Categories
Berita Semasa

Nikolas Sarkozi : Bebaskan Gilad Shalit !

Rabu, 28/01/2009 – Presiden Perancis , Nıkolas Sarkozi, menghantar seorang anggota senatnya ke Syria bagi meminta kerajaan Syria membantu dalam usaha membebaskan Gilad Shalit, seorang askar Israel yang ditangkap oleh pejuang Palestin di Gaza pada tahun 2006.

Categories
Berita Semasa

Ramallah lancar kempen burukkan Hamas.

Jumaat, 23/01/2009 – Hamas menyatakan satu kempen yang dilancarkan oleh pemerintah boneka Dayton yang secara sistematik memburukkan Hamas dan kumpulan pejuan lain berikutan kemenangan Hamas dan pejuang lain ke atas Zionis-Israel. Sebaik sahaja Zionis-Israel memberhentikan operasi mereka, media-media terus digunakan untuk memburuk-burukan Hamas. Beberapa pemimpin kerajaan boneka Dayton secara terbuka menghamburkan fitnah(kerajaan boneka Dayton merujuk kepada kerajaan yang dibentuk oleh Jeneral Amerika Keith Dayton. Antara pimpinan mereka Salam Fayad, Mahmud al Habbash dan Yasr Abu Rabi).

Categories
Berita Semasa

Haniyya : Bantuan 40 juta euro kepada Gaza.

Jumaat, 23/01/2009 – Pusat Maklumat Penduduk Palestin yang bergabung dengan Pergerakan Hamas Khamis lalu melaporkan kerajaan Palestin di Gaza yang diketuai oleh Ismail Haniyya memutuskan untuk memberi 40 juta Euro kepada penduduk Semenanjung Gaza yang terjejas akibat serangan Israel.

Categories
Berita Semasa

Perisikan Mesir ugut mangsa Palestin yang cedera.

Jumaat, 23/01/2009 – Beberapa penduduk Gaza cedera yang menerima rawatan di beberapa buah hospital Mesir dan telah pulang semula ke Gaza berkata pasukan keselamatan Mesir melakukan siasatan terhadap beberapa orang daripada mereka untuk mengetahui tempat membuat roket dan bagaimana senjata diseludupkan ke Gaza.

Categories
Berita Semasa

UNRWA nafi adanya penyelewengan bantuan Gaza.

Jumaat, 23/01/2009 – Sami Musya’sya’, jurucakap Badan Bantuan PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) menegaskan bahawa bantuan Arab untuk rakyat Palestin sudah diterima dan akan dibahagikan kepada penduduk Semenanjung Gaza. Beliau menafikan isu pencurian dan penyelewengan bantuan tersebut.

Categories
Berita Semasa

Berbelas pembelot telah ditahan di tempat selamat.

Jumaat, 23/01/2009 – Menteri dalam Palestin di Gaza telah mengumumkan bahawa berbelas orang tahanan yang bersekongkol dengan Israel yang cuba memberi  infomasi mengenai penentangan Palestin semasa perang telah di tahan di tempat yang selamat.

Categories
Berita Semasa

Hamdan: Hamas tidak menentang usaha dialog kebangsaaan.

Khamis, 22/01/2009 – Osama Hamdan wakil Hamas di Lubnan mengatakan Hamas tidak menentang sebarang usaha untuk mengadakan dialog sesama kumpulah di Palestin untuk tujuan penyatuan.

Hamdan memberitahu terdapat perasaan yang mendalam dalam hati rakyat Gaza bahawa ketua Fatah Mahmoud Abbas dan kumpulannya condong ke arah Israel di samping itu tidak bertindak positif dalam menghentikan serangan kejam Israel tempoh hari di Gaza.

Categories
Berita Semasa

Pemulihan Gaza dianggarkan lebih 2 billion.

Khamis, 22/01/2009 – Kementerian Kerja Raya Palestin di GAza menganggarkan kos pembinaan semula Gaza selepas serangan Israel mencecah 2.215 billior dolar, Dr Yousef Al-Mansi berkata demikian dalam satu sidang akhbar.

Lebih 5000 keluarga kehilangan tempat tinggal dan setiap keluarga memerlukan 10000 dolar setahun. Lebih 600 keluarga mengalami sebahagian kemusnahan teruk rumah mereka dan setiap keluarga tersebut memerlukan 5000 dolar setahun. Lebih 10000 keluarga mengalami kerosakan rumah sederhana dan setiap keluarga memerlukan 3000 dolar setahun.

Categories
Foto/Video/Muzik

We will not go down (Song for Gaza)

Michael Heart

WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009

Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri: Persidangan KTT Kuwait tidak tegas

Khamis, 22/01/2009 – Hamas menyifatkan kenyataan KTT Ekonomi Arab sebagai satu yang lemah dan tidak tegas. Kenyataan KTT itu jelas tidak menyokong aspirasi pejuang Palestin dan tidak menampakkan untuk menghentikan hubungan dengan Zionis-Israel. Namun demikian, Hamas menyambut baik cadangan damai inisiatif Raja Saudi.

Categories
Berita Semasa

Hamas: Israel undur kerana serangan pejuang dan semangat juang rakyat.

Khamis, 22/01/2009 – Gerakan Pejuang Islam Hamas menegaskan komitmennya dengan pilihan perlawanan sebagai landasan sebarang dialog Palestin. Hamas menegaskan bahawa projek mereka adalah pembebasan seluruh Palestin dan bukan hanya Gaza. Hamas melihat apa yang terjadi di Semenanjung Gaza sehingga perang berakhir adalah kemenangan pejuangan menuju jalan pengusiran penjajah dari seluruh tanah Palestin.

Categories
Berita Semasa

Haneyya : Semua kementerian, institusi dan pejabat kerajaan mula dibuka seperti biasa.

Khamis, 22/01/2009 – Kerajaan Palestin dipilih yang diketuai oleh Perdana Menterinya Ismail Haneyya memutuskan bermula hari ini (Rabu 21/1/2009) segala urusan di semua kementerian awam dan institusi-institusi di bawahnya akan beroperasi seperti biasa, suatu tindakan yang dianggap sebagai cabaran jelas terhadap regim Zionis yang melancarkan serangan terhadap Gaza dengan matlamat menghancurkan kerajaan HAMAS.

Categories
Berita Semasa

Nasrallah mengucapkan tahniah kepada Mishaal atas kemenangan Hamas.

Rabu, 21/01/2009 – Hassan Nasrallah, ketua setiausaha bagi parti Labenon, Hizbullah telah mengucap tahniah kepada Khaled Mishaal, pemimpin Gerakan Hamas di atas keberanian penduduk Palestin dalam menghadapi pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza.

Categories
Berita Semasa

Gaza: Puluhan ribu menyertai perarakan gergasi.

Rabu, 21/01/2009 – Berpuluh ribu rakyat Palestin di Gaza telah keluar waktu tengahari Selasa(20/1/2009) ke perarakan besar yang di anjurkan HAMAS untuk merayakan kemenangan.

Perarakan itu bermula selepas solat Zohor, apabila berpuluh ribu penduduk Palestin mula keluar dari semua daerah di Gaza untuk menyertai perarakan gergasi itu, semata-mata bertujuan menyampaikan pesan dan ucapan sesama mereka selepas perang yang berlaku di Gaza selama 3 minggu.

Categories
Berita Semasa

Israel menjangkakan dalam tempoh setahun lagi roket Hamas akan menjangkau Tel Aviv

Rabu, 21/01/2009 – Anggota “Knesset” Israel, Avigdor Liberman, yang juga ketua parti “Yasrael Betna”, memberi komen bahawa serangan militan Israel di Gaza belum menghancurkan Hamas sebaliknya menjadikan Hamas semakin berpengaruh di Palestin.Beliau menyatakan mungkin tidak lama akan ada kejutan apabila Ramallah pula jatuh ke tangan Hamas.