Categories
Berita Semasa

Pusat hak-hak kemanusiaan: Pembunuhan 2 kanak-kanak di Gaza adalah satu lagi jenayah perang rejim Zionis

Khamis , 24/03/2011 – Pusat hak-hak kemanusiaan Palestin menegaskan bahawa rejim Zionis telah melakukan jenayah perang beberapa hari lalu apabila tenteranya (IOF)membunuh kanak-kanak yang tidak berdosa di Kem Pelarian Nusseirat yang terletak di
tengah-tengah Gaza.

Dalam kenyataannya yang dikeluarkan pada Ahad lalu, pusat itu memaklumkan bahawa IOF telah menggunakan tindakan yang membawa maut dan ekstrim ke atas kanak-kanak Gaza yang berusia kurang daripada 18 tahun. Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.30 malam Ahad lalu, IOF menggunakan bom peluru ketika mengebom kawasan perlindungan penduduk di timur Johr Al-Deek.

Menurut pusat itu lagi, IOF menembak dan mengebom secara bertubi-tubi ke arah kawasan yang sama sehingga lewat tengah malam. Sebelumnya, pada pagi Ahad itu (20/03/11) kereta-kereta kebal dan kenderaan-kenderaan berperisai rejim Zionis telah merempuh masuk sehingga 400 meter ke dalam kawasan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Kementeran Dalam Negeri mengutuk serangan tentera baru di Timur Gaza

Khamis , 24/03/2011 – Kementerian Dalam Negeri Palestin sangat mengutuk serangan terbaru tentera Israel Sabtu pagi di kawasan-kawasan sempadan Timur Gaza yang menyebabkan kerosakan yang cukup besar terhadap rumah-rumah dan kecederaan terhadap warga awam dan sejumlah pegawai keselamatan.

Dalam siaran media, kementerian itu menyalahkan masyarakat antarabangsa yang berdiam diri terhadap jenayah yang sedang oleh Israel di Gaza dan tidak mengambil tindakan terhadap penjahat perang Israel.

Kementerian juga memberi amaran kepada ahli lama dari pihak keselamatan di Gaza yang masih menerima sokongan kewangan dari puak Fatah pada setiap usaha mereka yang membawa kembali kekacauan ke Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Jawatankuasa Silwan: Kanak-kanak yang ditahan berubah sikap

Khamis , 24/03/2011 – Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertahanan Silwan, kanak-kanak yang berasal dari wilayah Silwan yang terletak di Bailtulmaqdis, yang pernah ditahan di penjara rejim Zionis telah mengalami beberapa
perubahan sikap.

Kawalan yang dikenakan ke atas mereka mungkin akan menyebabkan kesan jangka panjang yang negative, kata Fakhri Abu Diab, salah seorang anggota jawatankuasa tersebut dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada hari Jumaat lepas.

Tambahnya lagi, berpuluh-puluh orang kanak-kanak telah melalui hukuman-hukuman yang keras semasa berada di dalam penjara dan juga semasa mereka disoal-siasat oleh rejim Zionis. Terdapat beberapa kes histeria, gangguan mental, mimpi buruk, takut kepada kegelapan, sukar berkata-kata, menggigil yang teruk dan pelbagai penyakit lain dilaporkan berlaku ke atas kanak-kanak itu yang mana ianya tidak pernah berlaku sebelum ditahan oleh rejim Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Delegasi Parlimen Eropah : Konsensus Mesir untuk hentikan kepungan Gaza.

Khamis , 24/03/2011 – Ahli delegasi parlimen Eropah, yang telah menziarahi ibu kota Mesir, Kaherah, dalam masa 2 hari, menyatakan bahawa beliau menghidu adanya gerakan dari Mesir yang memperjuangkan isu untuk mengakhiri kepungan 5 tahun berturut-turut ke atas Gaza, apabila mengambil kira pandangan kebanyakan para menteri, pimpinan parti dan pemuda “kebangkitan” Mesir.

Dr. Arafaat Shukri, pengerusi Majlis Perhubungan Eropah Palestin yang menemani delegais tersebut berkata : “delegasi Eropah ini sempat bertemu beberapa menteri dari kabinet Mesir sewaktu hari ucapan beliau, di samping bermesyuarat dengan ahli dari pelbagai parti politik Mesir serta wakil pemuda “Januari 25″ sebagai tanda sokongan kepada revolusi yang telah dijalankan dan menghargai jasa warga Mesir.”

Beliau berkata lagi bahawa delegasi telah bersua muka dengan Setiausaha Agung Liga Negara Arab, Amru Mousa, dan Menteri Perhubungan Luar Mesir, untuk mendengar apakah visi masa hadapan bagi Mesir, serta bagaimana Eropah boleh membantu untuk menyokong Mesir. Delegasi juga telah membincangkan beberapa hal luar, termasuk isu Palestin, pendirian Mesir terhadap sekatan Israel ke atas Gaza, serta secara tidak rasmi maklum dengan konsensus rakyat Mesir terhadap sekatan Gaza ini.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Abu Ubaidah : Musuh akan membayar harga yang mahal jika masih mengganas.

Rabu , 23/03/2011 – Briged As-Syahid Ezzudin Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas, menegaskan bahawa Zionis akan terpaksa membayar harga yang mahal jika masih terus mengganas dan melakukan jenayah terhadap rakyat kita di Gaza.

“Abu Ubaidah”, jurucakap briged itu memberitahu dalam kenyataan dalam laman web Al-Qassam, pada petang Isnin (21 Mac) bahawa : “Tindakan Briged Al-Qassam pada pagi Sabtu (iaitu melancarkan lebih daripada 30 mortar ke atas musuh -zionis-), datang sebagai tindakbalas biasa kepada jenayah Zionis yang berterusan dan semakin meningkat terhadap rakyat kami terutamanya dalam masa terdekat ini, yang menyebabkan peningkatan bilangan syuhada’, yang terbaru, 2 syahid pejuang Al-Qassam iaitu Ghassan Abu Amru dan Adnan Ishtiwi selain melakukan keganasan brutal terhadap bangunan, ibu pejabat dan beberapa kawasan lain.”

Tambah Abu Ubaidah lagi : “musuh (zionis) akan pasti membayar harga yang mahal jika mereka tidak berhenti”, serta : “jika musuh terus beriltizam untuk tidak menghentikan peningkatan keganasan terhadap rakyat kami, kami juga akan beriltizam untuk terus berdiri menyokong negara ini (Palestin).”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Penjaga masjid Aqsa halang pendatang bersenjata untuk membunuh jemaah

Rabu , 23/03/2011 – Seorang pendatang Yahudi bersenjata cuba menyerang Masjid Al-Aqsa melalui Maghariba Gate Ahad malam lalu, namun penjaga Masjid dan pengawal berjaya menangkap dan mengecewakan niatnya untuk membunuh jemaah Muslim.

Sumbertempatan menyatakan pendatang itu melalui jalan Al-Maghariba, naik ke atasnya dan kemudian cuba untuk memanjat dinding Masjid sebelum ia ditemui pengawal.

Selepas mereka datang untuk menangkap penduduk itu, polis Israel menyatakan dia mabuk sebagai alasan untuk menafikan apa yang berlaku.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Tahanan Abu Sisi Memberitahu Butiran Penculikannya di Ukraine kepada Peguam PCHR

Rabu , 23/03/2011 – Pada 19 Feb 2011, Ejen Mossad menculik Derar Mousa Yousef Abu Sisi, 42 ketika Abu Sisi berada di Ukraine. Abu Sisi ialah Pengarah Operasi Bahagian Penghasilan Tenaga Gaza. Mossad kemudiannya mengekstarakdisikan Abu Sisi ke Israel.

Abu SIsi kini sedang ditahan di penjara Ashkelon. Pada 20 Mac 2011, seorang peguam daripada Pusat Hak Asasi Manusia Palestin (PCHR) berjaya melawat Abu Sisi buat kali pertama.

Abu Sisi memberitahu PCHR bahawa pada 19 Feb 2011, dia sedang berada di atas kereta api dari Kharkov ke Kiev untuk bertemu abangnya Yousef yang baru tiba daripada Belanda.

Abu SIsi memberitahu PCHR yang dia dihalang dari bertemu peguam selama 14 hari. Penghalangan itu kemudiannya ditambah lagi 11 hari dan dalam waktu itu, dia telah di soal-siasat secara intensif dan dinafikan hak dalam perundangan.

Pihak berkuasa Israel mengarahkan media supaya penahanan itu tidak dihebahkan, dan menghalang peguam daripada melawatnya untuk memeriksa keadaan kesihatannya dan memberikan nasihat guaman.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin menyeru dunia agar campur tangan terhadap tindakan Israel yang meningkatkan serangan di Gaza

Rabu , 23/03/2011 – Kerajaan Palestin di Gaza telah menyeru organisasi-organisasi antarabangsa agar masuk campur apabila Israel semakin agresif di Semenanjung Gaza.

“Kerajaan telah menghantar mesej kepada PBB dan Setiausaha Agung Liga Arab dan juga kepada beberapa negara Kesatuan Eropah untuk mendedahkan perancangan agresif Israel terhadap Semenanjung Gaza serta meminta mereka campur tangan dengan segera untuk menghentikannya,” kata Dr Yousef Rizqa, penasihat politik kepada Perdana Menteri Palestin,
Ismail Haneyya.

Rizqa berkata dalam satu kenyataan akhbar bahawa beliau bimbang dengan keadaan serius dan tidak terkawal yang bertujuan untuk menjejaskan usaha ke arah rundingan damai Palestin. “Israel tuduh kumpulan Palestin mengebom penempatan Israel sedangkan ia tidak benar,” kata Rizqa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

123 Warga Palestin Tiba Di Gaza Dari Libya

Rabu , 23/03/2011 – Dewan Perlintasan di Gaza mengumumkan bahawa 123 warga Palestin akan tiba ke Gaza dari Libya melalui pintu masuk Rafah beberapa jam lagi.

Dalam pernyataannya, Isnin (21/3) Dewan Perlintasan menyatakan, dijangkakan beberapa jam lagi sejumlah 49 warga Palestin akan tiba dalam kumpulan pertama dan 74 lainnya dalam kumpulan kedua.

Menurut penjelasan pihak Dewan, warga Palestin dipulangkan dari Libya melepasi pintu masuk Mesir dan tiba dengan pelbagai kesulitan dari Libya ke Mesir.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Aktivis Facebook dihukum kerana melakukan provokasi dan “mengaibkan majikan awam”.

Rabu , 23/03/2011 – Seorang aktivis Facebook berketurunan Palestin dari Sakhnin, utara Palestin telah diculik oleh polis rejim Zionis pada Rabu lalu dan disoal-siasat atas tuduhan melakukan “provokasi ke arah keganasan dan mengaibkan seorang majikan awam”.

Aktivis tersebut, Mohammad Ghanayim, telah diculik pada Rabu lalu ketika waktu Subuh. Unit Pencegah Jenayah, polis rejim Zionis memecah masuk rumahnya di Sakhnin dan menculiknya, kata laman web berita Arabs48.

Ghanayim telah dituduh “melakukan provokasi ke arah keganasan” melalui laman sosial Facebooknya serta memaparkan “bahan-bahan provokasi” di laman web Arabs48, kata polis rejim Zionis.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Pertembungan Terbaru Tentera Palestin dan Israel di Silwan

Selasa , 22/03/2011 – Pertempuran sengit berlaku sekali lagi pada Jumaat petang antara pemuda Palestin dan tentera rejim Israel di Silwan, Baitul Maqdis ketika penduduk haram Yahudi meneruskan serangan terhadap penduduk Palestin dan kepentingan Palestin di tempat lain di Tebing Barat.

Radio Hebrew berkata bahawa seorang askar Israek dari pengawal sempadan telah cedera ketika sebuah bom petrol dilempar ke atasnya ketika pertempuran itu. Selain itu, penduduk Yahudi yang bersenjata menyerang bandar di Tebing Barat di bawah perlindungan tentera.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Israel Ancam Bunuh Para Pemimpin Hamas Sebagai Balasan Tembakan Roket Pejuang

Selasa , 22/03/2011 – Militan Zionis berjanji akan menangkap para pemimpin Hamas, sebagai balasan atas operasi yang dilakukan brigade Al-Qossam, dengan melancarkan roketnya ke pengkalan-pengkalan tentera Zionis di sekitar Gaza.

Sumber harian Yedeot Aharonot Zionis, Ahad (20/3) menyiarkan pernyataan beberapa pegawai tinggi militer Zionis, bahawa pihaknya akan membalas serangan Al-Qossam dengan serangan yang dahsyat, sebagai balasan atas penembakan roket-roket Al-Qossam ke wilayah penempatan Israel serta pangkalan militan Zionis. Mereka tidak menolak kemungkinan akan menahan dan membunuh para pemimpin militan Hamas.

Akhbar tersebut melihat serangan kumpulan pejuang sebagai “hujan deras” bagi pengkalan militan Zionis. Padahal hampir semua roket-roket tersebut adalah roket ringan. Sebelumnya akhbar ini menyiarkan Al-Qossam menggunakan roket terbaru buatan Rusia, “vagot”.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Nazzal: Abbas masih belum belajar daripada peristiwa pengusiran pemimpin-pemimpin Arab

Selasa , 22/03/2011 – Ahli biro politik Hamas, Mohamed Nazzal berkata, Presiden Mahmoud Abba dan para pengikutnya belum mengambil apa-apa pengajaran daripada kejatuhan sekutu-sekutu rejim Arab mereka.

Dalam satu kenyataan akhbar pada Sabtu, Nazzal menyatakan bahawa Abbas mengabaikan seruan Perdana Menteri Ismail Haneyya agar melawat Gaza untuk menghidupkan semula dialog kebangsaan.

Ini ternyata apabila salah seorang jurucakapnya mendakwa bahawa usaha Abbas untuk pergi ke Gaza tiada kena mengena dengan jemputan Haneyya yang mana disifatkan Abbas sebagai tidak bernilai, Hamas memberitahu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Penduduk Yahudi memusnahkan tanah pertanian Palestin di timur Yatta

Selasa , 22/03/2011 – Puluhan penduduk Yahudi telah memusnahkan 50 dunums tanah pertanian milik keluarga Nawaj’a berhampiran penempatan Susya, timur bandar Yatta pagi Sabtu lalu.

Seorang jurucakap keluarga Nawaj’a berkata penduduk di bawah perlindungan tentera Israel itu telah mensabotaj tanah, mencabut tanaman dan menghalang penternak dari mendapatkan tanah ternakan mereka.

Dalam insiden berasingan, tentera Zionis Israel (IOF) menyerang penduduk kampung di Khirbet Atwana, timur bandar Yatta, termasuk aktivis asing yang ditahan semasa perarakan kerana protes jenayah yang dilakukan oleh tentera Israel dan penduduk Yahudi terhadap warga Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Pendatang haram Zionis terus menyerang penduduk dan harta benda di Tebing Barat.

Isnin , 21/03/2011 – Pendatang Zionis terus mengganas di Hebron mensasarkan penduduk dan harta benda mereka, terbaru di daerah Al-Bouriyah dan Al-Latawneh.

Sumber gerakan pertahanan penduduk yang aktif memberitahu Pusat Informasi Palestin bahawa puluhan pendatang Zionis memecah masuk ke kawasan Al-Latawneh dekat timur Yatta dan menggunakan jentolak merosakkan puluhan pokok di tanah milik penduduk dari keluarga Rabe’i.

Menurut sumber lagi, pendatang Zionis kemudian meneruskan serangan sebidang tanah lain yang tidak diketahui keluasannya milik Salman Jibreel Rabe’i, Salman Salamah Rabe’i dan Rubahei Ahmed Rabe’i.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen