Khamis, 19-01-2023 – Tentera penyamar Israel menculik dua kanak-kanak Palestin di kejiranan Ras Al-Amud di bandar Silwan, di Baitulmuqaddis pada petang Isnin.
Perisikan Israel turut menculik tahanan Baitulmuqaddis Maher Al-Waari, 19, tidak lama setelah pembebasannya dari penjara gurun Negev, setelah ditahan selama 28 bulan.
Al-Waari dibawa ke balai polis Al-Maskubiya, barat Baitulmuqaddis di mana beliau dibebaskan dengan ikat jamin 5,000 shekel.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Khamis, 19-01-2023 – Delegasi Hamas mengunjungi Ketua Parlimen Yaman, Ustadz Mohamad Alaydrus di pejabatnya di Shan’a, Isnin (16/1).
Ketua Parlimen Yaman menyambut baik kunjungan wakil Hamas di Yaman, Ustadz Muadz Abu Shamalah dan rombongan. Beliau menyampaikan penghormatan pimpinan politik dan mengapresiasi usaha Hamas dalam perjuangan melawan penjajah zionis di Gaza dan di segenap wilayah Palestin.
Alaydrus turut menyatakan penghargaan dan penghormatan atas kegigihan dan keteguhan biro Hamas di dalam keadaan sulit yang dialami Yaman.
Selain itu, Alaydrus mengutuk pencerobohan dan serangan Zionis terhadap Masjidil Aqsha yang melanggar konvensyen antarabangsa. Yaman menyatakan sokongan politik secara rasmi terhadap persoalan Palestin dan haknya dalam berjuang melawan penjajah.
Ketua Parlimen Yaman mengecam sejumlah regim Arab yang turut serta bersama Yahudi menyerbu Masjidil Aqsha dalam rangkaian normalisasi dengan zionis, perkara tersebut adalah bentuk jenaka dan menyia-nyiakan waktu.
Alaydrus menegaskan bahawa persoalan Palestin tidak diperdebatkan dan tidak ada perbezaan pendapat. Bangsa Yaman sudah dikenali sikapnya terhadap persoalan Palestin. Menurutnya ada luka yang dalam di Palestin yang perlu ditangani oleh faksi-faksi Palestin dengan bersatu melawan pencerobohan Zionis.
sumber : https://melayu.palinfo.com penterjemah : Osman
Selasa, 17-01-2023 – Lebih 40 peratus dari penduduk Gaza sedang mengalami kekurangan bekalan makanan dimana mereka melalui kehidupan harian dengan tiada makanan menurut laporan NRWA pada hari Rabu.
Selepas 16 tahun mengalami kepungan darat, udara dan laut, Gaza mengalami kehidupan yang semakin melarat.
“Situasi melarat semakin ketara dengan serangan, ketegangan, kekerasan dan ketidak stablian politik dan pandemik COVID-19 . Faktor-faktor ini membuatkan kehidupan individu dan komuniti terganggu dan berterusan menambahkan cabaran dalam kehidupan mereka. Gaza berada dengan talian hayat dengan 80 peratus penduduk bergantung kepada bantuan kemanusiaan menurut laporan ejensi pelarian Bangsa Bangsa Bersatu.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Hairul
Selasa, 17-01-2023 – Jawatankuasa Presiden Tertinggi Hal Ehwal Gereja di Palestin menyelar serangan pendatang Yahudi ke atas Tembok Patriarkat Armenia di Baitulmuqaddis.
Jawatankuasa itu menekankan yang kerajaan rejim Haluan kanan cuba menarik kawasan itu ke kancah peperangan agama, dan tiada siapa akan terselamat daripadanya.
“Jenayah ini tidak lagi dilakukan hanya oleh kumpulan pendatang pelampau, tetapi telah menjadi polisi rasmi yang diamalkan oleh kerajaan rejim ke atas tempat-tempat suci Islam dan Kristian di kota Baitulmuqaddis,” jawatankuasa itu menambah dalam kenyataannya pada Khamis.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Jumaat, 13-01-2023 – Rejim Zionis Israel menculik beberapa warga Palestin pada subuh Ahad dalam beberapa serbuan di Tebing Barat.
Menurut Pejabat Media Asra, rejim Zionis menculik dua warga Palestin dari perkampungan Sarra di Nablus dan Bandar Beit Rima di Ramallah. Tujuh lagi telah di tahan lanjutan dari serbuan rejim Zionis di kawasan perumahan Beit Ummar di utara al-Khalil.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Hairul
Jumaat, 13-01-2023 – Seorang kanak-kanak Palestin cedera akibat tembakan Israel di Ramallah, manakala sebuah rumah dan beberapa bangunan dirobohkan oleh pihak berkuasa Israel di Salfit dan Jerusalem pada pagi Selasa.
Menurut sumber setempat, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun cedera terkena peluru getah dan penduduk yang lain cedera akibat terdedah kepada gas pemedih mata ketika pertempuran ganas dengan Rejim Zionis di bandar Silwad, timur Ramallah.
Keadaan kesihatan kanak-kanak yang cedera itu dilaporkan stabil selepas dikejarkan ke hospital tempatan.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Jumaat, 13-01-2023 – Beberapa keluarga dari Semenanjung Gaza dapat melawat saudara-mara mereka di penjara Raymond Israel.
43 orang ahli keluarga dari Gaza menaiki bas Palang Merah menuju penjara Raymond untuk melawat ahli keluarga mereka yang ditahan.Sejak lebih dua bulan lalu, Israel melarang keluarga tahanan Gaza melawat saudara-mara mereka di penjara atas alasan yang tidak diketahui.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 11-01-2023 – Pergerakan Hamas telah mengecam penodaan tanah perkuburan Kristian Protestan di Baitulmaqdis yang diduduki secara haram oleh pendatang Yahudi ekstremis baru-baru ini.
Serangan ke atas Tanah Perkuburan Protestan yang bersejarah berlaku pada Ahad lalu dan ditemui pada petang Selasa.
Dalam satu kenyataan pada hari Rabu, jurucakap Hamas Abdul-Latif Qanu menyifatkan serangan pendatang Yahudi ke atas tanah perkuburan itu sebagai “tingkah laku perkauman dan jenayah yang melanggar semua undang-undang ilahi dan norma antarabangsa.”
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Norshuhada Samudin
Rabu, 11-01-2023 – Gerakan Hamas Movement menyelar kerajaan rejim baru berikutan sokongan Knesset Israel terhadap kerajaan yang diketuai oleh Benjamin Netanyahu pada Khamis.
63 ahli Knesset memberikan undi percaya manakala 54 lagi menentangnya. Netanyahu seterusnya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri bagi penggal keenam.
Dalam kenyataan akhbar, jurucakap Hamas Abdul Latif Al-Qanou menekankan yang undi percaya Knesset menyebabkan pentingnya rakyat Palestin untuk bersatu mempertahankan tanah dan tempat suci Palestin daripada kerajaan fasis Netanyahu.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 11-01-2023 – Data yang dikeluarkan oleh tentera penjajah Israel untuk tahun 2022 menunjukkan adanya peningkatan operasi serangan pejuang Palestin di Tebing Barat “yang diduduki” hingga lebih dari 100%.
Khamis, 29 Disember, laman web Hebrew Walla menyiarkan artikel berkaitan tentera penjajah mengatakan bahawa wilayah Tebing Barat menjadi medan tempur bagi 285 aksi serangan tembakan oleh pejuang Palestin sepanjang tahun 2022, dibandingkan dengan 61 pada tahun 2021, 31 pada tahun 2020 dan hanya 19 pada tahun 2019.
Menurut data, jumlah kematian akibat operasi melonjak pada 2022. 31 orang penduduk maut dalam operasi bersenjata, dibandingkan dengan 4 pada 2021, 3 pada 2020 dan 5 pada 2019.
Data tentera penjajah menunjukkan bahawa pada tahun 2022 terjadi 7589 operasi lempar batu, dibanding 3805 pada tahun 2021. Berlaku juga peningkatan bom molotov, iaitu sebanyak 1268 pada tahun 2022, dibandingkan dengan 1022 pada tahun 2021.
sumber : https://melayu.palinfo.com penterjemah : Osman
Rabu, 11-01-2023 – Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) telah memindahkan seorang tahanan Palestin, Jamal Abul-Haija yang sedang menjalani beberapa hukuman penjara seumur hidup, ke penjara lain.
Menurut sumber tempatan di Jenin, Abul-Haija yang merupakan seorang pegawai kanan Hamas berusia 61 tahun telah dipindahkan dari selnya di penjara Hadarim ke penjara Gilboa, tanpa sebab yang diketahui.
Abul-Haija telah menjalani sembilan hukuman penjara seumur hidup sejak ditangkap pada 26 Ogos 2002.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Jumaat, 06-01-2023 – Puluhan rakyat Palestin mengalami masalah pernafasan ketika serbuan oleh Rejim Zionis di barat laut bandar Jenin Tebing Barat pada petang Selasa.
Sumber setempat melaporkan bahawa tentera rejim melepaskan bom gas pemedih mata ke arah warga Palestin selepas menyerbu perkampungan Rummanah, sambil menambah bahawa pertempuran dilaporkan berlaku antara pemuda Palestin dan tentera rejim.
Dalam perkembangan berkaitan, askar rejim melepaskan bom gas pemedih mata dan bom tangan mengejut ke arah warga Palestin selepas menyerbu pintu masuk timur kem Aidah di utara bandar Bethlehem Tebing Barat, yang telah mencetuskan pertempuran.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Jumaat, 06-01-2023 – Liga Ahli Parlimen Al-Quds telah menegaskan bahawa serbuan Itamar Ben-Gvir ke dalam masjid al-Aqsa merupakan fasa berbahaya dalam percubaan Israel mengubah status quo Baitulmuqaddis.
Dalam satu kenyataan akhbar pada hari Selasa, liga tersebut berkata bahawa pencerobohan yang merupakan sebahagian daripada rancangan Yahudisasi Israel di masjid Al-Aqsa akan membawa kepada peningkatan ketegangan di rantau itu, menjadikan Israel bertanggungjawab atas kesan mencemarkan tapak suci itu.
Liga tersebut juga menegaskan bahawa penodaan terhadap masjid Al-Aqsa ini adalah hasil daripada tindakan berdiam diri masyarakat antarabangsa terhadap jenayah Israel yang berulang-ulang melanggar semua undang-undang dan konvensyen antarabangsa.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Jumaat, 06-01-2023 – Gerakan Hamas berkabung atas kematian syahid Adam Ayyad, 16 tahun yang ditembak mati pada pagi Selasa oleh tentera rejim zionis (IOF) di kem pelarian al-Deheisha, Bethlehem.
“Rakyat kami, yang tabah menghadapi jenayah rejim akan terus berjuang mempertahankan tanah dan tempat suci, terutamanya Baitulmuqaddis dan Masjid Aqsa, serta mengembalikan hak sepenuhnya dan mencapai kebebasan juga kemerdekaan,” Hamas berkata pada Selasa.
“Kami menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga syahid Ayyad, saudara-saudaranya dan mereka yang menyayanginya. Kami juga menyeru rakyat Palestin untuk tabah berjuang dan meningkatkan penentangan terhadap musuh kita zionis dan menyekat jalan-jalan yang digunakan oleh para pendatang dan pelampau zionis,” tambah Hamas.
sumber : https://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati