Categories
Berita Semasa

Haneyya: Sheikh Yassin menulis epik perjuangan semasa hidupnya

Khamis, 24-03-2022 – Ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya mengingatkan pada hari Selasa akan prinsip yang Sheikh Ahmed Yassin, pemimpin pengasas Hamas, telah wujudkan semasa hidupnya dan warisan penentangan yang ditinggalkan kepada rakyatnya selepas kematiannya.

“Sheikh Ahmed Yassin, pengasas, menulis epik perjuangan semasa hidupnya dan syahid, dan dia menjelmakan dalam hidupnya kehebatan yang teguh dan mengakhirinya dengan kesyahidan yang mengagumkan,” kata Haneyya pada ulang tahun ke-18 kematian Sheikh Yassin.

“Syeikh Yassin mengangkat panji-panji penentangan dan perjuangan yang berteraskan akidah dan pendekatan pendidikan yang unik.  Dia juga mengasaskan generasi beragama yang telah membawa Al-Quran dan senjata; dan memerangi pencerobohan di setiap arena dan di setiap bahagian,” tambah ketua politik Hamas itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan


Categories
Berita Semasa

Empat Rakyat Israel Terbunuh, Sebilangan Cedera Dalam Kejadian di Beersheba

Khamis, 24-03-2022 – Empat rakyat Israel terbunuh dalam kejadian tikaman dan rempuhan kereta yang dilakukan oleh seorang pemuda Palestin di bandar Beersheba, selatan Palestin pada hari Selasa.

Menurut sumber perubatan Israel, seramai tiga orang rakyatnya telah mati ditikam. Mangsa keempat yang menunggang basikal telah dilanggar kereta dipandu pemuda yang sama.

Kejadian berlaku di sebuah pusat membeli belah. Laporan berita awal mengatakan bahawa pemuda itu adalah bekas tahanan bernama Mohamed Abul-Qi’aan dari bandar Hura di Negev. Dia telah ditembak mati oleh seorang pejalan kaki yang bersenjata.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin seru agar tindakan protes mereka disokong

Khamis, 24-03-2022 – Jawatankuasa Tinggi Kecemasan untuk Tahanan Palestin di penjara Israel menyeru rakyat Palestin agar menyokong tindakan protes mereka yang akan dilaksanakan bermula 25 Mac.

Jawatankuasa itu menekankan, dalam kenyataan pada Isnin, niat para tahanan adalah untuk mogok lapar secara bersama dan tanpa tempoh bermula dari 25 Mac bagi membantah hukuman yang dikenakan oleh Israel.

Jawatankuasa itu turut menyeru rakyat Palestin agar bangkit menyokong perjuangan para tahanan menentang keganasan Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati


Categories
Berita Semasa

Penduduk Jerusalem Mogok Duduk Tentang Pemusnahan Rumah

Rabu, 23-03-2022 – Puluhan rakyat Palestin dari kejiranan Jerusalem di timur Jabel Mukaber mengambil bahagian dalam mogok duduk menentang pemusnahan rumah yang diadakan di luar ibu pejabat perbandaran Israel di kota suci itu pada hari Ahad.

Para peserta melaungkan slogan mengutuk amalan “perkauman” Israel terhadap mereka khususnya dan rakan senegara mereka di kawasan lain di kota suci itu amnya. Mereka membawa sepanduk dalam bahasa Arab dan Ibrani yang menyeru agar menghentikan pemusnahan rumah di Jerusalem dan berikrar untuk kekal teguh di tanah mereka.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Tahanan pentadbiran terus memboikot mahkamah Israel

Rabu, 23-03-2022 – Banduan Palestin yang ditahan secara pentadbiran di penjara Israel telah melakukan boikot terhadap mahkamah Israel selama 79 hari berturut-turut untuk menuntut penamatan dasar penahanan pentadbiran.

Pada awal Januari, tahanan pentadbiran mengumumkan pemboikotan sepenuhnya semua prosedur kehakiman yang berkaitan dengan penahanan pentadbiran mereka. Tahanan pentadbiran ditahan di penjara Israel yang berbeza, kebanyakannya di penjara Negev dan Ofer.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Marzouq al-Ghanim seru agar Israel diusir daripada IPU

Rabu, 23-03-2022 – Jurucakap Dewan Negara Kuwait Marzouq al-Ghanim menyeru pada Sabtu agar mengusir delegasi Israel dari Kesatuan Antara Parlimen setelah pengundian dilakukan untuk mengeluarkan keahlian Russia dalam organisasi antarabangsa.

Ghanim membuat kenyataan itu ketika berucap di mesyuarat penyelarasan kumpulan Arab pada akhir persidangan IPU yang ke 144 yang dilaksanakan di Bali, Indonesia dari Ahad, 20 Mac hingga Khamis, 24 Mac.

“Adalah tidak adil dan tidak lojik untuk mendepani krisis Russia-Ukraine dengan kaedah yang sama sekali berbeza daripada kaedah mendepani keganasan rejim Israel,” beliau menegaskan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Lebih 80 orang pendatang cemarkan Masjid Aqsa

Isnin, 21-03-2022 – Puluhan pendatang Yahudi yang diiringi oleh polis rejim mencemarkan Masjid Aqsa di Baitulmuqaddis pada pagi Selasa dan pada petangnya.

Menurut sumber tempatan, sekurang-kurangnya 86 orang pendatang memasuki masjid dalam beberapa kumpulan mnerusi pintu Maghariba dan berkeliaran di datarannya.

Ketika berada di situ, mereka mendengar ceramah daripada para rabbi tentang kuil yang didakwa kewujudannya dan sejumlah mereka sengaja mencetuskan provokasi dengan mengerjakan ibadat Talmud.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Mogok umum di bandar Rahat membantah pembunuhan warga Palestin oleh polis 

Isnin, 21-03-2022 – Satu mogok umum telah diadakan pada pagi hari Rabu di kota arab Rahat di Negev untuk membantah pembunuhan Sanad al-Harbad yang berusia 27 tahun oleh anggota polis Israel yang menyamar pada hari Selasa.

Beratus-ratus orang menyertai pengebumian Harbad di Rahat pada waktu pagi, dengan orang ramai yang berkabung mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan lelaki muda yang juga bapa kepada tiga anak, dan menuntut pemecatan ketua polis bahagian selatan dan siasatan terhadap insiden tembakan, yang mereka tekankan sebagai “tidak wajar.”

Bagi pihaknya, Jawatankuasa Pemandu Tinggi Arab Negev telah mengumumkan sokongannya terhadap mogok umum yang dilancarkan oleh majlis perbandaran Rahat, menyeru untuk menyiasat jenayah itu dan mendakwa pegawai polis yang terlibat dalam serbuan maut itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Lebih 105 Peneroka Cemari Masjid Al-Aqsa

Isnin, 21-03-2022 – Puluhan peneroka Yahudi yang dikawal oleh pasukan polis mencemari Masjid Al-Aqsa di Jerusalem pada pagi Rabu.

Menurut sumber setempat, sekurang-kurangnya 105 peneroka memasuki masjid dalam kumpulan berbeza melalui Pintu Maghariba dan mengelilingi lamannya.

Ketika lawatan mereka di tanah suci Islam itu, para peneroka mendengar ceramah dari rabbi mengenai Temple Mount dan sebilangan dari mereka melakukan sembahyang Talmud.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Imarah: Apa yang Dirancang Oleh Israel Di al-Aqsha Berbahaya

Isnin, 21-03-2022 – Pemimpin gerakan Hamas, Shaker Imarah, menegaskan bahawa apa yang terjadi dan dirancang oleh penjajah Israel dan penduduk pendatang Yahudi adalah masalah yang berbahaya. Mereka memaksa realiti baru di dalamnya dan merosak status sejarah dan undang-undang di masjid tersebut.

Dalam sebuah pernyataan akhbar pada Rabu (16/3/2022) malam, Imarah menekankan bahawa rakyat Palestin sedia untuk mempertahankan Masjid al-Aqsha dan tempat-tempat suci serta mampu untuk melindunginya.

Beliau mengatakan bahawa, seruan para penduduk pendatang Yahudi dan kelompok ekstremis Yahudi untuk melakukan penyerbuan besar-besaran ke Masjid al-Aqsha oleh ribuan orang merupakan rancangan pencerobohan yang mungkin berlaku ketika kedatangan bulan Ramadhan. Apabila itu terjadi, maka Tebing Barat, Al-Quds dan Gaza akan bahu membahu untuk meningkatkan segala bentuk perjuangan.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Ugut Musnahkan Rumah di Perkampungan Tebing Barat

Khamis, 17-03-2022 – Tentera Israel memaklumkan seorang warga Palestin pada hari Isnin mengenai rancangan mereka untuk merobohkan rumahnya di kampung Kisan, timur Bethlehem.

Timbalan ketua majlis kampung Anwer Ghazal berkata seorang penduduk tempatan menerima
perintah roboh terakhir terhadap rumahnya, sambil menambah lima sekeluarga tinggal di rumah
itu.

Beliau menegaskan bahawa tentera Israel telah merobohkan dua rumah milik keluarga yang
sama di kampung itu kira-kira dua tahun lalu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina

Categories
Berita Semasa

Lebih 170 Peneroka Cemari Masjidil Aqsa

Khamis, 17-03-2022 – Puluhan peneroka Yahudi diiringi pasukan polis mencemarkan Masjidil Aqsa pada pagi Isnin dan waktu petang.

Berdasarkan sumber tempatan, sekurang-kurangnya 175 peneroka masuk dari Gerbang Maghariba untuk mengelilingi halaman masjid secara berkumpulan. Antara mereka yang terlibat adalah 65 pelajar dari institusi Talmud.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

IOF menyerang di kawasan sempadan Gaza

Khamis, 17-03-2022 – Tentera rejim melakukan serangan di kawasan sempadan utara Semenanjung Gaza pada pagi Isnin.

Menurut sumber tempatan, lapan jentolak berperisai yang diiringi dua kereta kebal Merkava bergerak dari pos tentera ke kawasan sempadan di timur bandar Beit Hanoun.

Kenderaan berat itu mula meratakan dan menggali tanah pertanian yang terletak beberapa meter dari pagar sempadan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Raja Jordan tekankan ‘kepentingan perjuangan Palestin’

Khamis, 17-03-2022 – Raja Jordan, Raja Abdullah II telah mengulangi kepentingan perjuangan Palestin dan keperluan lebih banyak usaha antarabangsa untuk mencapai keamanan yang berkekalan berdasarkan penyelesaian dua negara.

Raja Jordan membuat ucapannya semasa pertemuan pada Ahad di ibu negara Norway, Oslo, dengan perdana menteri negara itu, Jonas Gahr Store.

Raja Abdullah menegaskan bahawa penyelesaian dua negara mesti membawa kepada penubuhan negara Palestin yang merdeka pada 4 Jun 1967 dengan Baitulmuqaddis timur sebagai ibu kotanya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan


Categories
Berita Semasa

Adalah: Israel kembali melarang keluarga Palestin bersatu

Selasa, 15-03-2022 – Adalah, Pusat Perundangan Hak Minoriti Arab di Israel, menyelar ‘undang-undang pembaharuan kewarganegaraan dan kemasukan ke Israel’ sebagai salah satu undang-undang paling bersifat perkauman dan diskriminasi di dunia, serta menyeru agar menariknya dengan segera.

Menurut Adalah, Israeli Knesset meluluskan undang-undang into dengan undi majoriti 45-15 pada 10 Mac 2022.

Undang-undang itu melarang penyatuan semua keluarga Palestin. Menteri Dalam Israel dilarang meluluskan status residen dan warganegara kepada warga Palestin dari Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang berkahwin dengan warga Palestin di Israel. Ia turut melarang penyatuan di antara warga atau residen Israel dengan pasangan dari negara yang dilabel sebagai ‘negara musuh’ termasuk  Syria, Lubnan, Iraq and Iran.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati