Categories
Berita Semasa

Dua warga Palestin cedera dalam serbuan Israel di timur Jerusalem

Khamis, 03-11-2022 – Dua orang rakyat Palestin cedera pada petang hari Isnin semasa serbuan Israel di timur Baitulmuqaddis.

Polis Israel menyerbu rumah Barakat Ouda di bandar al-Azariya, yang mencetuskan pertempuran di sekitar rumah itu.

Salah seorang askar Israel cuba melanggar seorang pemuda Palestin semasa pertempuran di sekitar rumah Ouda, yang ditembak mati selepas melakukan operasi merempuh kereta berhampiran Jericho.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Kanak-kanak Palestin cedera dalam serbuan IOF di Bethlehem

Selasa, 01-11-2022 – Seorang kanak-kanak Palestin cedera pada petang Ahad ketika serbuan oleh tentera rejim zionis (IOF) di utara kemasukan di bandar Bethlehem, Tebing Barat. 

Sumber tempatan melaporkan yang seorang kanak-kanak Palestin cedera di kaki akibat tembakan peluru hidup oleh IOF ketika pertelingkahan tercetus di antara pemuda Palestin dan tentera rejim di situ.

Dalam kejadian berkaitan, tentera IOF menyerbu kampung  
Rummanah di barat bandar Jenin dan memasang dua pos pemeriksaan di kemasukan dan tengah kampung, serta menghentikan kenderaan-kenderaan rakyat Palestin dan meminta pengenalan diri mereka, demikian menurut agensi berita WAFA.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pelajar Palestin peroleh anugerah kecemerlangan akademik di AS

Selasa, 01-11-2022 – Pelajar Palestin, Sarah Abu Rashid menerima USD1.2 juta sebagai anugerah kecemerlangan akademik daripada Universiti Harvard di Cambridge, Amerika Syarikat.

Sarah Abu Rashid ialah seorang penulis dan penyair. Salah satu puisinya sedang diajarkan kepada pelajar sekolah menengah di Amerika Syarikat.

Di samping itu, sumbangan beliau kepada kajian penyelidikan diterbitkan dalam lebih daripada sepuluh jurnal di Amerika.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim ratakan tiga kediaman warga Palestin di kampung Tebing Barat

Isnin, 31-10-2022 – Tentera rejim zionis memusnahkan tiga rumah warga Palestin di kampung ad-Duyuk at-Tahta, barat Jericho d timur Tebing Barat pada Rabu.

Menurut sumber tempatan, jentolak-jentolak yang dikawal oleh tentera rejim memusnahkan tiga rumah, salah satunya sedang dalam pembinaan.

Rumah-rumah yang dimusnahkan itu dimiliki oleh tiga orang penduduk tempatan dari kampung itu. Pemusnahan dilakukan atas alasan pembinaan tidak berlesen.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Puak-puak Palestin menyeru untuk meluaskan tentangan

Isnin, 31-10-2022 – Kepimpinan Kebangsaan Penentangan Popular, sebuah perikatan yang dibentuk oleh puak-puak utama Palestin pada tahun 2020 telah menyeru untuk memperluaskan penyertaan dalam konfrontasi dengan rejim Zionis di seluruh wilayah Palestin.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat yang diadakan oleh pegawai daripada puak-puak tersebut pada hari Rabu, ia menekankan kepentingan memberikan setiap sokongan untuk perjuangan Palestin.

Perikatan tersebut menggesa sidang kemuncak Arab yang akan diadakan di Algeria untuk menerima pakai resolusi menguatkuasakan boikot Arab ke atas negara penceroboh Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Tahanan terpencil memasuki hari ke-9 mogok lapar

Isnin, 31-10-2022 – Tahanan pentadbiran Palestin Seba at-Titi memasuki hari Rabu hari ke-9 mogok lapar yang dilakukannya sebagai protes di kurungan bersendirian.

Menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, tahanan Titi, 33 tahun dari kem pelarian Balata di Nablus, telah dikurung dalam sel pengasingan selama lebih sebulan.

Dia diculik oleh regim zionis Israel pada 10 April dan kemudian mahkamah tentera Israel meluluskan penahanan pentadbirannya selama enam bulan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Peneroka Ceroboh Tanah Palestin di Lembah Jordan

Isnin, 31-10-2022 – Sekumpulan peneroka haram Yahudi menceroboh tanah milik Palestin pada hari Rabu di Wadi al-Faw di utara Lembah Jordan.

Mahdi Daraghmeh, ketua kampung al-Malih, berkata bahawa peneroka haram mula merosakkan tanah di kawasan Wadi al-Malih milik warga Palestin dari Bandar Tubas.

Penduduk tempatan dan harta benda mereka di Lembah Jordan terdedah kepada kemusnahan dan jenayah yang berbeza, termasuk rampasan tanah, oleh peneroka haram Yahudi setiap hari.

Dalam kejadian berasingan, tentera pendudukan Israel menyekat pada hari yang sama pintu masuk utama bandar Azzun di timur Qalqilya.

Sumber tempatan berkata bahawa jentolak Israel yang diiringi oleh askar menimbun timbunan tanah dan batu di pintu masuk utama bandar itu di samping penghadang jalan – yang ditutup selama lebih dua minggu.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Ameen

Categories
Berita Semasa

Para pendatang bakar kereta, cabut pokok di kampung Tebing Barat

Khamis, 27-10-2022 – Segerombolan pendatang pelampau Yahudi mmenyerang dengan membakar kenderaan warga Palestin dan memusnahkan pokok-pokok di kampung al-Mughayyir, utara Ramallah.

Menurut agensi berita WAFA, para pendatang menyerbu kawasan timur kampung yang dikawal tentera dan membakar sebuah kereta.

Para pendatang turut mencabut anak pokok zaitun dan badam serta membakar tangki air di situ.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Mogok Umum, Pertempuran Dengan Rejim Zionis di Al-Khalil dan Bethlehem

Khamis, 27-10-2022 – Pertempuran ganas berlaku pada hari Khamis antara pemuda Palestin dan Rejim Zionis di al- Khalil dan Bethlehem, di tengah-tengah mogok umum yang diadakan sebagai berkabung ke atas syahid Uday at-Tamimi.

Mogok itu, yang diseru dilakukan oleh tokoh negara, diperhatikan oleh ahli perniagaan, sekolah, universiti dan kemudahan yang berbeza di al-Khalil dan Bethlehem.

Menurut sumber setempat, pertempuran berlaku di pintu masuk utara Kota Bethlehem, di mana rejim itu melepaskan tembakan gas pemedih mata dan bom tangan yang mengejutkan penunjuk perasaan. Tiada kecederaan dilaporkan semasa kejadian itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Dua warga Palestin cedera serius ditembak Zionis

Khamis, 27-10-2022 – Dua orang rakyat Palestin cedera parah dalam tindakan ganas tentera rejim Zionis menghentikan protes tanpa senjata di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis pada hari Khamis.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata dalam satu kenyataan ringkas bahawa mangsa pertama dilaporkan di bandar Sa’eer di wilayah al-Khalil, menjelaskan bahawa mangsa telah dipukul dengan peluru hidup di perutnya dan dimasukkan ke dalam dewan bedah untuk  pembedahan segera di Hospital Al-Ahli di bandar al-Khalil.

Seorang lagi mangsa dilaporkan cedera juga di bahagian perut di bandar al-Ram di Baitulmuqaddis dan dia dikejarkan ke Kompleks Perubatan Palestin untuk pembedahan segera.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Reuters menarik balik anugerah dari wartawan Palestin.

Khamis, 27-10-2022 – Yayasan Thomson Reuters telah menarik balik anugerah Kurt Schork atas bidang kewartawanan Antarabangsa kepada wartawan bebas Palestin Shada Hammad selepas beliau dituduh anti-yahudi oleh kumpulan Israel. “

Bersama -sama dengan Dana Peringatan  Kurt Schork, kami telah membuat keputusan sukar dalam menarik balik Anugerah wartawan tempatan  Kurt Schork dari wartawan Palestin Shada Hammad “  dalam satu kenyataan oleh Yayasan Reuters pada hari Selasa lepas.

Selepas diumumkan sebagai pemenang anugerah, Hamad telah  meyampaikan anugerah Kurt Schork kepada tahanan Palestin dan juga wartawan yang telah mati dibunuh oleh rejim zionis Israel termasuklah wartawan Al Jazeera Shireen Abu Akleh.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi menyerang warga Palestin dan mencuri hasil tuaian buah zaitun

Jumaat, 21-10-2022 – Pendatang Yahudi, melindungi polis rejim zionis, menyerang petani Palestin dan mencuri hasil tuaian mereka di kota Tebing Barat, al-Khalil pada Selasa.

Agensi berita WAFA melaporkan yang pendatang Yahudi menyerang petani Palestin dan aktivis luar yang menyertai kempen memetic buah zaitun yang dilancarkan oleh kumpulan aktivis tempatan Pemuda Menentang Penempatan di kejiranan Tal al-Rumaida, di pertengahan al-Khalil.

Dalam perkembangan berkaitan, puluhan pendatang dengan kawalan ketat polis Israel, mencuri hasil tuaian buah zaitun warga Palestin setelah menyerbu kejiranan Wadi al-Joz di Baitulmuqaddis.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Puluhan Peneroka Cemari Masjid Al-Aqsa

Jumaat, 21-10-2022 – Di tengah-tengah sekatan polis terhadap penganut beragama Islam, puluhan peneroka Yahudi mencemarkan Masjid Al-Aqsa di Jerusalem pada pagi Selasa.

Menurut Pentadbiran Islam Awqaf, peneroka memasuki masjid secara berkumpulqn dengan melalui Pintu Maghariba dan mengelilingi lamannya di bawah kawalan ketat polis.

Ketika lawatan mereka di tanah suci Islam itu, para peneroka mendengar ceramah dari rabbi mengenai Temple Mount dan sebilangan dari mereka melakukan sembahyang Talmud.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Israel mengeluarkan perintah pengusiran terhadap aktivis Jerusalem wanita

Jumaat, 21-10-2022 – Rejim Israel pada hari Selasa membebaskan dua orang aktivis wanita Jerusalem dari penjara Israel dengan syarat mereka diusir keluar dari Kota Lama Baitulmuqaddis.

Sumber tempatan melaporkan bahawa mahkamah Israel memutuskan untuk membebaskan aktivis Baitulmuqaddis, Hanadi Halawani dan melarangnya masuk ke Kota Lama selama lima hari, selain mengenakan denda 2,000 shekel ke atasnya.

Sumber itu menambah bahawa aktivis lain, Kefah Natsha dibebaskan dan menerima perintah pengusiran dari bandar itu selama 25 hari, selain mengenakan denda 700 shekel ke atasnya.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Haneyya menyampaikan ucapan takziah kepada Erdoğan untuk mangsa-mangsa letupan lombong

Rabu, 19-10-2022 – Ketua biro politik Hamas Ismail Haneyya telah menyampaikan surat ucapan takziah kepada Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan terhadap kejadian letupan arang batu di wilayah utara Bartin yang menyebabkan kematian 41 orang.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya pada Isnin, Haneyya menyampaikan ucapan takziah kepada Presiden Turki, menyuarakan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang meninggal di dalam kejadian tragik itu.

Haneyya menekankan sokongan tanda persaudaraan, dan mendoakan kesembuhan segera kepada mereka yang cedera dan agar rakyat Turki sentiasa selamat daripada bahaya.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati