
Khamis, 22/01/2009 – Kementerian Kerja Raya Palestin di GAza menganggarkan kos pembinaan semula Gaza selepas serangan Israel mencecah 2.215 billior dolar, Dr Yousef Al-Mansi berkata demikian dalam satu sidang akhbar.
Lebih 5000 keluarga kehilangan tempat tinggal dan setiap keluarga memerlukan 10000 dolar setahun. Lebih 600 keluarga mengalami sebahagian kemusnahan teruk rumah mereka dan setiap keluarga tersebut memerlukan 5000 dolar setahun. Lebih 10000 keluarga mengalami kerosakan rumah sederhana dan setiap keluarga memerlukan 3000 dolar setahun.