Selasa, 16-11-2021 – Jawatankuasa Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin menyatakan bahawa tahanan Ayyad al-Harimi, 34 tahun dari Bethlehem, telah mogok lapar selama 49 hari sebagai bantahan ke atas penahanan beliau tanpa bicara.
Menurut peguam Suruhanjaya, Harimi baru-baru ini dipindahkan dari penjara Ramlake penjara Ofer, di mana beliau ditahan di bilik yang kotor dan dicemari lipas.
Harimi tidak diberikan sebarang vitamin dan rawatan perubatan sejak beliau mula mogok lapar.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 16-11-2021 – Peneroka haram Yahudi melepaskan tembakan ke arah petani Palestin ketika mereka menuai buah zaitun di ladang mereka di Khallet al-Dabe’h , selatan al-Khalil pada rabu malam. Empat petani, termasuk seorang warga emas telah terkena tembakan di kaki manakala yang lain telah cedera akibat serangan senjata api. Keganasan peneroka haram ke atas rakyat Palestin dan harta benda Palestin adalah tindakan rutin dan tidak di ambil tindakan oleh pihak rejim Zionis Israel.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Selasa, 16-11-2021 – Wakil Ketua Biro Politik Hamas, Syekh Saleh Al-Arouri, menyampaikan ucapan belasungkawa kepada rakyat Palestin dan bangsa Arab dan Islam atas kematian pemimpin pejuang nasional Palestin Wasfi Qabha, yang meninggal di Jenin hari ini, Khamis.
Melalui panggilan telefon dengan keluarganya, Al-Arouri menyampaikan belasungkawa. “Hari ini kita kehilangan seorang pemimpin patriotik yang telah meninggalkan jejaknya dalam perjuangan nasional, medan jihad dan inkubator pendidikan.”
Al-Arouri menambah, Abu Osama (panggilan Wasfi Qabha) tetap menjadi simbol dan pemimpin Hamas, yang memberikan komitmen di jalan perjuangan menghadapi penjajah Israel dan memiliki keistimeewaan dalam bekerja untuk para tahanan walaupun dalam keadaan sakit.
Al-Arouri juga mengingatkan tentang ketabahan almarhum dalam menghadapai isu nasional, semangat patriotik dan persatuan serta perhatiannya yang terus-menerus untuk menyatukan barisan rakyat kita.
Al-Arouri mengatakan, “Kami menyampaikan belasungkawa kepada diri kami sendiri, putera-putera dan keluarganya, orang-orang kami pada umumnya dan warga gabenor Jenin secara khususnya.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Selasa, 16-11-2021 – Pihak berkuasa Israel pada petang hari Isnib memaksa seorang warga Palestin untuk meruntuhkan rumahnya sendiri di bandar Qalansuwa di daerah tengah Israel (Palestin yang diduduki 1948) atas alasan dibina tanpa lesen.
Rumah satu tingkat itu terletak di kawasan lapang Qalansuwa dan dimiliki oleh Abdul-Aziz Zabarqa. Pihak berkuasa Israel mendakwa bahawa rumah itu melanggar pelan zon dan dibina tanpa lesen
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Selasa, 16-11-2021 – Khalil al-Hayya, ketua Pejabat Hubungan Arab dan Islam Hamas, berkata bahawa pejuang Palestin tiada pilihan selain dari menculik tentera rejim sebagai pertukaran dengan tahanan.
“Kami berurusan secara berasingan dalam isu pertukaran tahanan, gencatan senjata dan pembinaan semula Gaza. Kami telah memberitahu semua pihak dan pemudahcara,” Hayaa berkata kepada rangkaian satelit al-Jazeera pada Isnin.
Beliau memberi amaran yang akan berlaku satu lagi penentangan terhadap rejim sebarang musibah menimpa Masjid Aqsa, Sheikh Jarrah atau para tahanan yang mogok lapar.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Jumaat, 12-11-2021 – Puluhan peneroka Yahudi yang dikawal oleh pasukan polis mencemari Masjid Al-Aqsa di Jerusalem pada pagi Rabu.
Menurut sumber setempat, sekurang-kurangnya 69 orang peneroka memasuki Masjid melalui Pintu al-Maghariba dan mengelilingi halamannya di bawah perlindungan polis.
Ketika lawatan mereka di tanah suci Islam itu, para peneroka mendengar ceramah dari rabbi mengenai Temple Mount dan sebilangan dari mereka melakukan provokasi sembahyang Talmud.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Jumaat, 12-11-2021 – Seruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestine berkata, banduan Ayyad al-Harimi berusia 34 tahun yang berasal dari Bethlehem telah melakukan mogok lapar selama 49 hari sebagai tanda protes kepada pihak pentadbiran atas penahanannya.
Menurut peguam suruhanjaya, baru-baru ini banduan Harimi telah dipindahkan dari penjara Ramla ke penjara Ofer, di mana beliau kini ditahan di dalam sel penjara yang kotor dan dipenuhi dengan lipas.
Banduan ini juga tidak diberikan sebarang vitamin dan makanan tambahan bahkan tiada sebarang pemeriksaan kesihatan dilakukan semenjak beliau memulakan mogok la[ar tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Shuhada Sayuti
Jumaat, 12-11-2021 – Pejuang perlawanan Palestin melancarkan tembakan ke sebuah trak pengangkut gas Israel berdekatan Hebron Tebing Barat.
Sejumlah media Israel mengatakan, serangan tembakan trak pengangkut gas ke kelompok Yahudi di penempatan Kuriet Arba.
Disebutkan bahawa penembak berjaya melarikan diri, sementara itu pasukan Israel segera ke lokasi kejadian.
Video kejadian dikeluarkan sejumlah media Israel yang menunjukkan trak pengangkut gas menjadi sasaran tembakan.Bekas tembakan kelihatan di bahagian pintu hadapan.
Sementara itu, seorang wanita warga emas Palestin (74) mengalami kedcederaan, akibat ditembak di kota Nazaret wilayah Palestin 48 terjajah.
Pihak polis Israel menyebutkan wanita tersebut mengalami kecederaan ketika berada di rumahnya, kemudian dirujuk ke klinik Rambam Kota Haifa, untuk mendapatkan rawatan.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Jumaat, 12-11-2021 – Tempoh tahanan pentadbiran banduan warga Palestin Alaa al-Araj dilanjutkan sehingga hari Khamis akan datang walaupun tahap kesihatannya merosot semasa beliau meneruskan mogok lapar untuk hari ke-94.
Isteri Al-Araj mengesahkan bahawa suaminya telah dipanggil untuk siasatan pada minggu lepas walaupun tidak mampu bergerak kerana keadaan kesihatannya yang kritikal.
Beliau seterusnya menegaskan bahawa suaminya akan meneruskan mogok lapar sehingga penahanannya ditamatkan tanpa didakwa atau dibicara.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Jumaat, 12-11-2021 – Regim Zionis Israel (IOF) pada hari Isnin menghantar arahan berhenti kerja terhadap beberapa rumah di Masafer Yatta, selatan al-Khalil, sebagai permulaan untuk merobohkannya kemudian.
Menurut sumber tempatan, penduduk tempatan di kawasan berbeza Masafer Yatta menerima arahan berhenti kerja terhadap tujuh rumah dengan alasan pembinaan tidak berlesen.
Rumah-rumah tersebut terletak di kawasan at-Tuwani dan Irfaiya di Masafer Yatta.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor Syuhada
Khamis, 11-11-2021 – Tentera rejim zionis (IOF) pada Isnin menghantar arahan menghentikan kerja ke atas sembilan kediaman warga Palestin di selatan Qalqilya.
Menurut sumber tempatan, warga Palestin menerima notis ketenteraan mengarahkan mereka berhenti membina sembilan rumah di Arab al-Ramadin dan Abu Farda, yang terletak di belakang tembok pemisah.
Tentera rejim memberi alasan yang tindakan itu dilakukan kerana rumah-rumah itu terletak di Kawasan C di Tebing Barat yang di bawah kawalannya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Khamis, 11-11-2021 – Pertubuhan Kempen Global untuk Kembali ke Palestin (Global Campaign to Return to Palestin / GCRP) telah melancarkan kempen solidariti antarabangsa pada hari Isnin lalu sebagai menyokong tahanan Palestin di penjara Israel yang sedang melancarkan mogok lapar.
Kempen itu menggesa agar diadakan mogok lapar sehari secara beramai-ramai pada hari Selasa untuk menunjukkan sokongan kepada banduan yang sedang mogok, selepas mereka menunjukkan kemerosotan kesihatan yang serius.
Kempen itu menyeru mereka yang terlibat dalam mogok lapar sehari itu untuk berkongsi pengalaman mereka di media sosial di bawah hashtag #TheBattleOfEmptyStomach dan berkongsi gambar mereka dengan slogan “Lapar untuk Kebebasan”.
Enam banduan Palestin telah melancarkan mogok lapar untuk tempoh yang berbeza sebagai bantahan terhadap penahanan secara pentadbiran mereka.
Mereka adalah Kayed al-Fasfous, Alaa al-Araj, Miqdad al-Qawasmeh, Hisham Abu Hawash, Ayyad al-Harimi dan Louay al-Ashqar.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Khamis, 11-11-2021 – Khalil al-Hayya, ketua Jabatan Perhubungan Arab dan Islam Hamas berkata bahawa penentangan Palestin tidak mempunyai pilihan selain menculik tentera Israel untuk menukar mereka dengan tahanan.
“Kita berurusan secara berasingan dengan isu pertukaran tahanan, gencatan senjata dan pembinaan semula dan pengepungan Gaza, dan kita telah memberitahu semua pihak dan pengantara bahawa fail-fail ini tidak boleh saling berhubung,” kata Hayya dalam ucapannya kepada saluran satelit al-Jazeera pada hari Isnin.
Beliau memberi amaran bahawa akan ada satu lagi pusingan konfrontasi dengan negara pendudukan jika terdapat sebarang ancaman terhadap Masjid Al-Aqsa, Sheikh Jarrah atau banduan yang mogok lapar.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Khamis, 11-11-2021 – Bank Dunia menyatakan, Semenanjung Gaza masih mengalami keadaan krisis ekonomi parah dengan meningkatnya kadar pengangguran dan memburuknya keadaan sosial, wujud ketidakpastian prospek masa hadapan serta keterbatasan sumber daya yang berterusan.
Menurut laporan Bank Dunia keadaan ekonomi Palestin, yang salinannya diterima Pusat Informasi Palestina, Selasa (9/11), pada 17 November 2021 akan diadakan pertemuan politik di Oslo Norway, berkait bantuan pembangunan untuk bangsa Palestin.
Laporan tersebut menyoroti cabaran besar aspek ekonomi Palestin secara umum, lebih khusus lagi cabaran bagi layanan ekonomi di Gaza dan keperluan terhadap pembangunan.
Mengulas laporan tersebut, pengarah dan wakil Bank Dunia di Tebing Barat dan Gaza, Khantan Shankar mengatakan, keadaan ekonomi Gaza hampir ‘stagnant’, terutama akibat pertempuran terakhir yang berlangsung selama 11 hari pada Mei lalu.
Beliau menjelaskan bahawa tahap pertumbuhan di Gaza mencapai 5,4% pada suku pertama tahun 2021 dan dijangka mencapai 6 % pada akhir tahun ini, namun ada kemungkinan terjadi penurunan kembali di tahun 2022 kepada 3%, disebabkan kelewatan proses pemulihan pasca covid 19, dan sumber pertumbuhan masih terbatas.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Khamis, 11-11-2021 – Tentera penjajah Israel pada pagi hari Selasa memusnahkan tiga buah rumah berpenghuni dan menyingkirkan penghuninya di perkampungan al-Walaja, barat Baitullaham, atas alasan dibina tanpa lesen.
Menurut sumber tempatan, rumah-rumah berkenaan terletak di kawasan Ein Guwaza perkampungan tersebut dan dimiliki oleh dua orang adik-beradik dan anak saudara mereka dari keluarga Abu-Attin. Pentadbiran awam tentera rejim telah memusnahkan salah sebuah rumah tersebut sebelum pemiliknya membinanya semula.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan