Categories
Berita Semasa

Enam tahanan Palestin menyusup keluar dari penjara Gilboa

Jumaat, 10-09-2021 – Rejim penjajah Zionis Israel telah melancarkan operasi buruan besar-besaran untuk menangkap enam tahann Palestin setelah mereka berjaya melepaskan diri dari kawalan ketat penjara di utara Israel. Beberapa organisasi Palestin, Hamas dan Jihad Islami telah menyanjung aktiviti pemecahan keluar berikut.

Menurut media Yahudi, tahanan melepaskan diri pada waktu subuh pada hari Isnin melalui terowong yang telah dibina selama beberapa bulan atau tahun di bawah penjara tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Sheikh Bakirat Seru Lindungi Aqsa Dari Penceroboh

Jumaat, 10-09-2021 – Sheikh Najeh Bakirat, Timbalan Pengarah Awqaf Islam di Jerusalem, telah memberi amaran mengenai hasrat kumpulan kuil Yahudi untuk mengadakan pencerobohan besar-besaran di Masjid Al-Aqsa untuk meraikan majlis keagamaan, dan mendesak para jemaah Muslim untuk berarak beramai-ramai ke laman suci itu untuk melindunginya.

Beliau yang juga ketua Akademi Sains dan Warisan Aqsa, menegaskan bahawa peneroka dan kumpulan Yahudi melampaui batas sekiranya mereka berani mencemarkan masjid untuk mengadakan sambutan perayaan Yahudi, dengan memberi amaran perbuatan itu akan mencetuskan perang yang berpanjangan di rantau ini.

Beliau juga menekankan bahawa kehadiran para jemaah Muslim secara intensif di dalam perkarangan masjid sangat penting untuk melindungi tempat itu dari diceroboh, terutama semasa cuti.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel arahkan warga Baitulmuqaddis robohkan sebahagian rumahnya

Jumaat, 10-09-2021 – Rejim Zionis pada hari Isnin memaksa seorang pemuda Baitulmuqaddis untuk merobohkan sebahagian rumahnya di bandar Beit Hanina, di timur laut Baitulmuqaddis.

Fayez Izhiman, pemilik rumah tersebut, menjelaskan bahawa pihak perbandaran Israel mengarahkan beliau untuk meruntuhkan siling konkrit sebuah bilik di dalam rumahnya dan memberi beliau pilihan untuk menggantikannya dengan siling kayu. Oleh itu beliau terpaksa melakukannya sebelum mereka merobohkan semua dinding bilik tersebut.

Izhiman berkata pihak perbandaran juga kemudian menghantar krew untuk meletakkan tanda pada dinding bilik tersebut yang hendak dirobohkan dan memberikan beliau sehingga bulan hadapan untuk melaksanakan arahan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Aktivis sosial media melancarkan kempen pembebasan Israa Jabis.

Jumaat, 10-09-2021 – Aktivis media sosial termasuk bekas tahanan Israel, telah melancarkan kempen secara dalam talian untuk menuntut pembebasan terhadap tahanan wanita Palestin, Israa Jaabis yang telah ditangkap semenjak Oktober 2015. Sepanjang tempoh penahanan ini, beliau menderita secara emosi dan fizikal apabila mengalami kecacatan daripada luka melecur dan terbakar.

“Hal ini sangat keterlaluan dan memalukan apabila Israa Jaabis yang memerlukan rawatan perubatan tidak lagi menjadi keutamaan bagi pihak kerajaan dan ianya melanggar hak asasi kemanusiaan. Lebih-lebih lagi beliau sangat memerlukan lebih daripada 8 pembedahan untuk kembali kepada kehidupan normalnya” kata penganjur kempen.

Terdahulu, beliau dituduh oleh pihak berkuasa Israel meletupkan keretanya berhampiran dengan pusat pemeriksaan. Namun, beliau menafikan letupan berkenaan dan menegaskan bahawa letupan tersebut berlaku berikutan kesilapan teknikal yang terdapat pada bahagian kenderaannya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti

Categories
Berita Semasa

Polis Israel menahan aktivis kerana mengibarkan bendera Palestin

Jumaat, 10-09-2021 – Polis rejim menahan Muhammed Abu al-Hummus, aktivis Palestin ketika protes mingguan di Sheikh Jarrah Baitulmuqaddis pada Jumaat.

Menurut saksi mata, polis rejim menahan Abul al-Hummus kerana mengibarkan bendera Palestin ketika perarakan mingguan pada Jumaat.

Beliau dibebaskan setelah ditahan beberapa jam dan diikat jamin sebanyak 5,000 Shekel dan diarahkan agar jangan memasuki Sheikh Jarrah selama dua minggu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

144 Peneroka Yahudi Cemari Masjid Aqsa

Selasa, 07-09-2021 – Puluhan peneroka Yahudi dalam kawalan pihak polis cemari Masjid Aqsa di Jerusalem pada pagi Ahad.

Menurut sumber tempatan, 144 peneroka secara berkumpulan menyerbu dari arah Gerbang Maghariba sebelum mengelilingi kawasan masjid.

Sesetengah daripada mereka melakukan upacara Talmud di beberapa kawasan suci umat Islam itu, terutama bahagian timur.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Hamas Seru Perarakan Lindungi Masjid Al-Aqsa

Selasa, 07-09-2021 – Gerakan Hamas menggesa rakyat Palestin mengadakan perarakan besar-besaran jika kumpulan peneroka bertindak melakukan perbuatan agresif terhadap masjid itu semasa cuti Yahudi.

Dalam kenyataan media, jurucakap Hamas Mohamed Hamadah menegaskan bahawa pencerobohan peneroka setiap hari di Masjid Al-Aqsa diatur dan dilindungi oleh institusi keselamatan dan ketenteraan Israel.

Hamadah juga meminta kumpulan penduduk Palestin di Jerusalem dan wilayah 1948 Palestin yang diduduki untuk memperhebat kehadiran mereka di Masjid Al-Aqsa untuk menjamin bahawa tempat suci itu dilindungi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Yousef: Membebaskan tahanan dari penjara Israel satu penghormatan untuk Hamas

Selasa, 07-09-2021 – Pegawai kanan Hamas, Hasan Yousef menjelaskan bahawa pembebasan tahanan warga Palestin terutamanya wanita dari penjara Israel sebagai “satu penghormatan yang telah dicari oleh Hamas untuk dicapai melalui perjanjian pertukaran”.

Semasa lawatannya ke rumah Anhar ad-Deek di Ramallah, Yousef mengesahkan bahawa Hamas tidak akan sesekali melupakan tahanan di penjara Israel, memastikan bahawa pergerakan itu akan meneruskan kerja dengan bersungguh-sungguh untuk membebaskan semua tahanan melalui perjanjian pertukaran yang baru.

Yousef berkata bahawa pembebasan ad-Deek adalah hasil kepada kesabaran dan ketabahan yang ditunjukkan oleh beliau dan keluarganya sepanjang tempoh penahanan, sambil menambah bahawa sokongan yang popular dengannya juga menyumbang kepada tekanan ke atas Israel untuk membebaskannya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Kanak-kanak Palestin Cedera Kejadian Langgar Lari Oleh Peneroka Haram Yahudi

Isnin, 06-09-2021 – Seorang peneroka haram Yahudi yang memandu dengan kelajuan tinggi telah melanggar seorang kanak-kanak Palestin pada hari Khamis pagi dan mencederakannya di sebatang jalan di kawasan al-Husain, di sebelah timur Bandar al-Khalil di Tebing Barat Yang Diduduki.

Menurut saksi, seorang peneroka telah merempuh keretanya ke arah kanak-kanak itu ketika dia berjalan ke sekolahnya di kawasan itu. Peneroka tersebut kemudiannya melarikan diri dari tempat kejadian.

Kanak-kanak berkenaan mengalami pelbagai kecederaan dan lebam-lebam dan telah dikejarkan ke hospital tempatan.

Kejadian keganasan oleh peneroka pelampau Yahudi ke atas penduduk Palestin dan harta benda mereka adalah kejadian yang berlaku setiap hari di seluruh Tebing Barat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Pihak Berkuasa Israel Hapuskan Kampung Al-Araqeeb kali ke-192

Isnin, 06-09-2021 – Pihak berkuasa Israel memusnahkan Kampung Al-Araqeeb di selatan Negev untuk kali ke-192 pada hari Khamis. Keluarga Badwi al-Araqeeb membina semula kampung itu setiap kali pihak berkuasa Israel merobohkannya untuk melindungi mereka dari musim panas dan musim sejuk.

Pihak berkenaan bertujuan untuk memaksa penduduk meninggalkan kampung itu, iaitu perkara yang sama sekali ditolak oleh keluarga mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Peneroka memusnahkan tanaman, rumah dan kenderaan di kampung Burin

Isnin, 06-09-2021 – Sekumpulan peneroka ekstremis Yahudi telah menyerang sebuah rumah Palestin dan merosakkan dua kenderaan di perkampungan Burin, selatan Nablus, Baitulmaqdis.

Pegawai tempatan, Ghassan Daghlas mengatakan bahawa peneroka dari penempatan haram Yitzhar melemparkan batu ke rumah Umm Ayman Sufan di kampung tersebut lalu menyebabkan kerosakan pada beberapa tingkap rumahnya.

Daghlas menambah bahawa para peneroka juga memusnahkan dua kenderaan dan merosakkan tanaman berdekatan rumah tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul

Categories
Berita Semasa

Mauritania menafikan hubungan diplomatik dengan Israel

Isnin, 06-09-2021 – Mauritania membantah keras terhadap sebuah laporan media yang menyatakan bahawa pihaknya menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.

Media Israel mendakwa bahawa Tel Aviv mengadakan hubungan diplomatik dengan beberapa buah negara arab dan Islam termasuklah Mauritania.

Menurut Al-Mukhtar Walid Dahi, Menteri Kebudayaan dan jurucakap rasmi kerajaan Mauritania, beliau mengatakan dalam sidang media di Nouakchott bahawa kedudukan negaranya tidak berubah dalam memberikan sokongan penuh terhadap hak-hak rakyat Palestin dan akan menentang sebarang hubungan rahsia. Beliau turut menegaskan bahawa negaranya menolak sebarang hubungan diplomatik dengan Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti

Categories
Berita Semasa

Hamas bantah perlantikan duta Bahrain ke Israel

Isnin, 06-09-2021 – Pergerakan Hamas menganggap perlantikan duta Bahrain ke Israel sebagai “menurutkan dosa nasional yang telah dilakukan oleh kepimpinannya ketika menandatangani perjanjian normalisasi”.

Dalam satu kenyataan akhbar pada hari Rabu, jurucakap Hamas Hazem Qasem berkata bahawa langkah Bahrain itu mencerminkan sokongan yang jelas untuk negara penjajah tersebut serta keterlibatan dalam pencerobohan dan kejahatan yang berterusan terhadap rakyat Palestin dan pelanggarannya terhadap tempat suci Islam. Qasem turut menambah bahawa langkah itu “akan menjadi satu peristiwa versi Zionis”.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Puluhan pendatang Yahudi memecah masuk Masjid Aqsa

Isnin, 06-09-2021 – 81 pendatang Yahudi mencemarkan Masjid Aqsa di Baitulmuqaddiis pada pagi Rabu dengan perlindungan Israel, demikian menurut Institusi Antarabangsa Al-Quds.

Institusi itu menyatakan di laman Facebooknya yang para pendatang memasuki kawasan suci Islam itu menerusi pintu Maghariba dan keluar melalui pintu al-Silsila.

Polis Israel membenarkan pendatang Yahudi untuk memecah masuk Masjid Aqsa pada dua waktu setiap hari, pagi dan petang, kecuali Jumaat dan Sabtu. serta mengenakan sekatan ke atas pengunjung Muslim yang ingin memasuki masjid.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

IOA memaksa keluarga memusnahkan tiga rumah di Beit Hanina

Jumaat, 03-09-2021 – Pada Sabtu, rejim zionis (IOA) memaksa kelf al-Dalal agar memusnahkan tiga rumah di kejiranan Ashqariya Beit Hanina di Baitulmuqaddis.

Subhi al-Dalal, bapa kepada pemilik rumah itu menyatakan pemusnahan di Beit Hanina berulang setiap minggu, kebanyakannya diratakan oleh pemilik yang dipaksa bagi mengelakkan pembayaran pemusnahan dan denda yang dikenakan perbandaran rejim.

Dalal menyatakan rumah-rumah tersebut dimiliki dua anak lelakinya dan dihuni oleh 13 orang, kebanyakannya kanak-kanak.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati