
Jumaat,21-05-2021 – Ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya telah mengutus sepucuk surat kepada Ayatollah Khamenei, Pemimpin Tertinggi Republik Islam Iran, untuk mendesaknya untuk memberikan sokongan teguh kepada rakyat Palestin sehubungan dengan pencerobohan Israel terhadap mereka.
Dalam surat itu, Haneyya memberi penjelasan kepada Khamenei mengenai pencabulan dan provokasi Israel baru-baru ini yang mencetuskan peristiwa semasa di Gaza dan kawasan-kawasan Palestin yang lain.
“Memandangkan serangan jenayah [Israel] yang meningkat di tanahair, rakyat dan tempat-tempat suci kami, dan memandangkan keteguhan rakyat kami dalam menghadapi serangan ini dan sokongan mereka dalam penentangan mereka yang sah dan berani terhadap serangan yang harus mereka hadapi, Gerakan Hamas ingin memberi gambaran tentang apa yang sebenarnya berlaku di lokasi, sebab-sebab kejadian dan perkembangan terkini,” kata ketua politik Hamas tersebut.
Dia meminta pemimpin Iran berkenaan untuk melakukan yang terbaik untuk mengumpulkan sokongan dari negara Arab, Islam dan antarabangsa untuk rakyat Palestin dan menyelaraskan dengan semua pihak yang berkenaan untuk mengambil kedudukan yang jelas dan tegas terhadap Israel.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul











