Categories
Berita Semasa

Keluarga mohon tahanan dipindah ke hospital awam

Selasa, 13-12-2022 – Keluarga banduan Palestin yang diserang kanser, Nasser Abu Hamid telah meminta Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa bertindak segera untuk memindahkan Abu Hamid dari penjara Ramleh, Israel ke hospital awam.

Dalam satu kenyataan akhbar pada hari Selasa, Persatuan Tahanan Palestin (PPS) berkata bahawa lawatan terakhir keluarga Abu Hamid hanya berlangsung selama sepuluh minit. Semasa lawatan itu, Abu Hamid diletakkan di bawah bantuan pernafasan dan segera dikeluarkan dari bilik lawatan kerana keadaan kesihatannya yang semakin merosot.

PPS berkata, Abu Hamid telah kehilangan 90 peratus keupayaannya untuk bergerak. Ia menambah bahawa lawatan keluarga yang seterusnya dijadualkan pada 15 Disember.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Hamas Berdukacita Atas Kematian Omar Fararjah

Rabu, 07-12-2022 – Gerakan Hamas berdukacita ke atas syahid Omar Fararjah, 23, yang ditembak mati oleh Rejim Zionis pada pagi Isnin di kem pelarian al-Deheisha, tenggara Bethlehem.

Dalam satu kenyataan pada hari Isnin, Hamas menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan para syuhada dan memberi penghormatan kepada pemuda Bethlehem kerana berani menentang rejim itu semasa serbuan di kem al-Deheisha.

“Pejuang bebas dan revolusioner muda akan terus menentang pencerobohan negara,” tegas Hamas, sambil menambah bahawa cubaan terdesak pendudukan untuk mengekang penentangan itu akan gagal.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Dua tahanan Palestin mogok lapar di penjara Ofer

Rabu, 07-12-2022 – Tahanan Palestin Ahmad Musa dan Addal Mousa pada Isnin menyambung mogok lapar terbuka sebagai bantahan ke atas pelanjutan penahanan mereka walaupun telah dijanjikan sebaliknya.

Tahanan Ahmad and Addal, yang ditahan di penjara Ofer, telah mogok lapar sejak 8 Ogos 2022.

Ahmad, 44, yang memulakan mogok lapar pertamanya pada 2019 yang berterusan selama 31 hari. Beliau menderita sakit strok yang menjejaskan kaki dan tangannya serta menjalani pembedahan jantung terbuka.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel robohkan masjid di barat daya al-Khalil

Rabu, 07-12-2022 – Rejim Zionis merobohkan sebuah masjid di bandar Dura di barat daya bandar al-Khalil, Tebing Barat pada hari Isnin.

Menurut sumber media, tentera rejim merobohkan masjid seluas 100 meter persegi itu selepas menyerbu kawasan Khilat Taha di bandar Dura.

Pihak berkuasa penceroboh Israel telah meningkatkan rancangan pembesaran penempatan mereka di kawasan Khilat Taha untuk meluaskan penempatan haram Nagahot termasuk rampasan 3,000 dunum tanahnya.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Timbalan President Parlimen Arab seru hentikan sekatan ke atas Gaza

Selasa, 06-12-2022 – Ahli Parlimen Jordan dan Timbalan Parlimen Arab, Khalil Atiyya, menyeru parlimen Arab dan jawatankuasa parlimen agar bertindak segera bagi menghentikan sekatan ke atas Gaza dan membebaskan ahli parlimen Palestin yang ditahan di penjara Israel.

Dalam kenyataan akhbar pada Khamis, Ahli Parlimen Atiyya memuji Liga Parlimen for Al-Quds kerana menganjurkan kempen parlimen untuk menyeru menghentikan sekatan ke atas Gaza oleh Israel selama 16 tahun, menekankan kepentingan usaha antarabangsa dalam mendedahkan jenayah terhadap rakyat Palestin.

“Lima ahli parlimen Palestin sedang ditahan di penjara Israel,” ahli parlimen Atiyya menekankan, yang Israel malah menolak seruan dan tuntutan antarabangsa agar membebaskan tahanan dari Baitulmuqaddis Ahmad Al-Manasra yang dikurung secara bersendirian.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Haniyeh: Kami Berjuang Siang dan Malam Untuk Membebaskan Al-Aqsa

Selasa, 06-12-2022 – Ketua Biro Politik Gerakan Pejuang Islam (Hamas), Ismail Haniyeh menyampaikan pidato kepada para tawanan di penjara penjajah Israel bahawa menunggu pembebasan tawanan Palestin adalah ibadah.Pejuang perlawanan Palestin bekerja siang dan malam demi membebaskan tawanan dari penjara Israel.

Haniyeh menekankan dalam pidato yang disampaikannya pada majlis penghormatan kepada para tawanan yang menghafal al-@uran hari ini di Kota Gaza, yang diselenggarakan oleh Hamas dan Pejabat Maklumat Tawanan. Para tawanan menggantikan ketidak hadiran mereka di Al-Aqsha dengan menghafal Al-Qur’an Al-Karim dan Qiyamul Lalil dan inilah puncak keikhlasan dan kesetiaan dengan Allah SWT.

Haniyah menyeru kepada para twanan, “Wahai tawanan Palestin, kalian menyinari dengan cahaya dan berjalan dalam cahaya Allah Yang Maha Kuasa, terlepas dari konspirasi dan kezaliman yang mengelilingimu.”

Haniyah meneruskan, “Kami hanya mampu memberi ucapan tahniah kepada para tawanan yang telah menghafal Al-Quran.

sumber : https://melayu.palinfo.com
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Hamas mengalukan resolusi PBB iktiraf hari Nakba

Selasa, 06-12-2022 – Pergerakan Hamas telah mengalu-alukan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang meminta sekretariat bahagian hak Palestin mendedikasikan aktivitinya pada 2023 khusus untuk ulang tahun ke-75 Nakba.

Dalam satu kenyataan akhbar pada hari Khamis jurucakap Hamas, Jihad Taha berkata bahawa resolusi ini merupakan pengiktirafan oleh PBB terhadap tragedi yang menimpa rakyat Palestin melalui pemindahan paksa yang menyebabkan mereka menjadi pelarian dalam buangan dan diaspora.

Taha mengucapkan terima kasih kepada negara-negara yang mengundi menyokong resolusi itu dan menyokong perjuangan Palestin yang adil serta menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengambil langkah serius menyokong rakyat Palestin dalam perjuangan mereka menentang pencerobohan Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Hamas: Operasi Ramallah adalah tindak balas semula jadi terhadap jenayah Israel

Jumaat, 02-12-2022 – Gerakan Hamas mengesahkan bahawa operasi rempuhan kereta dekat kampung Mukhmas di timur Ramallah adalah tindak balas semulajadi terhadap jenayah rejim zionis, termasuk pembunuhan tiga warga Palestin pada malam sebelumnya dan pada pagi Selasa.

“Para pejuang sentiasa bersedia untuk melindungi rakyat dan pemuda revolusi kami tahu bagaimana hendak memberikan pukulan menyakitkan ke atas rejim dan sebagai balasan ke atas darah para syuhada”, jurucakap Hamas Mohamed Hamada berkata dalam kenyataan akhbar pada Selasa.

 “Darah mencetuskan darah dan provokasi mencetuskan kemarahan, jadi orang kami tidak boleh berdiam diri menyaksikan darah ditumpahkan dan tempat suci dicemari,” Hamada menambah.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Bebaskan Pegawai Hamas

Jumaat, 02-12-2022 – Rejim Zionis membebaskan pegawai kanan Hamas Jamal at-Taweel dan Adnan Hamarsha pada hari Isnin.

Menurut sumber setempat, rejim itu membebaskan Jamal at-Taweel, 60 tahun, seorang penduduk Kota Bireh, selepas ditahan secara pentadbiran selama 18 bulan di Penjara Negev.

Taweel diculik dari luar rumahnya di Bandar Bireh pada Jun 2021 beberapa bulan selepas dibebaskan dari penjara Israel, setelah menghabiskan kira-kira lapan bulan sebagai tahanan pentadbiran.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin Al-Qaderi Alami Komplikasi Kesihatan

Jumaat, 02-12-2022 – Tahanan Palestin Ya’qub Al-Qaderi mengalami pelbagai komplikasi perubatan di penjara Ayalon disebabkan dasar kecuaian perubatan Israel.

Dalam satu kenyataan akhbar pada hari Selasa, Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan berkata bahawa Al-Qaderi ditahan di sebuah bilik yang tidak mempunyai keperluan asas, dan menyatakan bahawa Al-Qaderi dipindahkan ke penjara Ayalon selepas ditahan di tiga
penjara lain sebelum itu.

“Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) sengaja menangguhkan pertukaran Al-Qaderi untuk mendiagnos kelenjar tiroidnya melalui tomografi,” dakwa Suruhanjaya sambil menambah bahawa tahanan itu memperoleh biopsi tiroid tiga bulan lalu ketika ditahan di kurungan seorang diri di Ashkelon.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin cedera dalam serbuan Zionis di selatan Nablus

Jumaat, 02-12-2022 – Puluhan rakyat Palestin cedera pada hari Selasa semasa serbuan oleh rejim Zionis di selatan bandar Nablus di Tebing Barat.

Sumber tempatan melaporkan bahawa tentera rejim melepaskan peluru hidup dan bom gas pemedih mata ke arah warga Palestin dan pelajar di bandar Qaryout di selatan Nablus, menyebabkan masalah pernafasan kepada berpuluh-puluh rakyat Palestin.

Dalam perkembangan berkaitan, tiga rakyat Palestin cedera terkena tembakan peluru hidup Zionis manakala yang lain mengalami masalah pernafasan semasa pertempuran tercetus di pintu masuk bandar Beit Ummar di utara bandar al-Khalil di Tebing Barat.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Haneyya puji kejayaan Qatar anjur Piala Dunia

Khamis, 24-11-2022 – Ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya mengucapkan tahniah kepada Amir negara Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani atas kejayaan cemerlang Qatar dalam menganjurkan majlis pembukaan Piala Dunia 2022.

Dalam satu kenyataan akhbar pada hari Isnin, Haneyya mengucapkan tahniah kepada Amir dan rakyat Qatar atas kejayaan acara luar biasa itu yang diadakan buat pertama kali di dunia Arab dan memuji tahap persiapan tinggi yang dibuat oleh negara itu.

Haneyya menyuarakan penghargaannya di atas pencapaian memberangsangkan dalam acara itu yang memberikan imej positif warisan budaya dan agama Arab dan Islam serta mendoakan kejayaan dan kemakmuran seterusnya untuk negara Qatar.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Hamas Ratap Saadi, Puji Pejuang Jenin

Khamis, 24-11-2022 – Gerakan Hamas meratapi syahid Mahmoud as-Saadi, yang ditembak mati askar Israel di Bandar Tebing Barat Jenin pada Isnin.

Dalam satu kenyataan, Hamas merakamkan takziah kepada keluarga syahid, memohon Allah Yang Maha Besar agar merahmatinya.

Gerakan itu turut memuji keberanian para pejuang Jenin menentang pasukan yang menceroboh bandar tersebut.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

IOF serbu taman permainan di Bethlehem

Khamis, 24-11-2022 – Beberapa warga Palestin cedera Ketika serbuan pada Isnin oleh tentera rejim zionis (IOF) di taman permainan al-Khader di selatan Tebing Barat bandar Bethlehem.

“Tentera IOF menyerbu taman permainan Ketika kejohanan bola sepak sedang berlangsung”, pengarah taman tersebut, Yousef Sayel, berkata dalam kenyataan akhbar.

Beliau menambah yang tentera rejim menembak bom gas pemedih mata ke arah stadium dan padang, menyebabkan sejumlah pemain dan penonton sukar bernafas.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Beberapa warga Palestin cedera dalam serangan IOF di barat Jenin

Selasa, 22-11-2022 – Sejumlah warga Palestin termasuk seorang wanita hamil, cedera pada petang Selasa ketika serbuan oleh tentera rejim zionis (IOF)di barat kota Jenin Tebing Barat.

“Seorang wanita Palestin yang hamil, cedera setelah tentera rejim menyerangnya,” sumber perubatan melaporkan, dan menambah yang empat warga Palestin mengalami kesukaran bernafas ketika serangan ketenteraan Israel di bandar Burqin, Jenin.

IOF turut menahan seorang remaja berusia 16 tahun, Mohammed Jarrar setelah menyerbu rumahnya di bandar itu, demikian menurut sumber tempatan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati