Likud, Benjamin Netanyahu.

Jumaat , 20/02/2009 – Mohammed Dahlan, ketua gerakan Fatah mengalami kerugian apabila terpaksa membayar jaminan dalam satu kes mahkamah terhadap kolumnis Palestin terkenal Dr Ibrahim Hamami dan TV Aljazeera.
Sumber menyebutkan bahawa Mahkamah Agung England, Dahlan terpaksa membayar 200 000 dolar US ikat jamin di mahkamah itu. Kerugian ini adalah kerana penolakan mahkamah terhadap permintaan peguam Dahlan untuk mengemukakan saksi-saksi Ibrahim Hamami dan stesen TV Aljazeera. Kes ini ditangguhkan ke 2/11 setelah sidang persiapan telah selesai. Menurut perjalanan kes ini, anggapan kemenangan Dahlan dalam kes ini akan menjadi kabur.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif

Jumaat , 20/02/2009 – HAMAS menganggap lawatan Senator Amerika, John Kerry, -bekas calon presiden Amerika daripada Parti Demokrat dan ketua jawatankuasa hal ehwal luar negara dewan senat Amerika- ke Gaza selepas ketibaan dua orang anggota kongres Amerika yang memantau kesan-kesan serangan Zionis terhadap Gaza sebagai langkah yang betul.

Jumaat , 20/02/2009 – Jet pejuang Israel telah mengebom tengahari semalam di sepanjang kawasan sempadan Gaza-Mesir, menurut sumber Palestin. Tentera Israel menyatakan sasaran mereka adalah terowong bawah tanah di sepanjang garisan sempadan itu, namun menurut sumber tiada kecederaan dilaporkan.
Tentera Israeli menambah serangan itu adalah sebagai tindakbalas berikutan serangan yang dilancarkan dari Gaza ke atas kubu mereka berhampiran wilayah Israel.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

Jumaat , 20/02/2009 – Di dalam sebuah operasi penahanan besar-besaran yang tidak pernah berlaku, pasukan penceroboh rejim Zionis menahan hampir 100 rakyat Palestin di pelbagai kawasan Tebing Barat dalam masa empat hari, menurut sumber tempatan. Menurut mereka juga, awal pagi Khamis lalu, Tentera rejim Zionis telah menahan tujuh rakyat rakyat tempatan di daerah Nablus.
Media yahudi pula telah melaporkan bahawa tentera rejim Zionis menahan 10 rakyat Palestin di pelbagai kawasan Tebing Barat sepanjang 24 jam lalu untuk pemeriksaan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : fakhrul77