Categories
Berita Semasa

Polis Abbas terus membuat tangkapan di Tebing Barat

Selasa, 27/04/2010 – Pihak polis tajaan Mahmoud Abbas terus-menerus melakukan tangkapan ke atas ahli-ahli HAMAS di serata daerah. Tangkapan di lakukan di kawasan Salvet, Nablus dan Ramallah.

Mengikut keluarga ahli HAMAS yang ditahan, mereka telah diseksa ketika di tahanan Salvet. Terdapat juga kes di mana rakyat Palestin yang di nafikan penjawatan mereka dalam jabatan pendidikan kerana meraka di kaitkan dengan HAMAS.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

Bahr kutuk keputusan Fayyad adakan pilihan raya di Tebing Barat

Selasa, 27/04/2010 – Dr Ahmad Bahr, Timbalan I Speaker, Majlis Perundangan Palestin mengutuk keputusan ‘kerajaan tidak sah’ Perdana Menteri, Salam Fayyad, untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan di Tebing Barat sahaja secara terpisah daripada Semenanjung Gaza. Beliau juga menegaskan bahawa mengadakan pilihan raya dengan cara tersebut di sebahagian kawasan sahaja daripada sebuah negara akan menebal dan memperdalamkan lagi perpecahan politik dan geografi pada peringkat nasional.

Beliau berkata dalam satu kenyataan akhbar pada hari Ahad (25/4) yang diterima oleh Pusat Media Palestin bahawa keputusan tersebut memperteguhkan lagi kecenderungan tidak patriotik yang dipegang oleh kerajaan Fayyad dan usahanya untuk memecah belahkan negara sedangkan usaha-usaha sedang dijalankan untuk menjayakan persepakatan nasional dan mengembalikan semula pemuafakatan dalaman. Beliau juga turut menegaskan bahawa pihak berkuasa Fatah di Ramallah sentiasa berusaha ke arah yang bertentangan dengan kepentingan nasional Palestin.

Bahr menyeru Fatah dan pihak berkuasa Ramallah agar mengemukakan cadangan nasional yang tepat dan berusaha untuk memberhentikan segala perkara yang boleh menyebabkan perpecahan dan pertelagahan. Beliau juga menyeru agar pilihan raya tempatan yang dicadangkan berlangsung pada bulan Julai akan datang dibatalkan. Sebagaimana beliau juga turut menyeru agar kerajaan Fayyad membebaskan dirinya daripada mengikut telunjuk luar yang menghalang daripada berlakunya pemuafakatan nasional yang sepatutnya boleh menyelamatkan rakyat Palestin daripada cengkaman cabaran dan penderitaan yang dihadapinya setiap ketika.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

Categories
Berita Semasa

Warga Bristol bantu Gaza lagi – kali ini dengan Beg Simen.

Selasa, 27/04/2010 – Warga UK di Bristol telah melancarkan rayuan derma untuk dana 1000 buah beg simen untuk Gaza. Kumpulan Kempen Bersatu untuk Palestin, akan melawat pusat-pusat membeli-belah di bandar dengan kios maklumat dan sebuah sepanduk besar bagi orang-orang untuk menurunkan tandatangan yang akan diambil sebagai hadiah untuk rakyat Gaza.

Serangan Israel di Gaza pada bulan Disember 2008 dan Januari 2009 menyebabkan lebih dari seribu orang syahid dan puluhan ribu cedera. Rakyat Gaza ingin membina kembali kehidupan mereka yang hancur, tetapi sekatan Israel terus menghalang mereka berbuat demikian. Bahkan PBB terpaksa menggunakan batu bata dibuat daripada lumpur untuk tujuan pembinaan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Warga Israel ditangkap oleh Mesir.

Selasa, 27/04/2010 – Pihak berkuasa Mesir telah menangkap seorang warga Israel berumur 46 tahun ketika menyusup melalui sempadan No 13, selatan Kerem Abu Salem.

Menurut sumber, pihak berkuasa Mesir telah menangkap warga Israel itu yang memasuki wilayah Mesir di mana tidak ada kawat berduri di antara Israel dan Mesir selepas banjir yang melanda Sinai baru-baru ini serta merosakkan kawat berduri itu.

Dia ditahan dan mengakui tersesat kerana tersalah memasuki Mesir namun ia tetap berada di bawah siasatan. Insiden ini merupakan kali ketiga Israel cuba masuki Mesir dengan cara haram; pertamanya ketika dua pemuda ditangkap kerana menyusup masuk ke pusat bandar Sinai manakala yang kedua ketika seorang wartawan Israel ditangkap kerana cuba masuk ke Mesir secara haram.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Mesir buka pintu Rafah.

Isnin, 26/04/2010 – Pihak berkuasa Mesir hari ini meneruskan pembukaan sempadan Rafah-Gaza, untuk kali kedua berturut-turut dari satu arah bagi membenarkan pesakit rakyat Palestin yang telah selesai mendapatkan rawatan dari hospital-hospital Mesir pulang ke kediaman masing-masing.

Sumber pegawai keselamatan Mesir yang berpengkalan di sempadan Rafah mengesahkan pembukaan pintu sempadan itu pada pagi ini bagi membenarkan pesakit Palestin pulang dari Mesir ke Gaza.

Menurutnya lagi, semalam menyaksikan transit seramai lebih daripada 200 orang rakyat Palestin yang terdiri daripada pesakit-pesakit dan pengiring mereka. Manakala hari ini dijangkakan seramai 300 orang rakyat Palestin akan pulang ke Gaza dari Mesir.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Jumlah penduduk Gaza yang terkepung hampir dua juta orang!

Isnin, 26/04/2010 – Kementerian Dalam Negeri Palestin mengeluarkan kenyataan bahawa jumlah penduduk Palestin di kawasan Gaza yang terkepung kini hampir dua juta orang. Manakala lebih daripada 200,000 bayi yang dilahirkan kurang dari 4 tahun di Gaza kini telah dimusnahkan maklumat pendaftaran mereka oleh kumpulan-kumpulan penjajah (Israel). Manakala kerajaan Palestin (dibawah pimpinan Mahmud Abbas, PLO, telah bekerjasama dgn penjajah Israel) dalam perkara ini dgn memutuskan maklumat pendaftaran tersebut dan menghapuskannya dari rekod simpanan asal. Perkara ini akan terdedah kepada unsur penipuan dan pemalsuan maklumat.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Gaza dibedil kereta kebal Israel.

Isnin, 26/04/2010 – Petang Selasa lalu, Kereta-kereta kebal Israel telah membuat beberapa bedilan ke Khan Younis, di selatan Semenanjung Gaza, dan ke Dir Al Balah di tengah Gaza; dilaporkan terdapat kerosakan tetapi tiada kecederaan nyawa.

Tentera Israel menyatakan bedilan dibuat setelah pejuang kebebasan menyedari kehadiran pasukan perisikan yang menyelinap ke dalam kawasan itu, dan berbalas tembakan dengan mereka.

Sumber tempatan melaporkan kereta-kereta kebal itu membedil sekurang-kurangnya 10 kali ke arah kawasan industri di Al Qarara dan ke arah Wadi Al Salqa, selatan dari kem tentera Kissufim.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  aznil

Categories
Berita Semasa

Lagi penangkapan oleh rejim Zionis di timur Betlehem.

Isnin, 26/04/2010 – Pasukan penceroboh Israel awal hari ini telah menahan 7 orang termasuk dua adik beradik di bandar Takoa, timur Betlehem dan membawa mereka ke satu lokasi yang tidak diketahui.

Sumber melaporkan pasukan Israel menyerang kampung itu waktu subuh dan menceroboh beberapa rumah sambil mencari dan merosakkan peralatan di dalamnya seterusnya menangkap 7 orang yang kebanyakannya adalah pelajar.

Sumber menambah bahawa 7 orang penduduk itu adalah Amin Ahmed Ibrahim Soliman, Luay Ahmed Ibrahim Al Badan, Musab Ahmad Al-Sabah, Hisham Khalil Ibrahim Al Amour, Ali Mahmoud DIB Al-Amour dan adik beradik Mohammed dan Ahmed Salim Sabah.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Categories
Berita Semasa

Ribuan berarak menuju ke sebuah desa dimusnahkan dekat Arab Al-Teera

Isnin, 26/04/2010 – Ribuan orang Palestin, membawa bendera Palestin dan membawa poster nama-nama desa-desa Arab yang dimusnahkan, berarak pada hari Selasa dari bandar Teera Al-Arab menuju ke runtuhan kampung Miska Arab yang hancur dan warganya yang menjadi pelarian semasa penjajahan Israel di tanah Palestin.

Para peserta demonstrasi melaungkan ayat-ayat anti-Israel terhadap penjajahan Israel dan jenayah terhadap rakyat Palestin dan kampung mereka, dan juga meneriakkan nama-nama dari ratusan desa yang hancur semasa Peristiwa Nakba.

Orang Palestin yang tinggal di wilayah 1948 adalah peringatan ke-62 dari Nakba ketika beratus-ratus ribu orang Palestin dan Arab mengungsi, dan beratus-ratus bandar dan desa tandus selama kejadian Israel.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  ameen

Categories
Berita Semasa

Vilnai: Tiada kemudahan di bekalkan ke Gaza hingga ‘Shalit’ dilepaskan

Isnin, 26/04/2010 – Timbalan Menteri Tentera Israel, Matan Vilnai, mengatakan bahawa Israel tidak akan memberikan lebih banyak kemudahan ke Semenanjung Gaza selagi Hamas tidak melepaskan tentera mereka, Gilad Shalit dari tahanan.

Perkara ini diutarakan ketika sesi lawatan pemeriksaan yang dilakukan oleh Vilnai di persimpangan Kerem Abu Salem, dimana komander disitu meyakinkannya bahawa puluhan trak sarat dengan gas memasak, pemanas bahan api, buah-buahan dan bantuan kemanusiaan yang dimasukkan ke Semenanjung Gaza setiap hari.

Vilnai mengatakan bahawa Israel membenarkan kemasukan kemudahan ke Semenanjung Gaza dalam usaha mengatasi krisis kemanusiaan, dan menekankan bahawa wilayah itu akan terus aman serta menambah bahawa Israel akan mengambil tindakan tegas sekiranya ada cubaan untuk menyerang Israel, seperti yang terjadi di masa lalu.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  nurul

Categories
Berita Semasa

Gesaan keluarkan ikan beracun dari pasaran Gaza.

Jumaat, 23/04/2010 – Kementerian Kesihatan Mesir hari ini mendedahkan bahawa terdapat sejenis ikan beracun di perairan sekitar Mesir dan memberi amaran kepada orang awam agar tidak memakannya kerana boleh menyebabkan kematian.

Kementerian berkenaan mengeluarkan kenyataan pada hari ini memakan ikan yang digelar “Arnab”, yang boleh didapati di sekitar perairan Laut Merah dan Mediterranean, termasuk juga perairan Palestin adalah merbahaya kerana ia boleh menyebabkan keracunan makanan.

Kenyataan kementerian itu menekankan bahawa ikan tersebut telah menyebabkan kematian kepada semua haiwan eksperimen di makmal kerana ia mengandungi bahan toksik.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :   salwa

Categories
Berita Semasa

Zionis bina kuil-kuil bagi hapus tanda Islam di al-Quds

Jumaat, 23/04/2010 – Pengarah Jabatan Peta di Bait al-Sharq, (Ir.) Khaleel al-Tafkaji menegaskan regim Zionis mempergunakan agama bagi tujuan politik mereka bagi membuang akar umbi Arab dan Islam dari bandar al-Quds yang dijajah serta digantikan dengan akar umbi Zionis. Namun beliau menegaskan meskipun pihak Zionis berjaya menghalau rakyat Palestin terutamanya penduduk bandar al-Quds, tetapi mereka gagal mengubah tanda Islam padanya.

Dalam satu dialog khas dengan Pusat Media Palestin pada petang Rabu (21/4) yang disiarkan kemudiannya, beliau menegaskan Zionis menganggap kuil sebagai sebahagian daripada pusaka agama mereka, agar mereka dapat menjelaskan kepada dunia bahawa bandar al-Quds adalah milik mereka, bukan milik rakyat Palestin. Pembinaan lebih banyak kuil bermakna proses pengyahudian terus meningkat dan tanda-tanda Islam dan Arab semakin pupus.

Mengenai projek keretapi bawah tanah yang dijalankan oleh Zionis di bawah Masjid al-Aqsa, beliau menegaskan Zionis bertujuan menyambung apa yang dinamakan sebagai bandar al-Quds barat dengan timur. Ia juga bertujuan untuk menghapuskan idea memisahkan dua negara dan dua ibunegara. Mereka mahu berkata kepada dunia bahawa bandar al-Quds adalah untuk Yahudi sahaja dan kami tidak mahu berkongsi dengan rakyat Palestin di dalamnya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir

Categories
Berita Semasa

Demonstrasi Kumpulan Zionis provokatif di Baitulmaqdis Ahad depan.

Jumaat, 23/04/2010 – Kumpulan-kumpulan ekstrim (pelampau) Zionis sedang mempersiapkan diri, di bawah pimpinan 2 ketua kanan ekstrim (zionis) iaitu Baruch Marzel dan Itamar Ben-Gber, untuk mengadakan demontrasi provokatif di Daerah Salwan, sekitar bandar Baitulmaqdis, untuk menuntut penghancuran rumah-rumah rakyat Palestin dan mengusir penduduk daerah tersebut dengan tujuan untuk membina penempatan @pemukiman (rejim Israel) dan (kononnya) melaksanakan (apa yang termaktub dalam) kandungan kitab taurat (yang mereka selewengkan).

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah :  arif

Categories
Berita Semasa

Keperluan dan Penentangan.

Jumaat, 23/04/2010 – Mohammed Abu Jerrad, 12, bekerja bersama abangnya dan 4 yang lain untuk mengumpul gandum mereka. Masih terlalu awal untuk musim menuai, tetapi keluarga itu berharap untuk menuai 5 dunam secepat mungkin, jelas sekali memilih untuk menuai awal dari kemungkinan tentera Israel memusnahkan atau membakar hasil tanaman mereka, seperti yang kerap berlaku sebelum ini. [Satu Insiden berlaku di Johr Ad Dik Mei lalu apabila tentera Israel menembak peluru belerang ke ladang gandum dan barli yang sedang ranum, mengakibatkan kebakaran sejauh hampir 3km, yang meliputi 200 duman tanaman dan buah-buahan ]

5 dunam Abu Jerrad terletak kira-kira 300 meter dari sempadan, yang diawasi dengan menara tentera Israel dan menara mesingan kawalan jauh. Dari menara-menara tersebut, sering kali tentera Israel menembak ke arah petani, pekerja yang mengumpul bahang buangan dan besi buruk untuk kegunaan pembinaan, dan orang awam di kawasan itu. Kawasan tanaman gandum itu teletak diatas tanah yang disewa.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  aznil

Categories
Berita Semasa

Polis rejim Zionis akan terus melakukan penahanan.

Jumaat, 23/04/2010 – Polis Israel merancang untuk melaksanakan kempen penahanan dan konfrontasi terhadap para penduduk di penempatan Itsear yang terletak di Tebing Barat utara sebagai sebahagian daripada penyiasatan pihak polis berikutan berlaku pertengkaran antara penduduk dan askar sempadan Israel yang menyebabkan kecederaan dua daripada mereka oleh penduduk yang bertopeng. Sumber di tentera Israel mengatakan insiden itu berlaku ketika sebuah kereta peronda Israel sedang membuat rondaan rutin dan terkejut apabila sekumpulan penduduk terdiri daripada 30 pemuda hampir-hampir memasuki zon tertutup tentera berdekatan kawasan Itsear.

Sumberjuga menambah ketika peronda Israel itu meminta pemuda itu meninggalkan tempat tersebut, mereka menolak sambil mendakwa ia bukan hak prerogatif tentera dan mereka mempunyai kebebasan untuk bergerak di tempat tinggal mereka dan di wilayah Israel pada umumnya, dakwa mereka.

Pasukan tentera tambahan dipanggil untuk memberi sokongan kepada peronda terbabit ketika empat lelaki bertopeng muncul di kalangan demonstor menakala polis dan tentera dilempar dengan batu sehingga menyebabkan dua tentera tercedera.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz