
Isnin, 24/08/2009 – MP Jamal Al-Khudari, selaku ketua popular jawatankuasa anti pengepungan telah meminta semua aktivis asing agar dapat menghantar bantuan baru bagi memecahkan pengepungan di Semenanjung Gaza.

Isnin, 24/08/2009 – MP Jamal Al-Khudari, selaku ketua popular jawatankuasa anti pengepungan telah meminta semua aktivis asing agar dapat menghantar bantuan baru bagi memecahkan pengepungan di Semenanjung Gaza.

Isnin, 24/08/2009 – Penduduk haram Yahudi pada hari Ahad telah menceroboh masuk ke dalam Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis, dan menjalankan upacara keagamaan, lapor Yayasan Aqsa. Yayasan tersebut melaporkan dalam satu kenyataan, pihak Polis Israel telah melindungi dan pengawal penduduk haram tersebut yang sedang mengadakan upacara keagamaan berdasarkan kitab Talmud.

Jumaat, 21/08/2009 – HAMAS mengumumkan penolakannya terhadap hasil laporan yang dikeluarkan oleh Yayasan al-Haqq mengenai situasi yang menyelubungi kematian Hamadnah, salah seorang pejuangnya di dalam penjara militia Mahmoud Abbas di Tebing Barat pada minggu lepas. Ia menegaskan bahawa laporan tersebut dibuat secara tergesa-gesa dan dipenuhi dengan pelbagai kecacatan.

Jumaat, 21/08/2009 – Kerajaan Ismail Haneyya di Gaza memutuskan untuk membebaskan 50 tahanan daripada kumpulan Fatah sempena kedatangan Ramadhan al-Mubarak dan 50 tahanan yang lain, demikian diputuskan dalam mesyuarat mingguan mereka.

Khamis, 20/08/2009 – Tentera Al Ummah Kebangsaan, sebuah kumpulan gerakan di Gaza, mendakwa dalam satu siding media pada Rabu, bahawa Gerakan Pejuangan Islam ( Hamas ) telah menyimpang dari ajaran Islam dan ajarannya, serta menuruti sistem barat. Kumpulan Al Ummah juga memberi amaran akan bertindak balas jika Hamas mensasarkan serangan ke atas pejuang dan ahli mereka. Dakwaan ini berlaku selepas tentera Al-Ummah menjadi mangsa serangan pasukan keselamatan Hamas pada tahun lepas, sedangkan Hamas mendakwa mereka menyerang kumpulan yang menentang penguasaan mereka di Gaza.

Khamis, 20/08/2009 – Rabu lalu, Menteri Israel, Moshe Ya’alon (gambar) , menyatakan yang Israel tidak takut pada Amerika Syarikat, dan menambahbahawa Israel dengan jelas memberitahu Amerika bahawa ‘ia sudah cukup’ dan tidak akan tunduk pada tekanan mereka lagi.

Selasa, 18/08/2009 – Sheikh Ekrema Sabri, pengerusi pihak berkuasa tertinggi Islam meminta penduduk Islam Palestin agar kerap ke Masjid Aqsa di Baitulmuqaddis semasa bulan Ramadan yang dijangka bermula hujung minggu ini.

Selasa, 18/08/2009 – United Nations Relief and Work Agency (UNRWA)mengemukakan tuntutan segera bagi menarik sumbangan negara-negara lain sebanyak USD181juta bagi meneruskan usaha membangunkan semula Semenanjung Gaza yang mana 70% penduduknya bergantung kepada bantuan kemanusiaan. UNRWA juga menambah, dalam keghairahan umat Islam yang bakal menyambut bulan mulia, Ramadhan, agensi tersebut memerlukan sumbangan bagi menampung bantuan makanan dan kewangan bagi keluarga yang memerlukan bagi membina tempat tinggal, dan membuka peluang pekerjaan.

Selasa, 18/08/2009 – Amin Muhammad Ali (gambar) , 74, yang merupakan seorang pelarian yang berasal dari sebuah kampung Palestin yang kini termasuk dalam wilayah utara Israel berkata bahawa keamanan hanya dapat dirasakannya apabila berdiri di kawasan perkuburan nenek moyangnya.
Sabtu, 15/08/2009 –

Sabtu, 15/08/2009 –Laman web Omamah yang ada kaitan dengan Hamas melaporkan semalam (Khamis) pihak keselamatan pimpinan Mahmoud Abbas, bekas Ketua Pihak Berkuasa Palestin (PA) telah menculik 9 anggota Hamas di Tebing Barat semalam.

Sabtu, 15/08/2009 – Polis Israel dan pegawai keselamatan melaporkan pada Khamis bahawa laporan penculikan seorang askar Israel adalh palsu, dan tidak ada seorang tentera pun yang telah diculik. Pada sebelah tengah hari, polis Israel telah menerima laporan bahawa dua orang yang tidak dikenali telah memaksa seorang askar masuk ke dalam sebuah kenderaan berhampiran Lapangan Terbang Ben Gurion, dan terus melarikan diri.

Jumaat, 14/08/2009 – Media Israel melaporkan bahawa Israel telah meminta Syria memberinya maklumat tentang seorang tenteranya yang hilang berdekatan sempadan Syria 12 tahun yang lalu.

Jumaat, 14/08/2009 – Sumber kententeraan Israel melaporkan bahawa dua orang penduduk haram mereka cedera ringan selepas dua orang pejuang Palestin membuat tembakan rambang ke kenderaan penduduk haram tersebut di kawasan penempatan haram Yahudi Givat Horoeh, Utara Tebing Barat. Kedua-dua orang mangsa tersebut kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital Israel di Baitul Maqdis, dan tentera Zionis menggerakkan usaha menjejaki pejuang tersebut.

Khamis, 13/08/2009 – Pemimpin kanan Fateh, Tawfik Tirawi, menyatakan yang kerajaan Israel tidak pernah punyai sebarang agenda keamanan dengan rakyat Palestin.

Khamis, 13/08/2009 – Propinsi Tulkarem seolah-olah menyaksikan majlis perkahwinan nasional yang amat meriah. Ia adalah majlis sambutan seorang pimpinan, Muhammad Mansour yang berasal dari bandar Bal’a, timur Tulkarem, salah seorang tawanan penting HAMAS dalam penjara Zionis, yang dibebaskan pada hari Selasa (11/8) selepas lebih 25 tahun dihabiskannya sebagai tawanan.